Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA PILIHAN

Bil Peribahasa Maksud


1 Ada udang di sebalik batu. Berbuat baik kerana ada hajat terselindung.
2 Air dicencang tak akan putus. Perpecahan adik-beradik tidak berpanjangan.
3 Air perabung mengalir ke cucur atap. Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak- anak.
4 Alang-alang mandi biar basah / alang- alang berdakwat
biar hitam.
Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya walaupun susah.
5 Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu. Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya.
6 Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul
lumut.
Orang yang selalu bertukar kerja (berubah pendirian) tidak akan berjaya.
7 Beraja di mata bersultan di hati. Meletakkan hukum mengikut nafsu sendiri.
8 Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu. Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya.
9 Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak. Sementara beroleh kerja yang kekal buatlah kerja-kerja sementara dahulu.
10 Berpantang mati sebelum ajal. Jangan sengaja mencari nahas (maut).
11 Besar periuk, besarlah keraknya. Semakin berada bertambah boros.
12 Besar sendal daripada gelegar. Lebih berbelanja daripada pendapatan.
13 Biar putih tulang jangan putih mata. Rela mati demi mempertahankan hak.
14 Biduk berlalu kiambang bertaut. Perbalahan akan selesai apabila tiada penghasut.
15 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-
dengar.
Mesti berhati-hati bercakap dalam perkara- perkara yang sulit dan rahsia.
16 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik. Perpecahan sesama ahli keluarga lambat-laun berbaik semula.
17 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri akhirnya diri kita pun terasa.
18 Dahan pokah (sekah) dedalu tumpang mati. Mendapat susah apabila hilang tempat bergantung.
19 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung).
20 Di mana-mana air bertakung di situ ikan berkampung. Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu.
21 Direndam tak basah direbus tak empuk. Sangat sukar ditewaskan / dilembutkan hatinya.
22 Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-
tengah.
Pertembungan antara kuasa besar, rakyat jelata menanggung susah.
MODUL BM 1 JUJ 2012
23 Harapkan pagar, pagar makan padi. Orang yang tidak memegang amanah.
24 Harapkan sokong, sokong membawa rebah. Orang yang tidak memegang amanah.
25 Hidup dikandung adat, mati dikandung
tanah.
Rela mati demi mempertahankan hak.
26 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri.
Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri.
27 Ibarat berdagang buluh kasap, hujung hilang
pangkal lesap.
Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya
menanggung rugi.
28 Ibarat menarik rambut di dalam tepung, Selesaikan masalah secara baik dan tidak
rambut jangan putus, tepung jangan
terserak.
menimbulkan masalah sampingan.
29 Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin
runduk/ tunduk.
Tidak sombong walaupun semakin berada.
30 Jarak panggang dari api. Usaha yang tidak mendatangkan kejayaan.
31 Jauh berjalan luas pandangan, lama hidup
luas pengalaman.
Ilmu dan pengalaman akan diperoleh apabila
sentiasa belajar dan mengembara.
32 Jikalau tiada angin masakan pokok
bergoyang.
Tidak timbul sesuatu perkara tanpa sebab.
33 Jong pecah yu yang menang. Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada
musuh.
34 Kalah jadi abu, menang jadi arang. Tiada untung berperang sama ada yang kalah atau
yang menang.
35 Ke gunung sama didaki, ke lurah sama
dituruni.
Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu.
36 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke Perwatakan ibu bapa akan dituruti oleh anak-
nasi? anak.
37 Keluar daripada mulut harimau masuk ke
mulut buaya.
Tidak putus-putus dilanda bahaya (musibah).
38 Kerana nila setitik habis susu sebelanga. Rosak maruah masyarakat kerana keburukan
seseorang.
39 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja
beransur tak bertahan.
Sesuatu urusan tidak akan selesai jikalau selalu
bertangguh.
40 Keruh di muara kerana di hulu keruh Rosak akhlak anak-anak akibat salah didikan ibu
j
u
g
a
. bapa.
41 Lempar batu sembunyi tangan. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
42 Lesung sama antan bertelingkah, ayam yang
kenyang.
Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang
mendapat habuan.
43 Ludah ke langit jatuh atas batang hidung
sendiri.
Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga sendiri,
akhirnya kita yang mendapat malu.
44 Luka hilang parut tetap tinggal. Perasaan terluka tetap ada walaupun sudah berbaik-
baik.
45 Lunak gigi daripada lidah. Manis tutur kata apabila berhajatkan sesuatu.
46 Macam mentimun dengan durian, digelek
luka, menggelek pun luka.
Orang berkuasa tetap mengatasi orang lemah sama
ada benar ataupun salah.
47 Macam melukut di tepi gantang. Terasing dan tidak dipedulikan.

MODUL BM 1 JUJ 2012


48 Menahan lukah dipergentingan. Mencari untung pada saat-saat kesusahan.
49 Mencurah air ke daun keladi. Nasihat yang tidak berbekas.
50 Mencurahkan garam ke laut. Berbudi kepada si kaya tiada berguna.
51 Mendengar guruh di langit, air di dalam
tempayan dicurahkan.
Mengharapkan sesuatu untung yang belum pasti,
harta yang ada diboroskan.
52 Panas setahun basah bumi oleh hujan
sehari.
Selama-lama kebaikan musnah dek sekali tersalah
langkah.
53 Patah sayap bertongkat paruh. Gigih berusaha walaupun kudrat terhad.
54 Patah tumbuh hilang berganti. Memperoleh ganti yang sama dengan yang
sebelumnya.
55 Pepat di luar rencong di dalam. Sikap yang tidak jujur.
56 Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Tidak sama antara golongan berdarjat dengan
golongan bawahan.
57 Pisang berbuah dua kali. Mengulangi kesilapan yang sama.
58 Pucuk dicita ulam mendatang / orang
mengantuk disorongkan bantal.
Memperoleh habuan serta merta atas perkara yang
amat diingini.
59 Pukul anak sindir menantu. Mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya
perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.
60 Rosak bawang ditimpa jambak. Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa.
61 Sehari selembar benang lama-lama menjadi
kain.
Walaupun dilakukan sedikit demi sedikit akhirnya
selesai.
62 Sekali air bah, sekali pantai berubah. Apabila bertukar pemimpin, berubahlah stail
kepemimpinannya.
63 Seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing.
Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri.
64 Sepuluh jong masuk kuala anjing tetap
bercawat ekor.
Orang yang berfikiran tertutup dan tidak boleh
menerima kemajuan.
65 Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Hidup yang saling bermuafakat.
66 Sudah jatuh ditimpa tangga. Bencana yang bertimpa-timpa.
67 Tak akan buaya menolak bangkai. Orang jahat tetap memilih kejahatan.
68 Tak dapat tanduk telinga dipulas. Menggunakan pelbagai helah untuk memenuhi hajat.
69 Tangan yang menghayun buaian
memerintah dunia.
Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-
anak.
70 Telunjuk lurus kelengkeng berkait. Sikap yang bermuka-muka dan tidak jujur.
71 Tepuk air di dulang percik ke muka sendiri. Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya,
maka diri sendiri juga yang dapat malu.
72 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
buruk padahnya.
Keterlanjuran tutur kata amat buruk padahnya.
73 Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus
tampaklah juga.
Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat
apa-apa faedah.
74 Untung sabut timbul, untung batu
tenggelam.
Habuan atau nasib kadang-kadang bergantung
kepada tuah.