Anda di halaman 1dari 14

BML3083: SEMANTIK DAN

PRAGMATIK
KULIAH 5a
19 Mei 2012
Dewan Kuliah V, USM,
Pulau Pinang.
Pragamatik: Konteks
Di dalam kuliah akhir ini, akan
dibincangkan tiga (3) perkara
Konteks (halaman 188 192 modul)
Implikatur (halaman 212 221 modul
dan nota kuliah ini)
Lakuan bahasa (halaman 212 221
modul dan nota kuliah ini)
Tiga perkara ini berkait dengan konsep
pragmatik
Apakah pragmatik?
Pragmatik ialah ilmu menghuraikan
makna sama seperti semantik
Beza kedua-duanya:
Semantik hanya menghuraikan makna
secara literal atau pada lapisan
permukaan dan unsur linguistik.
Pragmatik menghuraikan makna
berdasarkan konteks khusus bagi
mengintepretasi makna yang
berbentuk abstrak yang memerlukan
huraian yang lebih tperinci.
Hubungan semantik dan pragmatik
bagi menghuraikan makna secara
berpada sangat diperlukan untuk
mengintepretasi makna.

Oleh itu perlunya gabungan semantik
dan pragmatik, agar makna yang
diperoleh dapat menjelaskan makna
yang memerlukan tafsiran mendalam.

Apakah konteks
(Nor Hashimah 1991, 874)

1. seberkas andaian
berkaitan dunia Yang dibina
secara psikologi oleh
pendengar (pemeran)
2. Tidak terhad kepada
maklumat
Mengenai persekitaran fizikal
Paling dekat dan ujaran
Paling hampir
3. Boleh melibatkan
masa masa depan,
hipotesis saintifik,
kpercayaan, keagamaan,
kenangan lucu,
andaian tentang budaya,
kepercayaan terhaap
pemikiran penutur
& sebagainya
Konteks boleh dikembangkan
melalui tiga cara iaitu:
1. melihat ke arah ujaran yang
terdahulu,
2. penglihatan kepada alam
persekitaran, dan
3. merujuk kepada catatan
ensiklopedia bagi perkataan yang
telah digunakan dalam ujaran dan
konteks.
Melihat ke arah ujaran yang
terdahulu pada dasarnya melibatkan
imbas semula
Maknanya:
kita merujuk kepada ujaran sebelum
itu untuk memulakan atau
mengembangkan konteks pemula
komunikasi
Hubungan teks dengan teks-teks lain
dan andaian yang dibawa daripada
teks sebelumnya.

Sebagai contoh, untuk memulakan
sesuatu kelas guru akan menyebut:
Pada minggu lepas saya sudah
terangkan hal ini, jadi pada hari ini
saya akan menyambung
Dalam buku: Di dalam bab 2
sebelum ini ada disebutkan Bab
ini akan mengambil perkara ini
sebagai titik tolak huraian
penglihatan kepada alam sekitar:
i. apa-apa sahaja yag berlaku di
sekitar manusia boleh membantu
untuk mengembangkan konteks

ii. melibatkan proses komunikasi, iaitu
penutur dan pendengar akan
menyampaikan dan menginterpretasi
pertuturan berdasarkan aspek yang
ada di dalam persekitaran sewaktu
komunikasi
Halliday ( ) menyebut alam sekitar ini
sebagai keperihalan keadaan dan
ada empat konsep yang diguna untuk
menghurai konteks ini, iaitu:-
(i)Medan wacana (the field of discourse)
merujuk kepada topik, hal, tindakan,
dan proses yang berlaku atau yang
melibatkan (ii)pemeran dan apabila
bahasa memainkan peranan penting.
Pemeran/peserta (the tenor of
discourse) merujuk kepada mereka
Pemeran/peserta (the tenor of
discourse) merujuk kepada mereka
yang mengambil bahagian, status dan
hubungan peranan, peranan dalm
pertuturan dll.
(iii) Mod/sarana wacana (the mode of
discourse) merujuk kepada peranan
bahasa, apa yang dilakukannya,
organisasinya, statusnya,
saluran/jenisnya (lisan/bertulis/
kombinasi), retoriknya (tujuan seperti
membujuk, mendedah, menghurai
dsb.)
(iv) Catatan ensiklopedia pula
merujuk kepada peristiwa-peristiwa
yang pernah dilalui oleh seseorang di
dalam hidupnya.
Peristiwa-peristiwa itu disimpan di
dalam memori jangka pendek apabila
tidak digunakan.
Memori ini akan diambil dan
digunakan semula untuk
mengembangkan konteks pemula
komunikasi
Catatan ensiklopedia ini berguna
untuk mengembangkan konteks,
terutamanya apabila sesuatu
peristiwa semasa yang berlaku
dengan peristiwa yang pernah
berlaku yang secara kebetulannya
seakan-akan sama.
Maka dengan itu, pendengar atau
pembaca dapat menginterprestasi
makna tersebut dengan tepat dan
baik.

Rumusan
Tiga aspek konteks yang
dibincangkan ialah aspek penting di
dalam pragmatik yang berlandaskan
konteks untuk memerikan makna
Selain tiga aspek tersebut, di dalam
analisis konteks aktiviti meramal/
meneka makna ujaran juga penting
Implikatur ialah salah satu aktiviti
meneka/meramal maksud dlm
pragmatik dan akan dihuraikan di
dalm kuliah yang berikut.