Anda di halaman 1dari 7

1. Apakah kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad ke-21?

Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)


Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

2. Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad Ke- 21?

Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and
Technology) Literacy)
Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

3. Apakah ciri-ciri guru abad ke-21?

menguasai subjek (kandungan kurikulum)
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran kaunseling
menggunakan teknologi terkini

4. Apakah ciri-ciri murid abad ke-21?

Berupaya membuat hubung-kait
Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Mengambil risiko
Dahagakan ilmu
Ingin tahu
Menjana idea
Fleksibel
Tidak berputus asa
Mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi
Berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Membuat inisiatif
Mampu bekerja dengan orang lain
Membuat perubahan
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi

Pembelajaran Abad Ke-21


Pengenalan
Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua
keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus
dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan
berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak
terhad kepada penyediaan danpembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor
perindustrian dan perdagangan sahaja.
Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu
dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan
pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan
dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat
menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia
bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu
dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan
yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.
FOKUS / PENEKANAN KURIKULUM
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif,
kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh
dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada
penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran
iaitu :-
kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
kemahiran berkomunikasi secara berkesan
kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
kemahiran kepimpinan dan pengurusan

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad
ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam
proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu. Di mana, pelajar
abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat
mahupun akademik. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti :
Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling.
Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah.
Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga
berani mencuba.
Dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
Mempunyai perasaan ingin tahu.
Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
Tidak pernah berputus asa.
Sentiasa mendengar dan membuat refleksi di dalam bilik darjah semasa sesi P&P dijalankan.
Berkemahiran kritis dan mampu untuk menguasai kemahiran literasi.
Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
Pelajar abad ke 21 juga mampu untuk bekerja dengan orang lain dan berusaha untuk membuat
perubahan.
Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah.
Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran
dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad ke 21 memerlukan
beberapa ciri tertentu seperti berikut:
Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan terhadap kandungan kurikulum.
Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
Memahami psikologi pembelajaran iaitu Cognitive Psychology.
Memiliki kemahiran kaunseling.
Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar
sesi tersebut.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi
maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan corridorraya
multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan
pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan
bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.
(a) Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidkkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem
rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan
dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia atau
hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi
maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan
menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.
Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar
perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai
ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan
lepasan menengah.
(b) Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu
dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada
pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau
di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan
berperanan sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan
mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima
pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih
untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah
bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing
pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok
murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan pelajar.
(c) Pendidikan Jarak Jauh
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan diri abad ke 20
ke abad ke 21. Peluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi tidak sahaja terhad
di pusat-pusat pengajian tinggi. Pendidikan Jarak Jauh dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad
ke 21 mengambil kira faktor-faktor berikut:
Bilangan hari persekolahan adalah fleksibel (mungkin tidak lebih tiga hari seminggu)
Setiap sekolah mempunyai kemudahan komputer
Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk pelajar
Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu
Kebolehubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pembelajaran melalui struktur modular
Pembentukan bahan pembelajaran yang terancang dan sistematik mengandungi objektif yang
jelas, alat ujian kendiri, aktkviti pembelajaran dan maklum balas pelajar.
(d) Pendekatan Modular
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak
dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran
di semua peringkat persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa
menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan.
Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.
(e) Mastery Learning
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu perkara yang
diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan
diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir
setiap pembelajaran.
(f) 'Tracking' dan 'Banding'
Bergantung kepada tahap penguasaan pembelajaran, pelajar ditempatkan dalam beberapa kumpulan
sama ada kumpulan asas (basic), kumpulan umum (general) atau kumpulan maju (advance).
Pembelajaran juga dilaksanakan mengikut sistem banding iaitu 'vertical' dan 'horizontal'. Melalui sistem
ini pelajar berubah kelas mengikut kebolehan dalam mata pelajaran. Misalnya pelajar Tahun 2 sekolah
rendah boleh mempelajari matematik Tahun 3 sekiranya ia sudah menguasai kemahiran matematik
Tahun 2.
(g) Sistem Kredit
Unit kredit adalah nilai masa/tempoh dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar untuk menyiapkan kerja-
kerja kursus yang telah ditetapkan bagi setiap kursus pengajian. Kerja-kerja kursus ini termasuklah
menghadiri kelas, membuat kerja projek, tugasan, kerja-kerja makmal dan amali. Pelajar dibenarkan
mengulang mata pelajaran yang tidak mencapai asas yang ditetapkan.
PENILAIAN
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan
penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat
perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah
benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut
a) Penilaian Berasaskan Sekolah
b) Penilaian Berterusan
c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek
d) Penilaian Proses di samping Penilaian Hasil
e) Authentic Assessment
f) Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
g) Bench Marking
h) Ujian/ Peperiksaan Secara Online
PENUTUP
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil
yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di
antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang
pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya
diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan
bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam
menangani tugas yang besar ini.