Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

Mata Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 2


Kelas 2 Kuning
Jumlah Murid 15 Orang (8 Perempuan, 7 Lelaki)
Masa 0900 0930 (30 minit)
Tema/Tajuk Saya dan Keluarga/ Saya Si Pembantu
Nilai Baik Hati
Standard
Kandungan
2. 1 Memberi bantuan kepada keluarga kembangan
Standard
Pembelajaran
2.1.1Menyatakan cara membantu keluarga kembangan
2.1.3Menceritakan perasaan semasa membantu keluarga kembangan
2.1.4 Mengamalkan sikap saling membantu dalam keluarga
kembangan
Objektif
Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

Penaakulan Moral:
Menyatakan sekurang-kurangnya 2 cara membantu keluarga
kembangan.

Perasaan Moral:
Menyedari sekurang-kurangnya 2 perasaan semasa membantu
keluarga kembangan.

Perlakuan Moral:
Mengamalkan sikap saling membantu dalam keluarga kembangan.

Pengetahuan Sedia
Ada
Murid telah belajar tentang nilai baik hati dalam Tahun 1.
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
1. Murid-murid melakonkan beberapa cara membantu keluarga
kembangan.
2. Menjana idea berkaitan kebaikan membantu keluarga
kembangan dengan menggunakan konsep i-Think.

Elemen Merentasi
Kurikulum
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Teknik P&P Moral Nyanyian, Perbincangan, Bercerita, Simulasi
Bahan Bantu
Mengajar
Komputer, LCD, Projektor, Lagu Baik Hati, Kertas Warna Manila A4.
Penilaian P&P 1. Gambar-gambar yang diambil oleh murid-murid menunjukkan
cara membantu keluarga kembangan.
LANGKAH KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN
Set Induksi
(4 minit)
Lagu Baik Hati

Lirik Lagu:
Satu, satu, Saya tolong ibu.
Dua, dua, Saya bantu bapa.
Tiga, tiga, Kita bantu semua.
Empat, empat, Kerja habis cepat.



1. Guru memaparkan lirik lagu Baik
Hati dengan menggunakan
persembahan PowerPoint.
2. Guru memainkan lagu Baik Hati,
murid-murid dengar dengan teliti.
3. Guru dan murid menyanyikan lagu
Baik Hati bersama-sama.
4. Murid-murid dikehendaki membuat
pergerakan yang ditunjukkan oleh
guru sambil menyanyi lagu Baik
Hati.
5. Guru membimbing murid untuk
menyatakan nilai yang terkandung
dalam lagu tersebut.
6. Guru mengaitkan lagu Baik Hati
dengan nilai yang akan diajar.
Elemen Merentasi
Kurikulum:
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Moral:
Nyanyian

Bahan Bantu Mengajar:
Komputer, LCD, Projektor,
Lagu Baik Hati dan
PowerPoint.
Langkah 1
(6 minit)
Pengajaran nilai baik hati. 1. Guru memaparkan gambar-
gambar yang ada kaitan dengan
nilai baik hati dengan
menggunakan persembahan
Elemen Merentasi
Kurikulum:
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
PowerPoint.
2. Murid diminta memberi pendapat
tentang gambar-gambar tersebut.
3. Guru membimbing murid
menghayati nilai baik hati.
4. Guru membimbing murid-murid
untuk memberi pendapat tentang
cara membantu ahli keluarga.

Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Moral:
Perbincangan

Bahan Bantu Mengajar:
Komputer, LCD, Projektor
dan PowerPoint.
Langkah 2
(8 minit)
Aktiviti Kumpulan:
Lakonan pendek

Contoh lakonan pendek:
1. Adik membantu bapa mencuci
kereta.
2. Abang mengajar adik membuat
latihan Matematik.
3. Kakak menolong ibu menyapu
sampah.
1. Murid-murid dibahagikan kepada 3
kumpulan. (5 orang dalam 1
kumpulan).
2. Murid-murid dikehendaki untuk
melakonkan pergerakan/aksi yang
menonjolkan nilai baik hati.
3. Setiap kumpulan diberi masa 1
minit untuk melakonkan situasi
tersebut mengikut kreativiti
masing-masing.
4. Guru membuat penilaian atas
lakonan murid.


Elemen Merentasi
Kurikulum:
Kreativiti

Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Moral:
Simulasi

Bahan Bantu Mengajar:
Komputer, LCD, Projektor
dan PowerPoint.
Langkah 3
(9 minit)
Aktiviti Kelas:
Menjana Idea melalui peta minda.


1. Guru menunjukkan contoh peta
minda seperti peta buih, peta
bulatan, peta pokok.
2. Murid-murid dibahagikan kepada
tiga kumpulan.
3. Guru menjelaskan bahawa murid-
murid perlu menjana idea
berkaitan dengan kebaikan
membantu keluarga kembangan.
4. Murid-murid akan menulis idea
dalam bentuk peta minda yang
disukai.
5. Murid-murid diedarkan kertas
warna manila A4 dan pensel untuk
6. Murid-murid menulis pendapat
mereka tentang kebaikan
menolong ahli keluarga.
7. Setiap kumpulan akan
menghantar seorang wakil untuk
menerangkan peta minda yang
telah dihasilkan.

Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Moral:
i-Think

Bahan Bantu Mengajar:
Contoh-contoh peta minda,
Kertas Warna Manila A4,
pensel.

8. Guru akan memberi komen
tentang hasil murid-murid.
9. Hasil peta minda akan
ditampalkan pada papan
kenyataan Pendidikan Moral di
dalam kelas.
Penutup
(3 minit)
Rumusan P&P & kerja rumah

1. Guru mengingatkan murid supaya
sentiasa mengamalkan nilai baik
hati dengan ahli keluarga.
2. Murid-murid diberi kerja rumah. :
Mengamalkan nilai baik hati
(contohnya, membantu ibu
menyapu lantai) dan
mengambil gambar.
Menayangkan gambar-
gambar tersebut
menggunakan
persembahan PowerPoint
pada kelas yang
seterusnya
Elemen Merentasi
Kurikulum:
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Moral:
Perbincangan

Bahan Bantu Mengajar:
Komputer, LCD, Projektor
dan PowerPoint.

Anda mungkin juga menyukai