Anda di halaman 1dari 24

bismillah

Saturday, July 16, 2011


AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU
SEKOLAH AGAMA KOTA MASAI,
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latarbelakang Masalah
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Tujuan Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Rasional Kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi Istilah
1.10 Rumusan
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan
2.1 Tanggungjawab Terhadap Pelajar
2.2 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan dan Profesion Perguruan
2.3 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
2.4 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
3.1 Responden kajian
3.2 Insrtumen Kajian
3.3 Prosedur Kajian
3.4 Kaedah Penyelidikan
3.5 Analisis Data
BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Maklumat Responden
4.1 Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajar
4.2 Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawatan dan Profesion Perguruan
4.3 Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara
4.4 Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan
5.1 Kesimpulan
5.2 Cadangan
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN
GURU-GURU SEKOLAH AGAMA KOTA MASAI,
PASIR GUDANG, JOHOR. SATU TINJAUAN
Abstrak.
Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan di
kalangan 40 orang responden guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
Aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan
dengan tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan
negara, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab guru
terhadap ibu bapa. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada
responden dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati guru-
guru sekolah ini keseluruhannya telah memahani dan mengamalkan etika profesion perguruan
dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan dikemukakan untuk
meningkatkan lagi tahap amalan etika profesion perguruandi kalangan guru-guru secara amnya.
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja
dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK)dan Falsafah Pendidikan Islam.
"Menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah
bagi membentuk sikap, kemahiran, peribadi dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara kearah kebaikkan dunia
dan akhirat".
Sumber: Lapuran Tahunan Pendidikan Kemnterian Pendidikan Malaysia, 1996
Bagi mencapai maksud dan matlamat FPK dan FPI ini, guru-guru telah diamanahkan untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan
dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat
melahirkan bangsa yang berwawasan dan bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa
mengharapkan agar para guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang
berwawasan dan bertamadun tinggi.
Dengan penghayatan FPK dan FPI guru sewajarnya sedar bahawa mereka sebenarnya memikul
tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu kepada pelajarnya sama ada
mereka mahu menerima atau tidak. Di samping itu, para guru perlu peka dengan perubahan
semasa (keadaan sekeliling) dan dan bijak menyesuaikan diri bagi menangani masalahpengajaran
dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada keseluruhannya guru
adalah pakar, arif atau profesional dalam segala bidang.
Menurut Robiah (1998) Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus
menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan
sahsiah.
Seorang guru bukan sahaja berkemahiran mengajar, mendidik dan mengembangkan ilmu, malah
sikap, tingkah laku dan disiplin diri juga harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian
Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai
satu kerjaya yang profesional.
Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan
Aziz,1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi
Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu
memahami dan mematuhinya.
Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar berita-berita yang tidak
menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau disamping
salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini.
Menurut (Najib,1977) Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan
tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan (EPP) harus dikaji
semula.
Penghayatan dan pengamalan EPP di kalangan para guru adalah penting demi menjamin
martabat profesion perguruan sentiasa dan terus dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan
dan tanggungjawab seorang guru sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah pun
dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti
berikut;
Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan .... .... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda
untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan.
Dari penyataan ikrar dan kod EPP di atas, guru dengan ini mempunyai beban yang berat untuk
dijayakan. Sepanjang pengetahuan pengkaji-pengkaji sepanjang perkhidmatan sebagai guru,
kajian mengenai pengalaman EPP di kalangan guru-guru di negara ini adalah amat kurang.
Pengkaji-pengkaji merasakan bertanggungjawab meneruskan usaha bagi menambahkan hasil
dapatan kajian. Melalui hasil kajian ini kelak diharapkan dapat memberi gambaran terhadap
amalan EPP di sekolah dan juga dapat mengenal pasti pelbagai usaha yang dapat membantu para
guru memahami dan mengamalkan EPP secara berterusan.
1.1 Latar belakang Kajian
Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan di
kalangan 40 orang responden guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
Aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan
dengan tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan
negara, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab guru
terhadap ibu bapa. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada
responden dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati guru-
guru sekolah ini keseluruhannya telah memahani dan mengamalkan etika profesion perguruan
dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan dikemukakan untuk
meningkatkan lagi tahap amalan etika profesion perguruandi kalangan guru-guru secara amnya.
1.2 Penyataan Masalah
Pertama sekali adalah keguruan. Maksudnya pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu
kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat
seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan lain-lain
sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang
dikenakan kepada kerjaya-kerjaya yang lain seperti kod etika dan sebagainya.profesion keguruan
telah mengorak langkah bagi menyaingi kehendak semasa khususnya dalam bidang pendidikan
ke arah negara maju pada tahun 2020.
Bagi merealisasikan wawasan tersebut, beberapa langkah telah di ambil bagi mengatasi
masalah yang timbul seperti memupuk semangat guru dalam memartabatkan profesion keguruan,
memupuk dan menyemai minat dan keyakinan guru terhadap etika dalam komunikasi terhadap
murid khususnya di sekolah . Guru-guru yang telah mendapat latihan ikhtisas diminta
mengadaptasikan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran mereka dan di jadikan
sebagai fasilitator kepada murid - murid . Oleh yang demikian etika profesion keguruan dapat
memberikan impak yang maksimum kepada pelajar-pelajar. Walau bagaimanapun terdapat juga
masalah-masalah yang akan timbul dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di mana
guru berhadapan dengan masalh disiplin murid , tetapi biasanya lebih banyak diperolehi
kebaikan dari kelemahan dalam penyampaian ilmu khususnya di peringkat sekolah. Ianya timbul
di setiap peringkat daripada pelajar, guru .
1.3 Tujuan Kajian
Secara keseluruhannya kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah
guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor bertanggungjawab melaksanakan
amalan EPP yang telah disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk meninjau; AMALAN ETIKA
PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU
1.4.1 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir
Gudang, Johor bertanggungjawab terhadap pelajarnya.
1.4.2 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir
Gudang, Johor bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesionnya.
1.4.3 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang,
Johor bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negaranya.
1.4..4 Mengenalpasti sejauhmanakah guru-guru Sekolah Agama Kota Masai, Pasir
Gudang, Johor bertanggungjawab terhadap ibu bapa.
1.5 Soalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian diharapkan dapat memberikan jawapan kepada persoalan
kajian yang di kaji berikut:-
1.5.3 Apakah tanggungjawab guru terhadap pelajarnya?
1.5.4 Apakah tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesionnya?
1.5.5 Apakah tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negaranya?
1.5.6 Apakah tanggungjawab guru terhadap ibubapa?
1.6 Rasional kajian
Sepanjang pengetahuan pengkaji-pengkaji sepanjang perkhidmatan sebagai
guru, kajian mengenai pengalaman EPP di kalangan guru-guru di negara ini adalah amat kurang.
Pengkaji-pengkaji merasakan bertanggungjawab meneruskan usaha bagi menambahkan hasil
dapatan kajian. Melalui hasil kajian ini kelak diharapkan dapat memberi gambaran terhadap
amalan EPP di sekolah dan juga dapat mengenal pasti pelbagai usaha yang dapat membantu para
guru memahami dan mengamalkan EPP secara berterusan. Disamping itu kajian ini dapat
membantu dan memberi kesedaran tentang amalan EPP dikalangan guru-guru Sekolah Agama
Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti AMALAN ETIKA PROFESION
PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU. Kajian meliputi tanggungjawab guru terhadap
pelajar, masyarakat dan negara, rakan sejawatan dan profesion, dan ibubapa. Kajian ini
dijalankan di Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang yang merupakan sebuah sekolah Gred
A (tafsiran Jabatan Agama Johor, Bahagian Pendidikan). Guru yang terlibat adalah seramai 40
orang.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dilakukan di Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang sahaja. Kajian
ini melibatkan seramai 40 orang guru. Mereka terlibat secara langsung dalam kajian ini. Guru
yang dipilih dalam kajian ini ialah guru yang mengajar dari darjah satu hingga darjah enam
dalam aliran agama.

1.9 Definisi Istilah
Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan
etika profesional dalam segenap aspek kehidupan. Etika keguruan merujuk kepada,
Profesional keguruan bererti suatu pekerjaan yang mensyaratkan pendidikan tinggi bagi seorang
guru yang ditekankan pada pekerjaan mental , iaitu adanya syarat pengetahuan sebagai bahan
untuk melakukan kerja secara sistematik, bukan kerja secara biasa (Danin, 2002). Jadi suatu
profesional keguruan harus memiliki tiga perkara, iaitu pengetahuan, keahlian, dan akademik.
Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran sebagai seorang guru profesion ini di wakili
oleh anggota NUTP , maka akhirnya lahirlah NUTP (National Union of Teaching Profession)
atau dikenali sebagai KPPK (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan). NUTP telah
berjaya didaftarkan pada Januari 1974 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Dewasa ini, NUTP
(KPPK) merupakan pelepor pembela nasib kaum guru yang semakin mantap dan berwawasan.
Definisi istilah adalah definasi yang digunakan secara saintifik dalam melakukan kajian
ini .Definisi ini penting bagi menjelaskan lagi maksud sebenar kajian ini dijalankan.
Antara perkataan yang akan diberikan istilah ialah :
Penggunaan Merupakan kata terbitan dari perkataan guna. Menurut Kamus Dewan guna
bermaksud :
* NUTP : (National Union of Teaching Profession) atau dikenali sebagai KPPK (Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan).
1.10 Rumusan
Secara keseluruhannya, kajian berbentuk tinjau ini memberikan gambaran tentang
pengenalan tentang kajian yang telah dilakukan, latar belakang masalah, persoalan dan rasional
kajian di Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor dengan menggunakan guru sebagai
subjek primer kajian bagi mendapatkan hasil dapatan kajian.
BAB DUA
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan
Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia
yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab
mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang
Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia
dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang
dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi
pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke
arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.
Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan
tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih
pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa
segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat,
sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh
terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu
pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran
secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar
dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan
menentukan iklim pembelajaran pelajar.
Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang
gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara
tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber
dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran
yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan
menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.
2.1 Tanggungjawab Terhadap Pelajar
Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang
lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor
ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Guru juga mestilah
mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik
kepada pelajar.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam
maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa
kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam
Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal
dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka. (Hadis Riwayat Muslim)
Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru membimbing atau
mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan memperbaiki
kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
2.2 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan dan Profesion Perguruan
Sebagai seorang yang diberi amanah menjadi pendidik dan pembimbing guru tidak lari dari
memiliki rakan sejawatan (semestinya seorang guru juga). Mana mungkin pekerjaan ini di pikul
oleh orang sahaja. Maka banyaklah perkara yang berkaitan dengan rakan yang lain. Diantaranya
ialah:-
Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri
dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa
berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan
kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya
mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
2.3 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
Seorang guru harus mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun
Negara. Disamping itu memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan
berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek penting dalam masyarakat di
negara ini. ( Datin Seri Rosmah Mansor,2010)
Menghormati masyarakat tempat seorang guru itu berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat. Dengan cara itu dapat menggalakkan kerjasama dan
persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakatdan
memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawanan masyarakat.. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan seharian seorang guru dengan baik.
2.4 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah
berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan
tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya
kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepadamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Qs. an-Nisaa
[4]: 58).

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap guru.
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
Di dalam bab ini menghuraikan tentang responden kajian, instrumen yang digunakan,
prosedur atau kaedah dan analisis data dapatan.
3.1 Responden kajian
Populasi dalam kajian ini adalah guru-guru Sekolah Agama Kota Masai,Pasir Gudang,
Johor. Guru yang terpilih seramai 40 orang. Mereka merupakan guru seorang lelaki dan 39 orang
perempuan. Mengajar dalam darjah 1 hingga 6 bagi pelbagai subjek dalam aliran agama.
Sebahagian responden telah berkahwin, sebahagian lagi belum berkahwin. Mereka terdiri dari
guru yang mengajar lebih daripada 5 tahun pengalaman mengajar. Sebahagian besar mendapat
Sijil Perguruaan Asas manakala selebihnya lain-lain pendidikan

3.2 Instrumen Kajian
Formula yang diguna pakai adalah berdasarkan formula oleh Krejcie danMorgan (1970).
Seramai 40 orang guru terpilih untuk dijadikan sampel dalam kajian ini telah memberi maklum
balas kepada soal selidik yang diedarkan.

3.3 Prosedur atau Kaedah penyelidikan
Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A mengandungi item-item demografi responden. Bahagian B pula mengandungi 25
item yang dipecahkan kepada empat aspek berdasarkan kepada empat objektif kajian yang ingin
dikaji. Semua amalan etika dan tanggungjawab guru-guru ini diukur menggunakan skala Setuju,
Tidak Setuju dan Tidak Pasti.
3.4 Analisis data
Semua Kerja-kerja pengumpulan data dan pemprosesan data dijalankan sendiri oleh
semua penyelidik. Data-data yang diperolehi diproses menggunakan Microsoft Window Excel
dan dianalisis dalam bentuk keperatusan.
BAB EMPAT
KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berikut adalah keputusan kajian
4.1 Maklumat Responden
Seramai 39 (97.5%) responden adalah terdiri daripada guru perempuan dan 1 orang (2.5%)
adalah guru lelaki. Dari jumlah tersebut didapati seramai 35 orang (79.2%) adalah terdiri
daripada mereka yang telah berkeluarga dan selebihnya iaitu seramai 5 (20.8%) adalah mereka
yang masih bujang. Dari segi pengalaman mengajar sebanyak 37.5% orang responden
mempunyai pengalaman mengajar melebihi 11 tahun, 4.2% berpengalaman mengajar melebihi
21 tahun dan 41.6% responden berpengalaman mengajar antara 5 hingga 10 tahun. Dari segi
taraf pendidikan seramai 83.3% sampel mempunyai Sijil Perguruan Asas, manakala 4.2%
mempunyai lain-lain kelayakan. Keseluruhan responden juga menyatakan mereka telah
didedahkan secara langsung terhadap Etika Profesion Perguruan (EPP)
4.2 Objektif Kajian 1 : Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajarnya.
Jadual 1 : Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajarnya.
Bil Item Soalan Tak
setuju
Tak
pasti
Setuju
1 Saya sentiasa membimbing pelajar mengembangkan
potensi rohani mereka.
10 % 40% 50%
2 Saya membimbing pelajar mengembangkan potensi
intelek mereka.
5% 60% 35%
3 Saya harus bersedia mengadakan kelas tambahan untuk
kepentingan muridnya.
10% 45% 45%
4 Kepentingan pelajar lebih penting daripada kepentingan
diri sendiri.
5% 50% 45%
5 Maklumat Pelajar adalah sulit dan tak perlu diheboh-
hebohkan.
2% 10% 88%
Purata 6.4% 41% 52.6%
Berdasarkan Jadual 1, kajian ini mendapati bahawa purata keseluruhan dalam aspek
tanggungjawab guru terhadap pelajar menunjukkan bahawa keseluruhan responden mempunyai
tanggungjawab yang tinggi terhadap pelajarnya iaitu dengan mendapat peratusan persetujuan
yang tinggi iaitu sebanyak 52.6%

Graf di atas menunjukkan peratus kenyataan dari responden tentang tanggungjawab guru
terhadap pelajarnya. Secara keseluruhan 52% responden faham dan mengamalkan
tanggungjawab terhadap pelajar manakala 41% masih tidak pasti dan 6% tidak setuju dengan
beberapa item soalan tanggungjawab guru terhadap pelajarnya.
4.3 Objektif Kajian 2: Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion
J adual 2: Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion.
Bil Item Soalan Tak
Setuju
Tak
Pasti
Setuju
1 Saya sering memohon untuk mengikuti kursus dalam
perkhidmatan.
35% 50% 15%
2 Saya sentiasa mengamalkan tingkahlaku bermoral
dalam profesion perguruan.
0% 10% 90%
3 Saya berpakaian kemas dan rapi mengikut landasan
agama.
0% 10% 90%
4 Adalah tidak wajar untuk menegur rakan sejawat
secara tidak sopan.
5% 15% 80%
5 Saya selalu berusaha untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan.
0% 5% 95%
6 Saya berbangga diberi kenaikan pangkat berdasarkan 43% 24% 33%
kecekapan saya.
7 Hubungan Interpersonal yang baik dikalangan guru-
guru menjamin keberkesanan P&P.
4% 23% 77%
8 Sikap amanah sangat penting untuk menguruskan
kewajipan sekolah.
2% 23% 75%
Purata 9.9% 20% 67.5%
Berdasarkan Jadual 2, purata peratusan bagi aspek tanggungjawab terhadap rakan sejawat
dan profesion menunjukkan lebih kurang 67.5% responden memberi persetujuan bahawa
mereka mempunyai tanggugjawab yang tinggi terhadap rakan sejawat dan profesion.
Perkara ini disokong dengan dapatan item 14, 12 dan 1 yang masing-masing mendapat
peratusan yang tinggi. Walaupun begitu terdapat peratusan yang agak rendah bagi item 2
dengan peratusan sebanyak 33%.

Graf 2 menunjukkan tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
Hanya 9.9% responden tidak bersetuju dengan beberapa item soal selidik, manakala 20%
tidak pasti dengan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
Kesimpulannya 67.5% amat bersetuju dengan tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat
dan profesion perguruan itu sendiri.
4.4 Objektif Kajian 3 : Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara.
J adual 3 : Tanggungjawab Guru terhadap Masyarakat dan Negara.
Bil Item Soalan Tak
setuju
Tak
ingat
Setuju
1 Saya bersikap adil tanpa mengira agama bangsa dan
keturunan.
3% 15% 82%
2 Saya memberikan sepenuh perhatian dalam
pengajaran tanpa mengira kaum.
5% 27% 68%
3 Saya sering menasihati pelajar saya agar menghargai
harta awam.
0% 15% 85%
4 Sebagai menghadiri mesyuarat Badan Kebajikan
walau sebagai ahli biasa.
5% 43% 52%
5 Saya bersikap adil tanpa mengira latar belakang dan
kedudukan keluarga.
10% 52% 38%
6 Dalam proses P&P saya mementingkan nilai moral. 23% 27% 50%
7 Saya akan menerapkan nilai taat setia kepada negara
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
2% 31% 47%
Purata 6.9% 30% 60.2%
Berdasarkan dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 3, responden memberikan
komitmen yang tinggi berhubung dengan tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara. Ini
dibuktikan dengan kesemua item soalan mendapat peratusan melebihi 60% persetujuan
responden. Manakala bagi keseluruhan dapatan pula peratusan menunjukkan sejumlah responden
bersetuju mereka
mengamalkan
perlakuan
bertanggungjawab
terhadap
masyarakat dan
Negara.
Graf 3
menunjukkan
keputusan peratus
responden terhadap tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara. 62% responden sangat
bersetuju dengan tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, manakala 31% masih
berada di tahap tidak pasti dan 7% responden tidak bersetuju.
4.5 Objektif Kajian 4 : Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu bapa
J adual 4 : Tanggungjawab Guru terhadap I bu bapa.
Bil Item Soalan Tak
setuju
Tak
pasti
Setuju
1 Saya menjadi pengganti ibu bapa di sekolah. 0% 23% 77%
2 Saya ada meluangkan sedikit masa untuk berkunjung
ke rumah keluarga pelajar bagi merapatkan hubungan
persahabatan.
43% 23% 34%
3 Saya sedia berbincang dengan ibu bapa bagi
membantu menangani masalah anak yang sering
melanggar disiplin sekolah.
8% 21% 71%
4 Saya sedia melaporkan masalah salah laku pelajar
kepada ibubapa mereka untuk diambil tindakan
segera.
3% 12% 85%
5 Saya akan memaklumkan kepada ibu bapa pelajar
sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah selama
tiga hari berturut-turut.
3% 17% 80%
Purata 11.4% 19.2% 69.4%
Jadual 4 meleporkan amalan tanggungjawab responden terhadap ibu bapa. Daripada analisis
kajian yang dijalankan, responden mempunyai tanggungjawab yang baik terhadap ibu bapa
dengan peratus persetujuan keseluruhan sebanyak 69.4% %. Bagi item-item tertentu seperti item
22 mendapat persetujuan 85% daripada responden. Secara amnya memang responden
mempunyai amalan dan sikap tanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar bagi merapatkan
hubungan antara pihak sekolah dan juga masyarakat.




Graf 4
menunjukkan
peratus
keputusan
responden
yang terdiri
daripada Guru-
guru Sekolah
Agama Kota
Masai tentang
tanggungjawab
guru terhadap Ibu bapa. 69% responden bersetuju dengan tanggungjawab, akauntabiliti dan
obligasi guru terhadap ibu bapa. 19% masih berada di tahap tidak pasti dengan tanggungjawab
mereka kepada ibu bapa dan 12% tidak bersetuju dengan beberapa tanggungjawab terhadap ibu
bapa.
Kesimpulannya, secara keseluruhan 78% responden bersetuju dengan empat objektif kajian ini
iaitu amalan etika profesion perguruan dalam kalangan guru-guru Kota Masai. Responden lebih
cenderung bersetuju dengan tanggungjawab terhadap pelajar, rakan sejawat dan profesion,
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta terhadap ibu bapa.
BAB LIMA
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan
Bab ini menerangakan kesimpulan dapatan dan cadangan yang dapat dinyatakan berdasarkan
kajian tinjauan ini.
5.1 Kesimpulan
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian ini dapatlah disimpulkan
bahawa guru-guru di Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang, Johor ini telah mengamalkan
etika
profesion perguruan dalam kadar sederhana yang merangkumi aspek tanggungjawab guru
terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab guru
terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan serta tanggungjawab guru terhadap ibu bapa.
Dapatan kajian ini menunjukkan seramai 52.6 % guru bertanggungjawab terhadap pelajar, 60.2%
guru bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, 67.5% guru bertanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan dan 64.9% guru bertanggungjawab terhadap ibu
bapa. Hasil kajian ini menggambarkan bahawa guru-guru masih kurang mengambil berat
terhadap pelajar-pelajarnya kemungkinan mereka sekadar percaya tugas mendidik para pelajar
adalah amat berat dan tidak boleh diambil sambil lewa sahaja.
Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua golongan daripada
umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka rosaklah
manusia, iaitu umarak dun ularna." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)
Walaupun dapatan kajian ini secara keseluruhan menunjukkan guru-guru telah mengamalkan
etika profesion perguruan seperti yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, tetapi
masih ada juga segelintir golongan guru bertindak dan berpelakuan tidak wajar terhadap para
pelajarnya yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Persoalan sering ditimbulkan , Mengapa perkara sebegini masih berlaku? Siapakah perlu
dipersalahkan? Dan apakah tindakan sewajarnya perlu dilakukan?
5.2 Cadangan
Cadangan yang wajar diterapkan sebagai penyelesaian
5.2.1 Pihak pentadbir sekolah dan pentadbir masyarakat setempat meneruskan usaha menyemai
nilai-nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh warga sekolah merangkumi guru-
guru, kakitangan sekolah dan para pelajar serta masyarakat setempat.
5.2.2 Mengadakan kursus kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab guru dalam proses
pengajaran, pembelajaran dan rakan sejawat serta masyarakat setempat.
5.2.3 Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil kepada semua pelajar serta
mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada perbezaan kaum, agama dan status ekonomi
di kalangan pelajarnya.
5.2.4 Guru perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan boleh menjadi model kepada
pelajar kerana setiap tingkah laku seseorang guru itu mudah menjadi ikutan pada pelajarnya.
Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling dekat dengan para pelajar.Seperti pepatah
Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya..
BIBLIOGRAFI
Krejcie, R. V. & D. W. Morgan. 1970. Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement. 30(3): 607-610.
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Najib Tun Razak. 1971. Kod Etika Perguruan Kita Sudah Profesional. Utusan Malaysia, 07 Mei
1995.
Pendidikan 35: 34.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 1991. Pengesanan Budaya
Sekolah. Jurnal
Lampiran

Amalan Etika Perguruan Dikalangan Guru-guru Sekolah Agama Taman Kota Masai.
BAHAGIAN A
MAKLUMAT RESPONDEN
ARAHAN : Tandakan betul ( / ) pada jawapan anda.
1. Jantina
Lelaki Perempuan
2. Status
Berkahwin Bujang
3. Pengalaman mengajar
Lebih 11 tahun 21 tahun ke atas 5 hingga 10 tahun
4. Taraf pendidikan
Sijil Perguruan Asas Lain-lain kelayakan
BAHAGIAN B
ARAHAN : Tandakan betul ( / ) pada jawapan PILIHAN anda.
Bil Item Soalan Tak
Setuju
Tak
Pasti
Setuju
1 Saya berpakaian kemas dan rapi mengikut landasan
agama.

2 Saya berbangga diberi kenaikan pangkat berdasarkan
kecekapan saya.

3 Saya sering memohon untuk mengikuti kursus dalam
perkhidmatan.

4 Saya harus bersedia mengadakan kelas tambahan untuk
kepentingan muridnya.

5 Saya menghadiri mesyuarat Badan Kebajikan walau
sebagai ahli biasa.

6 Saya akan memaklumkan kepada ibu bapa pelajar
sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah selama tiga
hari berturut-turut.

7 Saya bersikap adil tanpa mengira agama bangsa dan
keturunan.

8 Saya sentiasa membimbing pelajar mengembangkan
potensi rohani mereka
9 Kepentingan pelajar lebih penting daripada kepentingan
diri sendiri.

10 Saya bersikap adil tanpa mengira latar belakang dan
kedudukan keluarga.

11 Saya memberikan sepenuh perhatian dalam pengajaran
tanpa mengira kaum.

12 Saya selalu berusaha untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan.

13 Adalah tidak wajar untuk menegur rakan sejawat secara
tidak sopan.

14 Saya sentiasa mengamalkan tingkahlaku bermoral dalam
profesion perguruan.

15 Saya sering menasihati pelajar saya agar menghargai
harta awam.

16 Sikap amanah sangat penting untuk menguruskan
kewajipan sekolah.

17 Saya membimbing pelajar mengembangkan potensi
intelek mereka.

18 Hubungan Interpersonal yang baik dikalangan guru-guru
menjamin keberkesanan P&P.

19 Saya sedia berbincang dengan ibu bapa bagi membantu
menangani masalah anak yang sering melanggar disiplin
sekolah

20 Maklumat Pelajar adalah sulit dan tak perlu diheboh-
hebohkan.

21 Saya ada meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke
rumah keluarga pelajar bagi merapatkan hubungan
persahabatan.

22 Saya sedia melaporkan masalah salah laku pelajar kepada
ibubapa mereka untuk diambil tindakan segera.

23 Saya menjadi pengganti ibu bapa di sekolah.
24 Dalam proses P&P saya mementingkan nilai-nilai moral.
25 Saya akan menerapkan nilai taat setia kepada negara
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Purata
Posted by nor lihana hani at 8:06 PM

Anda mungkin juga menyukai