Anda di halaman 1dari 1

Kuih Lompang berinti pisang

Bahan-bahannya
300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
(3 bahan diatas diayak)
1/4 sudu teh garam
1 sudu maka esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
Cara-caranya
Masak gula melaka dengan air hingga
larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula
hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi
sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau
rata. Kemudian masukkan esen vanilla dan
mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau
hingga sebati. Sapukan acuan-acuan kecil
dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan
kedalam acuan, isikan tiga suku penuh sahaja
lalu letakan hirisan pisang keatas
adunan. Kukus kesemua adunan itu selama 15-
20 minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan
dari acuan.