Anda di halaman 1dari 26

1

Bahagian A.
TAJUK : MISKONSEPSI DAN KESILAPAN DALAM ALGORITMA MATEMATIK

1.0 Pendahuluan
Matematik adalah mata pelajaran yang abstrak yang melibatkan
penggunaan rumus, peraturan langkah kerja, algorithm dan teorem-teorem yang
kerap digunakan (Short & Spanos 1989 ). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa
tersendiri yang khusus, walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas
tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik.
Bahasa Matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan,
hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa
memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi
oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Sekiranya kaedah
penyampaian guru tidak dapat diterima oleh pelajar maka proses pembelajaran tidak
akan berjaya.

Mengajar Matematik adalah satu tugas yang mencabar dan kompleks.
( Nik Aziz , 1996 ) - Guru Matematik yang berjaya harus mampu mengatasi dan
menyelesaikan masalah pangajaran dan pembelajaran dalam biik darjah dengan
bijaksana. Peranan guru adalah faktor penting dalam kejayaan murid yang
mempunyai masalah pembelajaran matematik. Bagi meningkatkan kemahiran
matematik murid ini, pendekatan yang harus diambil adalah pendekatan yang
pelbagai. Guru boleh menggunakan pengajaran langsung, iaitu mempersembahkan
isi kandungan dan diikuti dengan latihan individu dan berpandu. Kebanyakan murid
yang mempunyai masalah pembelajaran mengalami kesukaran untuk mendapatkan
konsep dan berkongsi maklumat di dalam kelas. Oleh itu guru perlu membuat
pengubahsuaian pengajaran bagi memenuhi pelbagai stail pembelajaran dan
keupayaan murid ini.



2

Kepentingan Kefahaman Konsep Matematik

Kebanyakan guru matematik di sekolah rendah dan menengah begitu
prihatin tentang penguasaan konsep Matematik. Namun begitu, terdapat banyak
kritikan yang mengatakan ramai murid masih tidak menguasai konsep yang
diperlukan. Hasil daripada penyelidikan menunjukkan beberapa faktor yang mungkin
mempengaruhi penguasaan kosep asas Matematik murid.ini. . Antaranya bahasa,
idea daif, penguasaan pengetahuan Matematik dan masalah kesediaan murid
mengikut aras pemikiran kognitif Piaget ( Abu Hasan ,1998)

Untuk menguasai mata pelajaran matematik di peringkat yang lebih tinggi ,
murid perlu mempunyai pengetahuan peringkat sebelumnya. Jika tidak , murid akan
mengalami kesukaran untuk mahir dalam mata pelajaran tersebut.

Kajian oleh Wesney, 1977 mendapati kebolehan pelajar dalam mempelajari
sesuatu konsep baru bergantung kepada kemampuan mereka mengingati dan
memahami pengetahuan asas yang berkaitan dengan konsep tersebut. Kebolehan
ini tidak bergantung kepada keputusan peperiksaan akhir semata-mata.

Ahli psikologi , Gagne (1965), Ausubel (1968) dan Bloom ( 1976)
menegaskan kepentingan pengetahuan asas dalam menguasai mata pelajaran
matematik. Tanpa pemahaman konsep yang kukuh, seseorang itu mungkin gagal
untuk menjawab soalan jenis aplikasi.

Menurut Subahan (1996), faktor utama yang menentukan keupayaan atau
prestasi seseorang murid pada satu tahap pembelajaran ialah penguasaan konsep
asas yang kukuh dan mencukupi semasa mengikuti pembelajaran tersebut.

Sebelum seseorang, murid beralih ke satu tahap pembelajaran yang baru
dalam Matematik, murid perlu memahami dan menguasai setiap langkah yang
terlibat kerana isi pelajaran matematik mempunyai konsep yang sangat berstruktur
dan berhierarki.


3



Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman konsep di dalam
matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah
pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah
memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan
dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik
darjah. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan
sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain
sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi
dengan persekitaran pembelajaran.

2.0 Definisi Miskonsepsi

Miskonsepsi berasal daripada perkataan Inggeris misconception . Menurut
Websters Third New International Dictionary (1996) conception berkmaksud
kemampuan, fungsi atau proses membentuk idea, abstrak atau berkenaan
pemahaman mksud symbol yang mewakili idea atau abstrak. Mis bermaksud salah
atau tidak. Gabungan pengertian kedua-dua suku kata tersebut membentuk idea,
abstrak atau pemahaman yang salah. Halloun dan Hestenes (1985) mendefinisikan
miskonsepsi sebagai pengetahuan yang diturunkan daripada pengalaman individu
yang luas. Pengetahuan tersebut bertentangan dengan teori saintifik.

Pengajaran berlawanan menghalang pencapaian konsep matematik yang
bermakna. Odom (1995) menyatakan salah tanggapan konsep merujuk kepada
buah fikiran pelajar yang berbeza dengan buah dfkiran yang diterima oleh ahli
matematik. Miskosepsi adalah proses pembinaan idea (Smith et al., 1975).
Miskonsepsi terjadi apabila berlaku proses pembinaan idea yang digambarkan atau
ditafsirkan secara salah akibat kekeliruan atau kefahaman yang cetek dalam ilmu
yang diterima oleh seseorang individu sama ada daripada pengalaman harian,
perbualan formal atu tidak formal, sistem pengarahan yang diterima dalam bentuk
formal atau tidak sebelum ia mengalami proses pembinaan. Brown dan Clement
4

(1989) menyatakan istilah miskonsepsi bermaksud pendapat pelajar yang tidak
sepadan dengan konsep matematik yang diajar .

Menurut Subahan (1999) , salah satu sumber miskonsepsi boleh wujud di
kalangan pelajar ialah daripada penerangan yang terlalu ringkas dan tidak lengkap.
Terdapat tiga sumber penyumbang kepada kewujudan miskonsepsi iaitu :

1. Idea daif yang berpunca daripada pengalaman harian dan bahasa yang
mereka gunakan.
2. Kesalahan konsep yang terbentuk semaa aktiviti pengajaran yang bepunca
daripada kefahaman yang tidak kukuh terhadap sesuatu kosep yang dijelasan
oleh guru.
3. Pengajaran guru atau pensyarah yang tidak tepat atau salah.


2.1 Tiga miskonsepsi dan kesilapan Algoritma

2.1.1 Dapatan analisis Dokumen : Buku Latihan Murid Tahun 2

Contoh 1 :













5


Contoh

Perkara

Analisis / komen

Soalan 5
dan 6

Operasi Tambah

Pelajar telah membuat kesilapan iaitu tidak
menyusun nombor mengikut nilai tempat
dengan betul sewaktu menjalankan operasi
tambah , walaupun jawapan yang diberi
adalah betul
Kesilapan yang berulang bagi soalan no. 6
menunjukkan pelajar mengalami kekeliruan
dari segi pengetahuan procedural dengan
baik.

Langkah kerja /
Pembetulan Miskonsepsi



Saya dapati murid sering membuat
kesilapan dari segi menyusun nombor
mengikut nilai tempat dengan betul.
Menurut pengalaman saya dan rakan-rakan
cara yang terbaik ialah murid menyediakan
jadual dengan meletakkan nombor
mengikut nilai tempat dimulakan dengan
nilai tempat sa, puluh, dan ratus.
Contoh :








Perkara ini turut disokong berdasarkan
kajian oleh Raja Sulaiman, 2002 tentang
pengetahuan procedural dalam Algortima
Penambahan.

ra pu sa
+ 1 7
1 0 9
1 2 6

6

Soalan 2.1.2












Contoh 2 :Dapatan analisis dokumen Buku Latihan murid Tahun 5


Contoh

Perkara

Analisis / komen

Soalan no. 4

Operasi darab melibatkan
Nombor dua digit

Didapati pelajar memahami kaedah
menjawab soalan , walau bagaimana
pun telah berlaku kesilapan algorithma
pengiraan sewaktu pelajar meletakkan
jawapan , pada nilai tempat yang salah.

Pembetulan miskonsepsi

Murid perlu memahami konsep bahawa
jawapan bagi hasil darab rumah puluh
perlu diletakkan ,di nilai tempat puluh
juga . Contohnya hasil jawapan 2 x 4=
8. Jawapan ; 8 perlu diletakkan sebaris
di tempat nilai puluh. Bagi nilai tempat
sa ,perlu diletakkan sifar.
Perkara ini turut disokong berdasarkan
kajian Rees dan Barr (1984).
7

2.1.3 - Dapatan analisis dokumen Murid Tahun 4

















Contoh

Perkara

Analisis / komen
Soalan no,1 ,2
dan 3
Perpuluhan Didapati pelajar tidak
menghubungkaitkankan konsep
penukaran pecahan kepada
perpuluhan.

Pembetulan miskonsepsi

Murid perlu tahu nilai tempat
untuk nombor perpuluhan iaitu
persepuluh, perseratus dan
perseribu . Contohnya jawapan
bagi soalan 1 ialah 0.2 dan
bukannya 2.10



8

2.2 Penutup

Sekiranya guru sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab dalam setiap
tindakan yang mereka lakukan, mereka akan dapat membantu pelajar dalam proses
pembelajaran matematik. Perbincangan secara terbuka tentang kesilapan yang
pelajar lakukan dapat membantu setiap orang dalam kelas. Guru yang
membenarkan pelajar untuk membincangkan tentang mengapa berlakunya
kesilapan konsep atau kesilapan pengiraan akan dapat menghasilkan pembelajaran
yang lama dan kekal dalam minda pelajar. Ini adalah kerana miskonsepsi bukan
dapat dibetulkan dengan cara latih tubi atau drill tetapi ia perlu diselidiki secara
mendalam bagaimana miskonsepsi berlaku.

Pembetulan miskonsepsi hanya akan berjaya sekiranya guru dapat
menembusi setiap miskonsepsi pelajar yang sudah menjadi satu kepercayaan
kepada pelajar. Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya
miskonsepsi secara berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam
pembelajaran tetapi mereka juga memudahkan urusan pengajaran dan pemelajaran
dalam kelas mereka. Proses Pengajaran yang baik seharusnya mengambil kira
kefahaman konsep dan miskonsepsi setiap murid. Kesukaran dalam memahami dan
membentuk pengetahuan konseptual di kalangan murid dan guru-guru bukan lagi
fenomena biasa. Masalah ini merupakan senario yang menyeluruh dan telah wujud
di pelbagai negara, bangsa dan budaya di merata dunia. Oleh itu, melalui
pengajaran dan program pemulihan yang baik dan terancang, kefahaman konsep
dapat diterapkan dalam minda guru-guru agar mereka tidak mewarisi miskonsepsi
kepada murid.









9

3.0 Literatur jenis pepejal 3 matra.
3 Objek sebenar mengikut jenis pepejal tiga matra dan ciri-cirinya.

Pengenalan Sejarah Geometri

Geometri adalah sebahagian dari Matematik yang mengambil berat
persoalan mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang.
Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Pada mulanya ia hanyalah
sebahagian jasad dari pengetahuan praktikal yang mengambil berat
dengan jarak, luas dan isipadu, tetapi pada abad ketiga S.M. Geometri telah
diletakkan di dalam bentuk aksiom oleh Euclid membentuk Geometri Euclid, yang
hasilnya menetapkan piawai untuk beberapa abad berikutnya. Bidang astronomi,
khususnya memetakan bintang-bintang dan planet-planet pada sfera cakerawala,
bertindak sebagai sumber-sumber geometri terpenting dari semasa satu setengah
alaf berikutnya.
Pengenalan kepada koordinat oleh Descartes dan perkembangan sejajar
kepada algebra menandakan peringkat baru untuk geometri, sejak rajah-rajah
geometri, seperti lengkungan datar, kini boleh dipersembahkan secara analitik. Ini
memberikan peranan yang penting kepada kemunculan kalkulus pada abad ke tujuh
belas. Tambahan pula, teori perspektif menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak
geometri daripada hanya sifat-sifat metric (pengukuran) kepada rajah. Subjek dari
geometri telah kemudiannya diperkayakan oleh pembelajaran struktur intrinsik dari
objek geometrik yang berasal dengan Euler dan Gauss telah membawa kepada
penciptaan topologi dan pembezaan geometri.
Sejak penemuan abad kesembilan-belas dari geometri bukan Euclid, konsep
dari ruang telah mengalami perubahan yang besar. Geometri kontemporari
menganggap berganda, ruang yang amat lebih abstrak dari ruang Euclid yang lazim,
iaitu mereka hanya beranggaran menyerupai pada skala kecil. Ruang ini mungkin
dikurniai dengan struktur tambahan, membenarkan seorang untuk bertutur tentang
jarak. Geometri moden mempunyai ikatan kuat berganda dengan fizik, dicontohi oleh
ikatan antara geometri Riemann dan kerelatifan am. Salah satu dari teori fizikal
termuda, teori tali, juga amat geometrik dalam intipatinya.
10

Satu sifat penglihatan dari geometri membuatkan ia pada mulanya lebih mudah
dikira berbanding dari bahagian lain matematik, seperti algebra atau teori nombor.
Bagaimanapun, bahasa geometri juga digunakan dalam konteks bahawa mereka
dikeluarkan jauh dari tradisi, tempat asal Euclidnya, contohnya, dalam geometri
pecahan, dan khususnya dalam geometri Algebra.

"Solid Geometry" merupakan bentuk-bentuk yang asas dalam 3-matra. Contoh
bentuk geometri 3 matra adalah seperti berikut:
1. Kubus
2. Kuboid
3. Silinder
4. Sfera
5. Piramid
6. Prisma segi tiga
7. Prisma Heksagon
8. Prisma pentagon

Beberapa bentuk Pepejal tiga matra
Kubus Piramid
Kuboid Silinder
Sfera Prisma hexagon




11

3.1 3 objek sebenar mengikut jenis pepejal tiga matra dan ciri-cirinya.
Di sini ini akan dipaparkan tentang bentuk pepejal 3 matra dalam "solid
geometry". Berikut merupakan contoh bagi bentuk yang akan dibincangkan.

3.1.1 Piramid
bucu / mercu
tapak

Piramid adalah merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri dari sebuah
bentuk yang mempunyai tapak poligon dan disambungkan dengan segi tiga yang
bertemu di bucu. Tapak biasanya terdiri daripada segi empat segi sama .Tinggi
sesebuah piramid pula di kira jarak ukuran yang bersudut tepat dari tapak ke
bahagian bucu piramid.
a. Ciri-ciri piramid tegak:
(i) Tapaknya berbentuk poligon.
(ii Mempunyai tapak mengufuk dan muka-muka lain yang condong.
(ii Tinggi piramid adalah jarak dari mercu ke titik tengah tapak.
(i
v
Muka-muka condong berbentuk segitiga sama kaki dan bertemu pada satu
mercu.
12


b. Lakaran bentuk piramid dari pandangan sisi / hadapan

Bucu / mercu



tinggi



tapak yang berbentuk
poligon



ii. bentuk asas piramid : terdiri dari segitiga dan segi empat sama







13



iii. Bentangan bentuk piramid


















14



c. Aplikasi Bentuk Piramid
Dalam kehidupan kita seharian, banyak benda atau objek yang berada dalam
persekitaran kita mempunyai bentuk dan saiz yang tersendiri. Berikut
merupakan di antara contoh objek atau bahan yang mengaplikasikan bentuk
geometri dalam pembuatannya.

Bentuk-bentuk piramid yang mempamerkan sifat geometri berdasarkan ;


i. Buatan ( bangunan )





Binaan piramid di Mesir

Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan
silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir
silam, di mana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam
firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek
Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).



15



Piramid di Giza
Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu
daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600
SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap
satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan
tingginya 482 kaki.

ii. Buatan ( bangunan )


Bangunan Sunway Piramid







16




3.1.2 Bentuk silinder

Silinder mempunyai dua bulatan di atas dan bawah dan digulung

dengan satu petak segi empat.


a. Ciri-ciri Silinder :

1. Mempunyai dua (2) permukaan yang berbentuk bulat.
2. Mempunyai tiga (3) permukaan






ii. Menara Yayasan Sabah adalah contoh terbaik untuk bentuk
silinder.




17



b. Rajah di bawah menunjukkan lakaran bentuk silinder dari
pandangan sisi

























ii. bentangan bagi sebuah silinder






dua permukaan yang
berbentuk bulat


18















satu petak segi empat


c. APLIKASI BENTUK SILINDER

i. Pokok Baobab atau nama saintifiknya Adansonia yang mempamerkan
sifat geometri dari alam semulajadi ( flora ). Pokok ini berasal dari Afrika.





19
















3.1.3 Bentuk Kubus



20




a. Ciri-ciri kubus

Melalui gambarajah di atas, kita akan mendapati bahawa

sebuah kubus setiap sisi yang sama panjang.

- Sebuah kubus terbina daripada enam satah segiempat sama.





ii. Rumus isipadu kubus

Panjang x Lebar x Tinggi











b. Lakaran sebuah kubus dari pandangan sisi /hadapan
Bilangan permukaan : 6
Bilangan bucu : 8
Bilangan tepi : 12
21

















sisi yang sama
panjang terdiri dar segiempat sama




ii. Bentangan sebuah kubus dari pandangan atas















iii. Contoh ciptaan alam semula jadi yang berbentuk geometri
22




Buah Semangka berbentuk kubus



Semangka ditanam didalam kotak kaca yang seragam. Lama-lama semangka
tumbuh mengikuti bentuk kotak kaca. Hasilnya ajaib. Semangka kotak berhasil
ditanam di Jepun . Kini Semangka berbentuk kotak kubus, bukan barang aneh
lagi, dan boleh dijumppai dimana-mana di negeri matahari terbit itu.



iv- Bentuk geometri ( kubus ) hasil buatan
23




Kaabah
















4.0 Refleksi
24


































5.0 Kesimpulan
25



































26

Beri Nilai