Anda di halaman 1dari 2

CIRI KHAS PEMIKIRAN SEKULARISME

Dualisme dan dikotomi


Dualisme merupakan ciri pemikiran sekularisme. Sekularisme mempertentangkan agama
dengan sains, wahyu dengan akal, demokrasi dengan teokrasi dan sebagainya. Islam liberal
merupakan gerakan yang mereka lakukan adalah satu-satunya alternatif yang menjalankan
usaha penyatuan antara agama dan akal fikiran. Mereka melihat majoriti umat Islam
mengikuti aliran tradisionalis konservatif yang jumud dan tidak memberi ruang kepada akal
fikiran untuk berperanan dan berijtihad.
Akal berfungsi sebagai penterjemah dan memikirkan cara terbaik dalam melaksanakan
tuntutan agama. Buktinya , imam-imam mazhab mengenal dan mencipta istilah-istilah seperti
qiyas,istihsan ,masalih al-mursalah dan maqasiq al-syariah yang merupakan sumber-sumber
perundangan Islam.
Disini juga terdapat kecenderungan Islam liberal dalam melihat agama dan akal sebagai dua
entiti yang bebas dan berautonomi penuh. Bagi Islam liberal apabila pertentangan antara teks
dan akal berlaku, maka teks al-Quran ini perlu ditafsirkan melalui kaedah hermeneutika,
dengan alasan agar tidak terpaku kepada pemahaman literal terhadap syariah. Oleh itu, bagi
mereka teks wahyu perlu ditundukkan kepada rasionalisme terlebih dahulu sebelum ianya
dapat diterima untuk dilaksanakan.
Melihat dari metod dan cara berfikir tersebut, maka tidak sedikit daripada mereka yang
melihat bahawa nilai-nilai shariah adalah nilai-nilai universal yang juga terdapat dalam
tamadun barat, bahkan turut di kongsi barsama oleh mana-mana agama di dunia ini.

KEBEBASAN BERIJTIHAD DAN PENOLAKAN TERHADAP AUTORITI AGAMA

Dalam perspektif Islam liberal, penekanan banyak diberikan kepada kebebasan berpendapat
oleh mana-mana individu tentang permasaalahan agama. Pendekatan yang digunakan adalah
relativisme, iaitu dengan mengatakan bahawa kebenaran adalah relatif dan tidak
boleh didakwa oleh mana-mana pihak. Bagi mereka, penolakan terhadap autoriti
agama dianggap penting agar kebebasan berpendapat dan berijtihad dapat dilaksanakan.
Atas dasar kebebasan inilah, Islam liberal banyak merujuk kepada karya-karya terbitan
orientalis Kristian, kerana bagi mereka, orientalis merupakan autoriti yang lebih kritis dan
dapat mengemukan pendekatan yang lebih rasional serta berlainan.
Golongan Islam liberal berpendapat bahawa autoriti agama hanya akan memberikan kesan
negatif iaitu autoritarianisme keagamaan. Menurut mereka lagi golongan ulama akan
menopoli kebenaran dan menghukum pandangan selain daripada pandangan mereka sebagai
tidak Islamik, sesat dan sebagainya. Kekeliruan ini sebenarnya wujud kerana dari perselisihan
faham atau yang disengajakan. Penjelasan yang jelas adalah kewujudan keutamaan ilmu ini
tidak mengisyaratkan wujudnya hirarki dalam Islam. Ini kerana didalam Islam, tidak sama
sekali meletakkan ulama sebagai wakil Tuhan sepertimana yang berlaku dalam tradisi
Nasrani dan pemerintahan gereja di zaman kegelapan. Dalam Islam, kebenaran mutlak bukan
terletak pada ulama, tidak semestinya pandangan ulama itu benar, dan hanya boleh diterima
jika berdasarkan al-Quran dan Hadis.
Penolakan terhadap autoriti agama akan memberi ruang yang luas kepada golongan Islam
liberal untuk berijtihad dengan bebas, namun bagi Kurzman beliau menggunakan istilah yang
agak moden yang tampak canggih iaitu kebebasan berfikir ( freedorm of thought ) dan
kebebasan mentafsirkan teks-teks agama (freedorm of religious interpretation). Demikian,
dapat dinyatakan disini bahawa golongan Islam liberal melihat perlunya umat Islam
mempertimbangkan hermeneutika al-Quran di samping kaedah tafsir yang sedia ada yang
dianggap sebagai tidak sesuai digunakan lagi pada zaman ini.

Anda mungkin juga menyukai