Anda di halaman 1dari 17

Maksud Profesional

Istilah profesional pada umumnya


adalah orang yang mendapat upah atau
gaji dari apa yang dikerjakan, baik
dikerjakan secara sempurna mahupun
tidak. (Martinis yamin, 2007).

Pekerjaan profesional ditunjang oleh
suatu ilmu tertentu secara mendalam
yang hanya mungkin diperoleh dari
lembaga-lembaga pendidikan yang
sesuai sehingga kerjanya didasarkan
kepada keilmuan yang dimilikinya yang
dapat dipertanggungjawabkan secara
ilmiah (Wina Sanjaya, 2008).
Profesional diterangkan sebagai seseorang
individu atau golongan yang melakukan
sesuatu pekerjaan/profesion/bidang dengan
menggunakan kepakaran, kecekapan atau
kemahiran yang diperlukan dalam bidang
yang diceburinya dan ia melibatkan
pembayaran dimana pekerjaan yang
dilakukan secara profesional itu merupakan
mata pencarian dan pekerjaan tetapnya.
Positif dan benar
Guru sebegini menampilkan kualiti-
kualiti seperti hormat, menyayangi,
empati dan adil dalam hubungannya
dengan pelajar, ibu bapa dan rakan
sekerja.
Mereka lebih demokratik, mudah
berhubung dengan pelajar, lebih
terbuka dan mudah menyesuaikan diri
terhadap perubahan.
Merekalah yang membentuk pelajar,
memperkukuh kekuatan pelajar dan
mengenal pasti masalah pelajar.
Guru sentiasa berpandangan positif
dalam segala cabaran yang dihadapi
dan ikhlas dalam membina modal insan
yang berpersonaliti terunggul.
Guru sebagai pemimpin
Guru merupakan pemimpin yang dapat
mempengaruhi pelajar untuk berubah,
belajar, berkembang, melakukan
sesuatu secara berbeza, berdikari.
Sebagai pemimpin, guru menjadi
teladan kepada pelajar, memimpin ibu
bapa melalui pakatan aktif dan
memimpin rakan sekerja melalui
pementoran, kolaborasi serta
perkongsian idea baharu dalam
pengajaran.
Guru yang berkesan mempunyai
kemahiran moral, intelek dan sosial
untuk menggunakan kepimpinan demi
kebaikan pelajar, rakan sekerja dan ibu
bapa.
Gaya
Guru berkesan menampilkan gaya
tersendiri yang unik, penuh minat,
bersemangat, kecindan, kreatif dan
membawa pembaharuan dalam
pengajarannya.
Setiap guru tidak dapat meniru atau
diajar sesuatu gaya tetapi beliau harus
membentuk gayanya yang sendiri dan
boleh diterima serta dicontohi oleh
pelajar.
Kepakaran dalam motivasi
Guru berkesan merupakan seorang yang
bermotivasi dan percaya dirinya berupaya untuk
mengubah kehidupan pelajar serta
memotivasikan mereka untuk menguasai
standard akademik dan tingkah laku tertinggi.
Guru dapat memotivasikan pelajar melalui
efikasi pengajaran peribadi yakini dengan
penyataan misi semua pelajar boleh
belajar,kepercayaan mereka dapat
memperoleh hasil kerana mereka mengajar
dengan set minda yang berlainan dan tenaga
fizikal berserta azam yang kuat.
Keberkesanan pengajaran
Guru berkesan tidak mengajar mengikut satu
cara sahaja tetapi mereka mempunyai pelbagai
teknik, tingkah laku mengajar dan kemahiran
mengajar yang bergantung kepada keperluan
pelajar, bentuk mata pelajaran dan kompleksiti
hasil pelajaran.
Komponen dalam keberkesanan pengajaran
termasuk kebolehan berkomunikasi dan
kemahiran mengajar yang perlu seperti
kemahiran merancang dan menyediakan
pelajaran, menerangkan dengan jelas,
mewujudkan peserkitaran kondusif dan lain-lain.
Model Slavin menyarankan bahawa
terdapat 4 unsur penting:
Kualiti pengajaran
Kesesuaian aras pengajaran
Insentif
Masa

Pembelajaran kandungan
Guru berkesan perlu mempunyai
pengetahuan yang lengkap tentang
kandungan dan sentiasa belajar sepanjang
hayat
Dua isi utama setiap hari:
Apakah yang hendak ajar
Bagaimanakah hendak mengajar
Guru perlu mempunyai pengetahuan
mendalam tentang cara penyampaian
kandungan, prinsip-prinsip pengurusan b/d,
bahan kurikulum, pelajar, maklumat serta
nilai pendidikan

Pintar
Guru berkesan mempunyai pengetahuan
tentang pelajar, sekolah dan komuniti, iaitu
guru mengajar dan menggunakan
pengetahuan ini untuk menyelesaikan
masalah pengajaran di dalam bilik darjah.
Guru sentiasa menyiasat dan mengumpul
maklumat tentang sebab-sebab pelajar
bertingkah laku sedemikian
Celik minda
Guru berkesan merupakan pelajar yang aktif
dan arah kendiri. Minda guru berkesan sentiasa
aktif dan berfokus terhadap tugas yang
diberikan.
Mereka melihat sesuatu secara menyeluruh dan
mempunyai kebolehan untuk berfikir dan
membuat refleksi terhadap tingkah laku
pengajaran, serta berupaya menerangkan
pelbagai idea, isu dan nilai mengenai
pengajaran kepada orang lain serta proaktif
terhadap perubahan dan kehendak profesion.
Seorang Profesional Dan Bukan
Profesional
Profesional Bukan Profesional
1. Mempunyai latihan
khas
2. Mempunyai kawalan
kemasukan

3. Mempunyai autonomi
untuk membuat
keputusan
4. Terdapat kod etika
profesion
1. Tidak mempunyai
latihan yang sebenar
2. Sesiapa sahaja boleh
menjalankan
perkerjaan tersebut.
3. Tidak mempunyai
autonomi untuk
membuat keputusan
4. Tidak mengamalkan
kod etika profesion.
Profesional Bukan Profesional
5. Merupakan organisasi
profesional di mana
terdapat badan yang
mengawal ahli-ahlinya
6. Keadaan
perkhidmatan yang
ditetapkan
7. Diiktiraf oleh awam
sebagai profesion

5. Tidak mempunyai
organisasi


6. Keadaan
perkhidmatan yang
tidak ditetapkan
7. Tidak diiktiraf oleh
awam sebagai
profesion

Anda mungkin juga menyukai