Anda di halaman 1dari 10

Buku Skrap Sains

B6D1E1:Dunia Melalui Deria Kita








Muhammad Ilham Hafiz bin Azmi
2 Imtiaz 2014
Pn Rozitah Abd Karim

Pengenalan


Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa,
deria sentuhan, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran.
Masing-masing menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga
spesifik dengan fungsinya. Sebagai contohnya, deria penglihatan
menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran
menggunakan telinga sebagai organ deria.

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa had dan halangan tertentu
kepada deria penglihatan dan deria pendengaran kita. Sebagai
contohnya, mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil
seperti kuman. Manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar bunyi
yang sangat kecil atau yang sangat kuat.

Namun, dengan adanya teknologi moden, halangan dan had kepada
deria seperti ini dapat juga diatasi. Alatan seperti teleskop, mikroskop,
kanta pembesar, sinar-X, periskop, teropong dan alat pengimbas
ultrabunyi dapat membantu mengatasi had kepada deria penglihatan
kita. Manakala alatan seperti mikrofon, pembesar suara, stetoskop dan
alat bantu dengar pula mampu untuk membantu kita mengatasi had
deria pendengaran.

Maksud Had Deria Penglihatan dan
Deria Pendengaran

Had Deria Pendengaran adalah keterbatasan terhadap deria
pendengaran yang disebabkan oleh halangan tertentu pada
fungsi organ telinga.
Sebagai contohnya:
- tidak dapat mendengar bunyi yang terlalu kecil (pembesar
suara)
- tidak dapat mendengar bunyi jantung (stetoskop)

Had Deria Penglihatan adalah keterbatasan terhadap deria
penglihatan yang disebabkan oleh halangan tertentu pada
fungsi organ mata.
Sebagai contohnya:
- tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil (mikroskop)
- tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh (teleskop)
- tidak dapat melihat objek yang berada di sebalik dinding
(periskop)

Alatan Membantu Had Deria Penglihatan

Teleskop ialah satu alat yang
membolehkan manusia untuk melihat benda yang jauh seperti
bulan atau planet-planet lain dengan mengumpul sinaran
elektromagnet ( seperti cahaya yang boleh kita lihat).
Teleskop boleh dibahagi melalui panjang gelombang cahaya
yang boleh dikesan .
Teleskop X-Ray : Menggunakan gelombang cahaya yang lebih
pendek dari sinaran ultraungu.
Teleskop Ultraungu : Menggunakan gelombang cahaya yang lebih
pendek dari cahaya yang dapat dilihat.
Teleskop Optik : Menggunakan cahaya yang boleh dilihat.
Teleskop Inframerah : Menggunakan gelombang cahaya yang
lebih panjang dari cahaya yang dapat dilihat.
Mikroskop ialah suatu alat yang
membolehkan manusia melihat benda yang terlalu kecil
untuk dilihat menggunakan mata kasar . Antara benda yang
hanya dapat dilihat melalui mikroskop ialah mikroorganisma .
Terdapat dua jenis mikroskop iaitu :
Mikroskop Optik : Menggunakan cahaya
Mikroskop Elektron : Menggunakan pancaran electron
yang halus.






Kanta Pembesar ialah suatu alat yang
membolehkan manusia untuk membesarkan objek yang kecil
agar lebih jelas . Kanta pembesar menggunakan kanta
cembung.

Mesin Sinar-X membolehkan kita untuk
mengimbas imej tubuh badan untuk tujuan perubatan . Alatan
ini menggunakan salah satu daripada sinaran elektromagnet
iaitu Sinaran-X (X-Ray).



Periskop ialah satu alat yang digunakan untuk
melihat objek di hadapan yang terlindung oleh halangan . Alat
ini menggunakan prinsip pantulan cahaya . Lazimnya , ia
digunakan pada kapal selam .

Teropong digunakan untuk melihat objek yang
lebih jauh .
Alat Pengimbas Ultrabunyi digunakan
untuk mengimbas bahagian dalam badan dengan menggunakan
imbasan ultrabunyi . Alat ini lazimnya digunakan untuk melihat
perkembangan bayi di dalam perut ibu yang mengandung.
Alat Mengatasi Had Deria Pendengaran
Stetoskop digunakan untuk mendengar
degupan jantung . Ia sering digunakan dalam bidang perubatan
untuk mendengar degupan jantung pesakit bagi memudahkan
rawatan. Alat ini menggunakan prinsip bunyi bergerak melalui
medium .

Fungsi mikrofon ialah menukarkan
gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal . Alat ini
digunakan untuk meguatkan suara penggunanya . Ia biasanya
digunakan di dewan atau tempat yang lapang dan luas .

Pembesar suara digunakan untuk
menguatkan lagi suara yang dihasilkan . Alat ini digunakan
bersama mikrofon .



Alat bantu pendengaran digunakan
untuk membantu menguatkan lagi bunyi yang masuk ke dalam
telinga . Alat ini sering digunakan oleh warga emas dan orang
yang mengalami kecacatan di telinga .



Kesimpulan
Kemajuan teknologi nampaknya banyak membantu kita untuk
mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik. Alatan moden
seperti Sinar -X dan juga Alat Bantu Dengar, ternyata banyak
membantu ramai manusia di luar dalam mendapatkan
keperluan hidup yang maksimum.

Walau bagaimana pun, sekalipun teknologi yang ada ini banyak
membantu kita, namun perlu lah kita sedari akan kepentingan
menjaga organ deria kita dengan baik. Ini juga bagi
membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan
sempurna dan tanpa perlu bersusah payah. Harus juga kita
bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
pada diri sendiri supaya dapat menjalani kehidupan dengan
sebaik mungkin.


Sumber : Wikipedia (www.wikipedia.org)