Anda di halaman 1dari 9

Pemikiran Kreatif

1.0 Pengenalan
Perbincangan mengenai minda kreatif dan pemikiran kreatif telah lama wujud sejak
tahun 50an lagi.Pengkaji-pengkaji dari sebelah Barat Amerika Syarikat menjalankan
kajian-kajian yang behubung dengan kreativiti. Nama-nama seperti Guilford, Mc Kinon,
Taylor dan Torrance adalah nama-nama yang popular dalam kreativiti. Mereka
menjalankan pelbagai kajian dan bertemu di pelbagai konfrensi dan seminar ilmiah di
bawah kelolaan Taylor. Hasilnya terbitlah tujuh jilid sebagai rujukan dasar. Mereka tidak
mahu terkebelakang daripada Rusia . Inilah yang menyebabkan mereka menilai semula
kekuatan tenaga manusia[1]. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
menyatakan pembangunan Modal Insan berfokus untuk melahirkan murid yang
kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020


2.0 DEFINISI KREATIF DAN INOVATIF DAN MEMBUDAYAKAN
2.1 Definisi Kreatif dan inovatif.
Pendidik yang kreatif dan inovatif ialah sebagai seorang yang berjiwa merdeka,
mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk menyelesaikan
masalah, tidak terperangkap dengan cara kerja konvensional, berupaya mengubahsuai
konsep dengan cara yang inovatif, bersifat terbuka menerima kelemahan, tidak
berputus asa, berjiwa radikal, berani mencabar amalan biasa serta berperibadi stabil
dan tidak mudah mengalah dengan tekanan dari luar (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2002). Antara ciri lain guru yang kreatif dan inovatif adalah bersedia dan
bertanggungjawab atas keputusannya, mempunyai daya imaginatif yang mencapah,
menyediakan pelbagai alternatif dan mampu menghasilkan idea baru ataupun rekacipta
(Mok, 2003). Dalam lain perkataan, guru yang kreatif dan inovatif adalah guru yang
berupaya memperkembangkan daya intelek, rohani, emosi dan jasmani para pelajarnya
dengan optimum secara seimbang dan harmonis sesuai dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara (FPN).

Manakala kreatif pula ditakrifkan sebagai mempunyai kebolehan men-cipta,
menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kita harus mengerah
seluruh tenaga. Idea yang baru bukan setakat susunan atau struktur baru terhadap
makna-makna dan unsur-unsur yang sudah ada.bahkan juga baru pada struktur yang
belum ada sama baru secara ,mutlak atau relatif mengikut bidang yang berbeza-
beza.[2] Mengambil contoh hasil kreatif dalam bidang seni bermaksud menghasilkan
karya seni yang benar-benar bermutu tinggi. Melakar kejayaan sebagai pelukis hingga
ke satu peringkat yang hampir tiada hadnya. Kreatif dalam bidang sains membawa idea
baru atau gaya baru dalam analisa-analisa yang dibuatnya atau mengembangkan alat-
alat atau instrument baru yang digunakannya utuk mencipta peralatan baru.



2.2 Definisi Membudayakan Pemikiran
Membudayakan memberi maksud menjadikannya kebiasaan atau suatu kelaziman [3].
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat
pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami



Rumusan
Membudayakan pemikiran kreatif memberi maksud menjadikan kreatif adalah gaya
hidup. Untuk membudayakan pemikiran kreatif di kalangan pelajar kita perlu mendalami
kriteria-kriteria yang seharusnya ada pada diri orang yang kreatif. Membudayakan
pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar menjadikan pelajar sentiasa
menghasilkan sesuatu yang baru dalam pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan
diri mereka biasa dengan menghasilkan sesuatu yang baru sama ada baru secara
mutlak atau relatif. Pelajar yang kreatif dan inovatif adalah hasil didikkan dan bimbingan
berterusan serta tunjuk ajar daripada pendidik yang juga memiliki ciri-ciri kreatif dan
inovatif.


3.0 USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MEMBUDAYAKAN PEMIKIRAN
KREATIF DAN INOVATIF DI KALANGAN PELAJAR
3.1 MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK KULIAH

3.1.1 Memberikan Motivasi Berdasarkan Contoh Terdekat
Memperkatakan tentang kreatif bererti perbincangan menghasilkan sesuatu yang baru
pada unsur-unsur yang telah sedia ada atau baru hendak diadakan. Tidak dapat tidak
ianya berkait rapat dengan soal penghargaan. Di kalangan pelajar saya memberikan
dorongan dan galakkan untuk memajukan diri. Memberi input baru terhadap diri mereka
sendiri dalam dunia pendidikan. Mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran tanpa
mengharapkan anugerah. Soal pengurniaan biarlah difikirkan oleh pihak lain. Begitu
juga dalam menyertai pertandingan, bertujuan untuk menghasilkan inovasi yang kreatif
dalam kumpulan dan bukan untuk merebut tempat kemenangan tetapi memupuk
pemikiran kreatif.


Kejayaan anak Malaysia di persada antarabangsa, dengan mencontohi Professor
Emeritus Tan Sri Dato Sri Lim Kok Wing mendapat anugerah Malaysias Father of
Creativity & Innovation Business of the Year Award Ke-4 daripada SMI & SME
Worldwide Network yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Industri dan
Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Y.B. Dato Mukhriz di Grand Dorsett Subang
Hotel pada 20 Jun 2010. Pelbagai pihak menghargai beliau. Bagaimanapun tanpa
penghargaan pelajar masih boleh terus memupuk kreatif dan inovatif. Seorang
penyelidik contohnya semakin banyak kajian dilakukan semakin kreatiflah dia
berbanding dengan orang lain[4]

Rumusan
Kreatif dan Inovatif akan terus terpancar dari dalam diri seseorang sama ada mereka
menerima anugerah atau tidak. Orang yang sememangnya mempunyai budaya begini
dalam hidup mereka anugerah bukanlah menjadi keutamaan dalam agenda kejayaan
dalam bidang yang diceburi dan meraih pelbagai anugerah. Kepuasan dalam
memperoleh hasil karya adalah sasaran kepada apa juga yang mereka hasilkan.
Anugerah adalah kurniaan pihak lain terhadap mereka. Contoh tempatan yang
beginilah yang harus diketengahkan secara berulangkali agar ianya menjadi inspirasi
kepada setiap pelajar.

3.2 Memberi Ruang Untuk Bersuara Sebagai Sebahagian Daripada Ke Arah
Menghasilkan Karya.
Pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif dinilai oleh guru-gurunya terhadap karya
yang dihasilkannya ketika mereka belajar. Menjurus kepada sumbangsaran, mengikut
keupayaan mereka mempersembahkan jawapan. Justeru itu saya sebagai pendidik
harus memberi kepercayaan dan peluang bersuara serta memberi pendapat dalam
pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar berkaitan dengan apa yang mereka baca.
Menghormati dan mempercayai ini penting dalam memupuk pemikiran kreatif seperti
yang dicatat oleh Mc Kinnon (1962) yang menyatakan anak-kanak yang diberi
kebebasan dengan mengambil tanggungjawab sendiri telah mendorong anak menjadi
orang yang berdikari yang mempunyai ciri-ciri orang dewasa seperti seorang dewasa
yang bekerja sebagai jurutera yang kreatif.[5] Oleh yang demikian saya membantu
pelajar-pelajar saya mengeluarkan pendapat, mengutarakan hujah-hujah berkaitan apa
yang dipelajari, mengikut kebolehan masing-masing, disamping membuat hubungkait
dengan isu-isu semasa yang berkaitan.
Kajian-kajian sepakat mengatakan bahawa di antara ciri-ciri orang kreatif adalah sifat
berdikari, kebebasan dan kelenturan. Inilah tiga ciri yang dianggap pokok dalam karya
kreatif. Barangkali yang paling penting dalam bahawa orang kreatif itu bersifat bebas
dalam pemikirannya dan tidak tunduk kepada apa yang terkenal dan dibiasakan.[6] Ini
terbukti berkhasil dengan apa yang lakukan apabila saya memberi peluang kedua untuk
menyuarakan pendapat.Ini terbukti dalam refleksi atau komen yang saya terima di
antaranya,
Contoh 1: Data bertulis daripada pelajar setelah beberapa siri kuliah.
Semua pelajar berpeluang menyuarakan pandangan . Boleh berbincang sesama
sendiri,.
Contoh 2: Data bertulis daripada pelajar setelah beberapa siri kuliah.
Interaksi lebih menyeluruh- melibatkan pembelajaran dua hala.
Contoh 3: Data bertulis daripada pelajar setelah beberapa siri kuliah.
Saya mendapati bahawa ia lebih efektif memandangkan semua pelajar mengambil
bahagian.



Rumusan
Sikap keterbukaan seorang pendidik akan menyebabkan pelajar mengalirkan atau
menyalurkan pendapat untuk dikongsi dan dibincangkan sewaktu sessi pengajaran dan
pembelajaran. Sikap terbuka sebenarnya akan dirasai sebagai seorang yang diberi
penghargaan oleh gurunya. Ini akan terus menggalakkan pertumbuhan perbincangan.
Sebagaimana pendapat Suria Baba (2007) dalam dapatan kajiannya bahawa
pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar secara kendiri, akan menyimpan maklumat
tersebut untuk jangka masa yang lama, malah dengan keterbukaan menerima
pendapat pelajar akan membuatkan mereka untuk terus menyumbang idea lalu
maklumat diproses secara aktif dan berfokus. Suasana keterbukaan melatih dan
membudayakan kemahiran interpersonal dan ada dorongan untuk aktif berfikir. Pelajar
terlibat secara aktif dalam perbincangan kerana pelajar sudah ada celik akal (insight)
dalam isu yang sedang dibincangkan.


3.1.3 Bimbingan melaksanakan hasil pemikiran kreatif dan inovatif dengan
menjadikannya dalam bentuk dokumentasi yang boleh dikongsi dan boleh digunapakai
pada bila-bila masa.
Setelah memberi ruang,untuk mengeluarkan pendapat, saya bimbing pelajar saya
untuk mempersembahkan pendapat mereka untuk disampaikan dalam bentuk yang
lebih kemaskini dan terancang. Memikirkan untuk mendapatkan set induksi dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah. Namun
ianya adalah mudah jika dibimbing untuk cara mendapatkan kreativiti bagi sesuatu tajuk
tanpa mengeluarkan belanja yang banyak dan usaha yang lama. Menggunakan bahan-
bahan persekitaran yang berhampiran, maujud dan tanpa kos yang dikeluarkan serta
masa yang singkat adalah ciri yang perlu ada pada set induksi. Menghasilkan bahan
semulajadi untuk set induksi yang diketengahkan mampu menggerak keseluruhan
pembelajaran murid dari langkah satu hinggalah kepada kesimpulan dan penilaian
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Mengambil contoh set induksi bagi
tajuk, Kepercayaan kepada Allah ialah menggunakan dua botol air mineral kosong.
Satu daripadanya dicampur dengan gula. Manis gula yang ada pada air tersebut tidak
dapat dilihat tetapi ianya ada. Mengambil contoh wanginya bau sabun mandi dan
pencuci pakaian Soflan tidak dapat dilihat, namun ianya wujud. Kerusi dan meja serta
peralatan teknologi komputer dihasilkan di kilang. Siapa yang menghasilkannya tidak
dapat dikenali, apa lagi dilihat. Bantu murid berfikir bahawa, Allah s.w.t. tidak dilihat
tetapi wujud.
Set induksi yang kreatif adalah sebagai bahan yang merangsang pemikiran ke arah
penerokaan minda yang seterusnya. Apabila ini berlaku maka pembelajaran bukan
sesuatu yang begitu ilmiah dan akademik. Proses penyaluran ilmu (tajuk baru
pembelajaran) disampaikan dan dibincangkan kepada pelajar dalam bentuk yang santai
namun hakikat sebenarnya ianya begitu ilmiah dan akademik. Murid menyerap
maklumat baru bagi dengan mudah tanpa mereka sedari.
Saya bimbing pelajar untuk berfikir secara khusus dalam pengajaran dan pembelajaran
untruk membina set induksi sebanyak yang mungkin bagi keseluruhan tajuk-tajuk yang
mereka akan sampai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan. Hasil
kumpulan akan dikongsi bersama. Kesemua hasil yang mereka perolehi tadi hendaklah
dibuktikan dalam bentuk dokumentasi yang dinamakan Folio Set Induksi Pendidikan
Islam Tahun 3 (nama matapelajaran berkaitan). Apabila mereka memperolehi set
induksi yang baru penambahan boleh dilakukan, hanya dengan memasukkan input
baru tersebut pada tajuk yang berkenaan. kebarangkalian yang akan berlaku ialah
empat set induksi bagi satu tajuk. Kemudahan awal yang disediakan ialah mereka
hanya perlu pilih sahaja.





Rumusan
Perlagaan idea (Suria Baba 2007 )memberikan peluang pelajar berinteraksi dan saling
memberi dan menerima pendapat rakan menjadikan pelajar mantap minda dan menjadi
lebih matang dalam mengupas isu perbincangan dengan lebih terbuka.

3.1.4 Melaksanakan teori pembelajaran koperatif dengan cermat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran koperatif saya gunakan bagi menjamin objektif kelangsungan pengajaran
dan pembelajaran bagi fakta di atas (menghasilkan set induksi dalam bentuk
dokumentasi). Pembelajaran koperatif adalah proses di mana sekumpulan pelajar
belajar bersama-sama, menolong satu sama lain dalam pembelajaran untuk mencapai
matlamat kumpulan.(Kagan 1989) Merujuk kepada satu set strategi pengajaran dan
pembelajaran termasuk interaksi kerjasama antara pelajar semasa Proses
pembelajaran (Kagan,1990) .
Ketika kelangsungan pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan saya membimbing
dengan mewujudkan beberapa peraturan seperti, jangan bising, bercakap ikut giliran,
panggil nama sebenar, sentiasa ada dalam kumpulan, sentiasa beri galakkan pada ahli,
beri cadangan, jangan kritik, berusaha untuk memberi sumbangan dan minta bantuan
guru setelah minta pandangan semua ahli. Pembelajaran ini perlu dilakukan dengan
teratur dan teliti supaya pemikiran pelajar tidak terbantut kerana pelajar tidak lagi
tertumpu kepada saya. Dalam proses perbincangan kumpulan inilah akan lahir
pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan mereka. Kejayaan memperolehi hasil set
induksi adalah pasti kerana setia ahli dalam kumpulan memerlukan satu sama lain.
Setiap individu berusaha untuk memastikan kumpulan mereka berjaya. Setiap ahli
bertanggungjawab untuk menyumbangkan seberapa banyak idea untuk kejayaan
kumpulan. Di dalam pembelajaran koperatif terdapat kemahiran berfikir.


Dalam menyampaikan pengetahuan, pendekatan, teori pembelajaran, kaedah dan
teknik pengajaran merupakan alat penyambung atau penggerak dua hala iaitu dari
pihak pengajar kepada pelajar yang sifatnya sentiasa berinteraksi dan saling
mempengaruhi (Abdullah Ishak, 1995 dan Mok, 2003). Kombinasi pendekatan, teori
pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan akan dapat membantu
pelajar memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran, mengubah sikap dan tingkahlaku,
menanam minat dan nilai yang diingini di samping dapat memupuk daya kreativiti dan
inovasi pelajar itu sendiri.
Rumusan
Usaha saya mempelbagaikan strategi, pendekatan, teori, teknik dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran ini selari dengan pandangan Abdullah Ishak (1995) bahawa pendidik
yang kreatif dan inovatif adalah pendidik yang mahir menggunakan pelbagai strategi,
teori, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai untuk
menampung keperluan pelajar yang berbeza-beza dari segi gaya pembelajaran.
Implikasi guru sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan
koperatif learning.