Anda di halaman 1dari 9

APAKAH ITU DADAH?

Dadah adalah apa juga bahan kimia asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam
tubuh, boleh mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan pengguna.
Ubat digunakan oleh doktor-doktor untuk merawat penyakitpenyakit, tetapi dadah
adalah racun yang boleh menyebabkan penyakit dan penagihan, ataupun maut.
PENGGUNAAN DADAH
Penggunaan dadah adalah kemasukan dadah ke dalam tubuh badan dengan apa
cara sekalipun (makan, telan, minum, hisap atau suntikan).
PENYALAHGUNAAN DADAH
Apakah penyalahgunaan dadah?
Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-
ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan
mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada
kenyataan.Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang
penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian
Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang
penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.
Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:
Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya
Apakah penagihan dadah?
Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut.
Contohnya:
Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh
penggunaan yang lebih lama
Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.
Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti
seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga
mendapatkan wang bagi membeli dadah. Apabila seseorang ketagih atau
bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang
melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara
sekali pun. Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan
masyarakat sekeliling.
Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?
Dadah Psiko aktif
Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
Contohnya; valium, ganja.
Dadah bukan Psiko aktif
Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.
Pergantungan
Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan
keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih
Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan
tertumpu kepada dadah setiap masa
Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau
akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan
penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif
tersebut
Gejala Penarikan
Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah
dengan mendadak.
Lali
Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.
Kenapa mereka mengambil dadah?
Ingin mencuba
Terikut-ikut
Amalan budaya
Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
Tekanan / cabaran dalam kumpulan
Bagi tujuan merawat
Meningkatkan kawalan diri dan prestasi
Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?
Opium / canduMorfin, Heroin euphoria, painkiller
o Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
o Euforia, ubat tahan sakit
PerangsangKokain, Amfetamina - Euforia, berkeyakinan
PenenangAnxiolytics / Anti-anxiety drugs Benzodiazepines
o Benzodiazepines
Halusimogen Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
LSD lysergic asid diethylamide, asid
Nikotin / Tembakau
Terangsang dalam dos yang kecil
Alkohol agen kemurungan
Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan
Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
Hidu (Inhalants / Solvent) Menghidu gam atau petrol
Lain -lain daun ketum
Tanda dan gejala

Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?
Resah, gelisah
Prestasi kerja atau akademik yang merosot
Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
Perubahan emosi secara tiba-tiba
Bercakap merepek
Mengabaikan penampilan diri
Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik
tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
Kelihatan letih, penat dan mamai
Komplikasi
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:
Kebersihan dan kesihatan diri
Kesihatan mental
Prestasi pelajaran
Hubungan sosial
Status kewangan
Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:
Penggunaan pelbagai jenis dadah
Aktiviti jenayah
Kaum keluarga
Masalah perubatan
Masalah psikiatri
Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)
Rawatan
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah
sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan
untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK).
Rawatan termasuk:
Detoksifikasi
Menghilangkan kesan dadah di dalam badan
Terapi kelakuan
Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan
Kaunseling Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
Terapi penggantian dadah
Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
Methadone Ketagihan ubat penenang
Nikotin Ketagihan rokok
Pencegahan
Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat
penyalahgunaan dadah?
Kesungguhan pada aktiviti yang lain
Status sosioekonomi
Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh ibu bapa
Budaya dan etnik
Nilai hidup yang sederhana
Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
Pengasingan sosial
Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?
Percaya diri sendiri
Berkemahiran menyesuaikan diri
Berkemampuan bangkit dari kegagalan
Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
Menghargai kesihatan
Membina minat dan aktiviti yang baru
Matang dalam fikiran
Sokongan berterusan daripada keluarga
Seseorang itu perlu mendapatkan:
Latihan menjadi afektif
Sokongan masyarakat
Pembangunan kerohanian diri
Pemulihan
Melibatkan prosedur rawatan seperti:
Terapi dadah gantian
Pengurusan tingkah laku
Kaunseling
Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
Latihan menjadi asertif
Sokongan masyarakat
Pengisian dan perlembagaan rohani
Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari
ketagihan dadah.
Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.
Sokongan sosial termasuk:
Pembangunan kemahiran
Penempatan pekerjaan
Pusat bantuan setempat
Kumpulan sokongan
Pusat pemulihan:
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
PEMADAM
PENGASIH
Pakar sakit jiwa
Pakar kaunseling penagihan dadah
Pakar psikologi
Ibubapa
Guru sekolah
























Antara dadah yang terkenal adalah:
1. Heroin
Heroin atau diasetilmorfin (INN) ialah opiod separa-tiruan yang
merupakan terbitan 3,6-diasetil (oleh itu, heroin ialah diasetilmorfin) yang
disintesiskan daripada morfina melalui proses pengasetilan.Bentuk
hablur putih biasanya merupakan garam hidroklorida, iaitu diasetilmorfin
hidroklorida. Heroin sangat menagihkan, dan pengingesan kronik
mengakibatkan toleran yang agak tinggi berbanding bahan-bahan yang
lain, walaupun penggunaan sekali sekala tanpa sebarang simptom
penarikan pernah diperhatikan.



Secara antarabangsa, heroin dikawal di bawah Jadual I dan IV bagi
Konvensyen Tunggal Drug Narkotik.
[3]
Pengeluaran, pemilikan, atau
penjualan heroin di Amerika Syarikat adalah haram, tetapi di bawah
nama diamorfina, heroin ialah drug preskripsi yang sah di United
Kingdom.

















2. Ganja
Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang
bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa
Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia
merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok
Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan
(dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya
berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh
dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada
pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika
dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan.
Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam
atau lebih lama jika dimakan.


Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara,
dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam
perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya
kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini
menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.







3. Syabu atau Batu
Syabu atau Metamfetamin merupakan sejenis dadah perangsang yang
mampu menghasilkan perasaan ghairah yang kuat kepada pengguna
dan boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk. Nama ringkas bagi
metamfetamin ialah meth. Metamfetamin asli berbentuk seperti pepejal
kristal, dan tidak berwarna. Metamfetamin dicipta untuk kali pertama oleh
ahli kimia JepunA.Ogata pada tahun 1919.



4. Ekstasy
MDMA atau lebih dikenali sebagai Ekstasi merupakan dadah sintetik
yang tergolong dalam keluarga fenetilamina. Dadah ini berkesan dalam
meransang otak untuk merembes serotonin, sejenis rembesan yang
menyebabkan rasa keterbukaan, meningkatkan tenaga, eforia, dan rasa
sihat. Deria sentuh menjadi semakin sensitif menyebabkan sentuhan
fizikal menjadi lebih seronok, tetapi MDMA bukanlah agen afrodisia (drug
yang meransang nafsu seks dan keupayaan melakukan hubungan
seks). MDMA digunakan kepada pesakit Gangguan Tekanan Selepas
Trauma (Post Traumatic Stress Disorder) kerana kemampuannya untuk
membantu pemeriksaan sendiri. Penggunaan dadah ini dibenarkan oleh
FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat.

Walaupun MDMA tiada had dos, pendehidratan akut adalah antara risiko
yang dihadapi oleh pengguna MDMA. Ini adalah kerana pengguna
MDMA menjadi sangat aktif sehingga terlupa untuk meminum air
memandangkan MDMA berupaya untuk menutup rasa haus dan
kepenatan pengguna tersebut. Bahaya lain datang daripada bahan kimia
lain (contohnya PMA atau metafetamina) yang selalu dicampur ke dalam
ekstasi. Kesan jangka panjang MDMA masih belum diketahui.
(Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu http://ms.wikipedia.org/)