Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani


Tahun : 3 Rajin
Masa/Tarikh : 8.00-8.30 pagi / 27 Ogos 2014
Standard kandungan : Gimnastik Asas
2.1 Berkebolehan memahami konsep hambur dan pendaratan
Standard pembelajaran : 1.6.1 Melakukan hambur dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai arah.
2.5.1 Mengenalpasti postur badan semasa hambur dan mendarat.
5.2.2 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.
Objektif pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:-
i) Melakukan kemahiran hambur dan mendarat dengan betul.
ii) Menyatakan sekurang-kurangnya tiga anggota badan yang terlibat semasa melakukan
aktiviti hambur dan mendarat.

Penerapan nilai : Semangat bekerjasama ketika melakukan aktiviti.
Kemahiran berfikir : Membezakan pergerakan bukan lokomotor dan lokomotor.
Strategi Utama : Kontekstual.
Alatan : Skitel, Gelung rotan, Wisel








Bahagian/
Masa
Aktiviti
Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas
Catatan

Permulaan
( 5 minit )







Skipping
Stretching



Kehadiran murid direkodkan.
Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat.
Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas.


Fokus Pembelajaran
Aktiviti memanaskan badan untuk meningkatkan suhu serta
denyutan nadi.


Organisasi Kelas
Murid beratur dalam satu barisan di hadapan guru.
Guru membuat perlakuan sambil di ikuti oleh murid.
Perlakuan diulangi sebanyak dua pusingan.
Murid menjalankan aktiviti regangan.




















Guru





Ciri Strategi
Menghubungkait.


Alatan
1. Skitel

Catatan

Melalui aktiviti ini, murid-
murid dapat memberi
tumpuan dan
meningkatkan suhu
serta denyutan nadi.



Bahagian/
Masa
Aktiviti
Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas
Catatan

Perkembangan
( 10 minit )


Ayam Itik Kucing



Fokus Pembelajaran
Pergerakan hambur badan lurus secara berulang.

Organisasi Kelas
Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan iaitu
Ayam, Itik dan Kucing.
Murid membuat bulatan di sekeliling skitel mengikut
kumpulan.
Murid melakukan pergerakan hambur lurus dengan betul
apabila guru menyebut nama kumpulan mereka.
Guru memastikan setiap murid melakukan aktiviti
hambur dan mendarat dengan betul melalui
pemerhatian.



















Guru





Ciri Strategi
Mengalami


Alatan
Skitel



Catatan

Melalui aktiviti ini, murid-
murid berpeluang untuk
mengalami sendiri cara
untuk melakukan
hambur dan mendarat
dengan betul dengan
panduan dan tunjuk ajar
guru.













Kemuncak
( 10minit )


Lompat Katak



Fokus Pembelajaran
Pergerakan hambur dan mendarat secara lokomotor..

Organisasi Kelas
Murid-murid dibahagi kepada 2 kumpulan.
Murid-murid dikehendaki beratur mengikut kumpulan
masing-masing.
Murid-murid dikehendaki melakukan aktiviti lompat katak
dari dalam gelung rotan dan jarak diukur berdasarkan
jumlah skitel yang disusun di bahagian tepi.
Lompatan yang paling jauh akan diberikan satu mata dan
kumpulan yang mengumpul mata yang terbanyak dikira
sebagai pemenang..




















Guru



Ciri Strategi
Aplikasi


Alatan
1. Skitel
2. Gelung rotan





Catatan

Melalui aktiviti ini, murid-
murid dapat mengingati
dan mengaplikasikan
pergerakan-pergerakan
yang dipelajari di
bahagian
perkembangan.

















Penutup
( 5 minit )
Cooling Down










Fokus Pembelajaran
Aktiviti menyejukkan badan.
Rumusan dan refleksi guru.

Organisasi Kelas

Murid berdiri secara berselerak.
Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan.
Rumusan isi pelajaran dan refleksi diberikan secara lisan
kepada murid-murid.



















Guru




Ciri Strategi


Alatan
1. Skitel

Catatan
Melalui aktiviti
menyejukkan badan,
murid-murid dapat
menurunkan suhu
badan dan kadar
denyutan nadi secara
perlahan-lahan.


Melalui rumusan dan
refleksi guru, murid-
murid akan lebih
memahami isi pelajaran
serta meningkatkan
motivasi diri.

Anda mungkin juga menyukai