Anda di halaman 1dari 5

Dari Kaca Mata

Halaman
Laman utama
Nota
Latihan
Gambar dan Video








Selasa, Mei 28, 2013
KRM3013- Asas Nombor

MISKONSEPSI DAN CARA MENGATASI


PENGENALAN

Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan apabila mantan Perdana Menteri,
YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari
1991. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Matematik dilihat sangat penting dan
merupakan medium bagi menjayakan hasrat murni kerajaan untuk mencapai status
negara perindustrian menjelang tahun 2020. Subjek Matematik adalah pelajaran yang
abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja,
algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos, 1989). Malah
konsep yang ada dalam subjek Matematik berkait rapat dengan kehidupan dan
penggunaan harian manusia. Kita menggunakan pelbagai konsep nombor, konsep ukuran
dan sukatan bagi mengetahui kuantiti dan nilai seperti bilangan, saiz, laju, hala dan
benda-benda di bumi dan alam cakerawala melalui cara yang sistematik.

Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses
penaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Selain
itu, matematik juga dianggap sebagai suatu alat rekreasi dengan adanya aktiviti-aktiviti
yang menarik dan unik. Bahasa dan ayat Matematik yang khusus melibatkan penjelasan
pola-pola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang
demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang
diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Mengikut Bruner, untuk
mempelajari konsep matematik dengan berkesan, bahasa matematik harus diperkenalkan
daripada mudah kepada kompleks, mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-
kanak.

Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan
Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan
pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang
guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak
diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan.
Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar
mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982;
McDermott 1984; Resnick 1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar
sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru.

Dalam mempelajari asas nombor yang merangkumi tajuk penolakan nombor bulat,
penambahan pecahan, penambahan perpuluhan, dan penambahan wang, terdapat
beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid sehingga menimbulkan miskonsepsi
dalam mempelajari kemahiran tersebut. Miskonsepsi-miskonsepsi ini juga saling berkait
dari satu konsep ke konsep lain dalam tajuk yang berbeza. Sekiranya miskonsepsi ini tidak
ditangani dengan kaedah yang bijak, impaknya murid akan berterusan melakukan
kesilapan dan pastinya objektif pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai.


MISKONSEPSI DAN CARA MENGATASINYA

A. Topik Pecahan

2 1/3 = 2/3 + 1/3


Merujuk soalan di atas, miskonsepsi yang berlaku ialah miskonsepsi tentang hanya
nombor bulat dimanipulasikan untuk membuat pengiraan apabila melibatkan nombor
pecahan yang lebih besar daripada 1. Keadaan ini berlaku apabila murid membuat operasi
kira tambah atau kira tolak yang melibatkan nombor bercampur (mixed numbers).

Miskonsepsi berlaku apabila nombor bercampur 213 1/3 dilaksanakan dengan kefahaman
bahawa nombor bulat ( iaitu 2 ) mempunyai penyebut yang sama dengan penyebut
nombor pada bahagian pecahannya ( iaitu 1/313 ). Murid didapati gagal untuk
membezakan nombor bulat dengan pecahan dan gagal memahami nilai pecahan.
Akibatnya jawapan yang salah yang diperolehi iaitu :

213 1/3 = 23 2/3 + 1/313

= 3/333

Sebaliknya tindakan yang betul ialah menukar pecahan bercampur iaitu
2 1/313 menjadi pecahan tidak wajar. Pecahan tidak wajar ialah pecahan yang
mempunyai pengangka yang lebih besar dari penyebut. Untuk memahamkan murid
tentang konsep pecahan tidak wajar adalah lebih mudah dengan menggunakan
gambarajah.


Cara mengatasi
Bagi mengatasi miskonsepsi ini, guru bolehlah menggunakan dua kaedah iaitu:
Penyelesaian 1 :

2 13 1/3 = 2 + 13 1/3
i. Terangkan kepada murid , 2 1/313 ialah nombor bulat (2) tambah dengan pecahan (
1/3 13 ).
ii. Gunakan gambarajah untuk memudahkan pemahaman murid.







iii. Berdasarkan soalan di atas, tegaskan kepada murid, pecahan mestilah mempunyai
bahagian yang sama. Jadi, gambarajah bagi nombor bulat 2 adalah sama
bahagiannya dengan gambarajah pecahan 1/313 iaitu setiap satunya mempunyai 3
bahagian sebagai penyebut . Oleh itu, bahagian yang berlorek iaitu 7 sebagai pengangka.
Jawapan bagi pecahan tak wajar ialah 7/3 73.
Secara ringkasnya : 2 1/313 = 3/3 33 + 3/3 33 + 1/313
= 7/373



Penyelesaian 2 :
Setelah murid faham akan konsep pecahan tak wajar, guru bolehlah menggunakan kaedah
yang lebih pendek dan menjimatkan masa.
Contohnya :

2 1/3 = ( 3 x 2 ) + 1(3 X 2)+13
3
= 7/373


B. Topik Penolakan Nombor Bulat


4 0 6
2 8 5
2 8 1
Topik Perpuluhan


2 56 2
+ 1 23
2 6 8 5
Topik Wang



RM 1
+ 50 sen
60 sen