Anda di halaman 1dari 20

2

OUM
PENGENALAN UNIT 1
APAKAH PENGURUSAN? BAB 1
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
PENGENALAN
Sebelum kita mempelajari aspek-aspek pengurusan dengan lebih mendalam, eloklah
jika kita memahami dahulu apakah sebenarnya pengurusan.
Sama ada kita sedar ataupun tidak, segala bentuk pekerjaan di dunia ini boleh
dibahagikan kepada dua bidang yang cukup besar. Pertama, bidang kerja yang
berbentuk profesional. Kedua, bidang kerja yang berbentuk pengurusan.
Doktor, akauntan, jurutera, arkitek, peguam dan lain-lain lagi ialah contoh yang sesuai
untuk menggambarkan bidang pekerjaan yang pertama tadi. Kita lihat doktor misalnya,
dia membuat kerja yang sesuai dengan kebolehan dan kepakarannya iaitu merawat
pesakit-pesakit yang datang mengunjunginya untuk meminta nasihat. Dengan kata lain,
dia tidak akan mengarahkan orang lain untuk melakukan pekerjaan tersebut bagi
pihaknya. Misalannya, jururawat hanya memeriksa pesakit-pesakit tersebut bagi pihak
doktor kerana jururawat tiada kelayakan dan kebolehan yang sama dengannya bagi
menjalankan aktiviti itu. Jururawat ialah pembantu kepadanya sahaja. Pendek kata,
doktor tersebut tidak boleh mewakilkan pekerjaan tersebut kepada pembantunya.
Begitulah juga dengan profesion-profesion yang lain.
Sesungguhnya, ia amat berbeza sekali dengan bidang pekerjaan yang kedua,
pengurusan. Pengurusan dalam definisi yang ringkas ialah mengarah orang lain
membuat kerja dengan cekap dan berkesan. Dalam erti kata yang lain, memastikan
kerja tersebut mampu dilaksanakan oleh orang lain dengan baik dan jayanya. Ini
bermaksud seseorang pengurus tidak semestinya tahu untuk melakukan kerja tertentu
tetapi dia hanya bertindak sebagai penyelaras sahaja bagi memastikan kelicinan
pekerjaan yang dijalankan itu. Sebagai contoh, kita lihat pengurus kilang kasut, dia tidak
semestinya tahu cara membuat kasut tersebut secara terperinci tetapi dia hanya perlu
memastikan bahawa setiap sumber yang diberikan kepadanya termasuk sumber
manusia, iaitu pekerja-pekerja di bawah kawalannya dapat berfungsi dengan elok, dan
matlamat akhir yang dikehendaki oleh sesebuah organisasi tersebut tercapai. Tercapai
dalam konteks ini ialah dengan cekap dan berkesan.
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. memahami maksud sebenar pengurusan;
2. meneliti siapa sebenarnya seorang pengurus setelah mengkaji dari segi pengendalian
fungsi-fungsi pengurusan, enam peranan pengurus dan tiga kemahiran yang perlu
ada bagi seorang pengurus;
3. mengenal pasti jenis-jenis pengurus yang terdapat dalam bidang pengurusan; dan
4. menganalisis sejarah pengurusan dan evolusi pengurusan.
OUM
3
UNIT 1 PENGENALAN
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
Keberkesanan ialah pencapaian matlamat yang membolehkan tertunainya objektif
organisasi atau dengan ringkasnya disebut membuat kerja yang betul (doing the
right things) manakal a kecekapan pul a i al ah melaksanakan kerja dengan
menggunakan daya upaya, kos dan pembaziran yang paling minimum atau dengan
ringkasnya disebut membuat kerja dengan betul (doing things right). Keputusan
akhir pengurusan yang cekap dan berkesan ialah kejayaan organisasi.
Berbalik kepada persoalan cekap dan berkesan seperti yang ditakrifkan di atas,
seseorang boleh dikatakan cekap tetapi tidak berkesan atau berkesan tetapi tidak
cekap menguruskan sesuatu hal tersebut. Pendek kata, kedua-dua unsur di atas ialah
bebas antara satu sama lain. Misalnya, seorang pekerja kilang dikatakan cekap tetapi
tidak berkesan apabila dia berjaya mencari jalan pintas untuk melakukan sesuatu tugas
itu dengan kos yang murah tetapi tersisih daripada objektif etika organisasi. Ini boleh
dilihat apabila beliau dapat menyelesaikan masalah pembuangan sisa pengeluaran
dengan membuangkannya ke dalam sungai. Walaupun dia memang cekap tetapi dia
telah menyimpang daripada matlamat asal organisasi, iaitu mengekalkan keharmonian
setempat.
Sebaliknya, seorang pekerja itu dikatakan berkesan tetapi tidak cekap apabila dia
menggunakan kaedah lama bagi menyelesaikan sesuatu masalah pengurusan
walaupun perkara itu dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa mengorbankan matlamat
organisasinya. Misalannya, dalam proses penghantaran maklumat ke suatu destinasi
beliau menggunakan surat bersetem bagi menggantikan e-mel sebagai kaedah
penghantaran. Walaupun ia tidak menjejas atau mencacatkan matlamat organisasi, dia
telah membazirkan sebahagian daripada sumber yang diperuntukkan.
Berdasarkan perkara yang telah dibincangkan di atas ini, maka sesungguhnya
kecekapan dan keberkesanan ini memang tidak boleh lari daripada takrifan pengurusan
bahkan kedua-duanya merupakan suatu unsur yang amat penting dalam mentakrifkan
pengurusan.
1.1 MAKSUD PENGURUSAN
Pengurusan di def i ni si kan sebagai satu proses mentadbi r dan
menyelaraskan sumber-sumber dengan cekap dan berkesan dengan
tujuan untuk mencapai matlamat-matlamat organisasi.
Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan?
4
OUM
PENGENALAN UNIT 1
APAKAH PENGURUSAN? BAB 1
1.2 SIAPAKAH PENGURUS?
Satu cara klasik bagi menganalisis tugas-tugas pengurusan ialah dengan menyelidik
pengurusan daripada sudut fungsi-fungsi yang dilakukan oleh pengurus. Pendekatan
kedua ialah dengan melihat peranan-peranan yang dimainkan oleh pengurus dan akhir
sekali ialah dengan menganalisis kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pengurus.
Pengurus ialah individu yang bertanggungjawab secara langsung untuk
memastikan kerja dilaksanakan dalam organisasi melalui orang/pekerja.
1.2.1 Fungsi Pengurusan
Pengurusan didefinisikan sebagai satu proses mentadbir dan menyelaras sumber-
sumber dengan cekap dan berkesan dengan tujuan untuk mencapai matlamat
organisasi yang telah ditetapkan. Dalam definisi yang ringkas, pengurusan merujuk
kepada proses pengagihan kerja kepada pekerja untuk dilaksanakan dengan jayanya.
Pengurus terlibat dalam beberapa aktiviti yang asas. Aktiviti-aktiviti ini biasanya
dihimpunkan dalam satu konsep kategori yang dinamakan fungsi-fungsi pengurusan.
Fungsi-fungsi tersebut ialah seperti dalam Rajah 1.1.
Rajah 1.1: Fungsi-fungsi utama pengurusan
Diubah suai dari Lewis et all, Management, Challenges In The 21
st
Century
Perancangan
Kepimpinan
Pengorganisasian
Kawalan
Fungsi-fungsi
Pengurusan
OUM
5
UNIT 1 PENGENALAN
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
Seperti yang telah digambarkan, di bawah ini ialah jadual yang menunjukkan keempat-
empat fungsi pengurusan.
Jadual 1.1: Fungsi-fungsi Pengurusan
Proses pengurusan di semua peri ngkat organi sasi mel i bat kan merancang,
mengorgani sasi , memi mpi n dan mengawal sumber-sumber dal am organi sasi .
Seseorang pengurus tidak semestinya tahu untuk melakukan kerja tertentu itu, tetapi
dia hanya bertindak sebagai penyelaras sahaja bagi memastikan kelicinan pekerjaan
yang dijalankan itu.
Sebagai contoh, pengurus kilang membuat pakaian tidak semestinya tahu cara
membuat pakaian tersebut secara terperinci tetapi dia hanya perlu memastikan bahawa
setiap sumber yang diberikan kepadanya seperti modal, kilang dan sumber manusia
di bawah kawalannya dapat berfungsi dengan elok dan matlamat yang dikehendaki oleh
sesebuah organisasi tersebut tercapai.
Fungsi
Pengurusan
Penerangan
Perancangan Menetapkan objektif yang perlu dicapai sepanjang tempoh akan
datang dan apa yang patut dibuat untuk mencapai objektif-objektif
tersebut. Pengurusan pada semua tahap dalam organisasi perlu
terl i bat dal am perancangan. Pengurus-pengurus perl u
membangunkan objektif-objektif yang selari atau yang menyokong
strategi keseluruhan organisasi.
Pengorganisasian Satu kumpulan aktiviti (menentukan aktiviti, siapa yang akan
melaksanakan dan kaedah aktiviti tersebut diuruskan dan
dikoordinasikan secara logikal) dan menyediakan autoriti yang
sesuai bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Pengurus perlu
mengorganisasikan secara logikal dan berkesan maklumat, sumber-
sumber dan aliran tugas organisasi supaya dia dapat bertindak balas
secara positif terhadap perubahan-perubahan dalam persekitaran
perniagaan.
Kepimpinan Satu seni dalam mengarah dan menyalurkan gelagat manusia
dengan maksud untuk mencapai segala objektif yang ditetapkan.
Pemimpin berkesan hari ini perlu berwawasan di mana ia berupaya
untuk membayangkan masa depan, berkongsi wawasan dan dapat
menggalakkan pekerja-pekerja untuk menjadikan wawasan tersebut
suatu kenyataan.
Kawalan Mengukur prestasi terhadap segala objektif yang ditetapkan,
menentukan sebab-sebab penyimpangan dan mengambil tindakan
yang sewajarnya di mana perlu. Kawalan adalah satu fungsi yang
penting dalam proses pengurusan kerana ia membekalkan satu cara
untuk memastikan organisasi itu menuju pencapaian objektifnya.
6
OUM
PENGENALAN UNIT 1
APAKAH PENGURUSAN? BAB 1
Wal au bagai manapun, segal a fungsi i ni hanyal ah sekadar mengkl asi fi kasi kan
pengetahuan pengurusan semata-mata, kerana pada hakikatnya fungsi pengurusan
biasanya saling bertindan antara satu sama lain. Tambahan pula, fungsi-fungsi
pengurusan ini ialah saling bergantungan. Sebagai contoh, sesuatu organisasi yang
tersusun elok pengorganisasiannya ialah mustahil untuk maju jika tiada perancangan
yang lengkap. Begitu juga, jika organisasi itu dipimpin oleh seorang pengarah yang
cekap, ia masih lagi tidak boleh maju jika sistem kawalannya buruk. Pendek kata,
kesemua fungsi ini ialah amat penting dalam sesuatu organisasi.
1.2.2 Peranan Pengurus
Seperti yang telah dinyatakan tadi, terdapat banyak cara bagi mengenal pasti siapakah
pengurus. Selain daripada mengenal pasti pengurus dari segi fungsi-fungsi yang
dilakukannya, satu kajian telah dilakukan oleh seorang profesor pengurusan yang
terkenal, Prof. Henry Mintzberg (Lewis, P.S. et all; 2001). Beliau mengkaji apakah yang
sebenarnya dilakukan oleh pengurus dengan berjalan dan memerhatikan kerja mereka.
Mintzberg mendapati bahawa daripada tugas ke tugas yang dilakukan, pengurus tidak
hanya merancang, mengorgani sasi , memi mpi n atau mengawal . Mereka j uga
memainkan peranan yang akan dibincangkan dengan lanjut di bawah ini.
Setiap pengurus mesti meluangkan masanya melakukan tugas-tugas keraian. Contohnya,
seorang naib canselor, juga terlibat merasmikan upacara-upacara atau program yang
dilaksanakan di universitinya. Begitu juga dengan seorang ketua jabatan, dia juga
bertanggungjawab membawa tetamu yang berurusan dengannya untuk makan tengah hari.
Seorang pengurus, secara tidak langsung juga berperanan sebagai seorang ketua.
Setiap pengurus mesti berfungsi sebagai ketua dengan memotivasi dan memberi
galakan kepada pekerja-pekerjanya. Pengurus mendorong ahli-ahli unitnya pada setiap
masa agar menjalankan tugas mereka secara berkesan dalam mencapai matlamat unit
dan organisasi di samping pelbagai masalah dan cabaran yang harus ditempuhi.
Pengurus menyampaikan sesetengah dari maklumat yang dikumpulkannya kepada
individu-individu di luar unitnya atau mungkin juga kepada pihak-pihak tertentu di luar
organi sasi nya. Pengurus mel uangkan masa yang banyak beri nteraksi dengan
masyarakat di luar organisasinya. Dengan demikian, beliau bertindak sebagai media
perhubungan antara jabatannya dengan mereka yang dalam dan di luar organisasinya.
Peranan sebagai tunggak
Peranan sebagai ketua
Peranan sebagai pegawai perhubungan
Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dilakukan untuk menjadi
seorang pengurus yang berjaya?
OUM
7
UNIT 1 PENGENALAN
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
Sebagai contoh, pengurus sumber manusia mungkin bersemuka dengan pengurus
kewangan tentang pengambilan pekerja baru bagi memastikan keadaan kewangan
syarikat sebelum pengambilan dibuat.
Ini merupakan salah satu lagi peranan yang dimainkan oleh pengurus. Pengurus
biasanya menjadi jurucakap kepada organisasinya. Contohnya, seorang penyelia akan
selalu memastikan pengurus operasi mendapat maklumat terkini tentang perjalanan
logi pengeluarannya. Begitu juga dengan pengurus besar sesebuah kilang, beliau akan
melobi pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan tawaran yang baru.
Ti ada organi sasi yang ti dak mempunyai masal ah. Pengurus di waj i bkan untuk
memikirkan penyelesaian untuk setiap masalah, tanpa kira berapa sukar masalah
tersebut. Seseorang pengurus perlu meluangkan banyak masa di meja perundingan
kerana secara tidak langsung, dia juga memainkan peranan sebagai perunding.
Contohnya, seorang pengurus akan berunding dengan ketua kesatuan sekerja bagi
mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dalam masalah pembayaran gaji.
Sejak akhir-akhir ini, dua pakar pengurusan, Sumantra Ghoshal dan Christopher
Bartlett (Dessler, G; 2001) menekankan aspek tambahan dalam peranan pengurus, iaitu
sebagai pencetus kepada tindak balas dan perubahan syarikat. Tambahan lagi,
pengurus yang cemerlang ialah mereka yang mampu menyemai tiga proses yang dapat
membawa pekerjanya untuk memfokuskan keinginan perubahan. Proses-proses
tersebut ialah seperti berikut.
Proses keusahawanan
Pengurus akan cuba meningkatkan prestasi unitnya dan apabila beliau mendapat satu
idea yang baik, beliau akan melancarkan satu program untuk memperkembangkan idea
sehingga menjadi realiti.
Keusahawanan merujuk kepada orientasi luaran dan sikap mencari peluang yang
memotivasikan pekerja menjalankan operasi seolah-olah merekalah yang memiliki
organisasi tersebut. Penyelidikan yang dilakukan di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah
mendapati bahawa pengurus yang berjaya memfokuskan banyak masa dan tenaga untuk
membawa pekerjanya ke arah pemikiran seorang usahawan. Bagi melakukannya,
pengurus memberi kuasa, sokongan dan ganjaran pengarahan kendiri dilaksanakan oleh
seseorang pekerja.
Proses pembinaan keupayaan
Dalam dunia yang berteraskan teknologi dewasa ini, syarikat yang besar perlu
menggunakan sepenuh kelebihannya sebagai sebuah syarikat yang besar bukan sahaja
dalam hal ekonomi bidangan tetapi juga dalam aspek keluasan dan kedalaman
pengetahuan dan bakat pekerjanya.
Peranan sebagai jurucakap
Peranan sebagai perunding
Peranan sebagai pencetus
8
OUM
PENGENALAN UNIT 1
APAKAH PENGURUSAN? BAB 1
Pengurus yang berjaya akan menumpukan keupayaannya untuk membentuk persekitaran
yang menggalakkan mereka untuk mengambil lebih tanggungjawab, menyediakan latihan
dan pendidikan yang diperlukan oleh mereka untuk membina keyakinan diri dan
membenarkan mereka membuat kesilapan tanpa merasa takut didenda semasa melatih
dan membimbing mereka belajar daripada kesilapan.
Proses pembaharuan
Pengurus yang berjaya akan mencorakkan sesuatu yang mencabar strategi syarikat
dan andaian yang dibuat. Dalam perkataan lain, pengurus mampu memupuk pekerja-
pekerja membentuk tabiat suka menyoal mengapa sesuatu hal itu dilakukan sedemikian
dan adakah elok jika ia dilakukan dengan cara yang lain.
1.2.3 Kemahiran Pengurus
Secara amnya, apabila sesebuah syarikat itu sedang mencari pekerjanya yang difikirkan
layak bagi jawatan pengurus, ia akan mencari individu yang mempunyai kemahiran
teknikal, antara perorangan dan konseptual. Oleh yang demikian, pendekatan yang ketiga
bagi memahami siapakah pengurus ialah dengan menganalisis kemahiran-kemahiran
yang diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja tersebut.
Raj ah 1.2 menunj ukkan tiga kemahiran yang diperlukan bagi setiap peringkat
pengurusan. Anak panah yang menghala ke atas menunjukkan jenis kemahiran itu
semakin diperlukan di peringkat pengurus atasan. Anak panah yang menghala ke bawah
menunjukkan jenis kemahiran itu semakin diperlukan di peringkat pengurusan bawahan/
lini.
Rajah 1.2: Kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus
PENGURUS ATASAN
PENGURUS PERTENGAHAN
PENGURUS BAWAHAN / LINI
Teknikal
Konseptual
Antara Perorangan
Apakah kemahiran-kemahiran yang perlu ada bagi seorang pengurus?
OUM
9
UNIT 1 PENGENALAN
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
(a) Kemahiran Konseptual
Kemahiran konseptual ialah keupayaan untuk melihat organisasi secara menyeluruh
dan kesan bahagian yang berlainan dalam sesebuah organisasi itu antara satu sama
lain. Juga melihat bagaimana organisasi boleh disesuaikan atau terkesan dengan
persekitaran luarannya seperti masyarakat, desakan ekonomi, pelanggan dan
persaingan. Pengurus yang cekap mampu mengenal pasti, memahami dan
menyelesaikan pelbagai masalah dan perspektif yang rumit. Keperluan kemahiran
konseptual bertambah penting semakin tinggi kedudukan pengurus dalam hierarki
pengurusan.
(b) Kemahiran Antara Perorangan
Kemahiran antara perorangan ialah keupayaan untuk bekerja dengan baik bersama-
sama orang lain. Pengurus dengan kemahiran antara perorangan dapat bekerja lebih
berkesan dalam kumpulan, menggalakkan pekerja lain melahirkan idea dan perasaan
mereka, serta peka kepada kehendak dan pandangan orang lain. Dia juga secara tidak
langsung akan menjadi pendengar dan penceramah yang baik. Kemahiran antara
perorangan ialah sama penting tidak kira di peringkat pengurusan apa pun. Walau
bagaimanapun, pengurus di peringkat bawah lebih sibuk menyelesaikan masalah teknikal.
Pengurus peringkat pertengahan dan atas pula memperuntukkan masa yang lebih banyak
berurusan secara terus dengan orang lain.
(c) Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal ialah keupayaan untuk mengaplikasikan sesuatu prosedur, teknik
dan pengetahuan yang khusus dan dikehendaki bagi sesuatu kerja. Bagi seseorang
penyelia kilang kasut, kemahiran teknikal ialah cara-cara membuat kasut daripada awal
hinggalah terhasilnya kasut. Sementara itu, bagi seorang pemaju perumahan pula
kemahiran teknikal ialah cara-cara menyiapkan sebuah taman perumahan.
Kemahiran teknikal ialah sangat penting bagi pengurus di peringkat bawah kerana
pengurus jenis ini menyelia pekerja-pekerja yang mengeluarkan barangan atau pun yang
melayan pelanggan. Pengurus perlu memiliki pengetahuan teknikal dan kemahiran untuk
melatih pekerja baru dan menolong pekerja menyelesaikan masalah. Kemahiran dan
pengetahuan teknikal diperlukan bagi masalah-masalah pengendalian yang tidak dapat
diatasi oleh pekerja. Walau bagaimanapun, semakin tinggi kedudukan pengurus,
kemahiran teknikal beransur kurang penting.
Satu lagi kemahiran yang tidak begitu penting berbanding tiga di atas ialah kemahiran
motivasi untuk mengurus. Kebanyakan tokoh pengurusan kurang membicarakan
tentang perkara ini kecuali Chuck Williams dalam bukunya yang bertajuk Management.
Kemahiran motivasi untuk mengurus ialah satu penilaian bagi menilai pekerja yang
bermotivasi berinteraksi dengan orang atasannya. Tambahan lagi, bagaimana pekerja
tersebut menyertakan diri dalam situasi yang bersaing, bertindak tegas terhadap orang
lain, menyuruh orang lain apa yang hendak dibuat, mengganjarkan gelagat yang baik
dan menghukum gelagat yang buruk, melaksanakan tugas yang amat nyata pada kaca
mata orang lain dan menangani dan menyusun tugas-tugas pentadbiran. Sesetengah
t okoh pengurusan menggabungkan kemahi ran i ni bersama-sama kemahi ran
konseptual.
10
OUM
PENGENALAN UNIT 1
APAKAH PENGURUSAN? BAB 1
1.3 JENIS-JENIS PENGURUS
Kebanyakan organisasi mempunyai beberapa jenis pengurus. Di sesebuah universiti
misalannya, ada naib canselor, timbalan-timbalan naib canselor, dekan, timbalan-
timbalan dekan, ketua jabatan hinggalah ketua kursus. Begitu juga dengan kakitangan
lain seperti pengurus sumber manusia, bendahari, ketua unit keselamatan dan
sebagainya. Sebaliknya, di sektor korporat pula terdapat presiden, naib presiden,
pengurus operasi, pengurus jualan, pengurus kewangan, penyelia dan sebagainya.
Kesemua mereka ini ialah pengurus kerana mereka merancang, mengorganisasi,
memimpin dan mengawal pekerja-pekerja dan kerja sesuatu organisasi dengan tujuan
untuk mencapai matlamat organisasi. Terdapat pelbagai cara untuk mengelaskan
pengurus. Contohnya, kita boleh membezakan pengurus berdasarkan tahap, kedudukan
atau fungsi organisasi.
Pengurus atasan merupakan pengurus peringkat teratas sesuatu firma.
Biasanya mereka disebut sebagai eksekutif. Gelaran baginya termasuklah presiden,
ketua pegawai eksekutif, naib presiden ataupun ketua pegawai kewangan.
Di bawah mereka terdapat satu atau lebih peringkat pengurus pertengahan. Kedudukan
mereka biasanya disebut pengurus.
Pengurus bawahan/lini ialah peringkat terbawah dalam tangga pengurusan. Mereka
biasanya digelar penyelia. Ini termasuk penyelia pengeluaran yang menyelia pekerja-
pekerja dalam kilang.
Kesemua peringkat ini mempunyai banyak persamaan. Pengurus di semua peringkat
merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal para pekerja dan kerja dalam
organisasi. Semua peringkat pengurus melapangkan masa dengan pekerjanya dalam
perbualan, pemerhatian, pengaruh, motivasi dan menghadiri persidangan bersemuka
dan mesyuarat jawatankuasa.
Walau bagaimanapun terdapat dua perbezaan yang besar antara ketiga-tiga peringkat
pengurusan tersebut. Pertama, pengurus atasan dan pertengahan, kedua-duanya
mempunyai orang bawahan yang bertaraf pengurus. Pendek kata, mereka mengurus
pengurus yang lain, bukan seperti pengurus lini. Pengurus pada peringkat yang berbeza
menggunakan masa masing-masing dengan cara yang berbeza. Pengurus atasan
cenderung menghabiskan kebanyakan masa untuk merancang dan menetapkan
matlamat. Sebaliknya, pengurus pertengahan mentafsirkan matlamat-matlamat tersebut
Cuba anda fikirkan kemahiran-kemahiran lain, yang perlu ada bagi seorang
pengurus.
OUM
11
UNIT 1 PENGENALAN
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
1.4 EVOLUSI TEORI PENGURUSAN
Bermula dari kurun ke 19-an dan berterusan sehinggga kurun ke 20-an, pengurus dan
cendiakawan telah membentuk theoretical framework untuk menerangkan apa yang mereka
percaya amalan pengurusan yang baik. Usaha-usaha mereka telah menjurus kepada lima
perspektif yang berlainan tentang pengurusan: perspektif klasikal, perspektif gelagat, perspektif
kuantititif, perspektif sistem dan perspektif kontemporari. Setiap perspektif berasaskan andaian
yang berlainan terhadap objektif organisasi dan gelagat manusia. Rajah 1.3 akan membantu
anda memahami jujukan kronologi perspektif tersebut.
t erhadap proj ek-proj ek yang khusus bagi membol ehkan pengurus bawahan
melaksanakannya. Pengurus lini atau bawahan pula menumpukan usaha memberi
arahan dan kawalan kepada anak buahnya yang bekerja untuk menjayakan projek
tersebut dari hari ke hari.
Latihan 1.1
Soalan Esei
1. Terangkan secara ringkas setiap fungsi pengurusan yang anda tahu.
Perspektif Klasikal
Perspektif Kemanusiaan
Perspektif Pengurusan Kuantitatif
Perspektif Kontemporari
1890 1900 1910 1920 1930 1940 1950 1960 1970 1980 1990 2000
Rajah 1.3: Evolusi teori pengurusan
Anda mungkin akan bertanya mengapa penting atau perlunya untuk belajar pembangunan
sejarah atau evolusi pemikiran pengurusan. Apa yang pasti ialah mempelajari sejarah
membolehkan kita belajar kesilapan-kesilapan yang dibuat di masa yang silam supaya dapat
dielakkan di masa hadapan. Sejarah juga membolehkan kita belajar tentang kejayaan-kejayaan
yang lepas agar dapat diulangi di situasi-situasi yang sesuai di masa hadapan. Yang paling
penting ialah kita belajar memahami mengapa perkara-perkara itu berlaku untuk memperbaiki
keadaan pada masa hadapan.
Berdasarkan apa yang telah anda pelajari, kenal pasti perbezaan ketiga-
tiga peringkat ini dan jadualkan jawapan anda.
12
OUM
PENGENALAN UNIT 1
APAKAH PENGURUSAN? BAB 1
1.4.1 Perspektif Klasikal
Perspektif ini wujud dikurun kesembilan belas dan awal dua puluhan. Ia memberi
tumpuan kepada pendekatan yang rasional dan bersaintifik kepada kajian pengurusan
dan mencari cara untuk menjadikan organisasi sebagai satu jentera yang lebih efisyen.
Terdapat tiga sub-bidang dalam perspektif ini: pengurusan saintifik, pengurusan birokrasi
dan pengurusan tadbir.
(a) Pengurusan Saintifik
Pendekatan ini wujud pada zaman apabila produktiviti merupakan sesuatu yang
dipandang serius oleh ahli-ahli perniagaan. Perniagaan berkembang dengan pesat tetapi
ahli-ahli perniagaan menghadapi masalah yang genting, iaitu kekurangan tenaga pekerja.
Oleh itu, pihak pengurusan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki prestasi pekerja-
pekerja mereka. Tumpuan ke arah mempertingkatkan kecekapan pekerja ini telah dikenali
sebagai pendekatan pengurusan saintifik. Ramai penyelidik telah menyumbang kepada
pengurusan saintifik, antara mereka ialah Frederick Winslow Taylor, Frank dan Lilian
Gilbreth dan Henry Gantt.
Frederick Taylor (1856 1915), seorang jurutera berpendapat bahawa masalah lebih
disebabkan oleh amalan pengurusan yang kurang baik berbanding dengan masalah
pekerja. Beliau bertegas bahawa pengurusan sendiri perlu berubah dan kaedah
perubahan cuma boleh ditentukan secara kajian saintifik. Beliau mencadangkan
keputusan yang berasaskan cara kebiasaan (rules of thumb) perlu diganti dengan
prosedur yang jitu setelah mengkaji setiap situasi. Teori Taylor yang menyatakan
produktiviti tenaga buruh boleh ditingkatkan melalui amalan pengurusan yang ditentukan
secara saintifik memberikan beliau status bapa pengurusan saintifik. Untuk memperbaiki
prestasi kerja pekerja-pekerja tersebut, beliau menjalankan penyelidikan yang dikenali
sebagai kajian masa dan pergerakan (time and motions study).
Hasil dari kajian tersebut, beliau telah mengenal pasti lima prinsip pengurusan yang
mampu meningkatkan kecekapan pengeluaran. Lima prinsip tersebut ialah:
1. menggunakan kaedah saintifik untuk menentukan satu cara terbaik untuk
melaksanakan sesuatu tugas, dan bukannya bergantung kepada peraturan ikut
kebiasaan;
2. memilih pekerja yang paling sesuai untuk melaksanakan tugas tersebut. Kesesuaian
ini ialah dari aspek mental dan juga fisikal;
3. melatih, mendidik dan membentuk seseorang pekerja agar mampu melaksanakan
sesuatu tugas yang diarahkan mengikut prosedur yang telah dikenal pasti;
4. memberikan insentif berbentuk kewangan untuk memastikan pekerja melaksanakan
tugas sebagaimana yang telah ditentukan; dan
5. memindahkan kesemua tanggungjawab perancangan dan pegorganisasian daripada
pekerja kepada pengurus.
Taylor bukanlah bersendirian dalam bidang ini. Henry Gantt (1861 1919), rakan Taylor,
lebih menumpukan perhatian kepada sistem pengawalan dalam penjadualan
pengeluaran. Carta Gantt sehingga sekarang digunakan untuk merancang perjalanan
sesuatu projek dan juga diadaptasi dalam aplikasi penjadualan komputer.
OUM
13
UNIT 1 PENGENALAN
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
Frank (1868 1924) dan Lilian Gilbreth (1878 1972) merupakan pasangan suami-
isteri yang juga berusaha untuk mengembangkan lagi pendekatan pengurusan saintifik
ini. Lilian telah mempelopori bidang psikologi industri dan telah banyak menyumbang
kepada pengurusan sumber manusia. Beliau percaya bahawa sekiranya pengurusan
saintifik digunakan sebaik mungkin, keupayaan setiap pekerja dapat dimanfaatkan.
(b) Pengurusan Birokrasi
Pengurusan Birokrasi ialah merupakan satu pendekatan pengurusan yang bergantung
kepada tata cara, hirarki, pembahagian buruh yang jelas dan prosedur yang terperinci.
Max Weber (1864 1920), seorang pengkaji sejarah sosiologi berbangsa German, telah
banyak memperkenalkan konsep-konsep birokrasi. Antara komponen birokrasi ialah:
1. autoriti dan tanggungjawab yang dinyatakan dengan jelas dan terperinci;
2. jawatan dalam organisasi yang disusun mengikut hirarki;
3. pekerja dinaikan jawatan berdasarkan kelayakan;
4. merekod segala tindakan pentadbiran dan keputusan untuk memastikan adanya
kesinambungan;
5. pemisahan pemilik daripada pihak pengurusan; dan
6. tata cara yang ada dikenakan kepada semua pekerja tanpa sebarang pembezaan.
Pendekatan birokrasi berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan pengekalan
perjalanan operasi keseluruhan organisasi. Ini berbeza dengan pengurusan saintifik yang
hanya menumpukan perhatian kepada pekerja secara individu. Walau bagaimanapun,
prinsip yang digunakan untuk meningkatkan kecekapan itu juga mengakibatkan
ketidakcekapan dalam aspek yang lain. Tata cara yang rigid mewujudkan apa yang
dikenali sebagai red tape, melambatkan pembuatan keputusan, tidak mampu berubah
dengan cepat untuk menyesuaikan dengan kehendak persekitaran dan kadangkala
mewujudkan ketidakseimbangan antara melaksanakan kerja pada tahap profesional
dengan memberi keutamaan kepada susunan tata cara dan prosedur yang telah
ditetapkan.
(c) Pengurusan Tadbir (Administrative Management)
Pendekatan prinsip pengurusan tadbir menumpu kepada organisasi secara keseluruhan.
Antara-antara penyumbang kepada pendekatan ini ialah Henri Fayol, Mary Parker Follett
dan Chester I. Barnard.
Henri Fayol (1841 1925), yang berasal dari Perancis boleh dikatakan sebagai pelopor
teori tadbir yang pertama kerana beliau telah menitikberatkan prinsip organisasi dan
fungsi pentadbiran. Sumbangan beliau yang paling relevan pada masa ini ialah definisi
tentang fungsi-fungsi pentadbir. Fayol mendefinisikan pentadbiran atau pengurusan
sebagai perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan kawalan. Beliau
telah mengenal pasti 14 prinsip pengurusan yang terdiri daripada;
(i) Pembahagian kerja,
iaitu konsep pengkhususan dalam pekerjaan. Ini ialah kerana andaian-andaian yang
dibuat mengatakan:
(a) tiada seorang pun yang boleh melakukan semua kerja;
(b) setiap kerja memerlukan kemahiran yang berbeza; dan
(c) pengulangan kerja akan menambahkan kecekapan.
14
OUM
PENGENALAN UNIT 1
APAKAH PENGURUSAN? BAB 1
(ii) Autoriti,
iaitu satu hak bagi memberi arahan dan kuasa untuk dipatuhi. Di sini autoriti
hendaklah dapat dibezakan antara autoriti di pejabat dan autoriti peribadi.
(iii) Disiplin,
iaitu berdasarkan hormat dan kepatuhan.
(iv) Kesatuan dalam penguasaan,
iaitu seorang pekerja hanya boleh menerima arahan dari seorang ketua sahaja.
(v) Kesatuan dalam pengarahan,
iaitu seorang ketua dan satu rancangan untuk sesuatu kumpulan aktiviti yang
mempunyai objektif yang sama.
(vi) Perakuan yang meletakkan kepentingan individu di belakang kepentingan awam,
iaitu kepentingan peribadi tidak seharusnya melebihi atau mendahului kepentingan
awam.
(vii) Ganjaran,
iaitu cara pembayaran gaji ialah bergantung kepada banyak faktor.
(viii) Pemusatan,
iaitu pemusatan sesuatu tugas itu bergantung kepada situasi dan saluran komunikasi
yang formal.
(ix) Rantaian pemerintahan,
iaitu laluan sesuatu autoriti dan saluran komunikasi formal tersebut.
(x) Susunan,
iaitu sesuatu sumber itu hendaklah ditempatkan di tempat yang betul mengikut
masa yang tepat.
(xi) Kesaksamaan,
iaitu satu yang dihasilkan dari keadilan dan kemurnian.
(xii) Kestabilan dalam tenaga kerja,
iaitu memerlukan kepada perancangan sumber manusia yang baik.
(xiii) lnisiatif,
iaitu mengharapkan pekerja bekerja dengan tekun dan ikhlas.
(xi) Esprit de corps,
istilah yang dipinjam dari bahasa Perancis yang memberi maksud kesatuan
membawa kekuatan. Ia menekankan kepada keharmonian dan kesatuan dalam
organisasi.
OUM
15
UNIT 1 PENGENALAN
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
Mary Parker Follet (1868 1933) dilatih dalam bidang falsafah dan sains politik.
Pendekatan beliau tertumpu kepada penglibatan pekerja dan perkongsian matlamat
antara pengurus. Beliau menekankan kepentingan matlamat yang sama antara
subordinat untuk mengurangkan konflik perorangan. Idea-idea Follet ialah bertentangan
dengan pengurusan saintifik dan ia ialah bersesuaian dengan pengurus-pengurus
moden yang berurusan dengan perubahan-perubahan yang mendadak dal am
persekitaran. Pendekatan beliau ialah tertumpu kepada kepentingan terhadap manusia
dan bukannya terhadap teknik-teknik kejuruteraan. Follet menekankan isu-isu yang
bersesuaian dalam abad 90-an seperti manusia, etika, kuasa dan bagaimana untuk
memimpin agar pekerja-pekerja melakukan yang terbaik dalam pekerjaan mereka.
Konsep-konsep beliau yang penting termasuklah pengagihan kuasa, memimpin pekerja
dan bukannya mengarah mereka, dan membenarkan pekerja bertindak mengikut
keadaan.
Chester I. Barnard (1886 1961) memperkenalkan konsep organisasi tidak formal.
Organisasi tidak formal wujud dalam organisasi formal. Beliau berpendapat organisasi
bukanlah mesin dan perhubungan tidak rasmi merupakan pengaruh kuat yang boleh
menolong sesebuah organisasi jika diuruskan dengan betul. Beliau memperkenalkan
teori penerimaan autoriti yang menyatakan pekerja-pekerja boleh memilih untuk
mematuhi arahan pihak pengurusan. Pengurus-pengurus sepatutnya melayani pekerja-
pekerja dengan baik kerana penerimaan kuasa autoriti oleh mereka (pekerja) ialah
kritikal untuk menjayakan sesebuah organisasi.
Perspekti f kl asi kal secara kesel uruhannya terhadap pengurusan i al ah sangat
berpengaruh dan telah memberikan syarikat-syarikat kemahiran asas baru untuk
meningkatkan produktiviti dan mendapat sokongan yang efektif daripada pekerja-
pekerja.
Perspektif klasikal secara keseluruhannya terhadap pengurusan ialah sangat berpengaruh
dan telah memberikan syarikat-syarikat kemahiran asas baru untuk meningkatkan
produktiviti dan mendapat sokongan yang efektif daripada pekerja-pekerja.
1.4.2 Perspektif Kemanusiaan
Mary Parker Follet dan Chester Barnard ialah pengasas-pengasas utama pengurusan
pendekatan manusia yang menekankan kepentingan pemahaman tingkah laku manusia,
keperluan pekerja, sikap-sikap pekerja dalam suasana bekerja disamping interaksi
sosial dan proses-proses kumpulan. Bidang-bidang pendekatan kemanusiaan ialah
pergerakan hubungan manusia, pandangan sumber manusia dan pendekatan sains
kelakuan.
(a) Pergerakan Hubungan Manusia
Pendekatan ini percaya yang pengawalan efektif datang daripada pekerja-pekerja individu
itu sendiri berbanding dengan pengawalan autoriti yang ketat. Pendekatan ini bermula
dan berpunca daripada satu kajian yang dijalankan di Western Electric Company's
Hawthorne Works di Chicago di antara tahun 1927 dan 1932. Kajian ini dikelolakan oleh
Elton Mayo dan Fritz Roethlisberger, ahli psikologi dari Universiti Harvard. Kajian ini pada
asalnya bertujuan untuk memeriksa perhubungan antara keadaan fizikal dengan
pengeluaran. Cahaya penyinaran suhu dan berbagai-bagai lagi yang berkaitan dengan
keadaan bekerja telah dipilih sebagai keadaan fizikal. Kesimpulan asal yang diperoleh
oleh penyelidik-penyelidik itu berlawanan dengan keputusan yang mereka jangkakan.
16
OUM
PENGENALAN UNIT 1
APAKAH PENGURUSAN? BAB 1
Tiga siri eksperimen telah dijalankan dan kesemua kesimpulan daripada eksperimen itu
berlawanan dengan apa yang dijangkakan. Siri eksperimen pertama menjalankan kajian
ke atas cahaya penyinaran sebagai keadaan fizikal. Diandaikan bahawa terdapat tahap
keterangan yang boleh memberi pengeluaran tertinggi kepada pekerja. Ternyata apabila
cahaya penyinaran diterangkan ataupun digelapkan, pengeluaran tetap meningkat. Ini
bermakna tentu ada faktor lain yang menyebabkan peningkatan pengeluaran dan
bukannya disebabkan oleh cahaya penyinaran. Begitu juga dengan siri eksperimen kedua
dan ketiga di mana keadaan fizikal yang lain pula dipilih, keputusannya juga tidak dapat
menerangkan dengan jelas apakah yang menyebabkan peningkatan pengeluaran.
Secara kesimpulannya, kajian Hawthorne ini menunjukkan peningkatan produktiviti pekerja
meningkat ialah kerana mereka menerima layanan yang baik daripada pihak pengurusan.
Perhubungan manusia dikaitkan dengan peningkatan output. Tekanan kumpulan juga
turut memberi kesan kepada kelakuan seseorang. Mutu kumpulan ialah sungguh berkesan
untuk menentukan pengeluaran sesorang pekerja, dan wang ialah kurang berkesan untuk
menentukan tahap jika dibandingkan dengan mutu kumpulan, sentimen dan jaminan.
Sebagai kesimpulan keseluruhan, kajian Hawthorne itu telah memulakan satu era baru,
iaitu menyedari hakikat bahawa manusia ialah kompleks dan input yang berpengaruh
untuk menentukan prestasi organisasi.
(b) Pendekatan Sumber Manusia
Pendekatan sumber manusia menekankan bahawa produktiviti pekerja akan meningkat
apabila kepuasan keperluan asas pekerja dipenuhi. Pergerakan ini diibaratkan sebagai
sebuah ladang tenusu di mana lembu-lembu yang berpuas hati akan mengeluarkan
lebih susu. Pada pandangan pengurusan, pola pekerja-pekerja yang berpuas hati akan
meningkatkan prestasi kerja mereka. Pendekatan ini menggabungkan reka bentuk kerja
dengan teori-teori motivasi. Antara penggerak-penggerak utama pendekatan ini ialah
Abraham Maslow dan Douglas Mcgregor.
Abraham Maslow (1906 1970), seorang ahli psikologi berpendapat manusia
mempunyai keperluan hierarki. Hierarki ini bermula dengan keperluan fisiologi,
keselamatan, kepunyaan diri, penghormatan dan pencapaian hasrat diri. Hierarki ini timbul
apabila manusia berkelakuan berlainan kerana mempunyai keperluan yang berlainan
dalam keadaan yang berlainan untuk mencapai matlamatnya.
Douglas McGregor (1906 1964), memperkenalkan Teori X dan Y tentang pekerja-
pekerja. McGregor berpendapat perspektif klasikal ialah berdasarkan anggapan Teori X
mengenai pekerja-pekerja, manakala Teori Y ialah lebih realistik mengenai pandangan
pekerja terhadap pemikiran pengurusan. Teori X terdiri daripada sikap-sikap negatif,
manakala Teori Y ialah bersikap positif.
Elemen-elemen dalam Teori X ialah seperti di bawah:
1. manusia tidak suka bekerja dan lebih suka diberi arahan;
2. manusia mesti dipaksa untuk bekerja;
3. suka mengelakkan diri daripada tanggungjawab dan mempunyai cita-cita yang
rendah; dan
4. mementingkan keperluan keselamatan daripada keperluan lain, iaitu Teori X
berpendapat bahawa manusia menyifatkan kerja hanya perlu untuk menjamin
kehidupan dan cuba mengelakkan diri daripadanya jika boleh.
OUM
17
UNIT 1 PENGENALAN
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
Elemen-elemen Teori Y ialah:
1. suka bekerja;
2. akan mencapai objektif yang dipertanggungjawabkan/diamanahkan;
3. akan menerima dan mencari tanggungjawab; dan
4. mempunyai kebijaksanaan yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat
organisasi.
Teori Y berpendapat bahawa manusia akan berpuashati dengan pekerjaan mereka
sekiranya suasana kerja ialah sesuai dan mereka boleh melaksanakan tanggungjawab
mereka dengan baik.
Walaupun kebanyakan syarikat menggunakan/mengaplikasikan Teori Y dalam
pengurusan mereka, namun didapati Teori X masih digunakan dalam pengurusan
beberapa syarikat pada masa ini.
(c) Pendekatan Sains Gelagat
Pendekatan sains gelagat membangunkan teori-teori tingkah laku manusia berdasarkan
kaedah saintifik dan pembelajaran. la diasaskan daripada bidang-bidang sosiologi,
psikologi, antropologi, ekonomi dan disiplin-disiplin lain untuk memahami tingkah laku
pekerja dan interaksi dalam organisasi.
Pendekatan ini boleh dilihat dalam kebanyakan syarikat. Bidang ekonomi dan sosiologi
telah mempengaruhi secara signifikan bagaimana pengurus-pengurus pada masa ini
mendalami strategi organisasi dan struktur dalam pendekatan ini. Psikologi telah
mempengaruhi pendekatan pengurusan secara motivasi, komunikasi, kepimpinan dan
pengurusan personel.
1.4.3 Pendekatan Pengurusan Kuantitatif
Pendekatan ini bermula sejak Zaman Perang Dunia Kedua di mana teknik-teknik
kuantitatif digunakan dalam urusan peperangan seperti dalam pengendalian kapal dan
bom oleh tentera British. Bidang-bidang sumbangan pendekatan ini ialah aktiviti
perancangan dan kawalan. Di antara tiga pandangan utama pendekatan ini ialah sains
pengurusan, pengurusan operasi dan pengurusan sistem maklumat.
(a) Sains Pengurusan
Pendekatan ini diketengahkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul akibat
daripada perang dunia kedua. Sekumpulan ahli matematik, ahli fizik dan saintis telah
dibentuk untuk menyelesaikan masalah ketenteraan. Oleh kerana masalah-masalah yang
kerapkali timbul meliputi pemindahan kebanyakan kelengkapan dan manusia secara
cepat dan efisien, maka teknik- teknik yang digunakan diaplikasikan keatas firma-firma
berskala besar.
(b) Pengurusan Operasi
Pendekatan ini merujuk kepada bidang pengurusan yang tertumpu kepada pengeluaran
fizikal produk atau perkhidmatan. Ahli pengurusan operasi menggunakan teknik kuantitatif
untuk menyelesaikan masalah pengilangan. Antara kaedah-kaedah yang biasa digunakan
ialah peramalan, pemodelan inventori, pemprograman linear dan bukan linear, teori
penggiliran, penjadualan, simulasi dan analisis pulang-modal.
18
OUM
PENGENALAN UNIT 1
APAKAH PENGURUSAN? BAB 1
(c) Pengurusan Sistem Maklumat
Pendekatan ini merupakan sub bidang yang baru dalam pendekatan pengurusan
kuantitatif. Sistem-sistem direka bentuk untuk memberi maklumat yang relevan kepada
pengurus-pengurus pada masa dan kos yang sesuai. Dengan terciptanya komputer
digital kelajuan pantas, ia telah membuka potensi untuk bidang pengurusan menceburi
arena ini. Sistem komputer ini mengumpul maklumat untuk membantu pembuatan
keputusan pengurusan.
1.4.4 Pendekatan Kontemporari
Pengurusan secara semulajadi adalah kompleks dan dinamik. Elemen-elemen setiap
satu pendekatan yang telah diperbincangkan masih digunakan sehingga hari ini.
Pendekataan kemanusiaan merupakan pendekatan yang paling ketara, namun
kebelakangan ini, masih terdapat perubahan yang berlaku terhadap pendekatan ini. Dua
kontemporari utama dalam perspektif ini ialah teori sistem dan kontingensi.
(a) Teori Sistem
Sesebuah sistem ialah merupakan bahagian-bahagian yang berkait rapat yang berfungsi
secara keseluruhan untuk mencapai tujuan yang sama. Sesebuah sistem berfungsi
dengan mengubah (transform) input-input yang didapati dari persekitaran luaran kepada
output. Lima komponen sistem ialah:
1. Input - kelengkapan, manusia, kewangan atau sumber maklumat yang digunakan
untuk mengeluarkan barangan atau perkhidmatan.
2. Proses transfomasi - penggunaan teknologi pengeluaran untuk mengubah input
kepada output.
3. Output - merangkumi barangan dan perkhidmatan sesuatu organisasi.
4. Maklum balas - keputusan yang mempengaruhi pemilihan input yang akan digunakan
untuk proses kitaran yang seterusnya.
5. Persekitaran - termasuk pengaruh sosial, politik, dan ekonomi.
Idea-idea pandangan sistem yang mempengaruhi pemikiran pengurusan meliputi:
1. Sistem terbuka - sistem yang berinteraksi dengan persekitaran luaran untuk bertahan;
2. Sistem tertutup - sistem yang tidak berinteraksi dengan persekitaran luaran untuk
bertahan akan menemui kegagalan;
3. Entropi ialah kecenderungan sesebuah sistem untuk lupus;
4. Sinergi - individu-individu, kumpulan-kumpulan dan organisasi-organisasi dapat
mencapai kejayaan yang lebih sekiranya mereka bekerjasama berbanding dengan
bekerja seorang diri; dan
5. Sub sistem - bahagian-bahagian sistem yang saling bergantung.
(b) Pendekatan Kontingensi
Pendekatan pengurusan klasikal diandaikan sebagai pandangan universal. Konsep
pengurusan dianggap universal di mana amalan pengurusan ialah sama untuk semua
keadaan. Dalam pendidikan perniagaan, pandangan alternatif timbul. Ini dikatakan
pandangan kes, di mana setiap keadaan ialah dianggap unik, tiada prinsip universal.
OUM
19
UNIT 1 PENGENALAN
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
Seseorang mempelajari pengurusan dengan mengalami situasi-situasi masalah kes.
Pandangan kontingensi mengabungkan pandangan universal dan kes. Pandangan ini
berpendapat bahawa respons/tindakan seseorang pengurus bergantung kepada
kontingensi-kontingensi utama dalam situasi organisasi.
Latihan 1.2
Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)
1. Pengurus corak baru tidak akan melakukan fungsi-fungsi klasikal
pengurusan.
2. Kemahiran konseptual adalah terpenting bagi pengurus peringkat
bawahan/lini.
3. Bilangan kesilapan yang dilakukan oleh pengurus yang terkeluar daripada
landasan pergerakan kepantasannya hingga taraf pengurusan di atas
adalah kerana mereka tidak sensitif terhadap yang lain.
4. Bagi kebanyakan pengurus, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan
yang membawa kepada kejayaan awal di dalam kerjaya adalah tidak
semestinya membantu kejayaan sebagai seorang pengurus.
5. Pengurusan saintifik memfokuskan kepada produktiviti seseorang
pekerja.
Soalan Aneka Pilihan
1. Memantau kemajuan dan mengambil tindakan pembetulan apabila
diperlukan adalah merujuk kepada fungsi ___________.
A. perancangan
B. pengorganisasian
C. kepimpinan
D. pengawalan
2. Perbezaan antara pengurus tradisional dengan pengurus masa kini
dapat dilihat daripada segi ___________.
A. jumlah pengalaman yang diperoleh oleh pengurus
B. cara pengurus melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan tradisional
C. bilangan fungsi pengurusan tradisional dilaksanakan
D. hanya pengurus tradisional melaksanakan fungsi pengurusan
tradisional
20
OUM
PENGENALAN UNIT 1
APAKAH PENGURUSAN? BAB 1
RUMUSAN
Pengurusan ialah suatu seni mengarahkan orang lain menjalankan sesuatu kerja
dengan menitik beratkan aspek keberkesanan dan kecekapan dalam perlaksanaannya.
Keberkesanan ialah pencapaian matlamat yang membolehkan tertunainya objektif
organisasi atau membuat kerja yang betul. Kecekapan ialah melaksanakan kerja
dengan menggunakan daya upaya, kos dan pembaziran yang paling minimum atau
membuat kerja dengan betul. Secara ringkasnya, pengurus dikenali kerana fungsi-
fungsi pengurusan yang dijalankannya.
Fungsi-fungsi tersebut boleh dibahagikan kepada perancangan, pengorganisasian,
kepimpinan dan pengawalan. Seorang pengurus memainkan beberapa peranan dalam
sesebuah organisasi. Peranan-peranan ini termasuklah sebagai tunggak, ketua,
pegawai perhubungan, juru cakap, perunding, pencetus idea, pembina keupayaan dan
penggalak kepada pembaharuan.
Kemahiran pengurusan sangat penting bagi menjamin kejayaan seseorang pengurus.
Ia terdiri daripada kemahiran konseptual, antara perorangan dan teknikal. Satu lagi
3. Apakah elemen baru dalam fungsi pengurusan masa kini yang tidak
menjelaskan fungsi pengurusan tradisional?
A. Merealisasikan sesuatu kerja.
B. Menghadapi persaingan.
C. Mengurus individu, projek dan proses.
D. Memimpin.
4. Yang manakah antara berikut BUKAN merupakan salah satu langkah
yang terlibat dalam merealisasikan sesuatu kerja?
A. Menentukan matlamat yang ingin dicapai.
B. Merancang bagaimana hendak mencapai matlamat yang telah
tetapkan.
C. Mengumpul dan mengurus maklumat yang diperlukan bagi
membuat keputusan yang terbaik.
D. Menilai tahap persaingan dalam pasaran.
5. Tanggungjawab _____________ termasuklah menetapkan objektif yang
konsisten dengan matlamat organisasi dan merancang serta
melaksanakan objektif tersebut.
A. pengurus atasan
B. pengurus pertengahan
C. pengurus bawahan/lini
D. ketua pasukan
OUM
21
UNIT 1 PENGENALAN
BAB 1 APAKAH PENGURUSAN?
kemahiran yang agak kurang ditekankan ialah motivasi untuk mengurus. Jenis-jenis
pengurus pula boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang besar iaitu pengurus
atasan, pengurus pertengahan dan pengurus bawahan/lini.
Evolusi pengurusan berkembang selari dengan bermulanya tamadun manusia di Mesir,
China dan Babylon. Bezanya cara pengurusan pada waktu tersebut agak berbeza
dengan sekarang. Pengurusan dalam bentuk moden berkembang apabila munculnya
revolusi perindustrian di Eropah. Secara amnya, terdapat dua sistem yang terkenal
dalam membicarakan tentang aliran atau pemikiran dalam pengurusan, iaitu sistem
rasional dan sistem sosial. Antara tokoh-tokoh sistem rasional ialah Henri Fayol, Max
Weber dan Frederick Taylor, manakala sistem sosial pula ialah Elton Mayo, William
Ouchi dan Henry Mintzberg.