Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Oleh : Nor Nazlia Binti Baharudin



Program Bina Insan Guru Fasa 2 (ceramah) yang berlangsung pada 4 Mei
2014, selama 3 jam di bilik kuliah Mahfur Baba di Institut Pendidikan Guru Kampus
Kota Bharu, Kelantan. Ini telah memberikan banyak input yang berguna kepada saya
untuk membina dan membentuk profesionalisme guru, meningkatkan daya tahan dan
fizikal dari aspek fizikal, mental, emoasi, rohani, dan social sebagai panduan untuk
menjadi seorang guru yang semerlang pada masa hadapan.

Program ini telah disertai PISMP GSTT Sejarah semester 2 yang terdiri
daripada 10 orang. Bagi Bina Insan Guru Fasa 2 ini, kami telah melaksanakan
Ceramah Insan Guru yang bertajuk Guru dan Akauntabiliti Profesioalisme.
Penceramahnya adalah Encik Wan Mohd Ghazali, kaunselor Institut Pendidikan
Guru Kampus Kota Bharu. Melalui ceramah ini, saya dapat menanamkan beberapa
nilai murni untuk diamalkan dalam kehidupan seharian dan memberi peluang kepada
saya untuk menilai kemampuan diri sendiri sebagai persediaan untuk menjadi
seorang guru yang kreatif, proaktif, fleksibel , berkeyakinan tinggi dan mengamalkan
nialai-nilaian akauntabiliti dalam kehidupan harian.

Sepanjang ceramah ini dilaksanakan, kami telah member perhatian kerana
isinya amat berguna untuk ditamankan dalam diri dan sifat-sifat ini harus ada pada
setiap individu. Penceramah juga sering bertanyakan soalan dan membuat lawak
untuk menarik minat pelajar. Kelemahan yang saya dapat lihat dalam cermah ini
ialah kurangnya pemerhatian yang dilakukan oleh penceramah yang terlibat. Peluang
yang dapat dilihat pula ialah hubungan yang mesra dapat dipupuk dalam ahli kelas.
Hal ini kerana, setiap ahli kelas berkerjasama dalam membuat persiapan tempat dan
pengurusan lain sebelum ceramah ini berlangsung. ceramah. Dari segi ancaman,


faktor waktu yang diambil dianggap tidak sesuai kerana pada waktu petang.
Cadangan bagi aktiviti ini ialah penceramah perlulah melakukan aktiviti berkumpulan
supaya setiap ahli boleh memberi idea dan pendapat mereka.

Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu kerana telah merancangkan pelbagai
aktiviti yang berfaedah untuk dijalankan sepanjang Program Bina Insan Guru ini.
Aktiviti ini dapat melatih kami untuk menjadi seorang guru yang mulia dan
mempunyai sifat-sifat terpuji. Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada mentor yang terlibat di Program BIG Fasa 2 Tahun 2014 atas segala
bimbingan, dorongan dan juga pertolongan mereka dalams epanjang Program Bina
Insan Guru dilaksanakan.

Justifikasinya, banyak perkara yang saya pelajari sepanjang mengikuti
program ini. Usaha yang boleh dikatakan sebagai usaha mendukung hasrat Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK) ini,
sewajarnya didedahkan dengan lebih mendalam lagi terutamanya kepada bakal
guru. Saya berharap program seperti ini dapat dipergiatkan lagi untuk membantu
bakal-bakal guru agar memperoleh lebih banyak pengalaman dan ilmu untuk
dimanfaatkan sewaktu bertugas kelak. Sekian terima kasih. Waulahualam.

Anda mungkin juga menyukai