Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN A

1. Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka?


A. Sultan Muzaffar Shah
B. Sultan Mansur Shah
C. Parameswara
D. Sultan Alauddin Riayat Shah

2. Dari manakah Parameswara berasal ?
A. Pasai
B. Aceh
C. Temasik
D. Palembang

3. Parameswara melarikan diri ke Muar setelah di serang oleh Kerajaan ________ di Temasik.
A. Palembang
B. Majapahit
C. Siam
D. Pasai

4. Temasik ialah negeri di bawah naungan kerajaan __________________.
A. Palembang
B. Majapahit
C. Siam
D. Pasai

5. Apakah yang berlaku kepada Parameswara semasa berehat di bawah sepohon pokok?
A. Anjing pemburuannya berjaya menangkap seekor pelanduk putih.
B. Anjing perburuannya di kalahkan oleh seekor pelanduk putih
C. Anjing perburuannya di kalahkan oleh seekor anjing putih
D. Anjing perburuannya berjaya mengalahkan seekor anjing putih.

6. Nama Melaka di ambil sempena nama _________
A. Sebatang Pokok
C. Seekor Anjing
B. Sebatang Sungai
D. Seekor Pelanduk putih

7.
Keistimewaan Melaka adalah seperti yang berikut kecuali
A. Banyak pokok bakau yang di jadikan sebagai kayu api dan tiang
rumah.
B. Terdapat bukit yang boleh di jadikan sebagai petunjuk pelayaran
C. Muara Sungai Melaka yang dalam dan terlindung dari tiupan angin
monsoon
D. Sungai yang cantik dan bersih
8.
Siapakah pembesar yang memangku tugas sultan ketika baginda gering
atau ke luar negara?
A. Laksamana
C. Bendahara
B. Temenggung
D. Penghulu Bendahari
9.
Siapakah pembesar yang menjadi hakim kes kes jenayah yang berlaku di
darat?
A. Laksamana
C. Bendahara
B. Temenggung
D. Penghulu Bendahari
10.
Sultan yang berikut berperanan menggubal Hukum Kanun Melaka
A. Sultan Alauddin
C. Sultan Muzaffar Shah
B. Sultan Mansur Shah
D. Sultan Mahmud Shah
11.
Bendahara Tun Perak menjadi bendahara semasa
pemerintahan_____________
A. Sultan Alauddin
C. Sultan Muzaffar Shah
B. Sultan Mansur Shah
D. Sultan Mahmud Shah
12.
Apakah jawatan yang sama dengan tugas bendahara pada masa ini?
A. Perdana Menteri
C. Panglima Angkatan Tentera
B. Menteri Kewangan
D. Polis

13. Apakah yang terdapat pada Hukum Kanun Melaka?
A. Kedudukan raja , peranan raja dan pembesar serta undang undang
B. Peraturan pelayaran dan aktiviti perdagangan
C. Perdebatan Ulama
D. Terjemahan karya Parsi ke dalam Bahasa Melayu.
14. Jajahan Takluk Melaka meliputi negeri negeri berikut kecuali.
A. Siak C. Kedah
B. Kampar D. Majapahit
15. Melaka meluaskan kuasanya melalui cara berikut, kecuali.
A. Melalui penaklukan
B. Kerelaan raja negeri Lain
C. Perkahwinan
D. Perjanjian
16. Portugis telah menjajah Melaka pada tahun______
A. 1411
B. 1511
C. 1409
D. 1509
17. Belanda menakluki Melaka untuk ______________
A. Menguasai perdagangan rempah dan bijih timah
B. Menguasai kawasan bijih timah
C. Menyebarkan agama Buddha
18.
Menakluki Perak, Siak dan Rokan

Berjaya menghalang Pahang, Kampar
dan Inderagiri untuk keluar dari jajahan
takluk Melaka

Siapakah Sultan yang berperanan seperti peranan di atas

A. Sultan Alauddin
B. Sultan Mansur Shah
C. Sultan Muzaffar Shah
D. Sultan Mahmud Shah

19.

Kain dari Eropah dan Timur Tengah

Senjata

Tembaga dan minyak wangi
.
Barangan di atas merupakan barangan yang di dagangkan di Melaka.
Dari manakah barangan ini di bawa?.

A.
India
B.
China
C.
Asia Tenggara
D.
Jepun
20. Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport. Apakah yang di maksudkan
sebagai entreport ?.
A.
Orang yang menjalankan aktiviti menjual dan membeli barangan
secara besar besaran.
B.
Pusat perdagangan yang menjadi tempat mengimport dan
mengeksport semula barang dagangan.
C.
Pusat perdagangan untuk mengeksport semula barangan
D.
Pusat perdagangan untuk mengimport barangan

BAHAGIAN B

A. Padankan peranan pembesar di bawah dengan betul .
Ketua angkatan laut,
Bendahara

pengawal
keselamatan sultan

Penasihat sultan,

Temenggung

Pemangku Sultan
Ketua polis, ketua

Penghulu

penjara, hakim kes

bendahari

kes jenayah di darat.
Mengurus

Laksamana

perbelanjaan negeri,
Pemungut cukai

( 8 markah )

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
jurutulis China tembikar Perkahwinan
bangsawan India Siam Portugis

1.
Kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera Parsi dan Arab telah
di lakukan oleh ulama dan ______________
2.
Sultan Muzaffar Shah telah menjalin hubungan dengan_________ untuk
mengelak serangan Siam.
3.
Kedatangan_______________ pada 1509 pada awalnya hanya untuk
berdagang.
4.
Melalui______________ antara putera dan puteri Sultan Melaka dengan
anak raja dari negeri Pahang, Kelantan dan Siak berjaya meluaskan
pengaruh Melaka.

5.
Barangan yang di bawa dari China untuk di dagangkan di Melaka
termasuklah_______ dan teh.
6.
Senjata, tembaga dan minyak wangi adalah antara barang yang di bawa
dari _________ ke Melaka untuk di dagangkan.
7.
Tindakan Parameswara menguasai Temasik menimbulkan
kemarahan________.
8.
Kegiatan ilmu di Istana Melaka terhad kepada golongan istana dan
__________ sahaja.
(8 markah)

C.
Tuliskan (B) pada pernyataan yang betul dan (S) pada pernyataanyang salah.
1.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, masjid menjadi ( )
pusat kegiatan ilmu yang penting.
2.
Golongan cerdik pandai seperti jurutulis, pengarang dan
ulama sering berkumpul di madrasah untuk menjalankan ( )
aktiviti keilmuan.
3.
Istana menjadi tempat perbincangan dan perdebatan ( )
antara ulama tentang hal agama.
4.
Sultan Melaka menjadi guru untuk mengajar ilmu agama ( )
Islam kepada pembesar dan rakyat jelata.
5.
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka
digubal semasa Melaka menjadi pusat kegiatan ilmu. ( )
6.
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar ilmu
pengetahuan dan bahasa gerakan dakwah pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka. ( )
7.
Hasil karya penulis tempatan dan sastera asing banyak ( )
disimpan di dalam istana.
8.
Banyak karya sastera dari Arab dan Parsi telah ( )
diterjemah kepada bahasa Melayu.
9.
Karya yang dihasilkan di Melaka banyak digunakan

sebagai alat menyebarkan agama Islam.
10. Karya sastera yang diterjemahkan di istana Melaka
banyak dihantar ke India dan China.
( )
( )
(10markah)

D. Isikan sumbangan tokoh di bawah dengan betul menggunakan frasa yang
di beri di bawah.
#Menjadikan Melaka sebagai Pusat Pengajian Islam
#mengasaskan Kesultanan Melaka
#Mempertingkatkan Keselamatan Melaka
#Memperluas kuasa Melaka

Tokoh Sumbangan
Parameswara
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Mansor Shah
Sultan Alauddin

Anda mungkin juga menyukai