Anda di halaman 1dari 8

KARANGAN BERFORMAT

CERAMAH
KARANGAN JENIS CERAMAH
1. Sebagai penceramah, anda perlu membayangkan diri anda berucap di hadapan
khalayak tertentu seperti rakan-rakan anda.
2. Bahasa yang diucapkan semasa berceramah perlu sesuai dengan khalayak, sama
ada masyarakat biasa ataupun yang berpendidikan tinggi.
3. Pengucapan hendaklah tegas, jitu, padat, dan berkesan dengan menggunakan
intonasi suara (turun naik ataupun tinggi rendah nada suara) bagi menarik perhatian
khalayak.
FORMAT KARANGAN JENIS CERAMAH
1. Biasanya ceramah didahului oleh kata-kata sambutan menurut protokol.
Contohnya seperti Tuan Pengerusi majlis yang saya muliakan, Tuan Pengetua, tetamu
kehormat, guru-guru, dan pelajar sekalian.
2. Ada pula penceramah yang cenderung memberikan mukadimah terhadap satu-
satu tajuk yang hendak diceramahkan seperti karangan model ini.
3. Sesudah itu barulah penceramah berkenaan memberikan kata-kata sambutan dan
memuliakan tetamu menurut protokol seperti di atas.
4. Seelok-eloknya perinjakan daripada satu isi dengan isi berikutnya, diselitkan
unsur sapaan seperti hadirin yang saya muliakan, hadirin yang dihormati sekalian,
tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dan sebagainya.
5. Sebelum mengakhiri ceramah, penegasan isi perlu dibuat sebagai rangkuman
supaya khalayak dapat memahami ceramah berkenaan melalui imbasan kembali.
6. Ceramah diakhiri dengan kata-kata sambutan seperti yang terungkap dalam
pembuka bicara disusuli dengan ucapan terima kasih kepada hadirin atas keprihatinan
mereka mendengar ceramah dengan tekun.
CONTOH KARANGAN CERAMAH
Sejak kebelakangan ini perkhidmatan perubatan swasta berkembang dengan pesat. Anda
sebagai Pegawai kanan di Kementerian Kesihatan dijemput memberi ceramah tentang
kesan daripada perkembangan perkhidmatan tersebut. Tulis teks ceramah tersebut
selengkapnya.
Pendahuluan
Kata alu-aluan
Penyataan tajuk
Isi-isi
Kesan baik
1. Membantu perkembangan ekonomi
2. Kualiti dan kecekapan perkhidmatan menjadi semakin baik
Kesan buruk
1. Kos rawatan yang tinggi
2. Perkhidmatan tidak menyeluruh.
Penutup
Kesan menyeluruh kepada masyarakat.
Jawapan penuh
Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis,
para jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah kesan perkembangan perkhidmatan perubatan swasta.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Perkembangan perkhidmatan perubatan swasta di Negara ini semakin pesat.
Kepesatan ini adalah selaras dengan perkembangan yang di capai dalam sector
sosioekonomi penduduk. Perkembangan pesat ini adalah untuk menampung keperluan
perubatan Negara.
Hadirin sekalian,
Perkhidmatan perubatan swasta menekankan aspek kualiti dan kecekapan
perkhidmatan yang diberikan. Oleh kerana setiap perkhidmatan yang dikenakan bayaran,
maka aspek kualiti dijaga dengan baik bagi menjamin operasi perkhidmatan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Walaupun perkembangan perkhidmatan ini memberi kesan yang baik namun
terdapat juga kesan buruk seperti perkhidmatan yang diberikan tidak terkawal. Seperti
menjual ubatan secara haram.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pada dasarnya perkhidmatan yang disediakan ini adalah memberi manfaat kepada
masyarakat. Sekiranya terdapat perkara yang tidak elok berlaku, tindakan tegas harus
diambil supaya perkhidmatan perubatan ini mapu memberikan kesenangan kepada
masyarakat.
Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini. Terima kasih.


CERAMAH

DEFINISI

* Ceramah ialah perbicaraan di depan umum dalam situasi tertentu untuk tujuan tertentu dan
kepada pendengar tertentu. Dalam setiap ceramah penceramah harus menyesuaikan dengan situasi dan
keadaan yang dihadapi sehingga ceramah dapat berjalan dengan lancar.Suara, intonasi, gaya bahasa,
sikap dan gerak-gerik penceramah tersebut juga perlu di tekankan agar pendengar dapat tertarik
dengan apa yang diungkapkan

Hal yang perlu diberi perhatian semasa member ceramah

PEMBUKAAN CERAMAH/ PERMULAAN CERAMAH

} Hindarkan penampilan yang menampakan anda tidak bersedia untuk berceramah.
} Arahkan pandangan ke seluruh hadirin agar dapat mengenal semua pendengar.
} Mulailah berbicara dengan tenang dan ucapkan kata pembukaan

PENYAMPAIAN
Ketika memberikan ucapan huraian penceramah hendaklah disampaikan secara mantap ,logik cermat
dan ayat yang mudah difahami oleh audien.Ayat hendaklah disusun dengan baik dan intonasi
hendaklah jelas.

TRANSISI

} Dalam peyampaian ceramah, pemindahan topik hendaknya dilakukan melalui perbuatan secara jeda.

MENJAWAB PERTANYAAN
} Pertanyaan yang dijawab hendaklah berkait dengan soalan yang ditanya.Penceramah hendaklah
memberi jawapan yang wajar kepada pertanyaan tersebut.

MENANGANI PENDAPAT

} Dalam menanggapi pendapat penceramah hendaklah memberikan tanggapan yang sewajarnya, baik
untuk menyatakan persetujuan atau penolakan

KESIMPULAN DAN PENUTUP
} Kesimpulan hendaklah disampaikan pada akhir ceramah. Dan bukan pada akhir pembahasan masalah.
Pastikan bahwa kesimpulan yang dikemukkan difahami oleh audien
Membuat kesimpulan akhir bagi menggulung tajuk ceramah yang disampaikan
} Ceramah dengan ucapan mempunyai banyak persamaan.
} Dari segi konteks didapati ucapan lebih formal berbanding ceramah.
} Dalam majlis perasmian disampaikan ucapan dan bukan ceramah.
} Dalam majlis yang sama iaitu selepas majlis perasmian mungkin dijemput seorang penceramah
menyampaikan sebuah tajuk yang berkaitan dengan majlis.
} Dari segi penyampaian, segala prinsip komunikasi khalayak masih perlu diaplikasikan dalam
penyampaian ceramah.
Terdapat beberapa jenis ceramah seperti ceramah agama, ceramah motivasi, ceramah politik,ceramah
kesihatan dan sebagainya.
} Seorang penceramah perlu mahir bukan sahaja daripada segi subjek yang diperkatakan tetapi juga
harus mahir daripada segi penyampaian.
} Penceramah perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh audien disamping menggunakan
unsur-unsur humor.

FORMAT CERAMAH

Tajuk ceramah.
Rujukan hormat/salutasi mengikut protokol, iaitu peringkat tetamu atau hadirin.
Isi kandungan ceramah yang ingin disampaikan kepada audien.
Penutup ataupun kesimpulan akhir.