Anda di halaman 1dari 7

1

1.0 PENGENALAN
Pergerakan asas merupakan proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi
kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi
dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak
yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat
tersebut. Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan
mental dan sosial. Menurut Baley dan Field Pergerakan merupakan satu proses
pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual,
sosial, budaya atau fizikal yang rancak. Menurut Freeman pula pergerakan adalah
melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanak-
kanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan. Sehubungan dengan itu secara
tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal
yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan
hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manupulatif alat.
Pergerakan asas merupakan salah satu tunjng utama kemahiran di dalam
Pendidikan jasmani. Ia dilaksanakan pada peringkat permulaan iaitu tahap satu dan
merupakan asas kepada semua kemahiran pada masa akan datang. Pergerakan asas
boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang dihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan
mereka mengawal pergerakan-pergerakan badan (Susan Capel, 1986). Menurut
beberapa pakar dalam bidang pendidikan jasmani seperti Gallahue, D.L. (1996) dan C
Gabbard. Le Blanc, dan Lowy S (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas terdiri
daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan
lokomotor dan manipulasi alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan sama
ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan.




2

2.0 JENIS-JENIS PERGERAKAN
Konsep pergerakan asas sebenarnya menjelaskan tentang bagaimana
kemahiran sesuatu pergerakan itu di lakukan. Dengan ini ia akan memudahkan murid-
murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut.
Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-
murid dengan peluang untuk mereka meneroka pergaulan dan membina pemahaman
mereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan

2.1 Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak
dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku
pergerakan berubah mengikut pergerakan. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar
yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai
contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak,
guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Terdapat pelbagai cara pergerakan
badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
Pergerakan lokomotor dibahagikan kepada dua iaitu pergerakan lokomotor beritma
sekata dan pergerakan lokomotor beritma tidak sekata.

2.1.1 Lokomotor Beritma Sekata
1. Berjalan
Pergerakan merentasi ruang dengan memindahkan berat badan dari satu kaki ke kai
yang lain.
2. Berlari
Kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada
mencecah bumi.


3

3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)
Pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan
atau lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki.
4. Melompat Ketinting
Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Setelah itu, kaki yang sama akan
mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kaki
tidah mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak
dan tumit di atas tanah.

2.1.2 Lokomotor Beritma Tidak Sekata
1. Kemahiran Skip
- Skip berlari perlahan atau pantas pelbagai arah dalam ruang am.
- Skip melompat lurus ke hadapan sambil menghayun tangan (lutut tinggi)
- Skip satu hala dalam bulatan besar
- Skip zig-zag melalui skitel (kon)
- Skip di atas lantai atau di atas bangku panjang
sambil menghayun atau mendepakan tangan.

2. Kemahiran Gelungsur
- Menggelungsur dengan kaki di atas lantai tangan di bahagian pinggang ke
sisi
- Menggelungsur meniarap di atas lantai sambil bergerak ke hadapan
menggunakan tangan
- Menggelungsur di atas punggung ke pelbagai arah menggunakan tangan
dan kaki.
- Menggelungsur di atas permukaan yang lebih sempit seperti bangku panjang



4

2.1.3 Konsep Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor
digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam
persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor;
gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
1. ARAH
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau
ke kanan.

Rajah: Arah Pergerakan










5

2. HALUAN
Haluan melibatkan corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkang-
bengkok, zig-zag dan lain-lain.

Rajah: Corak haluan pergerakan lokomotor
3. MASA
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh
dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.








6

2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan
tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak
mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor lebih
tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan iaitu pada sendi buka tutup dan
pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak
mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa sedar. Contohnya melambung,
membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar
(menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan
pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Berikut
merupakan beberapa contoh pergerakan bukan lokomotor.
2.2.1 Mengilas
Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa
menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan
sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh,
badan boleh dikilas pada paksi panjang.
2.2.2 Memusing
Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan
berpusing, dasar menyokong berubah tempat. Contoh-contoh aktiviti untuk mengilas
dan memusing:
1. Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan
leher.
2. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal
dasar menyokong.
2.2.3 Menolak
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan
objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan
menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul
7

2.2.4 Menarik
Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya
pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

2.3 Manipulasi Alatan
Manupulasi alat ialah bagaimana cara mengayakan atau mempergunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan baik pergerakan loko
motor ataupun pergerakan bukan lokomotor.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di
bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah lagi, ini kerana pada peringkat
ini kanak-kanak lagi mudah menerima apa yang diajar oleh guru.Sekiranya pergerakan
ini diajar pada peringkat sekolah rendah ataupun prasekolah ini akan meningkatkan
kemahiran kanak-kanak itu lagi iaitu kemahiran motor kasar mahupun kemahiran motor
halus. Kemahiran ini banyak memerlukan penggunaan angota badan seperti tangan,
kaki dan pergerakan badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu
objek. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang
perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat
meningkatkan koordinasi angota badan contohnya tangan mata, kaki mata dan lain-lain.
Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola
kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.
Menurut Thomas, Lee & Thomas( 1988 ), manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu:
1. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul,
mengumpan dan merejam.
2. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut.
3. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul.
Kemahiran-kemahiran ini seperti kemahiran pergerakan asas perlu dipelajari oleh
kanak-kanak semasa mereka di sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran-
kemahiran ini, barulah kanak-kanak bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih
rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.

Anda mungkin juga menyukai