Anda di halaman 1dari 2

Majlis Agama Islam Negeri Kedah

Bangunan Wan Mat Saman


05000 Alor Setar, Kedah


PANDUAN SOLAT QASAR & JAMA

1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan : Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu
Zuhur, Asar dan Isya` kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak
boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar : Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

Al-Quran surah al-Nisa` ayat 101 yang bermaksud;
'Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan
(memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir.

Al-Sunnah yang bermaksud;
Ya`la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, 'Kenapa kita perlu mengqasarkan
solat sedangkan kita berada dalam keamanan? Lalu beliau menjawab, 'Aku telah bertanya kepada
Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah
kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya.

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap
farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah
bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara`.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat
_''- '- ,- +='' '-'
(Sahaja Aku Solat Fardhu Zohor Dua Rakaat Qasar Kerana Allah Taala)


2.0 Solat Jama
2.1 Takrifan : Solat Jama` terbahagi kepada :

i. Jama` Taqdim iaitu mengerjakan solat Zohor dan solat Asar dalam waktu Zohor atau solat Maghrib
dan solat Isya` dalam waktu Maghrib.

ii. Jama` Ta`khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib
dan solat Isya` dalam waktu Isya`.
2.2 Syarat Solat Jama

2.2.1.Solat Jama Taqdim
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan
solat Maghrib daripada solat Isya'.

ii. Hendaklah niat Jama` Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya
di dalam takbiratul ihram.

iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama`kan itu.

iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan
sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya`).

2.2.2. Solat Jama Takhir
i. Hendaklah berniat jama` dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.


2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama Taqdim


Jama Taqdim Empat Rakaat
_''- -'-' -'' ,'' '=,-=- -' _-' +='' '-'
(Sahaja Aku Solat Fardhu Zohor Empat Rakaat Dihimpunkan Kepadanya Asar Tunai Kerana Allah Taala)


Niat Jama Taqdim Beserta Qasar
_''- -'-' -'' ,'' '=,-=- '- ,- +='' '-'
(Sahaja Aku Solat Fardhu Zohor Dua Rakaat Dihimpunkan Kepadanya Asar Tunai Kerana Allah Taala)


2.3.2 Jama Takhir

Jama Takhir Empat Rakaat
_''- -'-' -'' _'' '=,-=- -' _-' +='' '-'
(Sahaja Aku Solat Fardhu Zohor Empat Rakaat Dihimpunkan Kepada Asar Tunai Kerana Allah Taala)


Niat Jama Takhir Beserta Qasar
_'' '=,-=- '- ,- +='' '-' _''- -'-' -''
(Sahaja Aku Solat Fardhu Zohor Dua Rakaat Dihimpunkan Kepada Asar Tunai Kerana Allah Taala)



Sumber : JAKIM

Anda mungkin juga menyukai