Anda di halaman 1dari 2

CATATAN HARIAN

Pada musim cuti sekolah yang lalu kamu sekeluarga telah melawat ke ibu
negeri tempat kamu tinggal. Keluarga anda telah menginap di sebuah hotel di
bandar tersebut. Tulis sebuah catatan harian sepanjang lawatan tersebut.


Selasa, 12 Mei 2008

11:00 pagi - Bertolak dari rumah dengan kereta. Semuanya dalam keadaan
ceria.

11:45 pagi - Tiba di Jambatan Pulau Pinang. Adik begitu gembira melihat
pemandangan laut yang indah.

1:00 petang - Kami sampai di bandar Georgetown. Keadaan lalu-lintas di
bandar itu sesak. Kami singgah makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar.

2:30 petang - Masuk ke Hotel Seri Malaysia yang telah ditempah ayah sejak
seminggu lalu. Seronok sekali kerana ada kolam mandi di situ.

4:00 petang - Kami bersiar-siar di sekitar bandar. Kemudian kami singgah
makan pasembor di Padang Kota. Angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Sungguh nyaman sekali.

6:00 petang - Kami pulang ke hotel. Kemudian saya mandi di kolam bersama
ayah.

8:00 malam - Berjalan-jalan di Komtar yang terletak bersebelahan hotel tempat
kami menginap. Makan di Medan Selera.

10:00 malam - Pulang ke hotel. Semua tidur cepat kerana kepenatan.

Rabu, 13 Mei 2008

9:00 pagi - Selepas bersarapan, kami ke Bukit Bendera.

9:30 pagi - Kami terpaksa beratur dan menanti giliran untuk menaiki kereta api
Bukit Bendera kerana ramai pengunjung.

10:30 pagi - Sampai di puncak Bukit Bendera. Udaranya sungguh nyaman. Kami
menikmati panorama Pulau Pinang yang indah sekali.

2:00 petang - Selepas turun dari Bukit Bendera, kami bersiar-siar sebentar di
pantai Batu Feringgi. Ramai sekali orang berkelah di situ.

4:30 petang - Pulang ke hotel. Berkemas untuk pulang.

6:00 petang - Meninggalkan hotel. Pulang dengan menaiki feri. Saya dan adik
tertidur sepanjang perjalanan.