Anda di halaman 1dari 5

2.

0 KARYA SENI VISUAL


Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapatmenentuka
n keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Kita haruslah
mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak
disasarkan.Menurut Chapman (1986), terdapat empat aspek utama yang perlu diterapkan
dalam pelajaran seni iaitu pertama pemerhatian, kedua penerokaan, ketiga penghasilan atau
pembuatan dan keempat apresiasi dan perlanjutan.
2.1 Pemerhatian
Aspek pemerhatian yang dimaksudkan oleh Chapman adalah proses yang
melibatkansensitiviti deria manusia iaitu deria penglihatan. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran penghasilan karya seni visual ini pemerhatian secara aktif diterapkan. Pemerh
atian secaraaktif ini bermaksud tatacara pemerhatian atau penyediaan seorang guru itu
menyediakansesuatu aktiviti di dalam kelas seninya dan ianya mestilah dapat dilakukan
secara bersepadu.Menurut Chapman terdapat lima perkara yang perlu diambil kira semasa
menyediakansesuatu aktiviti seni. Pertama, guru perlu peka dan tahu pengetahuan sedia
ada murid. Olehhal yang demikian objektif pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah
dicapai. Oleh itu,aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan sesuai selaras latar
belakang murid-
muriddiajar. Sebagai contoh semasa pengajaran dalam bidang menggambar yang melibatka
nmelukis pemandangan memerlukan pemahaman dan pemerhatian yang tajam daripada
guru.Pemandangan yang hendak dilukis haruslah dekat atau merujuk kepada sekeliling
murid.Sebagai contoh kawasan di SK Temong, Serian Tebedu yang mempunyai kawasan
berbukitdan hanya menanam padi bukit.Oleh yang demikian, aktiviti melukis pemandangan
nelayan di pantai adalah sukar bagi murid-
murid yang tidak pernah ke pantai atau laut. Tidak hairan juga pemandangan disawah padi
akan menghasilkan karya seni yang berlatar belakangkan kawasan sawah
padi bukit bukannya kawasan padi paya. Merujuk kepada keadaan sekeliling, murid dapatme
lakukan pemerjatian secara aktif tentang gambaran rutin di tempat mereka seperti
berjalankaki menyelusuri bukit untuk ke sawah padi. Ada kalanya ibu bapa mereka
membawa anjingsebagai haiwan peliharaan untuk ke sawah bertentangan dengan situasi
pesawah padi yang beragama Islam.Kedua, bahan atau benda yang guru gunakan
hendaklah konkrit. Iaitu boleh
dilihatatau dipegang. Ini bertujuan memudahkan pelajar melakukan pemerhatian seterusnya
membuat hasilan yang lebih tepat dan kreatif. Ketiga, guru juga perlu melihat dan
pekakepada minat, kecenderungan dan latar belakang muridnya. Sebagai contoh gurumeny
ediakan bahan dan aktiviti yang dapat memupuk dan menarik minat murid-muridnyauntuk
belajar selaras dengan kecenderungan dan minat mereka.Keempat, pemerhatian yang aktif
juga perlu dilihat dari segi kegunaan bahan
itu, bunyinya, pergerakan dan aksi sesuatu bahan itu. Ini bertujuan untuk menjadikan prose
s pengajaran dan pembelajaran seni visual menjadi lebih seronok.Oleh itu, guru
perlu melihatkesesuaian bahan itu agar ianya selaras dengan pengalaman dan
kecenderungan muridnya.Akhir sekali, aktiviti yg dilaksanakn dapat mencetuskan idea dan
imaginasi murid. Sebagaicontoh aktiviti dapat menarik minat murid dan menjana
idea mereka serta mengembangkan
imaginasi mereka. Jika pada masa kini ibu bapa mereka ke sawah berjalan kaki danmelakuk
an aktiviti menanam padi secara konvensional. Dengan penerangan guru dan dayaimaginasi
murid, situasi ini mungkin berubah dengan penggunaan jentera yang lebih canggih.
2.2 Penerokaan
Dalam pengajaran seni bidang menggambar adalah satu bidang
yang mengasaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini meli
hat kemampuanmrid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gamba
r denganmenggunakan pelbagai media dan teknik. Di samping itu ia menekankan pekbagai
aspek seperti ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara
kegiatanyang dijalankan dalam bidang menggambar ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj,
cetakan,gosokan, resis, percikan dan mozek. Bidang ini menekankan perkembangan imagina
si,kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid.Bidang menggambar meliputi penerokaan
kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaanya.
Aspek penerokaan dalan pengajaran ini adalah digambarkan denganmurid meneroka
sesuatu bahan itu secara lebih dekat dan melihatnya melalui berbagai
aspek atau segi. Sebagai contoh aktiviti seni reka yang dirancang melibatkan murid menerok
a bahan yang dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan atau
bentuk,elemen-elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan anyaman tikat atau kraf
tangan.Guru haruslah memastikan aktiviti penerokaan perlu kecil, mudah dan ringkas. Aktivi
titersebut harus juga mempunyai permainan cuba mencuba atau suai kenal dengan
bahan.Justeru itu, murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan mencari penemuan
sendiridengan bimbingan guru.Selepas aktiviti penerokaan, guru perlu membimbing
muridnya membuat penghasilandengan menggunakan alat atau bahan dan teknik yang
sesuai dan betul. Sebagai contoh,semasa aktiviti membuat anyaman tikar guru juga perlu
menerangkan tatacara, langkah dan proses membuat dengan cara yang betul. Ini dapat
membantu murid yang lemah untuk
terus belajar dan tidak lari dari objektif yang hendak dicapai. Tidak lupa juga, guru juga perl
umenerangkan cara amalan tertib ketika melakukan sesuatu aktiviti, keselamatan danmemb
antu murid di dalam penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda dengan bentuk hasil.
Sebagai contoh membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan
komputer dalam penghasilan karya.





2.3 Penghasilan / Pembuatan
Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karyaseni
pertama kaedah penjanaan idea, kedua pengolahan dan pemurnian dan ketiga
kemahiranmenggunkan bahan. Penjanaan, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tuju
an penghasilan karya. Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan
penghasilankarya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea. Proses
ini ada kalanyamemakan masa yang lama. Justeru itu, sebagai contoh guru Pendidikan Seni
Visual haruslahmembimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain
menerangkankaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin
tidak mampumenghasilkan
karya.Semasa proses pengolahan dan pemurnian idea pula, guru haruslah memastikanmem
bimbing murid imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengantema
dan objektif penghasilan. Proses ini dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yanglebih
sistematik & tersusun. Proses ini perlu didedahkan kepada murid di sekolah supayamereka
dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian. Sebagai
contoh,guru meningkatkan kesedaran terhadap kualiti tampak. Kajian-kajian
yang terperincimengenai alam dan fenomenanya meningkatkan daya ekspresif. Pendekatan
yang bolehdigunakan antaranya bertumpu, bercapah mahupun spontan. Kaedah bertumpu,
pengkaryamemulakan kerja dari awal idea hingga
ke peringkat kemahiran media. Mereka harusmenyedari unsur-unsur yang
perlu dianalisa dan diolah untuk mencapai tujuan. Berbezadengan kaedah bercapah,
pengkarya meneroka serta membuat percubaan pelbagai kaedah
danteknik sebelum membuat keputusan atau tujuan. Manakala kaedaha spontan, pengkary
ameneroka dan mencuba pelbagai teknik sehinggalah ia menemui sesuatu teknik yangmem
uaskannya bagi mencapai tujuan
asal.Seterusnya pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemili
han yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan
yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuateksperimen
tasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Sebagai contoh guru boleh merancangaktiviti kearah
menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna untuk penghasilan
karya seni. Murid juga diajar mengenal dan menggunakan elemen Asas Senirekadalam
penghasilan karya secara kreatif
4

2.4 Apresiasi dan Perlanjutan
Terdapat 2 jenis utama aktiviti apresiasi iaitu aktiviti yang dirancang khas dan aktvitimudah
yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Aspek ini merujuk kepada perasaan muridsemasa
dan setelah melakukan aktiviti seni didalam kelas. Dengan adanya aktiviti ini muriddapat
melihat perkaitan antara sesuatu kandungan dan hal benda, penggunaan bahasa yangsesuai
dengan memanipulasi alatan dan teknik yang digunakan. Antara contoh aktiviti
kepadamurid untuk melatih aspek ini antaranya memberi perhatian terhadap aspek bahasa
yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan
bentuk.Penerapan sspek bahasa juga yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda
termasuk
jugamanipulasi, alat bahan dan teknik. Murid haruslah dilatih hasil kerja dan menghormati p
embuat karya. Seni haruslah disertai dengan perasaan, penghargaan dan refleksi diri. Idak lu
pa juga penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan
kandungan.Justeru itu juga, murid dapat menghargai hasil kerja masing-masing
sertamenghormati mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau dicipta. Tambahan
pula,guru juga dapat menerangkan kepada murid perkaitan antara aspek bahasa yang dapat
dikaitkan dengan istilah seni contohnya perkaitan antara sifat garisan, jalinan, warna,
ton,rupabentuk dan bentuk.Aspek apresiasi dan perlanjutan ini menerapkan nilai murni
dalam diri murid. Sebagaicontoh setiap hasil seni yang dihasilkan, mereka perlulah melihat
dari sudut pandangan
yang positif. Ia mengenai nilai atau idea yang hendak disampaikan dan berkaitan dengankeh
idupan yang sebenar. Jika seorang murid menggambarkan keadaan kehidupan di rumahyang
berselerak, kotor dan tidak bersih lukisan tersebut bukannya tidak cantik atau buruk.Tetapi
mungkin murid tersebut hendak mengambarkan kesusahan atau keadaan sebenar
yangdialaminya. Penderiataan murid tersebut sebenarnya berjaya diterjemahkan kedalam
lukisanyang dihasilkannya.
5

3.0 RUMUSAN
Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah.
Senimemenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan
fizikal manusia yang dipengaruhi olehfaktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang,
masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telahmelahirkan kepelbagaian pengertian seni
seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikutzaman dan masyarakat yang tertentu.
Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnyamengambil kira aspek-aspek formal,
makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni jugamempunyai pelbagai peranan yang
bersifat psikologi dan sosiologi.Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai
keindahan atau estetika yangmerangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian
individu mahupun masyarakat. MenurutHornby (1974) seni ditakrifkan sebagai suatu
ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu
yangdianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual. Menurut Martin (1986) seni jugadisi
fatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran
serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata. Menurut Hauser (1959)
juga berpendapat, seni adalah komunikasi. Herbert Read (1959) pula menjelaskan bahawa s
eniadalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa
estetikaLaura H. Capman telah menyatakan bahawa proses kreativiti merupakan proses pen
ghasilan atau artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlumenggunakan
pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guruPSV harus
menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak
untuk mengajar
pelajar.Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk senivisu
al, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilahseni
halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Menurut Osborne (1979), senihalus
merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika,dan
merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi
danmuzik, sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti
produk-
produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, senirek
a hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi. Sebagai guru, kitalah penyampai
ilmu lantaran meduim untuk menyambung warisan kesenian yang ada

Anda mungkin juga menyukai