Anda di halaman 1dari 26

1

KERJA KURSUS: HIS 3073


NO. KUMPULAN: GROUP UPSI04(A131PJJ)
HIS 3073 AL FIQH AL ISLAMI II

TAJUK:
PERUBAHAN JENIS-JENIS IDDAH
MENURUT PANDANGAN ULAMA

NAMA PELAJAR
NAZMI BIN CHE OMAR
NO. MATRIK
D20112056094

NAMA PENSYARAH:
DR MOHD NOOR BIN DAUD


2



ISI KANDUNGAN


1.0 NO. KANDUNGAN
2.0 PENGERTIAN IDDAH 2
3.0 PERUBAHAN-PERUBAHAN JENIS IDDAH
MENGIKUT PANDANGAN ULAMA
8
4.0 BEBERAPA ISU DALAM IDDAH 14
5.0 KESIMPULAN 23
6.0 RUJUKAN 24










3

1.0 PENDAHULUAN

Perkahwinan merupakan sesuatu yang dituntut dan mempunyai disebaliknya hikmah dan
tujuan yang tertentu. Sesebuah rumah tangga yang terbina dengan kasih sayang dan cinta
antara suami dan isteri pastinya tidak akan tergugat andai ditimpa apa juga masalah pun.
Kegagalan komunikasi yang memungkinkan keretakan perhubungan juga tidak akan timbul
sekiranya suami tahu peranan sebagai seorang ketua dan pembimbing dalam rumah tangga.

Mana mungkin suami tidak bertegur sapa dengan isteri, sedangkan suara hati perlu
diluahkan melalui senyuman dan kata-kata yang indah.Teguran dan nasihat yang baik juga
perlu sentiasa disampaikan kepada isteri supaya bimbingan berterusan terlaksana seperti
diperintahkan Allah SWT ke atas setiap suami.

Justeru, sekiranya suami dan isteri saling memahami peranan masing-masing seperti
digariskan oleh agama, sudah pasti tiada masalah berlaku dalam rumah tangga, apatah lagi
terjatuh cinta dengan orang lain sedangkan sudah ada pasangan yang halal didampingi.

Paling penting, jangan ada yang mengharapkan supaya rumah tangga yang dibina orang
lain runtuh akhirnya kerana nafsu serakah yang jahat. Sebaiknya, doakan kerukunan rumah
tangga sesiapa berpanjangan kerana sesungguhnya tiada tempat paling bahagia di dunia ini
melainkan di dalamnya ada suami, isteri dan anak.

Penceraian merupakan jalan terakhir bagi pasangan suami isteri jika masing-masing tidak
mempunyai kata putus untuk terus hidup semati bersama. Jadi bagi seorang isteri yang telaj
diceraikan, mereka mempunyai tempoh (Iddah) sebelum berkahwin lain atau sebagainya.






4

2.0 PENGERTIAN

'Iddah pada pengertian ialah membilang atau menghitung. Maksud'Iddah pada pengertian
Syara' pula ialah seseorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya ataupun yang
kematian suaminya, maka wanita tersebut dilarang dari berkahwin dengan lelaki lain untuk
tempoh beberapa waktu sehinggalah tempoh waktu itu berakhir.Dengan cara ini dapatlah
dipastikan kesucian wanita tersebut, samaada ia mengandung ataupun tidak.Ia juga sebagai
tanda pengabdian diri kepada Allah atau tanda berkabung kerana berpisah dengan suami.
Tempoh tertentu yang diberikan untuk perempuan yang bernasib malang ini pula dapat
membantunya agar tidak berterusan berada dalam kesedihan. Cukuplah tempoh yang
ditentukan oleh Allah s.w.t. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada
Allah dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.Firman Allah SWT dalam Surah al-
Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka
(dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka
menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam
kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan
suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa
`iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai
hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan
cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat
kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.








5

2.1 JENIS JENIS IDDAH
Secara umumnya iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

a) Iddah Rajie iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya.Ia
hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja.

b) Iddah Bain iaitu iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya
melainkan dengan akaq nikah yang baru. Ia merangkumi :
1) Talak Tiga
2) Lian
3) Fasakh
4) Khuluk (Tebus Talak)
5) Ila
6) Isteri yang belum disetubuhi

Iddah dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu iddah quru, iddah kiraan bulan dan iddah bagi
wanita yang hamil.Semasa seseorang wanita itu taat menjalani iddah talak raji, maka dia
berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman serta segala perbelanjaan daripada
bekas suaminya.Sekiranya dia seorang yang derhaka, maka dia tidak berhak mendapat
nafkah tersebut.Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

.
Maksudnya : Bagi perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya hanyalah nafkah dan
tempat kediaman

Manakala seseorang wanita yang hamil dalam iddah bain, maka dia berhak mendapat
nafkah, pakaian dan tempat kediaman sehingga melahirkan anaknya. Hal ini berdasarkan
firman Allah SWT :

6

Maksudnya : Dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka
nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya

Namun begitu, perempuan yang tidah hamil yang dalam iddah talak bain, sama ada
dengan talak tebus atau talak tiga tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat
kediaman. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

.

Maksudnya : Tiada baginya tempat kediaman dan tiada pula nafkah


Iddah Quru

Perkataan quru adalah jamak kepada perkataan qur yang bermaksud haid atau suci. Para
ulama berbeza pendapat dalam menentukan maksud perkataan quru tersebut sebagaimana
yang terdapat di dalam al-Quran iaitu :

Maksudnya : Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan
diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali quru.

Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, perkataan quru dalam ayat di atas merujuk kepada
haid.Ini bermakna, iddah quru menurut mazhab mereka adalah dengan didatangi tiga kali
haid, bukan tiga kali suci.Manakala perkataan quru menurut mazhab Syafie dan Maliki pula
ialah suci daripada haid.Hal ini bermakna, di sisi mazhab mereka, iddah wanita yang biasa
didatangi haid ialah tiga kali suci daripada haid.

Menurut mazhab Syafie, tempoh minimum iddah bagi wanita yang biasa didatangi haid
ialah tiga puluh dua hari. Ini kerana tempoh haid yang minimum ialah 24 jam iaitu sehari
semalam. Manakala tempoh minimum suci daripada haid pula ialah selama 15 hari.Contoh
kiraan iddah haid bagi mazhab Syafie ialah isteri diceraikan dalam masa suci yang belum
7

dicampuri oleh suami. Walaupun masa suci itu ialah satu jam, ia sudah dikira sebagai satu
kali suci. Kemudian, isteri tersebut didatangi haid satu hari (masa haid yang paling singkat)
dan suci lima belas hari (suci haid kedua). Selepas itu, isteri tersebut berhaid satu hari lagi
dan suci lima belas hari (suci yang ketiga). Kemudian, apabila isteri tersebut berhaid untuk
kali ketiga, maka selesailah iddahnya.

Menurut Imam Abu Hanifah pula, tempoh minima iddah haid bagi isteri yang diceraikan
ialah selama 60 hari. Kiraan iddah menurut Imam Abu Hanifah ialah isteri diceraikan dalam
masa suci yang belum disetubuhi oleh suami, kemudian berhaid (haid pertama) selama
sepuluh hari (masa haid yang paling lama) dan suci lima belas hari. Kemudian isteri tersebut
berhaid (haid yang kedua) selama sepuluh hari dan suci lima belas hari. Selepas itu, isteri
tersebut berhaid (yang ketiga) selama sepuluh hari dan suci.Apabila habis masa haid yang
ketiga, maka selesailah iddah itu.

Iddah dengan Kiraan Bulan

Dua jenis golongan yang beriddah dengan iddah kiraan bulan ialah pertama, wanita yang
belum didatangi haid seperti kanak-kanak yang belum baligh ataupun yang telah mencapai
umur 15 tahun, tetapi masih belum didatangi haid atau wanita yang sudah putus haid serta
tidak hamil. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang putus haid di antara isteri-isteri kamu jika
kamu ragu-ragu, maka iddah mereka ialah tiga bulan, begitu juga isteri-isteri yang belum
pernah datang haid.

Kebiasaannya, umur bagi wanita yang putus haid ialah antara 50 hingga 60 tahun.
Kedua, wanita-wanita yang kematian suami dari perkahwinan mereka yang sah.Sekiranya
mereka tidak hamil, maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari, walaupun masih belum didatangi
haid. Kiraan iddah ini bermula dari tarikh berlakunya kematian tersebut sama ada telah
disetubuhi ataupun belum disetubuhi lagi atau isteri itu masih kecil ataupun sudah dewasa.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :
8


Maksudnya : Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka
meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama
empat bulan sepuluh hari.


Iddah Hamil

Iddah bagi wanita yang bercerai dengan suaminya sama ada disebabkan talak, fasakh atau
kematian suaminya dan dalam keadaan hamil ialah sehingga dia melahirkan anak yang
dikandungnya. Hal ini berdasarkan firman Allah Taala :

Maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh iddahnya ialah
hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.

Bilangan iddah ini tetap sama walaupun kelahiran tersebut berlaku selepas sahaja kematian
itu berlaku. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW daripada Ummu Salamah :


Maksudnya :
Sabiah telah kematian suaminya sedangkan ketika itu beliau sedang mengandung.Selepas
sepuluh hari kematian suaminya, beliau telah melahirkan kandungannya. Kemudian beliau
mendatangi Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW pun bersabda : kamu boleh berkahwin. Di
dalam satu riwayat lain, Rasulullah SAW telah memberi fatwa kepadaku bahawa aku telah
pun menjadi halal ketika aku melahirkan anakku dan Baginda menyuruhku berkahwin
sekiranya ada pinangan.



Diriwayatkan daripada Ubay bin Kaab, katanya :
9


Maksudnya :
Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, ya Rasulullah, apakah ayat dan wanita-wanita
yang mengandung iddah mereka ialah sampai mereka bersalin itu untuk wanita yang
ditalak tiga dan untuk wanita yang kematian suaminya? Baginda bersabda : ia adalah untuk
wanita yang ditalak tiga dan juga untuk wanita yang kematian suami.

Namun telah diriwayatkan daripada Ali bin Abu Thalib, Ibnu Abbas, asy-Syubi, al-
Qasimiah, al-Muayyidu Billah dan an-Nashir bahawa mereka berpendapat bahawa wanita
hamil yang kematian suami, jika ia bersalin sebelum habis tempoh empat bulan sepuluh hari,
hendaklah ia beriddah dengan dua iddah iaitu hendaklah ia menunggu sehingga habis empat
bulan sepuluh hari. Tetapi jika empat bulan sepuluh hari itu telah habis sebelum ia bersalin,
maka hendaklah ia menunggu sehingga ia bersalin.















10

3.0 PERUBAHAN-PERUBAHAN JENIS IDDAH

Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah boleh berubah daripada satu jenis iddah
kepada iddah yang lain. Contohnya daripada iddah haid kepada iddah kiraan bulan, daripada
iddah kiraan bulan kepada iddah haid, daripada iddah kiraan bulan atau haid kepada iddah
hamil atau daripada iddah raji kepada iddah kematian suami.

Iddah Quru kepada Iddah Kiraan Bulan

Menurut mazhab Syafie, apabila seseorang wanita yang pernah mengalami haid dan
bercerai, maka dia mesti beriddah dengan iddah quru iaitu tiga kali suci. Namun, iddah
quru ini akan berubah kepada iddah bulan dalam sesuatu keadaan. Hal ini berlaku sekiranya
kedatangan haid selepas kali pertama itu terhenti dan tempoh iddahnya akan berterusan
sehingga sampai ke peringkat umur putus haid.

Menurut ulama Hanafi, wanita tersebut tidak beriddah dengan kiraan bulan melainkan
setelah sampai umur putus haid iaitu 55 tahun.Penentuan umur putus haid ini ialah umur bagi
perempuan yang telah baligh tetapi tidak datang haid. Dalam hal ini, para fuqaha tidak
bersependapat dalam menentukan kadar umur perempuan yang putus haid.

Bagi ulama Hanbali, umur putus haid ialah 50 tahun manakala ulama Syafie
berpendapat bahawa maksimum putus haid ialah 60 tahun. Ulama Maliki pula berpendapat
bahawa kadar umur perempuan yang putus haid ialah 70 tahun, maka darah yang didapati
ada pada perempuan selepas itu tidak dikira darah haid. Setelah itu, apabila sampai umur
putus haid, wanita tersebut perlu memulakan iddah barunya sebagaimana yang telah
diwajibkan ke atas wanita-wanita yang putus haid dengan iddah kiraan bulan selama tiga
bulan.

Bagi mazhab Maliki dan Hanbali pula, iddah wanita tersebut adalah selama satu tahun
bermula tarikh penceraiannya. Hal ini disebabkan tempoh ini adalah kebiasaan tempoh
mengandung dan beriddah pula selepas itu dengan iddah bagi wanita yang putus haid iaitu
11

tiga bulan bersesuaian dengan pendapat Saidina Umar r.a. Namun, bagi mazhab Syafie
dalam qaul jadid adalah bersependapat dengan mazhab Hanafi iaitu beriddah selama-lamanya
sehingga wanita tersebut didatangi haid atau sampai umur putus haid. Oleh itu, wanita yang
mengalami keadaan ini tidak diharuskan ke atasnya beriddah dengan kiraan bulan kerana
masih mengharapkan kedatangan semula haidnya atau jika wanita tersebut tidak didatangi
haid oleh sesuatu sebab yang terjadi.

Selain itu, jika haid wanita itu terhenti disebabkan menyusu atau sakit maka wanita yang
bercerai itu perlu menunggu sehingga selesai tempoh menyusu atau sembuh dari
penyakitnya.Wanita yang mengalami keadaan ini juga perlu berusaha mengubati gangguan
yang menyekat perjalanan pusingan haid tersebut.Demikian itu, hukum iddahnya di sisi
mazhab Syafie dan Hanafi adalah tetap dengan iddahnya yang asal sehingga wanita tersebut
benar-benar pasti tentang keadaan rahimnya.Jika keadaan yang demikian itu berterusan,
wanita tersebut juga hendaklah menunggu sehingga sampai ke peringkat umur putus haid
kemudian barulah beriddah selama tiga bulan. Hal ini amat bersesuaian dengan firman Allah
SWT :

Maksudnya :Dan perempuan-perempuan yang putus asa dari haid di antara isteri-isteri
kamu, jika kamu ragu-ragu tentang iddahnya, maka iddah mereka adalah tiga bulan, dan
begitu juga wanita-wanita yang tidak ada haid..

Perkara ini disebabkan oleh seseorang wanita yang pernah mengalami haid dikira sebagai
wanita mempunyai haid. Menurut pandangan mazhab Maliki dan Hanbali pula, wanita
tersebut juga hendaklah menjalani iddah selama tempoh setahun bermula dari tarikh terhenti
haid tersebut, iaitu sembilan bulan bagi memastikan sama ada hamil atau tidak, dan tiga
bulan lagi itu adalah iddahnya dengan kiraan bulan. Iddah wanita tersebut dianggap selesai
setelah menjalani iddah selama setahun.Akan tetapi, jika haidnya terputus kerana
menyusukan anak maka iddahnya bermula selepas selesai tempoh menyusukan selepas dua
tahun.

12

Dalam tempoh haid itu terhenti, suami wajib menanggung nafkah dan tempat tinggal
isteri tersebut sepanjang iddahnya sekalipun ia membebankannya. Oleh kerana keadaan ini
boleh mendatangkan kesusahan ke atas bekas suami dan membuka peluang kepada kaum
wanita melakukan penipuan ke atas bekas suaminya agar berterusan memperolehi nafkah,
maka pihak berkuasa di negeri Mesir telah membuat ketetapan sebagaimana terdapat dalam
Undang-Undang Bilangan 25, tahun 1929 iaitu Tidak diterima dakwaan tuntutan nafkah
iddah yang sudah berlalu lebih dari setahun dari tarikh mula berlaku penceraian

Tempoh setahun yang dimaksudkan dalam peruntukan undang-undang tersebut ialah
setahun Masihi iaitu genap 365 hari.Hal ini bermakna jika haid wanita terhenti disebabkan
penyusuan atau sakit, maka wanita tersebut boleh menuntut nafkah dan tempat tinggal
selama setahun dari tarikh penceraian itu berlaku.

Iddah Kiraan Bulan kepada Iddah Quru

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya sedangkan dia masih belum mengalami
haid disebabkan masih kecil atau telah mencapai umur putus haid, maka dia perlu beriddah
selama tiga bulan bermula dari tarikh penceraian. Sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya :Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari
kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya
ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan Yang tidak berhaid.

Pada asalnya, iddah quru merupakan iddah asal sekiranya berlaku talaq iaitu talaq raji.
Namun, bagi wanita belum mengalami haid atau telah mencapai umur putus haid ini, dia
yang perlu beriddah dengan iddah quru akan digantikan sebagai iddah dengan bulan sama
seperti orang yang boleh mengambil wudhuk tetapi menggantikan dengan bertayammum
apabila mencukupi syarat-syarat sah tayammum.



13

Perubahan iddah berlaku dari iddah kiraan bulan kepada iddah quru sekiranya wanita
tersebut didatangi haid sebelum iddahnya selesai, maka iddah yang telah dijalaninya terbatal
dan wajib memulakan iddah yang baru.Tempoh iddah barunya dikira tamat dengan tiga kali
haid menurut pandangan mazhab Hanafi dan Hanbali dan dengan tiga kali suci menurut
pandangan mazhab Syafie dan Maliki.Oleh hal demikian, apabila wanita yang telah putus
haid mendapati ada darah haidnya ternyata sangkaannya adalah salah dan perlu beriddah
dengan iddah quru.

Hal ini sama juga bagi seseorang wanita yang telah baligh tetapi dia tidak pernah
mengalami kedatangan haid dan kedudukannya sama dengan wanita yang telah putus haid.
Sekiranya dia bercerai, iddahnya dengan kiraan bulan namun bertukar kepada iddah quru
apabila dia didatangi haid dalam tempoh iddah tiga kali suci mengikut mazhab Syafie dan
Maliki. Firman Allah SWT:

Maksudnya :Dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan
diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci.

Tetapi, apabila seseorang wanita itu bercerai sama ada masih kecil atau telah baligh tetapi
masih belum kedatangan haid dan telah selesai menjalani iddahnya iaitu iddah dengan kiraan
bulan, maka wanita tersebut tidak lagi diwajibkan memulakan iddah baru iaitu iddah quru
sama ada haid mengikut mazhab Hanafi dan Hanbali atau thur (suci) mengikut mazhab
Syafie dan Maliki. Hal ini adalah sama seperti orang yang menunaikan solat dengan
menggunakan tayammum dan selepas itu mendapati ada air setelah tamatnya waktu solat,
maka tidak diwajibkan ke atasnya berwudhuk dan mengulangi solat.







14

Iddah Kiraan Bulan atau Iddah Quru kepada Iddah Hamil

Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah dengan kiraan bulan atau iddah quru
tiba-tiba telah nyata wanita tersebut hamil, maka iddahnya bertukar pula kepada iddah
hamil.[35] Tempoh iddah hamil ini akan tamat selepas melahirkan anak yang
dikandungnya.[36] Firman Allah SWT :

Maksudnya :dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga
mereka melahirkan anak Yang dikandungnya..

Iddah bagi wanita hamil juga tetap dikira selesai dengan melahirkan kandungannya,
walaupun wanita tersebut bersalin selepas suaminya baru sahaja meninggal dunia ataupun
mengambil masa yang lama.Tempoh iddah kiraan bulan atau iddah quru yang telah
dijalaninya juga dikira batal mengikut mazhab Maliki dan Syafie beberapa kerana pada
zahirnya beberapa quru adalah dalil bersihnya rahim isteri. Sementara itu, hamil pula
merupakan bukti bahawa rahim berfungsi memproses janin secara yakin di samping
kelahiran bayi merupakan bukti yang nyata ke atas keadaan rahim yang sebenar. Mengikut
hukum fiqh, dalil yang zahir akan gugur dengan wujudnya dalil yang yakin di mana iddah
kiraan bulan atau iddah quru akan terbatal dengan wujudnya iddah hamil.












15

Iddah Raji kepada Iddah Mati

Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah raji, tetapi suaminya meninggal dunia
ketika tempoh iddah tersebut, maka iddah raji yang dijalaninya akan bertukar kepada iddah
kematian suami. Ini bermakna, baki iddah raji yang masih tinggal dan hak mendapat nafkah
semasa iddah raji akan gugur dengan sendirinya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah
SAW:

.
Maksudnya : Isteri yang hamil yang kematian suaminya, tidak berhak mendapat nafkah.

Namun begitu, wanita tersebut masih berhak mendapat pusaka dari harta peninggalan
suaminya itu. Iddah kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari akan bermula dari tarikh kematian
suaminya itu. Kiraan bulan yang dimaksudkan ialah dengan kiraan bulan Islam (Hilaliyah)
bukan bulan Masihi.Sekiranya wanita itu diceraikan dengan talak bain, maka iddahnya kekal
seperti asalnya tanpa perubahan.














16

4.0 BEBERAPA ISU DALAM IDDAH

Terdapat beberapa isu berkaitan perubahan jenis iddah yang boleh mengubah tempoh
iddah yang dijalani oleh perempuan yang bercerai hidup atau mati.Antaranya ialah kes
percampuran iddah, perempuan yang diragui hamil, perempuan yang putus haid disebabkan
penyakit yang tidak diketahui, perempuan yang terputus haid dengan sebab penyakit yang
diketahui, perempuan mustahadah, perempuan yang diceraikan sebelum dukhul (melakukan
persetubuhan), dan iddah bagi perempuan yang kehilangan suami.

Isu Pertama : Kes Percampuran Iddah

Percampuran dua iddah boleh berlaku dalam beberapa keadaan.Antaranya ialah wanita
yang telah diceraikan oleh suaminya dengan talak raji dan semasa dalam iddah, wanita
tersebut telah disetubuhi oleh suaminya sebelum berlaku rujuk ke atasnya.Setelah selesai
melakukan persetubuhan, wanita tersebut hendaklah menjalani iddah yang baru. Iaitu
mengikut keadaannya sama ada sebanyak tiga kali suci atau dengan menunggu tempoh
selama tiga bulan. Manakala tempoh iddah yang telah selesai dijalaninya itu dikira telah
gugur.Baki iddah raji yang masih belum ditunaikannya itu termasuk dalam iddahnya yang
baru.

Di samping itu, apabila seseorang isteri yang diceraikan dalam keadaan tidak hamil dan
telah selesai menjalani tempoh sekali suci dalam iddahnya, tiba-tiba dia telah disetubuhi oleh
suaminya sebelum dilakukan rujuk ke atasnya, lalu wanita tersebut hamil disebabkan
persetubuhan tersebut, maka iddah wanita tersebut akan tamat selepas dia melahirkan
anaknya. Manakala baki iddah yang terdahulu iaitu selama dua kali suci dari haid itu tidak
lagi dituntut untuk ditunaikan selepas dia bersalin.





17

Isu Kedua : Perempuan yang Diragui Hamil.

Menurut Wahbah al-Zuhaili bahawa, apabila orang yang beriddah disebabkan talaq atau
kematian suami, maka boleh dilihat tanda-tanda kehamilan daripada pergerakan dalam perut
dan sebagainya.Kemudian jika perempuan tersebut mulai syak setelah selesai iddah quru
atau iddah bulan, maka perempuan tersebut hendaklah menunggu sehingga habis tempoh
hamil menurut ulama Maliki. Oleh sebab itu, berdasarkan mazhab Syafii dan Hanbali
menjelaskan bahawa tidak dihalalkan baginya untuk berkahwin sebelum habis tempoh hamil
dan wajib bersabar daripada berkahwin sehingga hilang syak sebagai langkah ihtiyat dengan
berdasarkan hadith :



Maksudnya :Tinggalkan perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak
meragukanmu.

Maka menurut ulama Maliki bahawa tidak halal bagi suami menyetubuhi isteri sehingga
berlalu tempoh maksimum mengandung dan jika isterinya berkahwin dengan suami lain
setelah tamat iddahnya sebelum hilang syak, maka menurut ulama mazhab Syafie bahawa
tidak terbatal perkahwinan kerana telah menghukumkan bahawa isteri tersebut pada zahirnya
telah tamat iddahnya. Oleh itu, perkahwinan tidak boleh dibatalkan dengan syak.Jika
diketahui perkara yang membawa batal perkahwinan adalah dengan perempuan yang
melahirkan anak kurang dari waktu perkahwinan yang kedua, maka dapat dihukumkan
bahawa perkahwinan itu terbatal kerana ternyata kefasidannya.

Batalnya perkahwinan ini menurut pendapat ulama Hanbali ada dua aspek.Salah satunya
adalah sama seperti pendapat ulama Syafie dan yang kedua adalah dihalalkan baginya
untuk berkahwin dan sah perkahwinan kerana menghukumkan telah habis iddahnya,
dihalalkan berkahwin serta gugur nafkah dan tempat tinggal.Oleh sebab itu, tidak harus untuk
menghilangkan atau membatalkan hukum ini dengan sebab rasa syak yang timbul.Maka,
18

hakim tidak boleh membatalkan sesuatu hukum yang telah diputuskannya kerana berlaku
perubahan dari segi ijtihad dan dengan sebab saksi rujuk.

Isu Ketiga : Perempuan yang Putus Haid disebabkan Penyakit yang Tidak diketahui

Menurut pendapat qaul Jadid bagi al-Imam al-Syafie dan Hanafiah bahawa perempuan-
perempuan yang terputus haid dengan sebab penyakit yang tidak diketahui sama ada terputus
itu sebelum talak atau selepas talak. Perempuan tersebut tidak boleh berkahwin sehinggalah
datang haid atau putus asa (putus haid).Sekiranya perempuan tersebut didatangi haid selepas
itu, maka iddahnya dikira sebagai iddah quru dan jika perempuan tersebut putus asa (putus
haid), maka iddahnya mengikut kiraan bulan.

Manakala menurut qaul qadim bagi al-Imam al-Syafie, Hanbali dan juga al-Malikiyah
bahawa perempuan tersebut hendaklah menunggu selama sembilan bulan kemudian
ditambah pula dengan tiga bulan sebagai iddah kiraan bulan apabila didapati bahawa
perempuan tersebut tidak mengetahui waktu terputus haidnya atau pun disebabkan kesakitan
yang dihidapi.

Isu Keempat : Perempuan yang Terputus Haid dengan Sebab Penyakit yang diketahui

Al-Imam al-Syafie berpendapat bahawa perempuan-perempuan yang terputus haidnya
disebabkan penyakit yang memang diketahuinya, maka perempuan tersebut tidak boleh
berkahwin sehinggalah dia didatangi haid ataupun putus asa (putus haid) sekali pun
mengambil masa yang lama.Di samping itu, al-Malikiah pula berpendapat bahawa sekiranya
perempuan itu putus haid dengan sebab menyusukan anak, maka iddah bagi perempuan
tersebut adalah selepas selesainya setahun dan dilanjutkan pula selama dua tahun
menyusu.Maka, jumlah iddah bagi perempuan tersebut adalah selama tiga tahun berturut-
turut.



19


Isu Kelima : Perempuan Mustahadah

Perempuan yang didatangi haid dapat diklasifikasikan kepada tiga keadaan yang berbeza
iaitu mutadah, martabah, dan mustahadah.Perempuan yang mutadah ialah perempuan yang
tidak berubah masa haidnya. Maka dikenakan iddah bagi perempuan tersebut sebanyak tiga
kali quru.Perempuan yang martabah pula ialah perempuan yang tidak mengalami haid yang
tidak diketahui sebabnya (sama ada dengan sebab mengandung, menyusu, ataupun sakit).
Maka Hanafiah dan Syafiiyyah menghukumkan bahawa kekal selama-lamanya sehingga
datang haid atau putus asa (putus haid) kemudian dikenakan iddah dengan tiga bulan.

Manakala menurut pendapat al-Malikiah dan al-Hanbalah pula, perempuan tersebut harus
menunggu selama tempoh sembilan bulan iaitu waktu adat (kebiasaan) yang dialami oleh
perempuan yang hamil.Kemudian, dikenakan pula iddah tiga bulan.Selepas mencukupi
tempoh setahun iddah, Maka dihalalkan bagi perempuan tersebut untuk berkahwin.Jika
terhenti (terputus) haid yang disebabkan oleh penyusuan maka, iddahnya adalah dengan
berlalunya masa setahun dan tempoh menyusu selama dua tahun iaitu genap tiga tahun.Jika
perempuan tersebut didatangi haid pada hari yang terakhir dari tahun itu, maka hendaklah
perempuan tersebut menunggu sehingga didatangi tiga kali haid.

Perempuan mustahadah bermaksud perempuan yang sentiasa keluar darah.Mazhab
Hanafi berpendapat bahawa iddah bagi perempuan tersebut ialah sembilan bulan. Manakala
menurut pendapat mazhab Hanbali dan al-Syafie pula bahawa iddah bagi perempuan yang
mustahadah ialah sama seperti perempuan yang putus haidnya iaitu selama tiga bulan.
Sementara, al-Malikiah pula berpendapat bahawa iddah bagi perempuan yang mustahadah
ialah sama dengan perempuan martabah iaitu menunggu sehingga genap tempoh masa
setahun.
Sebaliknya, dalam situasi yang lain pula dapat dilihat apabila seseorang wanita yang
berterusan keluar darah serta tidak dapat diketahui waktu kebiasaan bagi pusingan haidnya.
Maka, mengikut pandangan mazhab Hanafi bahawa iddah bagi wanita tersebut adalah selama
tujuh bulan.Dua bulan untuk kiraan suci dari haid.Tiga pusingan haid memakan masa selama
20

enam bulan.Kemudian dilebihkan sebulan selepasnya sebagai langkah untuk mengelakkan
sebarang kesilapan.Sekiranya telah diketahui waktu kebiasaannya bagi haid wanita tersebut,
maka iddahnya adalah berdasarkan waktu kebiasaannya dan wanita tersebut hendaklah
menjalani iddah selama tiga kali suci mengikut pusingan haid tersebut.
Selain mazhab Hanafi, mazhab Syafie dan Hanbali pula berpendapat bahawa iddah bagi
wanita yang mustahadah iaitu berdarah penyakit yang keluar darahnya tanpa henti dan lupa
tarikh pusingan haidnya, maka dikira iddah bagi wanita tersebut sebagaimana wanita-wanita
yang telah putus haid iaitu selama tiga bulan.Manakala, mazhab Maliki berpendapat bahawa
jika terdapat wanita yang tidak dapat membezakan antara darah haid dengan darah
istihadhah, wanita tersebut hendaklah menjalani iddahnya selama setahun.Sekiranya darah
tersebut dapat dibezakan antara haid dan juga istihadah, dan haidnya lewat kerana menyusu,
maka hendaklah wanita tersebut beriddah selama tiga kali suci.


Isu Keenam : Perempuan yang diceraikan sebelum Melakukan Persetubuhan.

Tidak dikenakan iddah bagi perempuan yang diceraikan oleh suaminya sebelum berlaku
persetubuhan. Maka bertepatan dengan firman Allah S.W.T di dalam kitab suci Al-Quran
yang menyebut bahawa :

Maksudnya,Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengahwini perempuan-
perempuan yang mukmin, kemudian kamu menceraikan mereka sebelum kamu
menyetubuhinya, maka sekali-kali tidak wajib atas mereka iddah bagi kamu yang kamu
minta menyempurnakan, maka berilah mereka mutah dan laksanakanlah mereka itu dengan
cara yang sebaiknya.

Terdapat khilaf ulama sekiranya suami itu berkhulwah dengan isterinya, kemudian
menceraikannya.Al-Malikiyyah dan qaul jadid bagi mazhab al-Syafiiyyah berpendapat
bahawa berkhulwah sahaja tanpa jima serta melabuhkan tirai, tidak diwajibkan sepenuhnya
mahar bagi isterinya bahkan diwajibkan sebahagian mahar yang disebut semasa aqad atau
mutah jika tidak disebutkan mahar semasa aqad.
21


Sementara itu, mazhab Hanafi dan Hanbali pula berpendapat bahawa ber khulwah itu
hukumnya sama seperti wati (persetubuhan) pada beberapa perkara yang berikut: Pertama,
hendaklah disempurnakan maharnya. Kedua, sabit nasab sekiranya dia melahirkan anak
selepas enam bulan dari tempoh ber khulwah.Ketiga, wajib beriddah.Keempat, suami
diwajibkan memberikan nafkah iddah iaitu membiayai makanan, pakaian dan juga tempat
tinggal.Kelima, haram bagi suami yang menceraikan isteri yang telah ber khulwah
dengannya itu berkahwin dengan saudaranya, atau berkahwin isteri keempat selain dirinya
selama iddahnya masih ada.Keenam, diharuskan bagi suami untuk menceraikan isterinya
semasa dalam keadaan suci.

Pendapat mazhab Hanafi dan Hanbali dikuatkan pula dengan dalil daripada Al-Quran
dan juga hadith Rasulullah S.A.W. sebagaimana berikut Firman Allah SWT :

Maksudnya :Dan jika kamu ingin menggantikan isteri kamu dengan isteri yang lain,
sedangkan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak,
maka janganlah kamu mengambil daripadanya barang sedikit pun, apakah kamu akan
mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa
yang nyata. Dan bagaimana kamu akan akan mengambilnya kembali , padahal sebahagian
kamu telah bergaul (melakukan persetubuhan) dengan yang lain sebagai suami isteri, dan
mereka (isteri-isteri kamu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.

Isu Ketujuh : Iddah bagi Perempuan yang Kehilangan Suami

Orang yang hilang menurut Wahbah al-Zuhaili ialah orang yang ghaib (tidak hadir), yang
tidak diketahui sama ada ia masih hidup atau sudah mati. Contohnya, orang yang hilang
daripada keluarganya pada waktu siang ataupun malam, atau dia keluar sembahyang
kemudian ia tidak pulang ke rumah, atau hilang dalam satu kemalangan atau hilang dengan
sebab berlaku peperangan dan sebagainya. Maka dikenakan hukum iddah bagi isterinya
adalah mengikut hukum keadaan dirinya.

22

Ulama Hanafi berpendapat bahawa orang yang hilang itu tetap dikira masih hidup dan
masih berhak ke atas dirinya.Oleh sebab itu, harta orang tersebut tidak boleh dipusakai dan
isterinya masih kekal sebagai isteri jika isteri tersebut tidak berada dalam keadaan
bain.Maka, isteri tersebut tidak dikenakan iddah sehingga benar-benar yakin tentang status
kematian suaminya.Hal ini menggunakan kaedah istishab kerana suaminya masih hidup pada
masa yang lepas.

Di samping itu, berdasarkan pendapat ulama Hanafi terhadap situasi bahawa jika isteri
tersebut mengetahui status kematian suaminya atau dimaklumkan oleh orang-orang yang
dipercayai bahawa suaminya telah mati atau telah menceraikan isteri tersebut dengan talaq
tiga, atau dibawa kepadanya surat talaq daripada suami melalui orang yang dipercayai, maka
perempuan tersebut dikenakan iddah dan berkahwin dengan lelaki lain selepas habis tempoh
iddahnya.
Pendapat ulama Hanafi ini adalah bersamaan dengan pendapat qaul jadid iaitu ulama
Syafie yang sahih.Maka, dihukumkan bahawa isteri tersebut terfasakh daripada ikatan
perkahwinan kerana tidak harus dihukumkan suami mati dalam kes pembahagian
hartanya.Begitu juga tidak diharuskan untuk dihukumkan suami mati dalam kes perkahwinan
isteri tersebut. Oleh sebab itu, isteri tersebut dikehendaki untuk menjalani iddah dan tidak
boleh bagi lelaki lain untuk mengahwininya sehingga yakin tentang kematian suami atau
diceraikan oleh suaminya mengikut kaedah istishab. Ali r.a pula berpendapat bahawa :

Hendaklah dia (isteri tersebut) sabar sehingga diketahui tentang kematian suaminya.
Sehubungan dengan itu, ulama Maliki dan Hanbali bersepakat bahawa isteri yang
kehilangan suami dikehendaki menunggu selama tempoh empat tahun, kemudian dia
dikenakan iddah kematian iaitu selama empat bulan sepuluh hari.

Pendapat ini dikuatkan lagi dengan riwayat daripada Umar al-Khattab bahawa seorang
isteri yang kehilangan suaminya telah datang kepada Umar dengan menceritakan keadaan
dirinya. Lalu Umar berkata,

23

Kamu tunggu empat tahun.Perempuan tersebut mematuhi arahan Umar.Kemudian
perempuan tersebut datang lagi kepada Umar, maka Umar berkata, tangguhlah selama
empat bulan.sepuluh hari. Maka perempuan tersebut melakukan sebagaimana arahan
Umar.Kemudian perempuan tersebut datang lagi kepada Umar buat kali yang ketiga, lalu
Umar mengajukan soalan kepada perempuan itu, di manakah wali bagi suami kamu
itu?Maka beberapa orang terus membawakan wali yang dimaksudkan kepada Umar lalu
Umar berkata kepada wali tersebut, ceraikan perempuan ini.Maka wali tersebut
melakukan sebagaimana arahan Umar kepadanya dan Umar berkata kepada perempuan itu,
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu suka.




Persoalan tuntutan wajib iddah ke atas wanita yang bercerai perlu diketahui oleh setiap
wanita Islam kerana pensyariatannya telah dinyatakan secara terang dalam ayat-ayat al-
Quran, hadith dan juga melalui ijma para ulama dalam bidang fiqh perkahwinan. Dalam
hal ini, bukan sahaja wanita yang biasa didatangi haid perlu beriddah bahkan wanita yang
telah putus haid, wanita yang hamil dan juga perempuan yang masih kecil lagi perlu
menjalani iddah.

Dalam pembahagiaan tiga jenis iddah ini pula iaitu iddah quru, iddah dengan kiraan
bulan dan iddah hamil, setiap wanita khususnya yang bercerai sama ada bercerai hidup atau
mati mestilah mengetahui tempoh iddah yang perlu mereka menunggunya sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh syarak. Di samping itu, wanita tersebut juga perlu mengetahui setiap
perubahan iddah yang terjadi sama ada perubahan iddah quru kepada iddah kiraan bulan,
iddah kiraan bulan kepada iddah dan lain-lain bentuk perubahan sekaligus merubah hukum
iddah ke atasn mereka agar hak mereka akan terpelihara.

Dalam pada itu, sekiranya berlaku penceraian dengan talaq raji, maka suami perlu
merujuk terlebih dahulu isteri sebelum melakukan persetubuhan bersama isteri agar tidak
terjadinya gangguan pada tempoh iddah yang sedang dijalani oleh isterinya.Dengan kata
24

lainnya, seorang perempuan yang bercerai perlu mengetahui tempoh iddah yang ditentukan
ke atas dirinya sekiranya berlaku sebarang gangguan dalam tempoh perjalanan iddah
tersebut.Hal ini berpandukan ijma para ulama khususnya para fuqaha sekiranya tidak
dinyatakan secara jelas dalam dalil-dalil al-Quran mahupun dalil-dalil
hadith.Kesimpulannya, pensyariatan iddah perlu dipatuhi oleh seseorang perempuan yang
telah bercerai agar hikmah pensyariatannya dapat dicapai.

























25

5.0 KESIMPULAN

Islam bukan hanya menjaga dan memelihara kebajikan dan hak-hak wanita semasa
mereka masih berada dalam tempoh perkahwinan, malah berterusan sehingga terbubarnya
perkahwinan tersebut sama ada kerana perceraian hidup mahupun perceraian mati. Sudah
pasti terdapat hikmah yang besar disebaliksetiap perkara yang disyariatkan oleh Islam yang
mungkin tidak mampu dijangkau oleh akal manusia.Begitu juga dengan pensyariatan `iddah
dan berkabung oleh Allah SWT ke atas kaum wanita.

Justeru, sebagai hamba-Nya yang beriman, kita wajib patuh dan taat serta mengambil
berat terhadap tuntutan tersebut tanpa sebarang persoalan atau menghadapinya dengan
perasaan dan jiwa yang berkeluh-kesah.Bahkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT itu
merupakan satu tanda pengabdian diri dan kepatuhan hamba-Nya terhadap Pencipta Yang
Maha Agung.

Dalam era wanita Malaysia yang berkerjaya, peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat
juga tidak kurang pentingnya. Mereka perlu sentiasa dididik dan diberi kesedaran supaya
dapat menghayati dan menghormati situasi wanita yang sedang ber`iddah dan berkabung
serta membantu mereka agar dapat menjalani tempoh tersebut mengikut landasan syarak. Ini
penting kerana dengan pemahaman yang jelas berhubung hal ini, perkara-perkara yang
ditegah oleh Islam dapat dihindari seterusnya mengelakkan berlakunya fitnah, tohmahan dan
unsur-unsur yang kurang menyenangkan terhadap wanita yang sedang ber`iddah dan
berkabung.








26

6.0 RUJUKAN

1. Al-Quran Al-karim
2. Al Ustaz Taha Abdullah Al Afifly, (1994), Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam,
Percetakan Zafar Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
3. Lubertus Jehani, (2008), Perkawinan, Apa Resiko Hukumnya? Lubertus Jehani,
Forum Sahabat, Jakarta Barat ,Indonesia.
4. Yusuf Al Qaradhawi,(2002),Fatwa-Fatwa Kontemporer 3,Gema Insani Press, Jakarta.
5. Dr. Abd al-Qadir Manshur,(2009) Buku Pintar Fikih Wanita, Penerbit Zaman,
Jakarta.
6. http://www.islam.gov.my/garis-panduan-beriddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-
kematian-suami
7. http://drhasanah.com/2008/iddah/