Anda di halaman 1dari 11

Pelbagai perubahan telah berlaku dengan cepat di dunia hari ini.

Ahli-ahli
psikologi dan sosiologi telah banyak memberi sumbangan kepada pembaharuan dalam
amalan pengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi. Di Malaysia,
beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Dari segi linguistik,
pendidikan merupakan gabungan di antara pendidik serta penambahan an dalam
perkataannya. Pendidik ialah kata nama. Oleh itu pendidikan boleh bererti kegiatan
pendidik mendidik dan melatih orang yang hendak dididik, iaitu pendidik atau guru dan
melatih pelajar. Konsep pendidikan boleh digambarkan seperti yang mempunyai dua
unsur dan teras yang berkaitan, iaitu pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
dilakukan oleh pendidik, sama ada guru atau bukan guru seperti komputer dan
televisyen. Pembelajaran didefinisikan aktiviti mental, fizikal dan rohani pada diri
pelajar. Kepastian berlakunya pembelajaran tertakluk kepada dua unsur utama, iaitu
keberkesanan cara pemindahan maklumat berlaku dan keberkesanan operasi deria dan
mental individu pelajar semasa proses pembelajaran. Persekitaran yang membendungi
dua unsur asas dan teras ini menjelaskan bahawa pendidikan itu tidak berlaku dalam
ruangan vakum. Secara jelasnya, pendidikan ialah satu realiti.
Pendidikan bukan sahaja merupakan proses penerusan dan penurunan nilai-nilai
hidup kepada generasi berikutnya. Yang lebih penting, pendidikan ialah proses
memberikan erti konsep kemanusiaan dan kehidupan kepada setiap individu. Oleh itu,
falsafah pendidikan mestilah merangkumi sekaligus aspek logik dan metafizik. Inilah
persoalan yang tidak dapat dipenuhi oleh pendidikan moden.
Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sekolah
memainkan peranan penting. Berpandukan hasrat dan cita-cita yang terkandung dan
tersirat dalam Penyata Razak dan Rahman Talib; Akta Pelajaran 1961, Laporan
Jawatankuasa Kabinet, serta Rukunegara, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dirumus dan dinyatakan seperti yang berikut :

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujdukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertrampilan, berakhlak
mulai, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Hasrat ini boleh menjadi kenyataan apabila sekolah memainkan peranan yang
penting. Kita tertanya tanya apakah peranan sekolah bagi merealisasikan hasrat FPK
ini?marilah kita mengetahui tentang sebuah sekolah yang sedang membangun untuk
merealisasikan FPK ini.Sekolah yang saya maksudkan adalah sekolah Kluster iaitu
sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Mentakab. Dalam 120 buah sekolah Kluster 3
sekolah tamil je menjadi iktiraf sebagai sekolah kluster.Pertama sekali Sekolah simpang
Lima , kedua pula sekolah Masai , Johor ,ketiganya adalah sekolah Tamil Mentakab
Pahang. Sekolah ini mendapat pengiktirafan kluster kerana pencapaian yang
cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum khasnya dalam mata pelajaran sains dan
permainan hoki.
Ia merupakan sekolah yang tersohor di Bandar Mentakab dan ramai pelajar india
dari kawasan jauh iaitu dari temerloh juga datang untuk menimba ilmu di sekolah
tersebut. Kita tidak boleh menafikan bahawa untuk medapatkan pencapaian ini sekolah
tersebut telah bertumus lumus setiap hari dan setiap masa.Marilah kita mengetahui
serba sedikit tentang sekolah kajian saya. Sekolah ini pada awalnya bertempat di Batu
Satu , Jalan Karak . sekolah ini dibina pada tahun 1939. Pada tahun 1985 sekolah ini
ditngkatkan ke Gred B. Pada tahun 1998 sekolah ini ditingkatkan dari gred B dang red
A .
Di sekolah SJK (T) mentakab mereka memberikan tumpuan sepenuhnya
terhadap murid murid sekolah tersebut.sebagai kakitanggan sekolah guru besar
memainkan peranan penting untuk mencapai FPK negara kita . Semasa saya
melakukan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan
(Tamil) Mentakab,saya membuat kajian terhadap beberapa aspek iaitu keselamatan,
kebersihan dan kerapian.sekolah ini membuat pelbagai kemudahan asas bagi member
didikan yang sempurna untuk murid seperti makmal Sains, makmal Kemahiran Hidup,
kantin, pusat sumber, makmal komputer, kelas pra sekolah, kelas pemulihan dan
padang.bukan itu sahaja
Dari segi aspek Intelek, Pengurus Sekolah saya merancang sistem pengajaran
dan pembelajaran yang harus dijalankan di sekolahnya dengan lebih teratur dan
sistemetik. Dalam hal ini, salah satu peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan - bahan
pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Setelah memerhati sekolah ini
saya mendapati bahawa sekolah ini berpendirian tetap agar suatu sistem pengajaran
pembelajaran ini tidak patut tercicir agar murid boleh mendapatkan ilmu sebagai hak
mereka. Pada masa yang sama, Guru Besar sekolah ini juga sering menghantar warga
pendidik sekolah ini ke kursus - kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Kuala Selangor dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Ia akan dapat
meningkatkan lagi cara pengajaran yang berbeza agar tidak ketinggalan dengan
peredaran mas. Dengan cara begini, Pengurus Sekolah dapat menerapkan unsur FPK
yang mana rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Dalam aspek Intelek, GPK sekolah ini giat menbina dan merancang
Jawatankuasa - jawatankuasa tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sekolahnya.pada setiap pagi sekolah ini mengadakan program membaca iaitu pelajar
yang tidak dapat menguasai peringkat asanya akan dipilih oleh guru kelas dan dihantar
ke program membaca yang diadakan di dewan. Selain itu khas untuk kelas - kelas
tambahan yang dijalankan pada setiap petang Selasa, Rabu dan Khamis. Pada masa
yang sama, beliau juga sentiasa memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada para
pendidik sekolahnya supaya daoat memberikan idea - idea pengajaran mengikut
sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran kita. Dengan ini beliau dapat mengaitka
peranan FPK yang mana sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan
kurikulum, bahan - bahan pengajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. GPK
juga tidak ketinggalan dalam mengenalpasti kekurangan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang terdapat di sekolahnya. Antara perhatian yang sering dijalankan
oleh beliau adalah ke atas bahan - bahan rujukan untuk murid, lembaran - lembaran
kerja, penggunaan ICT dan sebagainya. Dalam hal ini, unsur FPK memainkan
perananya dengan membolehkan murid berfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang
kurikulum. Jika beliau dapat mengesan sebarang kekurangan, beliau terus membawa
ke perhatian Pengurus Sekolah agar dapat mengisi kekurangan yang terdapat di
sekolahnya. Beliau tidak ingin kekurangan seperti ini akan menjejaskan tahap
pembelajaran murid.
Dari segi aspek Intelek, Guru Panitia sekolah sendiri mengatakan bahawa beliau
sering melayari internet agar dapat mengetahui sebarang perubahan terkini dalam
bidang pendidikan untuk memberikan maklumat kepada para muridnya. Beliau sangat
peka terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem pelajaran negara kita. Dalam hal
yang lain, beliau sebagai Guru Panitia sekolah menggubal dan menilai serta memurni
soalan peperiksaan berstatus tinggi. Ini adalah kerana, mewujudkan murid yang
sentiasa dalam keadaan sedia dan kaya dengan ilmu yang lebih.sekolah ini merupakan
sekolah Kluster yang mendapat pengiktirafan berasaskan bidang sains. Sains
murupakan mata pelajaran yang sama penting seperti permainan hoki. Sekolah ini
membuat program sains kanival,, lawatan ke angkasawan , melibatkan diri dalam
pertandingan berteraskan sains. Sekolah ini mencapai tahap yang cemerlang dalam
bidang sains dan membina makmal sains yang besar dengan kemudahan yang lengkap
bagi pelajar.
Bukan itu sahaja ,guru bilik darjah juga memainkan peranan penting dalam
merealisasikan FPK negara kita. Guru Bilik Darjah juga memainkan peranan yang
sangat penting dalam membentuk murid yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
jasmani, emosi, rohani dan sosial ( JERIS ). Semua pendidik perlu mengetahui fungsi
utama pendidikan yang mana memperkembang dan meningkatkan potensi individu
supaya mencapai tahap cemerlang yang mana merupakan salah satu unsur dalam
FPK.

Sebagai contohnya, aspek Intelek yang ditekankan oleh hampir kesemua Guru
Bilik Darjah sekolah yang saya kaji lebih mahir dalam penggunaan ICT. Mereka
menggunakan sumber ICT ini sebagai salah satu sumber pengajaran utama ke atas
muridnya. Maka, jelasnya bahawa wujudnya unsur FPK dalam kaedah dan cara yang
digunakan oleh Guru Bilik Darjah iaitu menguasai kemahiran untuk memperoleh,
meningkat dan menyebarkan ilmu. Ia pasti akan mengasah lagi tahap kecekapan
dalam penggunaan ICT sambil memperkembangkan penguasaan dalam bidang
pembelajaran. Tambahan lagi, Guru - guru Bilik Darjah sekolah ini mengajar mengikut
sukatan pelajaran yang dihasilkan oleh pihak Kementerian Pelajaran kita. Maka, akan
pasti wujudnya suatu sistem pengajaran yang terancang dan sistemetik. Tambahan
pula ada juga implikasi yang mana menyebabkan perubahan sukatan pelajaran yang
sesuai untuk melatih kemahiran murid dalam bidang vokasional dan teknologi. Selain
itu sekolah ini juga ada dua orang guru khas untuk ICT.
Dari segi Jasmani pula, sekolah ini rajin mengambil bahagian dalam kejohanan
dan pertandingan berbentuk sukan. Dalam hal ini sekolah memberikan pendedahan
yang sangat tinggi ke atas muridnya dalam bidang kesukanan. Perkembangan unsur
jasmani ini memberi tumpuan kepada kesihatan tubuh badan individu lalu
memperkembang kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri,
menggunakan kemahiran teknikal atau manipulatif dengan cekap. Disebabkan sekolah
ini merupakan sekolah Kluster permainan hoki diberi tumpuan yang penting bagi
sekolahnya.. Sebagai contohnya, beliau menganjurkan kejohanan olahraga pada setiap
tahun. Sekolah ini mencungkil bakat yang terpendam dalam diri muridnya.tambahan
pula sekolah ini memastikan agar dapat meningkatkan daya pengeluaran demi
memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Guru Besar sekolah ini mewujudkan
peluang kepada muridnya supaya mereka dapat mencungkil bakat masing - masing
serta mempunyai tahap kecergasan yang tinggi berbanding yang lain. Tambahan lagi,
Pengurus Sekolah ini juga mengubah bentuk dan meningkatkan lagi kemudahan di
kawasan permainan yang terdapat dalam sekolah tersebut. Pengaruh Guru Besar ini
dapat membina diri murid - muid yang rajin dan lebih aktif.

Dari segi aspek Jasmani pula, GPK sekolah merancang dan menjalankan aktiviti
- aktiviti kokurikulum. Bidang kokurikulum juga amat memainkan peranan penting dalam
menerapkan nilai FPK dalam setiap murid. Ia pasti akan melahirkan murid yang aktif
dan cergas serta sihat. GPK sekolah melibatkan diri dengan menghalang murid
daripada terjerumus ke lembah hina seperti merancang mengikut sukatan yang sedia
ada.contohnya di sekolah ini mereka tidak lesu mengajar PJK pada waktu yang di
tetapkan. Murid murid juga begitu gembira untuk bermain. Implikasinya, ia akan
membentuk insan yang seimbang dan harmonis sepanjang hayat mereka.
Selain itu , hoki menjadi permainan yang penting bagi sekolah ini. Setiap guru
memastikan pencapaian hoki menuju ke arah yang cemerlang. Buktinya , golongan
pendidik di sekoh ini telah mencapai tahap sampai MSSM Kebangsaan. Bukan itu
sahaja permainan hoki ini diajar kepada semua tahap. Tiada pelajar yang ketinggalan
untuk bermain permainan hoki ini. Ada di kalangan pelajar yang bermain hoki dengan
cemerlang mendapat tawaran daripada sekolah sukan initu Sekolah Seberang ,
Pahang. Mereka juga melancarkan seminar hoki sebagai pendedahan awal kepada
golongan pendidik. Sekolah ini juga menganjurkan permainan hoki bersama Persatuan
Hoki Daerah Temerloh.Pelajar sekolah ini bukan sahaja aktif dalam permainan hoki
malahan mereka melibatkan diri dalam toewondo , olahraga , catur,merentas desa ,
badmintan dan bola sepak.
Dari segi aspek Jasmani, tiga daripada Guru Bilik Darjah sekolah saya
merupakan guru Pendidikan Jasmani. Sebagai contohnya, disebabkan sekolah ini
memiliki padang yang tersendirinya guru yang mengajar PJK membawa golongan
pendidik rajin untuk membawa murid - murid ke padang. Pada masa yang sama, guru
yang mengajar juga turut turun padang bersama dengan murid agar mereka dapat
menjalinkan hubungan yang erat serta lebih mesra di antara mereka. Saya mendapati
bahawa golongan pendidik sekolah ini bergaul dengan warga murid seperti seorang
rakan karib. Mereka berpendapat bahawa ia akan menjalin hubungan dalam usaha
menghilangkan perasaan takut di kalangan murid lalu menyebabkan murid lebih
seronok dan selesa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasinya, ia akan
dapat mencungkil bakat sebenar yang terpendam dalam diri setiap murid seterusnya
akan meningkatkan kemajuan masyarakat dan negara. Dalam erti kata yang lain, unsur
FPK mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang memberi sumbangan. Bakat yang
dikeluarkan inilah yang akan memberikan sumbangan terhadap kemajuan negara
seperti atlet olahraga, pemain bola sepak, pemain hoki, pendaki gunung dan
sebagainya.
Pengurus Sekolah juga tidak ketinggalan dalam memperkembangkan aspek
Emosi. Beliau tidak merancang atau mengamalkan peraturan dan undang - undang
yang terlalu ketat. Beliau berpendapat bahawa kawalan yang terlalu ketat ke atas murid
pasti akan memberikan kesan negatif kepada murid lalu membantutkan kemajuan
sekolah serta negara. Guru Besar sekolah ini lebih mementingkan perasaan dan jiwa
murid - muridnya agar sentiasa selesa untuk menerima maklumat yang disampaikan
seterusnya dapat menjalinkan hubungan mesra sesama lain atas sebab kestabilan
emosi yang baik. Oleh yang demikian, perkembangan emosi ini memberi tumpuan
terhadap perasaan jiwa yang sihat seperti memiliki semangat kekitaan, muhibbah,
kerjasama dan perpaduan. Implikasinya, berlaku perubahan bahan - bahan pelajaran
yang mengutamakan nilai - nilai murni seperti perpaduan dan sebagainya diserapkan
dalam mata pelajaran tertentu. Pada masa yang sama, ia juga dapat mewujudkan
perubahan program pendidikan yang berorientasikan agar melahirkan insan yang
seimbang dari segi pemikirannya.
Tambahan pula, dalam aspek Emosi GPK sekolah telahpun mengadakan
mesyuarat sebanyak dua kali khas untuk warga penddik sekolahnya semasa saya
berada di sekolah tersebut. Objektif kedua - dua mesyuarat tersebut adalah untuk
membincangkan strategi pengajaran yang lebih selesa agar membentuk pemikiran
murid yang sihat. Guru - guru sekolah juga mengatakan bahawa GPK sekolah memang
sering mengadakan perjumpaan sebegini kerana GPK tersebut mementingkan
kestabilan emosi murid.
Dalam aspek Emosi pula, beliau memastikan suasana bilik darjah yang selesa
setelah mengkaji kehendak murid. Suasana bilik darjah yang tenang dan aman pasti
akan mengubah cara pembelajaran murid atas sokongan minda masing - masing. Ini
adalah salah satu perubahan kemudahan - kemudahan supaya murid mendapat
peluang mengembangkan potensi mereka dari segi emosi mereka secara menyeluruh
dan seimbang.
Dalam aspek Emosi pula, Guru Bilik Darjah sekolah ini tidak terlalu menampilkan
sikap marah dan tidak puas hati terhadap murid - murid dalam apa jua keadaan kecuali
terdapatnya perkara - perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebagai contohnya, Guru
Bilik Darjah ekolah ini tidak berasa marah apabila seorang murid tidak faham akan
tugasan yang telah diberikan walaupun diberi penjelasan berkali - kali dalam kelas.
Guru tersebut masih tenang serta menunjukkan nilai - nilai murni yang tinggi dengan
memberikan penjelasan yang lebih terperinci kepada murid tersebut secara individu.
Unsur FPK menekankan bahawa seseorang guru berkualiti perlu memperoleh perasaan
tenaga dan tingkah laku yang terkawal serta memiliki perasaan kasih sayang. Cara
yang dilakukan oleh guru tersebut memang merupakan satu kaedah atau sifat yang
dimiliki oleh seseorang guru berprofesional tinggi. Implikasinya, guru berkelakuan
sebeginilah yang akan berjaya memperkembangkan aspek emosi murid dalam usaha
meningkatkan tahap pendidikan di negara kita.
Dari segi Rohani pula, Guru Besar sekolah merancang dan mengadakan kelas
moral pada setiap petang Jumaat selepas sesi persekolahan. Ini merupakan salah satu
cara untuk memperkembangkan aspek rohani di kalangan murid. Beliau juga
memastikan kehadiran semua guru ke kelas moral yang dijalankan ini. Kehadiran para
pendidik menjadi contoh kepada para murid. Beliau juga sering memberikan maklumat
kepada seluruh warga sekolahnya tentang kemurnian ajaran - ajaran agama pada
setiap perhimpunan yang diadakan. Ini membuktikan bahawa amalan Guru Besar ini
berpegang kepada salah satu unsur FPK yang mana kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Beliau menerapkan pandangan bahawa mengakui adanya Pencipta dan
menyedari manusia diwujudkan untuk memajukan alam sekitar. Sekolah ini juga
melancarkan program tak nak Merokok dan program Antidadah.
Aspek Rohani pula menyentuh tentang ajaran agama atau penerapan nilai - nilai
murni yang tinggi. Pada masa saya menjalankan kajian di sekolah tersebut, sebelum
memulakan sesi pengajaran pembelajaran di alam bilik darjah guru - guru meluangkan
masa sebanyak lima minit untuk membincangkan keindahan ajaran - ajaran agama
yang ditekankan oleh semua agama. Dalam masa yang sama, guru juga sering
menerapkan nilai - nilai murni ke atas murid - murid dalam bilik darjahnya. Sebagai
contohnya, mereka bercerita tentang kejadian - kejadian ebenar mahupun cerita - cerita
dongeng khas untuk menunjukkan ajaran yang apat diperolehi daripadanya. Ini aalah
salah satu cara untuk menerapkan nilai - nilai murni di kalangan murid dengan mudah
kerana mereka lebih faham dan mudah memahami maklumat berbentuk lisan.
Implikasinya, mereka akan menyedari dan melakukan kebaikan dan menghindari
perbuatan kejahatan. Dalam hal yang lain, para pendidik juga mengadakan
pertandingan menghafal nilai murni serta memberikan fahaman murid terhadapnya.
Maka, ia akan membentuk sahsiah murid yang berkelakuan baik agar matlamat dan
konsep FPK dapat diterapkan alam proses pengajaran pembelajaran.
Selain itu, aspek Sosial juga diberi perhatian oleh Pengurus Sekolah ini. Sebagai
contohnya, beliau mengadakan satu sesi perjumpaan bersama semua warga
sekolahnya. Ini adalah untuk membincangkan segala masalah yang timbul dalam
pentadbiran sekolah serta mengambil langkah segera untuk mengatasinya. Tujuan
mencapai perpaduan kaum merupakan matlamat FPK, iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang bersatu padu akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara . Jadi, kaedah ini pasti akan menjalin hubungan
baik sesama warga sekolah dalam usaha meningkatkan perpaduan sebagai asas
utama. Kesannya, ia akan mengubah aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk
memupuk nilai - nilai murni dalam jiwa murid. Tambahan lagi, Pengurus Sekolah juga
mewujudkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah lain. Beliau suka membawa
anak muridnya ke sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah lain untuk membentuk
hubungan mesra di kalangan murid.
Dalam aspek Sosial, sekolah sering melibatkan dirinya dalam semua aktiviti yang
dijalankan oleh murid. Misalnya, dalam minggu saya bersama sekolah tersebut, saya
mendapati bahawa GPK menghadiri kelas - kelas tambahan walaupun ia bukannya
tugas beliau. Tambahan lagi, beliau juga hadir ke aktiviti kokurikulam sekolah walaupun
tempat kediamannya jauh dari kawasan sekolah. Ini membolehkan beliau
mempertingkatkan unsur sosial di kalangan murid bersama dirinya. Ini membuktikan
beliau memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan baik.
Dari segi perkembangan aspek Sosial pula, Guru Panitia sekolah menunjukkan
perancangan beberapa pertandingan di bilik darjah untuk murid - murid. Beliau berbuat
demikian agar akan berlakunya interaksi antara murid dalam usaha meningkatkan
aspek sosial di kalangan murid. Dari segi aspek Sosial pula, Guru Bilik Darjah sering
mengadakan aktiviti berkumpulan. Keadaan ini menyediakan peluang kepada murid -
murid untuk berinteraksi sesama lain. Komunikasi yang berkesan di kalangan mereka
akan menjalin hubungan yang baik di kalngan mereka. Tambahn lagi, warga pendidik
juga mesti menjadi contoh kepada murid dalam usaha memperkembangkan aspek
sosial ini. Guru - guru perlu berinteraksi dengan guru lain di perhatian murid mahupun
tidak agar murid dapat terikut ikut dengan cara seseorang guru. Implikasinya, murid
akan membawa sikap ini bermula dari sekolah rendah ke akhir hayat mereka serta akan
memberi tunjuk ajar kepada generasi yang akan datang.
Sebagai konklusinya, kita tidak boleh memandang rendah tentang peranan
sekolah. Peranan sekolah penting bagi menjana transformasi negara kita.oleh sebab itu
semua sekolah di Malaysia haruslah menjalankan peranan sekolah dengan baik dan
sistematik.Bagi para pelajar sekolah merupakan tempat kedua yang didiami oleh pelajar
dari pagi sampai petang.

Anda mungkin juga menyukai