Anda di halaman 1dari 3

Cadangan Penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan ini bertujuan untuk membantu guru


melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. RPH yang
telah saya pilih memerlukan murid melakukan sendiri aspek-aspek yang ditekankan
supaya hasil pembelajaran dapat dicapai. Oleh itu, saya menyarankan supaya guru
hendaklah mempunyai beberapa langkah yang bersesuaian bagi mendapatkan
imbalan yang setimpal daripada pengajarannya.
Langkah yang pertama ialah guru seharusnya mempunyai kompetensi
pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan penting. Hal ini hendaklah dipupuk
oleh guru yang efektif termasuklah dari segi kandungan mata pelajaran yang dipilih,
strategi pengajaran mestilah pelbagai, kemahiran penentuan matlamat dan
perancangan pengajaran, kemahiran pengurusan bilik darjah, kemahiran motivasi
dan komunikasi serta kemahiran teknologi yang tinggi. Sejajar dengan perubahan
zaman yang semakin moden, murid-murid juga semakin maju bukan seperti murid-
murid pada zaman 60-an dulu. Justeru, guru hendaklah bijak menangani
permasalahan yang bakal dihadapi lebih-lebih lagi apabila mengajar murid-murid
yang mempunyai kecerdasan yang berbeza seperti murid cerdas, sederhana dan
lambat.
Langkah yang kedua ialah seorang guru yang efektif hendaklah mempunyai
penghayatan dan amalan nilai seperti amanah, ikhlas, dedikasi, tekun, berdisiplin,
bekerjasama, berbudi mulia, sentiasa bersyukur dan berpegang kepada tonggak dua
belas. Guru hendaklah memaksimumkan masa yang diperuntukkan untuk
pengajaran dengan sebaik-baiknya. Guru juga mestilah melakukan tugas dengan
sebaik-baiknya secara berterusan tanpa memikirkan ganjaran, kenaikan gaji atau
pangkat serta mementingkan kebajikan murid. Semua orang tahu bahawa mengajar
murid yang mempunyai masalah pembelajaran sangat susah dan memerlukan
kesabaran yang tinggi, jadi, guru hendaklah tidak mudah berputus asa dalam
mendidik murid yang lambat khususnya sehingga mereka boleh menguasai sesuatu
kemahiran itu. Guru juga diwajibkan melayan murid-muridnya dengan adil tanpa
berat sebelah dan mengajar tanpa mengeluh serta merungut. Guru juga mempunyai
pegangan yang perlu dipatuhi iaitu tonggak 12. Antaranya ialah menghargai masa,
keseronokan bekerja, pengaruh teladan, kesabaran dan sebagainya. Oleh yang
demikian, guru disyorkan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai yang tertera
supaya sebati dengan jiwa seorang guru yang efektif demi menghasilkan murid yang
berkualiti selaras dengan Misi Nasional negara ini.
Seterusnya, bagi menghasilkan murid yang serba boleh, guru hendaklah
mewujudkan persekitaran psikososial yang kondusif di bilik darjah. Hal ini
merangkumi modelling, pengukuhan lisan, perjumpaan kelas, kerja berpasukan dan
perbincangan secara individu. Modelling ini bermaksudnya konsep mengajar melalui
teladan. Pengukuhan lisan pula merujuk kepada penggunaan kata-kata seperti
terima kasih, bagus, saya menghargai usaha anda, di mana guru menggalakkan
dan menyokong tingkah laku yang baik dan seharusnya dipupuk dalam diri murid-
murid. Perjumpaan kelas ini pula berkisar tentang isu-isu keprihatinan kedua-dua
guru dan murid-murid dikemukakan untuk diselesaikan bersama. Manakala, kerja
berpasukan dalam kalangan murid boleh mewujudkan keseronokkan, memupuk sifat
kolaborasi, perasaan kekitaan serta ras dipunyai melalui aktiviti-aktiviti yang mudah,
menyeronokkan, berbentuk bukan akademik dan melibatkan murid-murid secara
keseluruhan. Perbincangan secara individu sesuai dilakukan sekiranya murid
berkenaan menghadapi masalah yang tidak wajar dibincangkan secara kelompok.
Contohnya, masalah vandalisme, kecurian, masalah kesihatan, ponteng sekolah dan
sebagainya sehingga menjejaskan pembelajaran murid tersebut. Oleh itu,
persekitaran psikososial yang kondusif haruslah dikekalkan supaya murid
bersemangat untuk mengikuti pembelajaran dan pencapaian akademik murid mudah
ditingkatkan.
Lanjutan daripada itu, guru juga boleh mengaplikasikan model sosial dalam
pengajaran dan pembelajaran. Menurut ahli teori sosial, tingkah laku koperatif bukan
sahaja meransangkan murid-murid kita secara sosial bahkan secara intelek. Bagi
memaksimumkan fenomena ini, guru seelok-eloknya bentukkan komuniti
pembelajaran supaya dapat mengembangkan cara-cara berinteraksi yang lebih
berintegrasi dan produktif. Contoh yang dapat kita ketengahkan ialah kelompok
murid cerdas dan sederhana kenalah membantu kelompok murid lambat dalam
pembelajaran. Lazimnya, apabila murid-murid berkerjasama dalam menyiapkan
sesuatu tugas, mereka akan lebih berjaya menjana tenaga berbentuk kolektif yang
dikenali sebagai sinergi (Choong Lean Keow, 2009: 90). Oleh itu, guru digalakkan
memberi tugas pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan interaksi sosial bagi
mencapat matlamat tersebut.
Rentetan daripada di atas, pembelajaran secara main peranan sangat
membantu dalam model sosial ini. Hal ini kerana main peranan membantu murid-
murid untuk memahami tingkah laku sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah-
masalah dengan lebih berkesan. Selain itu, ia juga membantu mereka mengumpul
serta mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial, mengembangkan sifat empati
terhadap orang lain, dan menambahbaikkan kemahiran sosial mereka. Misalnya,
berdasarkan RPH yang saya pilih, murid boleh melakonkan cara-cara melintas jalan
raya dengan betul mengikut prosedur melintas jalan raya yang telah dinyatakan
dalam video prosedur melintas jalan raya. Dengan ini, murid lebih memahami dan
mengingati prosedur melintas jalan raya dengan betul.
Di samping itu, simulasi juga boleh dilakukan untuk mengukuhkan lagi
pembelajaran tentang keselamatan jalan raya. Secara umumnya, simulasi
menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demontrasi,
praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid-
murid. Murid-murid yang pandai boleh membimbing murid yang lambat semasa
mendemontrasikan cara-cara melintas jalan raya dengan selamat. Justeru itu,
simulasi yang melibatkan situasi harian kita dapat mempercepatkan murid
memahami pengajaran dan objektif pembelajaran sudah semestinya senang dicapai.
Tuntasnya, cadangan penambahbaikan yang saya kemukakan lebih menjurus
kepada kompetensi pengajaran dan pembelajaran, penghayatan dan amalan nilai
guru, pengekalan persekitaran psikososial yang kondusif, model sosial, main
peranan dan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai