Anda di halaman 1dari 66

PENGENALAN SENI

ALAM MELAYU
Centya Dominic
Bridget Cheng
Elvira Joseph
Kalai

PENGENALAN SENI ALAM MELAYU
Menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam Melayu
khususnya di Malaysia.
Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua di
Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah.
Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan
pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenali
seni Alam Melayu.
Simbol-simbol yang digunakan pada karya seni mereka dan
maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.
LUKISAN GUA
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh
manusia purba
berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan
pengembaraan
Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua
Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah
menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan
pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama,
iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai
binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka
pada zaman dulu.
Lukisan gua di Gua Niah Sarawak
Contoh aktiviti-aktiviti manusia zaman dahulu kala.
Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu warna tidak jelas. Dalam
sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain,
warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-
individu lelaki yang dilukis kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini
mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan
imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba
digambarkan oleh pelukis tersebut.M.Matthews, seorang penulis yang
menulis di dalam terbitan isu Malaya Dalam Sejarah Majalah
Persatuan Sejarah Malaya pada bulan November 1959
Lukisan gua di Gua Tambun Perak. Motif manusia.
Lukisan gua di Gua Tambun Perak. Motif haiwan.
kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan
seperti dugong, tapir, dan rusa.
Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana kesemuanya kelihatan
seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu darinya juga
mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya.
Pada suatu masa dahulu, lukisan yang membentuk galeri gambar ini
terpampang sepanjang lebih dari seratus kaki, tetapi masa dan cuaca
telah menghapuskan sebahagian besar lukisan ini.
Gua Tambun Perak. Dugong.
Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang
menghasilkan warna merah) telah digunakan untuk menghasilkan
lukisan-lukisan gua di Gua Tambun. Kebanyakan pengkaji percaya
bahawa ia telah dilukis oleh masyarakat Zaman Neolitik.

Terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis oleh
masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong, Sungai
Siput, Perak, di Hulu Kelantan, di Pahang dan juga di Kedah.

Lukisan-lukisan tersebut boleh dikelompokkan ke dalam beberapa
bentuk iaitu bentuk manusia, haiwan, geometrik, sampan, unsur alam
dan juga bentuk abstrak. Ia dihasilkan dengan menggunakan arang.
Gua Tambun Perak. Kisah memburu rusa. Warna merah.
Gua Tambun Perak. Motif haiwan (ular). Warna merah.
Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam, yang terletak berdekatan dengan
Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai.
Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan
sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari.
Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama,
tembikar China dan manik kaca.
Lukisan-lukisan ini dilukis menggunakan tanah atau batu merah yang
berada tidak jauh dari gua tersebut.
Gua Kain Hitam Sarawak.
Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan, Sabah menggambarkan
cantuman bentuk laktis (oval berjalur) dengan garisan memanjang.
Bentuk-bentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang
menggambarkan satu fenomena pada ketika itu.
Peninggalan barang-barang buatan manusia pada sesuatu
zaman.
Terutama alat perkakas dan senjata.

Sekitar 40 ribu tahun
dahulu
Terbentuk Keultanan
Melaka (thn 1400)







Memberi kesan pada artifak-
artifak prasejarah.
Bahan perkakas : besi dan batu.
Kawasan perkuburan telah
ditemui di ruang yang terlindung di
dalam gua-gua. (Santubong,
Sarawak di sekitar abad ke-5
sehingga abad ke-13.

CARA HIDUP
Berburu dan
mengumpul
makanan
Hasil
perkakas
batu yang
digilap,
tembikar
tanah
Gua Niah,
Sarawak, Gua
Cha, Kelantan
dan Gua
Kechil,
Pahang
Semenanjung Utara
Loceng gangsa (Muar)
Tulang Mawas
(berbentuk batang
yang panjang)
Zaman
Logam
Sumber emas Pantai
Timur
Sumber bijih timah Pantai
Barat
Loceng Gangsa dari
Zaman Logam
SENI PERIBUMI
JAH-HUT
Jah-Hut ialah satu suku kaum orang asli yang
tinggal di Pahang, Malaysia.

Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah-Hut
ialah 2,442 dan pada tahun 2005, anggarannya
ialah lebih kurang 4,000 orang yang tinggal di
11 buah kampung yang terletak di sepanjang
tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di
utara ke Temerloh di selatan.
Tempat tinggal
Kum Jah-Hut
Antara kampung-kampung ini termasuk
Kg.Pos Penderas dan Kampung Keboi di dalam
hutan tropika yang terletak di daerah Jerantut,
Pahang.

Kampung Seboi merupakan salah satu
kampung yang terkecil antara penempatan-
penempatan orang Jah-Hut dengan hanya kira-
kira 100 orang.

Orang Jah-Hut tinggal di rumah gaya Melayu
yang dibina di atas kaki bajang.
Peta Penempatan
BAHASA JAH-HUT
Bahasa yang ditutur oleh orang Jah-Hut dikenali sebagai bahasa
Jah-Hut dan merupakan sebahagian bahasa Mon-Khmer yang
pula merupakan satu cabang keluarga bahasa.

Dalam bahasa Jah-Hut, Jah bermaksud orang.
Hut pula bermaksud bukan atau tidak.
Bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini
tidak dapat menerangkan kata majmuknya
disebabkan bukan orang ini memang bukan
erti yang dimaksudkan.

Bahasa Jah-Hut telah banyak menyerap
banyak perkataan bahasa Melayu dalam
perbendaharaan katanya.

Loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar
Krau (Terengganu), Kuala Tembeling, Ulu
Ceres, dan sebagainya.
KEPERCAYAAN
Raja
Panglima
Batin
Pawang
Menteri
Poyang (pengamal
pengubatan.
7 semangat roh dalam diri :
i. Semangat orang
ii. Semangat angin
iii. Semangat hantu
iv. Semangat rusa
v. Semangat khinzir
vi. Semangat lalat
vii.Semangat iblis.
KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang
Jah-Hut ialah penorehan getah, penanaman
padi, dan penternakan ayam.

Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan
dan bukan sahaja merupakan satu sumber
pendapatan untuk orang Jah-Hut, tetapi juga
merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan
keagamaan mereka.

Walaupun orang Jah-Hut tinggal
di dalam hutan, mereka tidak
terpencil secara langsung dan
telah berdagang dengan orang-
orang berhampiran sejak
beberapa ratus tahun.

Seni Pengukiran Kayu Jah-Hut
Suku kaum ini memang terkenal
dengan ukiran-ukiran kayu (arca).

Setiap ukiran mempunyai pelbagai
tujuan dan maksud dari segi
kepercayaan, mistik, keagamaan,
lagenda, serta menggambarkan
kehidupan mereka.

Kebiasaannya ukiran kayu berbentuk patung figura haiwan
dan manusia serta alam ghaib seperti hantu.

Ukiran (arca) akan dinamakan dengan karakter masing-
masing, kebanyakkannya hantu.

Kesemua ukiran hanya menggunakan alatan tangan sahaja.

Tokoh Pengukir Kayu
Suku Kaum Jah-Hut
Along b Hitam
Ayau b Bandak
Batin Hitam b Wahi
Bujai b Ali
Jatim b Bani
Kassim b Wahi
Menteri Bani b Wahi
Puteh b Debos
Salleh b Kahang
Gaga b Pandak
JENIS-JENIS KAYU
Cengal
Merbau
Tembusu hutan
Sena
Merpati
Kemuning
Rhu bukit
Raja kayu
Arang
rengas.
Karya Menteri Bani b Wahi

CONTOH HASIL
UKIRAN
BAPAK DAN
ANAK
PAKAI
CHAWAT
MAH-MERI
Suku kaum Mahmeri, dari
kumpulan Senoi adalah antara
pribumi yang turut menghasilkan
ukiran kayu.

"Mahmeri" bermaksud orang hutan
manakala dalam istilah, mahmeri
memberi maksud bersisik.
Mereka juga dikenali sebagai orang laut.
orang laut.
Sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang
penempatan mereka yang berhampiran dengan laut
berhampiran dengan laut iaitu di Pulau Carey,
Pulau Carey, Selangor.
Seni ukiran kayu telah lama bertapak dalam masyarakat Mahmeri dan mereka turut dikenali sebagai
pengukir yang mahir.

Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat
menakjubkan.

Ada di antara ukiran-ukiran itu, pernah mendapat pengiktirafan UNESCO.
PUA KUMBU
(SENI TENUNAN)

Pua Kumbu merupakan kain kapas
berpola pelbagai warna yang digunakan
oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan
di Sarawak, Malaysia.

Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak
dan dianggap objek suci.


Ia digunakan dalam upacara dan
peristiwa penting termasuk :

- Kelahiran anak
- Sampai usia
- Menerima barangan penting kepada rumah panjang
- Untuk tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum
pengkebumian.

Motif Engkeramba
Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba
ditenun dengan teknik ikat.

Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau
kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan
penghuni rumah panjang.

Motif Fauna
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya,
ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga.

Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga
tempat berhuma (tanaman padi).
Motif Flora
Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif
tenunan kain pua.

Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan,
pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan
bunga-bungaan.
CONTOH
TENUNAN
SEKIAN, TERIMA
KASIH~

Anda mungkin juga menyukai