Anda di halaman 1dari 10

SUMBANGAN AL-FARABI DALAM POLITIK: KAJIAN R AHL AL-MADNAT

AL-FI LAH.





SYED HAASHIM BIN SYED ABDUL RAHMAN
h44_5h1m@yahoo.com
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

















Abstrak
Kertas kerja ini membincangkan berkenaan beberapa gagasan Ab Nar Muammad ibn
Tarkhn ibn Uzlugh Frb (m. 339/950) dalam kitabnya Kitab r ahl al-Madnat al-Filah.
Antara buku yang menjadi rujukan utama dalam kajian ini adalah Kitab r ahl al-Madnat
al-Filah. Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti beberapa gagasanvidea yang dibawa
oleh al-Farabi dalam meletakkan garis panduan dalam membina sesebuah negara yang baik
dan bertamadun. Beliau juga menyatakan beberapa aspek penting yang perlu difahami dan
dihayati dalam membina gagasan sebuah negara yang baik (Madinah al-Fadhilah). Hubungan
antara nilai kejiwaan (metafiizk) dan pelaksanaan sesuatu perkara adalah satu ikatan padu
yang memandu seseorang itu bertindak. Dapatan hasil daripada kajian ini adalah untuk
menerapkan beberapa aspek penting dalam kehidupan kita dalam bermasyrakat dan
mengambil nilai yang baik untuk diterapkan ke dalam kehidupan seharian kita khususnya
dalam membina gagasan negara yang baik.
Pendahuluan
Kebanyakkan sarjana falsafah Islam mengakui al-Farabi
1
adalah seorang ahli falsafah Islam
yang paling besar minat dan kecenderungan dalam bidang politik. Banyak hasil karyanya
yang difokuskan dalam bidang ini. Al-Farabi ialah seorang sarjana politik yang sentiasa
tenggelam dalam suasana lautan penyelidikkan yang luas.
Kriteria paling penting dalam pembentangan teori politik atau kenegaraan itu ialah persoalan
aqidah iaitu agama dan juga ideologi. Ummah dalam Negara terbaik perlu mempunyai
pegangan yang kuat terhadap agama dan juga mereka seharusnya memiliki ideologi iaitu ra
seperti yang dibincangkan oleh Al-Farabi dan dijadikan judul utama kitabnya ini. Jika mereka
perpegang teguh kepada prinsip berkenaan, beerti mereka sudah berjaya menjadi ummah
terbaik dalam Negara yang terbaik.
Falsafah politik adalah bahagian yang penting dibahaskan dalam kitabnya yang terkenal r
Ahl Al-Madnat Al-Filah, dalam buku ini, beliau telah mengemukakan teori-teori politik
tersebut bersama-sama soalan metafizik. Dalam membahaskan persoalan politik, beliau
membincangkan prinsip politik serentak dengan perbincangan metafizik dan etika.
Demikianlah sebagai seorang ahli falsafah Islam, beliau tidak mengasingkan perbincangan
metafizik dan etika.

1
Abu Nasr Muhammad Bin Muhammad bin Tarkhan bin Awzalagh al-Farabi. Beliau lahir di Wasij sebuah
desa kecil di Farab pada tahun 258 H/870 M. Al-Farabi lahir dan berkembang dalam suasana keluarga yang kuat
berpegang kepada agama. Beliau mulai mempelajari hadis, tafsir, fiqh sejak kecil lagi. Beliau juga menjalani
kehidupan di dunia dengan cara yang tersendiri iaitu dengan mengamalkan zuhud dan cenderung pada
pengasingan (uzlah). Tambahan dari itu juga, beliau tidak tertarik untuk tinggal di rumah yang besar dan
menggunakan sepenuh waktunya untuk kerja ilmiah. Beliau turut gemar dan mengusai bahasa asing seperti
bahasa Parsi, Turki dan Kurdi. Beliau digelar sebagai al-Muallim al-Thani. Gelaran ini tidak hanya kerana
beliau menguasai idea dan pemikiran Aristotle, tetapi beliau mampu mengulas dan memberi komentari terhadap
logik Aristotle. Beliau banyak menulis kitab dalam pelbagai bidang, tidak ketinggalan dalam bidang politik
seperti r Ahl Al-Madnat Al-Filah, Siayasah al-Madinah, al-Fahs al-Madani dan sebagainya. Dan beliau
meninggal pada 339 H/950 M.
Pada pandangan al-Farabi secara umumnya, perbahasan mengenai falsafah ini dikatogerikan
kepada dua pembahagian iaitu, Falsafah Teori dan Falsafah Amali. Falsafah teori yang
mengandungi perbahasan metafizik dan etika adalah memberikan pengetahuan mengenai
sesuatu yang tidak boleh dibuat. Manakala perbasahan mengenai Falsafah Amali ialah
memberikan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu perkara yang boleh difahami dan seterusnya
diamalkan. Perbasahan ini juga memusatkan kajian kepada masalah moral dan kelakuan
individu serta ilmu kemasyarakatan.
Dalam mendalami disiplin kajian ahli falsafah Islam, sememangnya dua bentuk perbahasan
ini telah menjadi budaya bagi ahli falsafah khusunya ahli Falsafah Islam:
Hubungan yang akrab antara metafizik dan ilmu politik dalam pemikiran al-Farabi ini lebih lanjut
melukiskan pandangan organik manusia dengan hubungan dengan Tuhan dan alam semesta, dan
sesama manusia. Dalam pandangan ini, ilmu politik dan etika difahami sebagai satu perluasan atau
perkembangan metafizik iaitu ilmu tentang ketuhanan.
2

Berdasarkan terkaitan terhadap perbahasan ini, karya al-Farabi r Ahl Al-Madnat Al-
Filah, tidak dimulai dengan diskusi tentang keadilan dan pembentukkan sesebuah Negara,
tetapi diperbincangkan berkenaan dengan kewujudan Yang Maha Esa, dan ini tidak selari
dengan ahli falsafah yang lain seperti Plato dalam karyanya Republik.
Konsep Masyarakat Dan Kenegaraan
Dalam rangka pembentukkan sesebuah Negara yang baik, maka pada asasnya manusia atau
masyarakatlah yang menjadi agen utama dalam menentukan tahap dan kedudukan kestabilan
sesebuah Negara. Keperluan kepada struttur masyarakat yang tersusun dan saling menjadi
pelengkap diantara satu dengan yang lain adalah titik mula kepada pembentukan sesebuah
masyarakat madani.
Justeru itu, penekanan kepada pembentukan nilai kemanusiaan dan masyarakat madani telah
diberi perhatian oleh al-Farabi di dalam seluruh perbincangannya berkenaan politik. Perkara
ini telah pun dinyatakan oleh al-Farabi secara khusus iaitu meletakkan satu ruang perbahasan
di dalam karyanya ini iaitu, al-Qawl Fi Ihtiyaj al-Insan ila al-Ijtima awa Taawun,
perbahasan mengenai perlunya manusia kepada masyarakat dan bekerjasama.
Berhubung dengan keperluan ini, al-Farabi telah menerangkan;

.



2
Majid Fakhry. 1993. Sejarah Falsafah Islam. Terjemahan Dewan Bahasa Dan Pustaka. P. 141. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
.
.
Setiap seorang dari manusia itu menurut fitrahnya berkehendakkan kepada masyarakat
untuk mencapai kesempurnaan yang terbaik. Ia tidak mungkin dapat menyelesaikan semua
perkara dengan dirinya sendiri. Ia berhajat kepada kaumnya, yang mana tiap-tiap seorang
dari mereka itu boleh menyelesaikan apa-apa yang dihajati. Tiap-tiap seseorang beginilah
keadaanya yakni perlu kepada sikap tolong-menolong, jika tidak mereka tidak akan
mencapai kesempurnaan. Ini terjadi dengan adanya perhimpunan masyarakat yang saling
bantu-membantu dan dengan itu akan terhimpunlah hasil kepada mereka, iaitu apa yang
mereka hajati untuk mencapai kesempurnaan. Dari perhimpunan itu bertambahlah manusia,
berhasil memakmurkan bumi dan akhirnya membentuk satu masyarakat yang besar
3
.
Oleh itu, manusia memerlukan sebuah kehidupan bermasyarakat bagi menyempurkan segala
kehendak dan keperluan mereka.Apabila terbentuknya kehidupan seperti in, maka dengan
sendirinya keperluan hidup mereka akan dapat diatasi secara kolektif dalam semangat ingin
hidup bahagia. Persoalan sosial seumpama ini pada hakikatnya bukanlah merupakan suatu
teori yang baru, Plato menyatakan;
At the start, a city or a state in my opinion comes into being because no one of us is enough in him.
Every man is dependent on other man
4
.
Bagi al-Farabi, kerjasama yang ditekankan itu beerti bersama-sama untuk mencapai tujuan
yang sama. Dan tujuan yang sama itu adalah mencapai kebahagiaan. Dengan kecenderungan
ini, dapat difahami adalah sebuah Negara yang baik (Madinah al-Fadhilah) bukanlah terletak
pada saiz Negara yang besar dan keadaan fizikal sesebuah Negara, sebaliknya adalah kualiti
ummah dalam Negara tersebut. Dan ini diungkapkan di dalam firman Allah SWT:


Maksudnya: Dan tolong-menolonglah dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan
tolong-menolong dalam membuat dosa
5
.
Di samping itu juga, matlamat dan tujuan sesebuah negara seharusnya menjadi satu agenda
yang jelas bagi para pemimpin dan juga masyarakat keseluruhannya. Kebahagiaan adalahsa
lah satu perkara dan nilai yang sangat diidami oleh manusia sepanjang kehidupannya. Oleh
itu, al-Farabi turut membahaskan secara khusus berkenaan dengan perkara ini dengan
manyatakan;

3
Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974 .r Ahl Al-Madnat Al-Filah. P. 77. Canada. University Of
Toronto.
4
Plato. 2002. Republic. P.400. United Kingdom. Cambridge University Press.
5
Al-Quran. Al-Maidah 6:2


Kebahagiaan adalah sesuatu yang terbaik yang dituntut oleh setiap manusia kerana
kebahagiaan itu sendiri. Tidak ada selain daripadanya lagi untuk dicapai oleh manusia
sepanjang masa dan juga tidak ada sesuatu dibelakangnya (yang mahu dicapai oleh
manusia)terlebih besar dari kebahagiaan itu sendiri.
6

Al-Farabi berkecenderungan menekankan bahawa tujuan sebenar hidup manusia itu adalah
mencapai kebahagiaan. Kebahagiaan itu pula meliputi jasmani dan rohani dan meliputi ruang
lingkup dunia dan akhirat
7
.
Tambahan daripada itu juga, dalam membina matlamat dan halatuju bagi mencapai
kebahagiaan ini, sikap terpengaruh dengan kebendaan dan nilai-nilai individualistik
merupakan aspek yang penting dalam membina halatuju ini. Kebahagiaan yang dicapai
melalui nilai kebendaan dan individualistik ini tidak mampu membawa wawasan kebahagiaan
maju begitu jauh kerana nilai kebendaan ini tidak hanya bersifat sementara, tetapi mampu
membawa kepada penindasan dan pengambilan hak orang lain dan seterusnya mencabuli
nilai kemasyarakatan.
Di samping itu juga, al-Farabi menanggapi bahawa, untuk mengecapi nilai kebahagiaan ini,
pengkhususan kepada pekerjaan yang diagihkan kepada masyarakat berlandaskan nilai
keinsanan terhadap masyarakat di dalam sesebuah negara. Hal ini mampu menjadikan
sesebuah pengeluaran dan perusahaan dapat ditingkatkan menerusi disiplin ekonomi yang
disusun oleh sesebuah negara. Penegasan ini telah dinyatakan oleh al-Farabi;

Maka sesebuah negara beruntung oleh sebab ummahnya mempunyai keahlian dalam
pelbagai bidang. Maka faedahnya, seluruh kehendak dan kepentingan negara akan dapat
dipenuhi dengan sempurna.
Sesungguhnya persoalan tentang kehidupan tidak akan selesai jika dititik beratkan kepada
masalah sikap dan amalan masyarakat. Al-Farabi juga turut menitik beratkan perlunya kepada
hubungan kerohanian dan ideologi yang kekal, kerana asas ini lebih kuat untuk mengukuhkan
lagi darjah kesempurnaan dan kebahagiaan masyarakat.
Dalam mengembangkan gagasan kenegaraan, al-Farabi juga turut menyebutkan bahawa
dalam proses pembentukan nilai dan tujuan kesempurnaan masyarakat itu, muncul pelbagai
bentuk Negara dan corak masyarakat yang berlawanan dengan konsep Negara Ideal (al-
Madinah al-Fadhilah). Dalam menekankan corak dan nilai Negara ini, al-Farabi

6
Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974 .r Ahl Al-Madnat Al-Filah. P. 68. Canada. University Of
Toronto.
7
Ibid. P.68.
menekankannya secara khusus dengan meletakkan di bawah perbahasan al-Qawl Fi
Mudaddat al-Madinah al-Fadhilah (Negara yang Bertentangan dengan Negara Ideal)
8
.
Dalam membahaskan berkenaan dengan bentuk dan nilai masyarakat yang bertentangan
dengan nilai sesebuah Negara yang ideal ini, al-Farabi telah meletakkan satu garis panduan
bagi merungkai dan membahaskan berkenaan dengan konsep negara tersebut. Antara bentuk
Negara tersebut adalah;
- Al-Madinah al-Jahiliyyah (Negara Jahil)
- Al-Madinah al-Fasiqah (Negara Fasiq)
- Al-Madinah al-Mubaddilah (Negara Menyeleweng)
- Al-Madinah al-Dallah (Negara Yang Sesat)
Umumnya, masyarakat yang berpegang kepada kepada prinsip dan konsep Negara ini adalah
sebuah masyarakat mementingkan hawa nafsu dan bersikap individualistik. Masyarakatnya
tidak mengetahui akan nilai kebahagiaan dan keadilan. Pencabulan terhadap hak dan
keperluan masyarakat yang lain adalah agenda utama dalam menjalani kehidupan mereka.
Al-Farabi menyatakan:
.



9
.
Al-Farabi seterusnya menerangkan pula tentang sistem pemerintahan yang berlaku pada
Negara tersebut. Pemimpin mereka hanyalah bergantung kepada biangan kota-kotanya di
samping membentuk sistem pemerintahan secara kekerasan ke atas rakyatnya sendiri kerana
ingin memenuhi tuntutan nafsu mereka. Dan inilah pegangan serta nilai bagi masyarakat di
Negara berkenaan.
Seterusnya dilihat dari segi perbuatan mereka, al-Farabi turut menerangkan bahawa
perbuatan mereka itu lebih banyak mengandungi nilai-nilai yang tidak baik dan sebagai
akibatnya ia menghasilkan bentuk-bentuk kejiwaan yang buruk. Keburukkan yang
kekurangan yang dilakukan akan memberi kesan kepada jiwa malahan fikiran mereka sendiri
yang akhirnya menyebabkan mereka akan terasa sakit.
Oleh itu, sikap dan bentuk Negara yang bertentangan dengan nilai sebuah Negara Ideal (al-
Madinah al-Fadhilah) terlahirnya daripada bentuk masyarakat yang tidak lagi mempunyai
wawasan dan cita-cita menuju kepada sebuah Negara yang baik. Nilai yang tertanam ke

8
Idris Zakaria. 1991. Teori Politik al-Farabi dan Masyarakat Melayu. P. 61. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
9
Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974 .r Ahl Al-Madnat Al-Filah. P. 106. Canada. University Of
Toronto.
dalam jiwa masyarakat di Negara ini telah diresapi dengan nilai individualistik iaitu
meletakkan segala perolehan dan halatuju untuk kepentingan diri sahaja.
Di samping mengemukakan nilai sesebuah masyarakat yang melahirkan bentuk Negara sama
ada memenuhi kreateria sebuah Negara yang ideal atau Negara yang dalam penyelewengan,
sisitem atau konsep kepimpinan dan nilai keadilan menjadi satu wacana yang penting dalam
memelihara institusi dan membentuk halatuju masyarakat.
Konsep Kepimpinan dan Kebahagiaan
Kehidupan bermasyarakat amat perlu kepada pimpinan, kerana hidup bermasyarakat beerti
hidup yang memerlukan perhubungan kemasyarakatan yang harmonindan berpadu untuk
mencapai kehendak dan tujuan sesebuah masyarakat. Perpaduan sesebuah masyarakat tidak
akan wujud, kiranya tidak ada kepimpinan yang mempunyai sifat-sifat tertentu yang dapat
menjamin institusi kepimpinan itu sendiri serta juga masyarakat.
Dari segi kuasa, seluruh pemimpin dan pengurusan Negara itu adalah dipegang oleh ketua
Negara yang berfungsi selaku tonggak kedaulatan bagi Negara itu sendiri. Kepada ketua
Negara inilah rakyat menaruh harapan untuk memenuhi cita-cita dan harapan untuk mencapai
matlamat yang paling utama iaitu kebahagiaan.
Kepadanyalah mereka mengharapkan akan mendapat pendidikan dan bimbingan sama ada dalam
bidang kuasa politik ataupun akhlak iaitu etika, kerana beliau adalah satu-satunya insan yang Berjaya
mencapai taraf kesempurnaan (Kamil).
10

Dalam pembinaan gagasan sebuah Negara yang ideal, matlamat utama yang menjadi objektif
utama masyarakat dan komuniti sesebuah bangsa adalah kebahagiaan. Al-Farabi menekankan
bahawa secara fitrahnya manusia memiliki berbagai-bagai kebolehan, minat dan tahap
penguasaan sesuatu perkara yang pelbagai.
Justeru itu, manusia perlu memahami hakikat kebahagiaan tersebut, maka mereka
memerlukan ilmu pengetahuan yang membolehkan mereka untuk memahami dengan sebaik-
baiknya. Dalam melaksanakan dan merealisasikan tujuan ini, maka al-Farabi meltakkan
beberapa asas pembentukkan sebuah Negara ideal kepada beberapa aspek. Ketua atau
pemimpin adalah asas yang terutama dalam membina gagasan ini kerana pemimpin adalah
orang yang membawa halatuju dan membina landskap bagi masyarakat dalam sesebuah
Negara. Dalam kenyataannya:
, , .
,
11

10
Idris Zakaria. 1991. Teori Politik al-Farabi dan Masyarakat Melayu. P. 77. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
11
Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974 .r Ahl Al-Madnat Al-Filah. P. 115. Canada. University Of
Toronto.
Ketua sebuah Negara yang ideal adalah juga ketua bagi bangsa yang ideal. Kedudukan ini
hanya mampu dicapai oleh manusia yang memiliki dua belas ciri berikut:
- Sempuna anggota tubuh badannya sehingga dapat melakukan sesuatu yang
memerlukan kerja anggota badan.
- Memiliki kecerdasan memahami segala hal.
- Memiliki hafalan yang kuat, baik apa yang difahaminya dan apa yang dilihat
- Mempunyai kecerdasan yang baik iaitu melihat sesuatu dengan bukti.
- Baik penyampaiannya, mampu mengunggkapkan kata-kata yang jelas dan mudah
difahami.
- Mempunyai kecintaan kepada ilmu pengetahuan.
- Terpelihara daripada perkara yang tidak baik.
- Kejujuran dan menyintai kejujuran.
- Memiliki jiwa yang besar.
- Mempunyai kehormatan, tidak terpengaruh dengan harta.
- Mempunyai sifat keadilan dan menintai keadilan.
- Seseorang yang mempunyai keberanian dan bertanggungjawab
12
.
Oleh itu, gagasan kepimpinan dalam sesebuah negara yang menuju kepada pembentukkan
satu delegasi masyarakat dan negara yang ideal merupakan satu batu asas yang paling utama
dalam menentukan halatuju dan melahirkan wawasan kepada masyarakat dan warga kota
tersebut. Tambahan daripada itu juga, pergabungan antara rakyat dan pemimpin harusnya
menjadi satu agenda bersama bagi mentukan wawasan kepada menuju kearah pembentukkan
kebahagiaan dan keadilan adalah satu realisasi yang mampu diciptakan.
Kebahagiaan merupakan kebaikan tertinggi dan dituntut oleh setiap manusia dalam seluruh
kehidupan. Tidak ada lagi kebaikkan atau keutamaan selain kebahagiaan ini. Kebahagiaan
adalah satu-satunya nilai yang mulia. Justeru itu wajarlah adanya usaha yang baik sekaligus
dijelmakan dalam bentuk amalan dalam hubungan masyarakat.
Al-Farabi dalam usahanya untuk mencapai kebahagiaan, sikap zalim dan kejam, khianat,
menindas golongan lemah hipokrit terhadap agama dan tatasusila masyarakat dan suka
kepada kebendaan dan sebagainya adalah jalan menuju kepada pembentukan sebuah negara
kesesatan. Kebahagiaan tidak boleh dicapai dengan amalan sifat-sifat tersebut.
Tambahan daripada itu juga, pembinaan kepada nilai akhlak dan etika serta penerapan nilai
agama dan kejiwaan adalah aspek yang tidak boleh dilihat hanya satu keperluan sampingan,
tetapi ini adalah satu tunjang kepada pembentukkan nilai kemanusiaan. Aspek pendidikan
dan pembangunan modal insan menjadi agenda utama kepada pemimpin dan harus didokong
oleh masyarakat bagi membina satu wawasan yang jelas dan tidak bersifat sementara.
Oleh itu, nilai kepada sesuatu gagasan kepimpinan adalah berkadar langsung kepada
pembentukkan nilai komuniti yang yang baik. Kebahagian adalah matlamat utama bagi
sesebuah negara yang baik.

12
Imam Sukardi. 2009.Pemikiran Politik al-Farabi.Jurnal Pemikiran dan Peradaban Islam Islamia.V.7.No.2.
P.20. Jakarta. Institute For The Study Of Islamic Thought And Civilization (INSISTS).
Kesimpulan
Al-Farabi memahami ahsrat semula jadi hidup manusia yang lebih besar daripada
kepentingan-kepentingan fizikal seperti makan, minum. Bagi beliau apa yang menajdi
matlamat akhir kehidupan manusia ialah kebahagiaan (al-Saadah). Kebahagiaan dalam erti
kebahagiaan hakiki tidak berunsur kebendaan semata-mata ataupun kebahagiaan yang
bersifat sementara. Perjuangan politiknya adalah berpaksikan objektif ini. Justeru itu,
kebahagiaan adalah matlamat tertinggi yang perlu dicapai oleh ummah melalui gagasan
negara terbaik. Sementara organisasi politik dalam negara itu pula adalah bertanggungjawab
untuk memandu manusia iaitu ummah negara berkenaan ke arah mencapai matlamat
utamanya.
Dilihat dari perbahasan al-Farabi ini, penekanan tidak hanya melibatkan nilai individu
semata-mata, tetapi merangkumi nilai kesejagatan (universal). Nilai ini sesekali tidak mampu
dicapai dengan hanya melihat kepada kepentingan harta, individu dan juga sekelompok
masyarakat dalam sesebuah negara, tetapi harus dipadukan dengan nilai etika dan keadilan
yang tinggi berdasarkan kepada kebijaksanaan pemimpin dan kehendak rakyat.
Penerapan nilai metafizik dan etika adalah satu perintergrasian yang memadukan antara nilai
politik dan nilai Ketuhanan dapat membantu ke arah kebahagiaan yang lebih bersifat
spiritual, di samping mencari realiti kehidupan sebenarnya. Ia juga mengajar mansyarakat
tentang perkara yang baik dan buruk. Penerapan nilai akhlak yang tinggi dalam jiwa
masyarakat mengelakkan berlakunya perpecahan dan pertentangan yang teruk.
Kriteria yang terutama dalam membentuk satu identity politik adalah agama atau ideologi.
Masyarakat dalam sesebuah negara yang baik perlu mempunyai penerapan nilai agama yang
tinggi dan pengamalan akhlak yang baik. Jika sekiranya pengamalan budaya beragama, ilmu
dan juga penghormatan terhadap masayrakat itu berjaya diterapkan, ini beerti sesebuah
negara itu telah sampai kepada puncak nilai sesebuah negara yang baik.
Inilah perkara-perkara asas kepercaaan yang dikatakan oleh al-Farabi sebagai perlu diketahui
dan difahami oleh setiap individu dalam negara yang terbaik. Ummah terbaik yang
mempunyai dasar-dasar hidup yang kukuh dijalin bersama antara unsur-unsur kerohanian dan
nilai-nilai mulia kemanusiaan, bagi menjamin kesempurnaan dan kebahagiaan hidup mereka
seperti yang dicita-citakan. Mereka perlu berpegang kepada prinsip sebuah negra yang baik
dalam usaha untuk membina ummah yang terbaik dan negara terbaik, seperti yang termaktub
di dalam al-Quran:


Maksudnya: (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan
kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.
13



13
Al-Quran. Saba. 34:15.
BIBILIOGRAFI
Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974. r ahl al-Madnat al-Filah. Canada. University
Of Toronto.
Al-Frb, Ab Nar Muammad. T.t .Tasil al-Saadah. Hyderabad.
Anwar Ibrahim. 1997. Gelombang Kebangkitan Asia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Idris Zakaria. 1991. Teori Politik al-Farabi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Imam Sukardi. 2009. Jurnal Pemikiran dan Peradaban Islam, Islamia. Institute For The
Study Of Islamic Thought And Civilization (INSIST). Jakarta.
M.M.Shariff. 1994. Sejarah Islam Dari Segi Falsafah. Selangor. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Majid Fakhry. 1993. Sejarah Falsafah Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Richard Walzer. 1962. Oriental Studies 1 Greek Into Arabic Essays On Philosophy. Harvard
University Press. Cambridge.
Soetjipto Wirosardjono. 1995. Dialog Dengan Kekuasaan.Pustaka Mizan. Jakarta.
Sukron Kamil. 2013. Pemikiran Politik Islam Tematik. Indonesia. Kencana Preneda Media
Group.

Anda mungkin juga menyukai