Anda di halaman 1dari 1

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani


Tunjang : Kecergasan Fizikal
Tajuk : Daya Tahan Kardiovaskular
Masa : 8.15-8.45
Kelas : 5 Jerai
Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat :
1. Melakukan sekurang-kurangnya 2 aktiviti berjalan dan
berlari.
2. Menyatakan 3 otot utama yang terlibat semasa
melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular.
3. Nyatakan aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti
daya tahan kardiovaskular.
Nilai : Berusaha
BBM : Skitel, wisel
Aktiviti : 1. Murid memanaskan badan secara berkumpulan.
2. Murid melakukan skip pelbagai arah.
3. Murid berlari 1000 meter.
4. Murid menyejukkan badan dan bersoal jawab.
Impak : PdP berjalan dengan baik. 28 orang murid mencapai
objektif. 2 orang murid diberi bimbingan.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan
Tunjang : Kesihatan Diri dan Keluarga
Tajuk : Sistem Pencernaan
Masa : 9.15-9.45
Kelas : 5 Kinabalu
Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat :
1. Melakukan pembentangan di hadapan kelas.
2. Mengenal pasti bahagian dan fungsi sistem pencernaan.
3. Bersyukur dengan kesempurnaan diri.
Nilai : Menyayangi
BBM : LCD, Laptop, Gambar Sistem Pencernaan
Aktiviti : 1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Murid membincangkan nama dan fungsi sistem
pencernaan.
3. Wakil kumpulan membentangkan hasil kerja dihadapan
kelas.
4. Murid bersoal jawab bersama guru.
Impak : PdP berjalan dengan baik. 25 orang murid mencapai
objektif. 3 orang murid diberi bimbingan.

Anda mungkin juga menyukai