Anda di halaman 1dari 1

Asal usul kewujudan Parallel State di dalam kerajaan AKP

Krisis dalaman AKP antara Erdogan dan pendukung Hizmet(Gulen Movement) boleh kita kategorikan sebagai gelombang ketiga dalam usaha
menjatuhkan pemerintahan Erdogan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya selepas peristiwa Ergenekon pada tahun
2007 dan protes Ghazi Park Mei 2013. Penutupan Dershane ataupun sekolah prep yang dibangunkan oleh Hizmet oleh kerajaan Erdogan telah
menjadi isu utama pertembungan pengikut Gulen dan juga Erdogan.
Sebelum berlakunya isu Dershane ini, spiritual leader mereka, Fethullah Gulen sudah menyatakan rasa tidak puas hati beliau terhadap
pemerintahan Erdogan beberapa tahun kebelakangan ini. Gulen begitu kecewa dan tidak berpuas hati terhadap beberapa dasar yang telah
dilaksanakan oleh pemerintahan Erdogan antaranya beliau tidak bersetuju dengan pendekatan Erdogan memutuskan hubungan diplomatik
terhadap Israel selepas peristiwa Mavi Marmara pada tahun 2010. Ideologi dan pendekatan Fethullah Gulen sememangnya diketahui ramai lebih
bersifat pasif ataupun zero-problem with neighbouring country. Beberapa dasar dalam negara yang telah dilaksanakan oleh Erdogan yang
cenderung kepada proses islamisasi di Turki juga tidak disukai oleh Hizmet kerana mereka berpendapat ianya akan menyebabkan kuasa barat
terutamanya kesatuan Eropah(EU) tidak akan duduk senang melihat perkembangan Turki.

Fethullah Gulen yang berpusat di Pensylvania merupakan interlocutor kepada perancangan barat untuk menjatuhkan pemerintahan Erdogan
dengan menggerakkan pengikutnya di dalam Hizmet. Selain daripada krisis Dershane, Pengikut Gulen di dalam kopolisian dan kehakiman juga
telah mendedahkan skandal rasual berprofil tinggi yang melibatkan figura-figura terkenal AKP termasuk anak lelaki Erdogan sendiri. Perkara ini
secara asasnya adalah bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti pemerintahan Erdogan yang telah memerintah Turki selama 12 tahun.

Erdogan telah mendakwa pendedahan skandal rasuah ini adalah aturan tangan-tangan luar yang tidak berpuas hati dengan demokrasi yang
telah mereka kecapi selama ini. Beberapa hari sebelum pihak polis mendedahkan skandal rasuah berprofil tinggi ini, Duta Amerika ke Turki,
Francis Riccardione telah membuat pertemuan bersama duta-duta kesatuan Eropah(EU) dan mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi You
will watch the fall of empire.

Sebelum ini, sebuah badan amil zakat yang berpusat di Jerman, Deniz Feneri telah didakwa oleh mahkamah Jerman atas alasan menyalurkan
wang charity untuk kegunaan AKP dalam pilihanraya. AKP mempunyai jaringan NGO di seluruh dunia terutamanya di benua Eropah. NGO di luar
negara ini ditugaskan untuk menjaga kebajikan masyarakat islam terutamanya bangsa turki di negara-negara Eropah. Tindakan memburukkan
segala unsur yang mempunyai kaitan dengan Erdogan ataupun AKP bukanlah suatu usaha yang baru, bahkan mereka telah lama
memulakannya, seperti isu Deniz Feneri ini.

Hizmet adalah sebuah badan charity yang sangat berpangaruh dalam masyarakat Turki dan juga di dalam birokrasi Erdogan. Hizmet mempunyai
ramai ahli di dalam struktur organisasi polis terutamanya di bahagian perisikan dan juga di dalam struktur kehakiman. Peristiwa Ergenekon yang
telah berjaya menggagalkan cubaan rampasan kuasa terhadap Erdogan juga adalah kejayaan pihak perisikan polis yang membongkar
rancangan tersebut dan rata-ratanya mereka mempunyai hubungan dengan Hizmet. Tanpa penglibatan Hizmet dalam peristiwa Ergenekon ini,
Erdogan akan mengalami nasib yang sama seperti mentornya, Erbakan yang dipaksa meletak jawatan oleh tentera pada tahun 1997.

Hizmet juga mempunyai ramai ahli yang berpendidikan tinggi. Hizmet adalah penyumbang undi kepada AKP daripada golongan-golongan high-
class di Turki. Golongan-golongan high-class ini kebanyakannya berada di bandar-bandar besar seperti Istanbul,Ankara,Izmir, Bursa dan lain-
lain.

Namun, siapa sangka rakan yang menjadi sekutu baik kepada kumpulan islamis telah berjaya dipengaruhi barat dan berjaya mewujudkan
parallel state yang mampu menggugat kuasa islamis di Turki. Perkara ini sewajarnya menjadi perhatian gerakan islam di Malaysia supaya lebih
peka akan perancangan halus musuh islam yang sangat licik sehingga mampu mempengaruhi gerakan islam untuk menghancurkan gerakan
islam yang lain.