Anda di halaman 1dari 1

PERUTUSAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

UCAPAN GURU BESAR SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


PERINGKAT SEKOLAH 2014
18.08.2014


Terima kasih pengacara majlis,

Yang saya hormati, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru
Penolong Kanan Ko-kurikulum, AJK Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 peringkat
SK. (LKTP) Jengka 2, para guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi, selamat pagi
dan Salam 1Malaysia.

Pertama kali, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali yang
ke-57 kepada seluruh warga SK. (LKTP) Jengka 2. Saya juga mengucapkan syabas dan
tahniah kepada AJK program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan guru-guru serta para
pelajar kerana dapat merancang dan melaksanakan program ini. Pihak sekolah berharap,
dengan adanya program ini, dapat mendidik dan membina warga sekolah agar dapat
mengukuhkan semangat patriotisme untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia. Selain itu,
program ini juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam usaha membentuk
kedamaian, keamanan hidup bermasyarakat.

Dalam kesempatan ini juga, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
kali yang ke-57 kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga barisan pemimpin dan pejuang
negara yan berjaya menjadikan negara kita merdeka dari cengkaman penjajah.

Marilah kita sama-sama mengekalkan kemerdekaan ini agar ia sentiasa berada dalam
tangan kita buat selama-lamanya. Janganlah kita leka dan alpa di atas kesenangan dan
kemewahan yang ada sekarang kerana kelak ia akan membuatkan kita tenggelam ditelan
semuanya dan akhirnya negara kita tergadai. Jangan Jangan biarkan ianya berlaku.

Akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-53. Semoga kita semua
semakin Cemerlang, Gemilang dan Terbilang bersama-sama pemimpin bijaksana negara.

MERDEKA..! MERDEKA..!! MERDEKA..!!!

Sekian dan terima kasih.