Anda di halaman 1dari 5

TRACER STUDY MENINGGALKAN PROFESSION

1

PROTOKOL TEMUBUAL PENGESANAN GRADUAN KOHORT 2 (PISMP AMBILAN JANUARI 2008)
MENGAPA INGIN MENINGGALKAN PROFESSION PERGURUAN?
o Protokol temubual untuk subjek (graduan)
o Protokol temubual untuk Guru besar/pentadbir
o Protokol temubual untuk rakan sejawat(panitia)
o Protokol temubual untuk murid (jika berkesempatan)

A. PROTOKOL TEMUBUAL UNTUK SUBJEK (GRADUAN)
i. Assalamualaikum, selamat pagi.
1. Apa khabar?
2. Saya Dr./En./Pn _______________________ dari IPG _________________________ ingin
menemubual cikgu untuk Kajian Pengesanan Graduan. Semua maklumat yang saya peroleh dari
cikgu adalah sulit dan bertujuan semata-mata untuk kajian di atas . Maklumat ini penting untuk
IPG menambahbaik latihan perguruan di IPG.
3. Bolehkah saya merakamkan perbualan ini?
4. Apakah subjek yang cikgu ajar sekarang?
5. Setelah mengajar ________ bulan ini, apa perasaan cikgu?
6. Berdasarkan data online Pengesanan Graduan, data menunjukkan cikgu ada keinginan untuk
meninggalkan profession perguruan? Adakah cikgu benar-benar ingin meninggalkan profession
perguruan ini?

Jika jawapan graduan YA: teruskan ke soalan 7.
Jika jawapan graduan TIDAK : Teruskan ke bahagian B
7. Mengapa cikgu ingin meninggalkan profession ini? Boleh cikgu terangkan?
8. Tidakkah cikgu berasa bahawa setelah diberikan pengalaman selama beberapa bulan untuk
mengajar, cikgu masih mahu meneruskan pendirian cikgu meninggalkan profession ini?
9. Pada pandangan cikgu, apakah sebab yang paling utama daripada semua sebab yang cikgu
nyatakan tadi yang membawa cikgu ingin mengambil keputusan meninggalkan profssion ini?
10. Sekiranya cikgu diberi peluang untuk menyatakan pandangan cikgu kepada pihak pengurusan
IPG, apakah yang ingin cikgu cadangkan penambah baikan /perubahan agar profession
perguruan ini menjadi menarik agar dapat mengurangkan kadar mereka yang ingin
berhenti/meinggalkan profession ini.
11. Sekiranya cikgu diberi peluang untuk
a. bertukar/berpindah
b. kenaikan gaji
c. keadaan persekitaran sekolah yang kondusif
d. dan lain-lain faktor yang dinyatakan oleh graduan yang merupakan faktor dia
ingin berhenti/meninggalkan profession perguruan
TRACER STUDY MENINGGALKAN PROFESSION

2

12. Seandainaya pihak KPM/IPGM memenuhi keperluan cikgu/mengatasi masalah yang cikgu
nyataan tadi, adakan cikgu masih ingin berhenti dari menjadi cikgu?
13. Adakah pihak sekolah/rakan-rakan sejawat cikgu memberikan sokongan/bantuan/nasihat untuk
cikgu mengurangkan rasa tidak selesa dengan profession perguruan? Jika ada bolehkah cikgu
jelaskan dengan lebih lanjut kepada saya?
14. Nampaknya setakat ini dahulu temubual ini. Maklumat yang cikgu berikan sangat berguna bagi
kami di IPG , jika saya dapati ada lagi maklumat yang ingin kami dapatkan, saya akan datang lagi
pada masa yang lain.
15. Saya sangat berterima kasih atas kerjasama cikgu. Saya mendoakan/berharap satu hari nanti
cikgu akan menjadi guru yang cemerlang.

BAHAGIAN B (Bagi graduan yang TIDAK JADI (BERUBAH FIKIRAN) meninggalkan profesion perguruan)

1. Boleh cikgu ceritakan mengapa agaknya cikgu berubah fikiran?
2. Siapakah yang membantu cikgu untuk mengatasi masalah cikgu di sekolah ini?
3. Bagaimana sokongan sekolah ini membantu cikgu sehingga cikgu mengubah fikiran?
4. Apakah yang cikgu lakukan sehingga cikgu mampu mengatasi rasa hendak
berhenti/meninggalkan profession perguruan ini?

TRACER STUDY MENINGGALKAN PROFESSION

3

B. PROTOKOL TEMUBUAL UNTUK PENTADBIR (GURU BESAR/PENOLONG KANAN/HEM/PENYELIA
PETANG)
1. Assalamualaikum, selamat pagi.
2. Apa khabar?
3. Saya Dr./En./Pn _______________________ dari IPG _________________________ ingin
menemubual cikgu untuk Kajian Pengesanan Graduan. Semua maklumat yang saya peroleh dari
cikgu adalah sulit dan bertujuan semata-mata untuk kajian di atas . Maklumat ini penting untuk
IPG menambahbaik latihan perguruan di IPG.
4. Bolehkah saya merakamkan perbualan ini?
5. Cikgu ____________ telah ditempatkan di sekolah ini selama beberapa bulan. Pada pandangan
cikgu bagaimana cikgu ini menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah ini?
6. Pada pandangan cikgu adakah cikgu ____________menghadapi masalah sewaktu melaksanakan
aktiviti P & P di sekolah ini? (jika ada masalah)
7. Pernahkah cikgu ___________ menceritakan masalahnya kepada cikgu?
8. Boleh cikgu ceritakan lebih lanjut bagaimana cikgu ______________ menangani masalah ini?
9. Boleh cikgu jelaskan bagaimana sekolah membantu cikgu _______________ mengatasi masalah
ini?
10. Pada pandangan cikgu, adakah cikgu ______________ada menunjukkan tanda-tanda ingin
meninggalkan profession perguruan?
11. Bolehkah cikgu kenalpasti faktor yang menyebabkan cikgu __________ ingin meninggalkan
profession ini?
12. Pada pandangan cikgu, adakah cikgu ______________ boleh kekal dalam profession perguruan
ini? Mengapa cikgu berkata demikian? Boleh cikgu jelaskan?
13. Apakah peranan cikgu/sekolah dan pentadbir untuk mengekalkan minat dan motivasi guru ini
agar kekal dalam profession ini?
14. Maklumat yang cikgu berikan sangat berguna bagi kami di IPG , jika saya dapati ada lagi
maklumat yang ingin kami dapatkan, saya akan datang lagi pada masa yang lain.
15. Saya sangat berterima kasih atas kerjasama cikgu.

TRACER STUDY MENINGGALKAN PROFESSION

4

C. PROTOKOL TEMUBUAL UNTUK RAKAN SEJAWAT(GURU PANITIA/GURU KANAN
SUKAN/PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM/HEM)

5

D. PROTOKOL TEMUBUAL UNTUK MURID
1. Assalamualaikum, selamat pagi.
2. Apa khabar?
3. Saya En./Pn___________ ingin bercerita dengan kamu tentang cikgu ________________
4. Kamu suka tak cikgu _______________________
5. Mengapa kamu suka/tak suka? Boleh ceritakan kepada saya?
6. Boleh ceritakan kepada saya (penyelidik) macam mana cikgu __________mengajar kamu.
7. Kamu seronok tak cikgu __________________mengajar kamu?
8. Ada tak cikgu ___________ pernah beritahu kamu yang dia sukakan sekolah ini atau dia kata dia
tak suka?
9. Mengapa cikgu tu kata dia suka/tak suka sekolah ini? Ada dia cerita pada kamu? Apa yang dia
ceritakan? Beritahulah saya.
10. Apa yang kamu berikan, sangat berguna kepada saya, jika saya dapati saya perlukan maklumat
lagi, saya akan datang berjumpa kamu lagi ya.
11. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai