Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Tiada Lafaz
yang paling indah untuk diungkapkan selain syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t. kerana
dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya menyiapkan penulisan ilmiah ini bagi
memenuhi tugasan yang diamanahkan kepada kepada saya.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih khas buat pensyarah, Puan
Rashidah yang telah banyak menyokong dan membantu serta membimbing saya dalam
menghasilkan penulisan ilmiah ini. Segala masa dan tenaga yang diluangkan amatlah saya
hargai. Sesuatu yang baik dan mulia itu tidak dapat dilihat dan dinilai dengan mata kasar
kecuali menilai dengan hati yang jujur dan ikhlas. Sesungguhnya semua ini tidak dapat
dibalas dengan wang ringgit mahupun kebendaan yang lain. Ibarat serangkap pantun
Melayu, Hutang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh
dibayar, hutang budi di bawa mati. Selagi nyawa dikandung badan, budi yang diberikan
akan dikenang selamanya.
Tidak dilupakan juga kepada pihak lain yang terbabit dalam penghasilan penulisan
ilmiah ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jutaan terima kasih diucapkan
buat barisan pensyarah Pendidikan Jasmani IPGKTI atas bantuan dan kerjasama yang
diberikan. Juga penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan guru Pendidikan
Jasmani kerana membantu mengumpulkan data, meluahkan idea dan sumbangsaran yang
berguna. Buat isteri tersayang Nurul Hayat bt Abd Jalal, tiada kata yang dapat dilafazkan
untuk menggambarkan rasa terima kasih di atas pengorbanan selama ini. Terima kasih
semuanya.


1. Pengenalan
Kebimbangan dan prestasi dalam sukan merupakan antara topik yang diminati di
kalangan ahli sukan sejak beberapa tahun dahulu. Kebimbangan sentiasa menyelubungi diri
atlet sebelum, semasa dan selepas sesuatu pertandingan. Kenyataan ini disokong oleh
Klaffs dan Arnheim (1981), yang menyatakan bahawa sesuatu pertandingan sememangnya
akan menyebabkan gangguan emosi; atlet merasa tertekan dan bimbang sebelum
pertandingan, seterusnya menghalang pencapaian dan menjatuhkan prestasi atlet.
Kebimbangan adalah keadaan emosi negatif ditandai dengan kegugupan,
kecemasan dan ketakutan dan berkaitan dengan pengaktifan atau kebangkitan tubuh badan
Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa faktor mental (kebimbangan) dan motivasi
boleh menyebabkan seseorang atlet berada pada tahap terbaik (peak) semasa
pertandingan dan pada masa yang sama juga boleh menjadi penyebab kegagalan mereka.
Kebanyakan ahli psikologi sukan seperti Arent dan Landers (2003); Weinberg dan Gould
(2007), menyatakan bahawa tahap kebimbangan yang optima dapat membantu atlet
mencapai prestasi yang memberangsangkan, manakala tahap kebimbangan yang terlalu
tinggi dan terlalu rendah membawa masalah dalam mencapai prestasi yang baik. Ada juga
berpendapat bahawa kebimbangan sebagai satu keadaan negatif yang memberi kesan
penentu kepada pencapaian prestasi atlet. Menurut Mahoney, Gabriel dan Perkins (1987),
sesetengah kebimbangan adalah baik serta membantu prestasi, malah ada atlet
mengharapkan adanya kebimbangan bagi membolehkan mereka bertanding dengan
jayanya. Selain menjejaskan prestasi, kebimbangan juga menyebabkan seseorang hilang
minat untuk menyertai pertandingan. Sesetengah kanak-kanak tidak mahu terlibat dalam
pertandingan kerana mereka menganggap pertandingan dalam sukan merupakan sesuatu
yang menakutkan lebih daripada sesuatu yang menyeronokkan dan sukan merupakan
sesuatu yang mencabar. Selain daripada itu, pelatih dan pengamal perubatan sukan juga
telah membuat pemerhatian terhadap sesuatu pertandingan. Mereka mendapati
kebimbangan yang wujud dalam situasi-situasi pertandingan, mudah mendatangkan
kecederaan berbanding mereka yang tidak mempunyai kebimbangan.

Keupayaan seseorang atlet untuk mengatasi tekanan (stress) dan kebimbangan
merupakan perkara penting dalam pertandingan sukan kerana kedua-dua faktor tersebut
dipercayai mempengaruhi prestasi. Oleh yang demikian matlamat utama para ahli psikologi
sukan ialah menghasilkan program mental yang berkesan untuk atlet supaya dapat
memaksimumkan prestasi. Matlamat ini mungkin tidak dapat dicapai sekiranya tiada
pengetahuan asas mengenai teori-teori kebimbangan dan situasi atau keadaan
kebimbangan yang boleh mempengaruhi prestasi. Pengetahuan teori dan situasi
kebimbangan dalam sukan penting dalam usaha menghasilkan kajian yang dapat memberi
makna agar boleh diaplikasi secara praktikal. Model yang digunakan dalam kajian ini
sebagai rujukan utama bagi menjelaskan perkaitan antara kebimbangan dan prestasi ialah
Model Multidimensional (Marten, Burton, Vealey, Bump, dan Smith, (1990). Model ini
menerangkan bahawa kebimbangan terdapat dalam bentuk kebimbangan somatik (dapat
dilihat melalui komponen fizikal seseorang seperti berpeluh, degupan jantung) dan
kebimbangan kognitif (merupakan komponen mental seperti takut untuk gagal, hilang estim
kendiri). Kedua-dua bentuk kebimbangan ini mempunyai hubungkait dengan kebimbangan
stet (dipengaruhi oleh emosi yang dapat dilihat seperti takut, stres dan peningkatan tahap
fisologi) dan kebimbangan tret (dipengaruhi oleh personaliti).

Kebimbangan merupakan satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia dan
merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas, bimbang,
risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain (Mohd. Sofian Omar Fauzee, 2002).
Perasaan ini akan terus berlaku bila seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dan
kepakarannya. Seseorang jurulatih tidak kira di peringkat mana sekalipun harus mengetahui
dan mengambil berat tentang faktor psikologi atlit mereka. Biasanya atlit tidak hanya
dilengkapi dengan persediaan fizikal tetapi harus juga seimbang dengan persediaan mental.

Wann (1997) mendefinisikan kebimbangan sebagai interpretasi negatif yang dibuat
terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah,
sedang dan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Kebimbangan merujuk kepada
tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu tersebut terhadap apa yang terdapat
dipersekitarannya. Sekiranya tafsiran tersebut mendatangkan sesuatu yang negatif maka ia
merupakan kebimbangan.

Pertandingan dalam sukan mempunyai pelbagai peringkat atau tahap seperti
peringkat sekolah/ bahagian, daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa. Pada
kebiasaannya, semakin tinggi peringkat pertandingan itu maka semakin meningkatlah tahap
kebimbangan yang dirasai oleh atlet tersebut.
Martens (1997), mengatakan kehebatan pertandingan pada setiap peringkat akan
menyebabkan pelbagai aras kebimbangan pada diri atlet. Maka terdapat di kalangan atlet
yang bertindakbalas secara keterlaluan lalu mencapai tahap kebimbangan yang melampau
dan tidak terkawal. Keadaan ini menjejaskan kebolehan atlet tersebut untuk mencapai
prerstasi pada paras yang optimum. Kebimbangan pertandingan boleh dilihat daripada dua
aspek iaitu tret dan state. Kebimbangan tret ditumpukan kepada ciri-ciri perbezaan
personaliti yang agak stabil di kalangan manusia. Manakala kebimbangan state diberi
pengertian sebagai suatu keadaan emosi organisma manusia yang sementara, dilahirkan
oleh persepsi perasaan yang subjektif dan disedari terhadap ketegangan dan ketakutan.






2. Profil Atlet























Nama : Shahidah bt Esam

Umur : 12 Tahun

Alamat : 313 A1 Tiang JU 1, Kampung Usaha Jaya, Batu 4 81200 Johor
Bahru, Johor

Tarikh lahir : 21/5/2002

Tinggi : 135

Berat : 30 kg

Sekolah : Sek Keb Pengkalan Rinting,Johor Bahru

Permainan : Hoki

Penyertaan dalam sukan sekolah

Mewakili sekolah ke Pertandingan Hoki MSSD Johor Bahru ( Tahun 3 )
Mewakili sekolah ke Pertandingan Hoki MSSD Johor Bahru ( Tahun 4 )
Mewakili sekolah ke Pertandingan Hoki MSSD Johor Bahru ( Tahun 5 )
Mewakili Daerah Johor Bahru ke Pertandingan Hoki MSSJ ( Tahun 5 )
Mewakili sekolah ke Pertandingan Hoki MSSD Johor Bahru ( Tahun 6 )
Mewakili Daerah Johor Bahru ke Pertandingan Hoki MSSJ ( Tahun 6 )
3. Masalah Yang Dikenalpasti

Aspek Psikologi :



































5. Cadangan Cara Mengatasi Masalah Atlet

5.1 Aspek Psikologi

Aspek-aspek masalah psikologi (psychological skills) yang boleh dilatih,
merangkumi banyak hal dan meliputi aspek-aspek pengelolaan emosi,
pengembangan diri, peningkatan daya tumpuan, penetapan sasaran, persiapan
menghadapi pertandingan, dan sebagainya. Bentuk latihan mental yang paling
umum dilakukan oleh atlet yang kami kaji bagi membantunya ialah:


Berfikir positif.

Berfikir positif dimaksudkan sebagai cara berfikir yang mengarahkan sesuatu ke
arah yang positif, melihat segi baiknya. Hal ini perlu dibiasakan bukan saja oleh
atlet itu, tetapi juga bagi pelatih yang melatihnya. Dengan membiasakan diri
berfikir positif dapat mewujudkankan rasa percaya diri, meningkatkan motivasi
dan menjalin kerjasama antara pelbagai pihak. Fikiran positif akan diikuti
dengan tindakan yang lebih baik.


Membuat catatan harian latihan mental (mental log).

Catatan latihan mental merupakan catatan harian yang ditulis setiap atlet
selesai melakukan latihan, pertandingan, atau acara lain yang berkaitan dengan
permainan yang diceburinya. Dalam buku catatan latihan mental ini dapat
dituliskan tahap fikiran, bayangan, ketakutan, emosi, dan hal-hal lain yang
dianggap penting dan relevan oleh atle tersebut. Catatan ini semestinya dapat
menceritakan bagaimana atlet berfikir, bertindak, bereaksi, juga merupakan
tempat untuk mencurahkan kemarahan, tekanan, kecewa, dan segala perasaan
negatif jika melakukan kegagalan luar dari prestasi. Dengan melakukan
perubahan terhadap hal-hal negatif tadi menjadi positif, atlet dapat
menggunakan catatan latihan mentalnya sebagai langkah baru setelah
mengalami tekanan, keraguan, ketakutan, ataupun perasaan bersalah, untuk
kembali meningkatkan sikap mental yang positif dan penuh keyakinan diri.


Penetapan sasaran (goal-setting).

Penetapan sasaran (goal-setting) perlu dilakukan agar atlet memiliki arah yang
harus dituju. Sasaran tersebut bukan dilaksanakan secara pantas tapi melalui
hasil akhir yang dilakukan daripada memiliki suatu kejuaraan. Penetapan
sasaran ini dapat diukur agar dapat melihat perkembangan dari pencapaian
sasaran yang ditetapkan. Selain itu pencapaian sasaran ini perlu ditetapkan
sedemikian rupa secara bersama-sama antara atlet dan pelatih. Sasaran
tersebut tidak boleh terlalu mudah, namun sekaligus bukan sesuatu yang
mustahil dapat tercapai. Jadi, sasaran tersebut harus dapat memberikan
cabaran bahawanya jika atlet bekerja keras maka sasaran tersebut dapat
tercapai. Dengan demikian penetapan sasaran ini sekaligus dapat pula berfungsi
sebagai peningkatan motivasi.



Latihan Tumpuan.

Memberi tumpuan merupakan suatu keadaan di mana kesedaran seseorang
tertuju kepada suatu objek tertentu dalam waktu tertentu. Dalam hoki, masalah
yang paling sering timbul akibat terganggunya tumpuan adalah sorakan
penonton sehingga memukul tidak mengenai sasaran. Akibatnya akan lebih
berterusan jika ketepatan berkurangan. Strategi yang sudah dirancang menjadi
tidak berjalan dengan lancar sehinggakan atlet akhirnya kebingungan, tidak tahu
harus bermain dengan strategi yang dirancang dan kepercayaan dirinya pun
akan berkurang. Selain itu, hilangnya tumpuan ketika melakukan aktiviti dapat
juga menyebabkan berlakunya kecederaan. Tujuan daripada latihan tumpuan
adalah supaya atlet tersebut dapat memberikan perhatian terhadap sesuatu
yang ia ingin lakukan tanpa terpengaruh oleh pimikiran negatif atau hal-hal lain
yang terjadi di sekitarnya. Pemusatan perhatian tersebut juga harus dapat
berlangsung dalam waktu yang ditentukan agar mendapatkan hasil yang
maksimum. Latihan tumpuan ini biasanya dilakukan jika atlet sudah menguasai
latihan pengenduran otot.

Latihan mental sebaiknya dilakukan sepanjang atlet menjalani latihan kerana
latihan mental merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari program
latihan tahunan atau periodesasi latihan. Latihan-latihan tersebut ada yang
memerlukan waktu khusus (terutama saat-saat pertama mempelajari latihan
pengenduran otot dan tumpuan, namun pada umumnya tidak terikat oleh waktu
sehingga dapat dilakukan bila-bila masa saja.