Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI

HAZLIZA KAMARUDIN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang memberi banyak
impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala
input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman
yang sedia ada untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang
bermakna. Saya juga tidak ketinggalan dalam perlaksanaan Program BIG pada kali ini
ialah membuat kertas kerja dan laporan mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan di
sekolah masing-masing. Aktiviti yang dijalankan itu haruslah sesuatu aktiviti yang boleh
dikategorikan sebagai aktiviti atau program sekolah penyayang.
Saya, Hazliza Kamarudin, seorang guru Bahasa Inggeris yang telah mengajar di
Sekolah Kebangsaan Taman Buna Raya (1) selama 7 tahun. Banyak program yang
telah dijalankan di sekolah saya bukan sahaja peringkat sekolah, negeri atau Negara
malah termasuk juga di peringkat antarabangasa. Namun perkataan penyayang itu
sendiri telah mengikat saya untuk memilih program yang betul-betul dapat
mempamerkan sebagai sekolah penyayang. Justeru itu, saya telah memilih program
pertama yang telah dijalankan di sekolah saya pada tahun ini sebagai mukadimah bagi
sesi persekolahan 2014 iaitu Program Salam. Program ini ialah anjuran Unit
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah saya dengan usahasama semua warga sekolah.
Saya dapati program ini juga unik dar program-program yang lain kerana rogram ini
adalah satu-satunya program yang berjalan dan aktif sepanjang tahun bermula dari
tarikh pelancaran sehingga hari terakhir persekolahan bagi sesi 2014.
Secara jujurnya, saya rasa agak mencabar pada mulanya untuk menjalankan
program ini kerana beberapa faktor. Program ini telah dilancarkan pada 6 Januari 2014.
Di sekolah saya, murid-murid tahun satu adalah di sesi pagi. Oleh itu, pelbagai ragam
murid dan ibu bapa dapat dilihat pada hari tersebut. Namun oleh kerana program ini
adalah sesuatu yang harus dipupuk di dalam diri murid-murid maka pihak sekolah ingin
memupuk amalan murni ini dari awal. Saya yakin pasti ada sebab tertentu disebalik
objektif program tersebut pihak sekolah tetap mahukan ianya dijalankan pada awal sesi
persekolahan.
REFLEKSI
HAZLIZA KAMARUDIN

Dari pemerhatian saya, program ini telah memberi impak secara maksima
kerana keberkesanannya bukan sahaja terlihat pada murid-murid malah ia juga
terserlah di kalangan para guru dan staf. Jika sebelum ini terdapat jurang yang kecil
antara guru-guru praktikum dengan guru-guru disekolah, kini jurang itu ibarat sudah
tidak wujud lagi dengan program ini. Saya juga agak bangga dan teruja dengan
perubahan-perubahan yang sangat positif hanya dengan satu program. Satu perkara
utama yang dapat saya pelajari melalui program yang telah dijalankan ini ialah Usaha
tangga kejayaan. Saya akui peribahasa ini juga adalah benar kerana saya sendiri telah
menyaksikan bagaimana pemupukan nilai dapat diterap dalam setiap jiwa warga
sekolah tersebut hanya dengan satu usaha murni.
Selaku ahli jawatankuasa kehadiran murid, saya ditugaskan untuk mengalu-
alukan kedatangan murid khasnya bagi murid tahun satu. Ini kerana ada sesetengah
diantara mereka yang sudah lupa kedudukan kelas masing-masing. Tugas saya adalah
menjemput murid-murid ke dataran perhimpunan dan memastikan semua murid
berbaris mengikut kelas masing. Saya dapat melihat wajah murid-murid tersebut yang
Nampak agak tidak sabar untuk menantikan acara yang bakal mereka saksikan. Walau-
bagaimanapun terdapat juga segelintir pelajar tahun satu yang menangis kerana mahu
pulang ke rumah. Saya bersama rakan guru yang lain cuba menenangkan murid-murid
tersebut dengan memujuk mereka. Mujurlah para ibu bapa juga menghormati majlis
iaitu tidak menunggu bersama-sama anak mereka di dataran perhimpunan. Mereka
duduk di tempat yang telah disediakan.
Proses pelancaran program ini boleh dikatakan telah berjalan dengan lancar.
Kemungkinan besar adalah kerana sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan Taman
Bunga Raya (1) bermula pada jam 7.10 pagi bagi murid-murid tahap dua iaitu tahun 4,5
dan 6. Berbeza dengan tahun satu, sesi persekolahan mereka bermula pada jam 7.40
pagi. Mengapa saya berpendapat sedemikian? Ia kerana mulai jam 7 pagi murid-murid
tahap dua telah pun berada di sekolah. Barisan guru displin telah pun mengawal
keadaan seiring dengan waktu tersebut. Apabila murid-murid tahun satu tiba di sekolah,
segala-galanya berada dalam keadaan yang sangat terkawal dan baik. Oleh yang
REFLEKSI
HAZLIZA KAMARUDIN

demikian, tumpuan saya dan rakan guru yang lain dapat mengalu-alukan kedatangan
murid dengan konsisten dan terkawal. Sekalung ucapan terima kasih adalah untuk
semua guru dan warga sekolah yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan
program tersebut. Semoga nilai yang diterapkan melalui program ini terus mekar dalam
setiap jiwa warga Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1).
Berikut adalah antara suasana yang dapat dilihat sekitar majlis pelancaran program
tersebut.


Kaunselor sekolah memberi sedikit penerangan mengenai Program Salam.


Guru Besar SKTBR(1) member kata-kata aluan sebelum merasmikan program tersebut.

REFLEKSI
HAZLIZA KAMARUDIN


Para pelajar yang menghayati matlamat dan objektif program.


Banner Wilayah Sekolah Penyayang yang ditunjukkan di atas akan diletakkan
di luar pagar sekolah.


Guru Besar menandatangani banner sebagai simbolik pelancaran program.
REFLEKSI
HAZLIZA KAMARUDIN


Persembahan murid sebagai halwa telinga untuk menceriakan lagi suasana majlis.

Warga sekolah berikrar dan berjanji bersama-sama untuk menjayakan
Program Salam.


Close up.
REFLEKSI
HAZLIZA KAMARUDIN


Barisan para pentadbir yang sangat berpuas hati dan gembira sempena pelancaran
Program Salam.

Anda mungkin juga menyukai