Anda di halaman 1dari 10

Kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan pemimpin sekolah

tersebut bermula daripada pemimpin peringkat tinggi hingga kepada pemimpin


peringkat rendah. Inilah perubahan yang berlaku di dalam kepimpinan instruksional
masa kini iaitu berfokuskan kepada perkongsian kepimpinan instruksional atau
shared instructional leadership. Oleh itu kejayaan sekolah bergantung kepada sejauh
mana usaha dan komitmen yang diberi oleh setiap peringkat pemimpin sekolah di
dalam menyelaras dan menyokong setiap aktiviti instruksional supaya berlaku
kesinambungan di antara satu peringkat ke peringkat yang lain. Pemantauan dan
kawalan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya penambahbaikan dapat
dilakukan.
13) Ramai pengkaji dalam bidang kepimpinan instruksional menggunakan kerangka
yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy (1985) dan Hallinger (1990) sebagai
panduan. Aspek-aspek yang amat diberi penekanan ialah pendefinisian misi
sekolah, mengurus program instruksional dan pembangunan budaya
pembelajaran sekolah yang positif. Institut Aminuddin Baki juga telah cuba
membantu pihak sekolah dengan memberi tumpuan latihan kepada aspek-aspek
tersebut dengan memperincikan lagi setiap aspek itu. Antara perkara yang
diperincikan ialah penetapan matlamat sekolah, memantau keupayaan guru
mengajar dan murid belajar, menyelia dan menilai program instruksional, mengawal
masa, menggalakkan perkembangan profesional, sentiasa kelihatan, dan memberi
ganjaran kepada guru dan murid.
14) Sejak kebelakangan ini, pihak sekolah sentiasa diberi tugas-tugas yang pelbagai untuk
dilaksanakan. Pihak sekolah sering dipanggil untuk menghadiri mesyuarat, kursus dan
sebagainya dari semasa ke semasa.
Perkara yang amat membimbangkan ialah apabila pemimpin sekolah seringkali terpaksa
menghilangkan diri daripada sekolah. Sekiranya keadaan ini berterusan untuk jangkamasa
yang panjang, perjalanan aktiviti instruksional amat sukar dikawal dan perhatian serta
komitmen sepenuhnya tidak dapat diberi. Situasi ini bertambah serius sekiranya warga
sekolah terdiri daripada guru-guru baru atau kurang mahir. Proses pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat berjalan dengan baik. Oleh itu, pemimpin sekolah haruslah bijak
menangani situasi seumpama ini. Dalam hal-hal tertentu, konsep-konsep seperti
empowerment, shared leadership, atau distributed leadership harus diaplikasikan. Pemimpin
sekolah perlulah sentiasa kelihatan berada di sekolah, ibarat ibu yang memelihara dan
melindungi anaknya dengan baik.

Pemimpin instruksional yang sentiasa memberi fokus kepada aspek-aspek merancang,
mengelola, mengawal, menyelia dan membangunkan kurikulum serta pengajaran dan
pembelajaran di sekolah secara teliti dan perinci. Justeru itu, pemimpin instruksional yang
akan sentiasa mengorientasikan pemikiran semua warga sekolah kepada pencapaian
matlamat iaitu ke arah peningkatan pencapaian akademik murid. Mereka mempunyai misi
yang lebih terperinci dengan memberi penekanan kepada pencapaian akademik. Ini
dilakukan dengan meletakkan harapan dan standard yang tinggi untuk guru dan murid.
Peranan ini selaras dengan usaha-usaha melahirkan sekolah yang berkesan seperti yang
ditekankan Mortimore, et al., (1995). Adalah diharapkan dengan adanya pemberian
autonomi, sekolah kluster akan meningkatkan keupayaan pemimpin-pemimpin instruksional
untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah.
16) Salah satu dimensi utama dalam kepimpinan instruksional (Hallinger, 1985, 2000) ialah
pendefinisian misi sekolah. Dalam dimensi ini dua fungsi utama pemimpin instruksional ialah
membentuk matlamat sekolah dan menyebarkan matlamat ini kepada semua warga
sekolah. Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan sistem pendidikan berpusat, matlamat
sekolah yang dibina perlulah
berdasarkan mandat yang diterima melalui Akta Pendidikan 1996. Mandat ini menekankan
fungsi teras (core business) sekolah dalam menjayakan kurikulum kebangsaan disamping
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang menyokong kurikulum.
17) Dalam melaksanakan fungsi ini, pemimpin instruksional yang perkasa perlu memastikan
semua staf mempunyai matlamat yang jelas dan boleh diukur. Semua warga sekolah perlu
memberi tumpuan kepada peningkatan akademik murid. Selalunya matlamat yang dibina
oleh pemimpin instruksional yang perkasa adalah mencabar, boleh dicapai dan boleh diukur.
Demi mengukur matlamat, piawai atau standard tertentu perlu dibentuk supaya dapat
mengesan prestasi. Piawai yang boleh diukur ini adalah petunjuk-petunjuk prestasi utama
(key performance indicators) pencapaian kurikulum sekolah. Antaranya ialah Gred Purata
Murid, Gred Purata Mata Pelajaran, Gred Purata Sekolah atau peratus kelulusan murid.
Berdasarkan piawai ini, pemimpin sekolah perlu membentuk objektif. Pembinaan objektif
pula perlu mengambil kira pencapaian asas atau Take-Off-Value dan sasaran yang ingin
dicapai atau Expected Target Result, serta tempoh untuk mencapai objektif.
18) Pemimpin instruksional yang perkasa mampu mempengaruhi kualiti pencapaian
akademik sekolah dengan menyelaraskan misi sekolah dengan struktur sekolah seperti
standard akademik, masa pembelajaran dan kurikulum. Dalam penjanaan misi sekolah yang
bermakna, pemimpin instruksional yang perkasa akan mengambil kira konteks sekolah
seperti status sosio-ekonomi murid, saiz sekolah, dan komuniti setempat.
Keberkesanan sekolah berkait rapat dengan penyeliaan perkembangan guru (Hallinger,
2005). Perkembangan guru dan penyeliaan adalah saling berhubungan antara satu sama
lain. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab menjalankan penyeliaan bagi
menambahbaik tugas guru-guru dan komited kepada pengajaran dan pembelajaran. Apabila
kita memperkatakan tentang penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pemimpin
sekolah maka kita tidak dapat lari daripada membuat satu penilaian. Namun begitu terdapat
pihak yang memandang konsep penilaian guru oleh pemimpin semasa penyeliaan
dijalankan sebagai satu proses pencapaian kompetensi guru berbanding dengan piawai
yang telah ditetapkan. Oleh itu konsep penilaian perlu diperluaskan kepada perkara-perkara
yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah dan mengenal pasti hasil
pembelajaran yang tercapai. Dengan kata lain, fokus terhadap penilaian kurang
menumpukan pengukuran tetapi sebaliknya lebih kepada penjelasan mengenai aktiviti-
aktiviti pembelajaran dan juga mengenal pasti kepentingan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ini kepada murid yang mempunyai tahap yang berbeza.
20) Penyeliaan merupakan satu kaedah untuk membantu guru berkembang dan membentuk
seorang individu menjadi profesional. Tujuan penyeliaan boleh diklasifikasikan kepada tiga
kategori utama iaitu:
i. Kawalan kualiti. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab untuk memantau
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan melawat bilik-bilik darjah, melakukan
rondaan di kawasan sekolah, berbincang dengan staf dan melawat dan berbincang dengan
murid sekerap yang mungkin.
ii. Perkembangan profesional. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab
untuk membantu guru berkembang dan membina kefahaman mengenai pengajaran dan
budaya bilik darjah, menambahbaik kemahiran pengajaran serta memperkembangkan ilmu.
iii. Motivasi guru. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab untuk membentuk
dan menyemai motivasi dan komitmen guru kepada pengajaran dan matlamat sekolah.

21) Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin
sekolah tetapi juga guru-guru sendiri dalam bentuk kumpulan. Peranan pemimpin
instruksional yang perkasa adalah untuk memastikan penyeliaan berjalan, sumber-sumber
diagihkan bagi membolehkan program dijalankan, dan segala aktiviti yang membolehkan
guru bekerja sesama mereka dengan efektif. Secara keseluruhannya bagi membantu,
membimbing dan
menyokong pengajaran dan pembelajaran guru, pemimpin instruksional yang perkasa harus
membuat penyeliaan dari semasa ke semasa.
22) Keberkesanan sekolah juga dikaitkan dengan pemimpin instruksional yang sentiasa
membuat penilaian terhadap peningkatan murid. Ini dapat dibuktikan melalui Teori Lima
Faktor Edmonds (1979) yang menyatakan asas kepada kejayaan sekolah ialah kepimpinan
pendidikan yang teguh, penekanan kepada kemahiran yang asas, persekitaran yang teratur
dan selamat, jangkaan terhadap murid dan penilaian yang kerap terhadap peningkatan
murid. Pemimpin instruksional yang perkasa dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi
oleh murid dengan lebih tepat dengan membuat pemantauan pencapaian murid secara
konsisten. Melalui pengumpulan data-data pencapaian murid, pemimpin dapat menganalisis
tahap pencapaian murid seterusnya dapat menyediakan strategi peningkatan mengikut
kumpulan sasaran tahap murid.
23) Kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu juga sangat bergantung kepada
sejauh mana pihak sekolah berupaya mengurus kurikulum yang telah ditetapkan
Kementerian dengan cekap. Pemimpin instruksional yang perkasa dapat mengatur strategi
yang sesuai; merancang, mengkoordinasi dan melaksana program-program kurikulum yang
dapat meningkatkan prestasi sesebuah sekolah dari aspek intelek, rohani, emosi, dan
jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam meta-analisis lebih daripada 88 kajian
peringkat kedoktoran di tujuh buah negara, Hallinger (2003) mendapati kepemimpinan
instruksional mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kejayaan sekolah dalam bidang
akademik. Sebaliknya, Ahmad (1989) mendapati ramai pengetua tidak dapat memberi
penekanan dalam bidang ini lantaran daripada tugas-tugas lain yang perlu tindakan segera.
Justeru itu, kecekapan pemimpin sekolah hendaklah melebarkan lagi keupayaan mereka
bagi memastikan kejayaan-kejayaan lain juga boleh berlaku seiring dengan kejayaan
akademik seperti dalam bidang kokurikulum yang diyakini dapat membentuk jati diri murid-
murid.
24) Adalah penting untuk kepemimpinan di setiap peringkat memahami sedalam-dalamnya
kehendak dasar kurikulum, berupaya melaksanakanmenyokong pengajaran dan
pembelajaran guru, pemimpin instruksional yang perkasa harus membuat penyeliaan dari
semasa ke semasa.
22) Keberkesanan sekolah juga dikaitkan dengan pemimpin instruksional yang sentiasa
membuat penilaian terhadap peningkatan murid. Ini dapat dibuktikan melalui Teori Lima
Faktor Edmonds (1979) yang menyatakan asas kepada kejayaan sekolah ialah kepimpinan
pendidikan yang teguh, penekanan kepada kemahiran yang asas, persekitaran yang teratur
dan selamat, jangkaan terhadap murid dan penilaian yang kerap terhadap peningkatan
murid. Pemimpin instruksional yang perkasa dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi
oleh murid dengan lebih tepat dengan membuat pemantauan pencapaian murid secara
konsisten. Melalui pengumpulan data-data pencapaian murid, pemimpin dapat menganalisis
tahap pencapaian murid seterusnya dapat menyediakan strategi peningkatan mengikut
kumpulan sasaran tahap murid.
23) Kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu juga sangat bergantung kepada
sejauh mana pihak sekolah berupaya mengurus kurikulum yang telah ditetapkan
Kementerian dengan cekap. Pemimpin instruksional yang perkasa dapat mengatur strategi
yang sesuai; merancang, mengkoordinasi dan melaksana program-program kurikulum yang
dapat meningkatkan prestasi sesebuah sekolah dari aspek intelek, rohani, emosi, dan
jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam meta-analisis lebih daripada 88 kajian
peringkat kedoktoran di tujuh buah negara, Hallinger (2003) mendapati kepemimpinan
instruksional mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kejayaan sekolah dalam bidang
akademik. Sebaliknya, Ahmad (1989) mendapati ramai pengetua tidak dapat memberi
penekanan dalam bidang ini lantaran daripada tugas-tugas lain yang perlu tindakan segera.
Justeru itu, kecekapan pemimpin sekolah hendaklah melebarkan lagi keupayaan mereka
bagi memastikan kejayaan-kejayaan lain juga boleh berlaku seiring dengan kejayaan
akademik seperti dalam bidang kokurikulum yang diyakini dapat membentuk jati diri murid-
murid.
24) Adalah penting untuk kepemimpinan di setiap peringkat memahami sedalam-dalamnya
kehendak dasar kurikulum, berupaya melaksanakan
kehendak dasar kurikulum tersebut, serta berkebolehan pula untuk bertindak sesuai dengan
keperluan masa kini dan cabaran masa hadapan kementerian. Sesungguhnya cabaran yang
dihadapi masa kini amat mencabar bagi kepemimpinan sekolah dengan perubahan dan
pengubahsuaian kurikulum senantiasa dilakukan oleh Kementerian bagi memastikan ia
tetap relevan dengan kehendak semasa. Oleh itu, pemimpin instruksional yang perkasa
hendaklah sentiasa peka dan bertindak secara proaktif dan kreatif bagi menterjemahkan
dasar-dasar yang telah ditetapkan itu kepada tindakan dan amalan. Pemimpin instruksional
yang perkasa mampu mengurus kurikulum dengan berkesan dan berupaya
mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap maksimum. Isu-isu berkaitan dengan
PPSMI, 3M, dan kadar celik huruf yang masih lagi belum memuaskan memerlukan
kepimpinan yang berwibawa bagi memastikan isu-isu tersebut dapat diselesaikan di
peringkat sekolah. Sesungguhnya, kita hanya ada lebih kurang 12 tahun lagi bagi
merealisasikan Wawasan 2020. Masa untuk berlengah sudah tiada, dan seharusnya para
pemimpin pendidikan di setiap peringkat bergerak secara sederap dan bersinergi, dan
pantas bagi memintas segala jua bentuk halangan dan rintangan.
25) Antara halangan dan rintangan yang perlu diharungi adalah berpunca daripada diri
pemimpin itu sendiri seperti kekurangan ilmu dan kemahiran, kelemahan jati diri, dan
kepincangan sikap. Oleh itu, semua pemimpin di pelbagai peringkat hendaklah menyemak
dan merefleksi diri sendiri bagi mengenalpasti kekurangan yang dimiliki. Disamping itu, para
pemimpin pendidikan juga seharusnya mencari jalan bagaimana memperbaiki segala
kelemahan yang ada. Indeks Prestasi Utama (KPI) adalah salah satu kaedah bagi
mengesan dan memperbaiki diri sendiri dan juga organisasi yang dianggotai. Tugas dan
tanggungjawab pemimpin pendidikan amat berat kerana pemimpin pendidikan bukan sahaja
memikul amanah untuk melahirkan insan berilmu dan berakhlak tinggi, malah turut
berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh
bangun bangsa dan negara di masa hadapan.
26) Oleh itu, para pemimpin instruksional hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan
keintelektualan peribadi dan kemantapan emosi, disamping menjadi juara (champion) bagi
membangun dan mengembangkan potensi semua
staf yang dipimpin. Sesungguhnya kuasa pakar dan kuasa rujukan yang dimiliki pemimpin
instruksional menjadi sumber inspirasi kepada staf untuk terus komited dalam menjalankan
tugas masing-masing (Lyons & Murphy, 1994). Pemimpin pendidikan yang berwibawa dan
bijak dapat melahirkan ramai juara dikalangan staf. Pengiktirafan yang diberikan kepada
staf dengan pengagihan kepimpinan ini mampu meningkatkan keterampilan dan kompetensi
staf, sekali gus meningkatkan harga diri dan self-esteem mereka.
27) Bagi membangun sistem pendidikan bertaraf dunia yang bakal melahirkan generasi
yang mampu bersaing di arena global, Kementerian telah menjadikan pembangunan
kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkesan di semua peringkat sebagai salah
satu daripada fokus utama Perancangan Pembangunan Pendidikan 2010. Justeru itu, para
pemimpin seharusnya berusaha bersungguh-sungguh, mencari peluang belajar, berguru
dan sebagainya untuk meningkatkan keterampilan masing-masing. Di zaman langit terbuka
ini, peluang untuk memperkasakan diri sendiri sungguh banyak. Pembelajaran secara maya
sudah pun menjadi trenda (aliran) masa kini. Disamping itu, Kementerian sentiasa memberi
latihan berterusan kepada para pemimpin pendidikan melalui Institut Aminuddin Baki (IAB).
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
28) Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Institute of Educational Leadership (2000)
bertajuk Leadership for Student Learning - Reinventing Principalship, seorang pemimpin
sekolah memainkan peranan terpenting dalam tanggungjawab untuk memastikan
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Laporan tersebut merumuskan
bahawa:
principals today must serve as leaders for student learning. They must know academic
content and pedagogical techniques. They must work with teachers to strengthen skills.
They must collect, analyze and use data in ways that fuel excellence.They must rally
students, teachers, parents, local health and social service agencies, youth development
groups, local businesses, and other community residents and partners around the common
goal of raising student
performance. And they must have the leadership skills and knowledge
to exercise the autonomy and authority to pursue these
strategiesThey must do all these things, but too often, they do not.
29) Seperti yang disebutkan oleh Mortimore, et al., (1995), penumpuan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang penting untuk
keberkesanan sekolah. Sehubungan itu, salah satu aspek yang perlu diberi penekanan
adalah memaksimumkan waktu pengajaran dan pembelajaran. Kajian-kajian dalam bidang
ini mengutarakan supaya semua kegiatan sekolah dijadualkan dengan rapi supaya tidak
mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran. Davis dan Thomas (1989) menyarankan:
Administrators should organize the school calendar to provide
maximum learning time. Student pullouts from regular classes (eg. early
dismissal for games) should be minimized or eliminated Unassigned
time and time spent on non instructional activities should be minimized.
30) Justeru, amalan time-on-task (Stallings & Kaskowitz, 1974) dalam proses pengajaran
dan pembelajaran wajar dijadikan budaya oleh setiap guru. Salah satu kajian awal tentang
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan oleh Carroll (1963)
yang mengutarakan bahawa pembolehubah yang paling utama dalam pembelajaran adalah
masa. Secara ringkas, Carroll (1963) merumuskan bahawa masa untuk pembelajaran
merangkumi aspek allocated time iaitu masa yang diperuntukkan untuk sesuatu
pembelajaran dan aspek engaged time iaitu masa yang sebenarnya digunakan untuk
pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara
engaged time dengan pencapaian murid. Menyedari hakikat ini, pihak sekolah wajar
mengambil langkah-langkah untuk meminimumkan pembaziran masa pengajaran dan
pembelajaran (time-wasters) yang mungkin terhasil akibat perancangan yang lemah atau
ketidakpekaan terhadap perkara ini. Secara am, antara perkara-perkara yang menyumbang
kepada pembaziran waktu pembelajaran di sekolah adalah kelewatan guru masuk kelas,
ketidakhadiran guru yang tiada pengganti, guru-guru dan murid-murid yang tidak hadir
dalam kelas kerana penglibatan
14
dalam aktiviti-aktiviti seperti raptai majlis tertentu atau latihan sukan, mesyuarat yang
dikendalikan pada waktu pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, pemimpin
instruksional yang perkasa perlu bijak dan proaktif dalam menyusun strategi untuk
mengatasi masalah ini. Bagi memastikan waktu pengajaran dan pembelajaran yang
maksimum, pihak sekolah mesti membudayakan amalan guru masuk kelas awal,
pengurusan jadual waktu ganti yang rapi dan sistematik termasuk pemantauan yang rapi.
Ada juga sekolah-sekolah yang mengamalkan penggunaan modul-modul pembelajaran
semasa ketiadaan guru agar pembelajaran masih berlangsung. Ada juga pihak sekolah
yang meletakkan dasar bahawa tiada sebarang mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan pada
waktu persekolahan termasuk menjadualkan pelaksanaan latihan kokurikulum di luar waktu
persekolahan contohnya di sebelah petang atau pada hari Sabtu.
31) Pembelajaran merupakan tugas murid. Perkara asas yang mendorong pembelajaran
murid adalah motivasi. Motivasi mungkin lahir daripada minat dalaman mereka terhadap
aktiviti pembelajaran ataupun datangnya daripada insentif luaran seperti kata-kata pujian,
penggredan dan lain-lain lagi. Penggunaan insentif yang berkesan dapat mendorong murid
untuk lebih bertanggungjawab terhadap segala yang mereka lakukan. Umpamanya, kajian
menunjukkan pencapaian murid lebih tinggi jika guru memeriksa kerja rumah yang diberikan
berbanding dengan murid-murid yang kerja rumahnya tidak disemak oleh guru (Cooper, et
al., 1989). Guru yang mengajar dengan mengambilkira potensi berlainan murid juga
merupakan satu bentuk insentif. Slavin (1990) mendapati pelaksanaan kaedah belajar sama
dalam kumpulan-kumpulan kecil dapat menjadi insentif kepada murid untuk belajar kerana
murid-murid digalakkan untuk bekerjasama bagi menguasai kemahiran tertentu dan ini
menimbulkan keseronokan bagi mereka. Memberi ganjaran kepada murid berdasarkan
peningkatan prestasi juga merupakan insentif yang berkesan (Natriello, 1987; Slavin,1980).
Insentif juga dipengaruhi oleh kualiti pengajaran dan aras pengajaran yang sesuai. Murid
akan lebih cenderung untuk mengikuti sesuatu pelajaran jika guru dapat
mempersembahkannya dengan cara yang menarik dan mempunyai makna serta dalam
kemampuan mereka untuk mempelajarinya (Balshaw & Farrell, 2002). Good & Brophy
(1997) mendapati guru-guru yang meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap
pencapaian murid
juga merupakan insentif untuk murid, Ini meningkatkan keyakinan diri mereka melalui
kepercayaan self-fulfilling prophecy.
32) Dalam konteks yang sama, prestasi kerja guru yang berkait rapat dengan kualiti
pengajaran juga bertitik tolak daripada motivasi yang dialaminya. Motivasi guru berkait rapat
dengan kualiti pekerjaan (quality worklife) yakni kepuasan dan keseronokan bekerja yang
terhasil daripada kerja yang bermakna. Biasanya, persekitaran dan suasana tempat kerja
amat mempengaruhi kepuasan kerja seseorang yang secara sendirinya memberi insentif
untuk melakukan pekerjaan. Sehubungan ini, kepentingan kualiti kerja dalam mengurangkan
tekanan dan burnout perlu dititikberatkan (Cunningham, et al., 1983). Pelbagai kaedah boleh
digunakan oleh pemimpin sekolah dalam usaha memberi insentif kepada guru. Kajian oleh
Leithwood dan Jantzi (2000) menyarankan memberi perhatian secara individu kepada guru-
guru serta mengiktiraf potensi guru-guru dapat meningkatkan semangat guru untuk bekerja.
Secara terperinci, kajian tersebut mencadangkan pemimpin sekolah merangsang guru-guru
secara intelektual (stimulate intellectually), memberi sokongan secara individual
(individualized support) serta menjadi model ikutan dalam usaha membina keyakinan guru-
guru. Selain itu, pemimpin juga boleh menggunakan perbincangan dua hala sebagai kaedah
menjana pemikiran guru dalam menyelesaikan masalah yang kompleks. Kaedah ini juga
berkesan dalam memberi teguran kepada guru seperti mana yang diutarakan oleh (Ryan,
1996; Tushman & OReilly, 1997), Successful organizations reward success and
acknowledge or celebrate failures by creating opportunities to openly discuss and learn from
mistakes. Selain itu, pemimpin juga dapat memberi insentif untuk bekerja kepada guru
dengan berusaha mengurangkan kekangan atau halangan yang wujud di dalam organisasi.
Pemimpin seharusnya berusaha untuk untuk memperbaiki sistem yang didapati membantut
kemajuan organisasi (Avolio & Howell, 1993). Antara usaha-usaha lain yang boleh dilakukan
oleh pemimpin sekolah adalah mewujudkan sistem pengupayaan dikalangan guru dengan
memberi mereka peluang untuk mempraktikkan teacher leadership.
Tuan-tuan dan puan-puan
16
33) Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar hubungan antara kepimpinan
instruksional dengan sekolah berkesan. Ingin saya jelaskan sekali lagi bagaimana sekolah
kluster menjadi pemangkin kepada kepimpinan instruksional. Mengikut Ouchi (2003), yang
telah menjalankan kajian di 223 buah sekolah di enam bandar utama iaitu Edmonton,
(Canada), Seattle, Houston, New York, Los Angeles dan Chicago. Kajian mendapati
sekolah-sekolah yang cemerlang mempunyai sistem pentadbiran yang autonomi. Pengetua
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi sekolah. Ouchi (2003) menyimpulkan
terdapat tujuh kunci utama kejayaan sekolah-sekolah ini iaitu pengetua bersifat
entrepreneur, setiap sekolah mengawal bajet sendiri, setiap warga sekolah
bertanggungjawab ke atas prestasi murid dan bajet, setiap guru diberi penurunan kuasa,
fokus terhadap kejayaan murid, setiap sekolah adalah komuniti pembelajar dan setiap
keluarga mempunyai pilihan ke atas sekolah. Berasaskan kepada kajian ini maka konsep
sekolah kluster akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan sekolah apabila mereka diberi
kuasa autonomi untuk menentukan halatuju dan niche sekolah masing-masing. Namun
begitu kita tidak akan mengikut acuan sekolah-sekolah di barat seratus peratus. Sekolah
kluster di Malaysia akan mengikut konsep dan acuannya sendiri. Adalah diharapkan sekolah
kluster dapat melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan dan menghasilkan pemimpin
instruksional yang berkualiti. Usaha ini perlu sebagai persediaan kepada pemimpin sekolah
kluster ini untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah masing-masing setelah mereka diberi
kuasa autonomi dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan sumber manusia, kewangan,
dan pentadbiran.
Kertas kerja ini telah dimulai dengan diskusi mengenai konsep serta definisi sekolah kluster
serta hubungkait dengan kepimpinan instruksional dan sekolah berkesan. Lantaran itu, saya
telah melontarkan beberapa pandangan dan idea kepada tuan-tuan dan puan-puan, para
pemimpin peringkat akar umbi, bagi menyahut cabaran tersebut demi melahirkan murid-
murid yang berkualiti tinggi yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Bertepatan
dengan tema seminar, Sekolah Kluster pemangkin Kepimpinan Instruksional, tuan-tuan
dan puan-puan selaku pemimpin barisan hadapan mempunyai misi yang sangat besar bagi
memastikan segala yang direncana Kementerian tercapai mengikut perancangan.

Anda mungkin juga menyukai