Anda di halaman 1dari 1

ok mcm yg admin janjikan tadi nak share resepi oreo cupcake meleleh tu..ok ni resepinye ye..

jgn lupa share dgn kawan2 yg


lain tau..

BAHAN-BAHANNYA

125 gram mentega
1/2 cawan gula perang atau brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder ( digaul rata dan diayak)
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
5 keping biskut oreo - kisar bersama krimnya sekali
Beberapa keping biskut oreo untuk hiasan

BAHAN UNTUK BUTTERCREAM

125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising diayak
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu pekat manis

CARA MEMBUATNYA
1-Mula-mula panaskan oven pada suhu 175C. Dalam mangkuk mixer, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan
esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit.
Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sehingga sebati.

2-Kemudian Isikan bahan aduan tadi dalam cup yang disediankan (1/2 cawan jika anda ingin sapu buttercream atau 3/4
cawan sekiranya anda inginkan yang gebu. Setelah selesai, bakar selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebentar sebelum hias
dengan buttercream dan biskut oreo. Anda juga boleh gantikan dengan strawberry jika mahu.

3-UNTUK BUTTERCREAM. Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada
kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. kemudian isi aduan dalam piping bag...hias sebagaimana yang diinginkan.
Letakkan biskut oreo sebagai hiasan