Anda di halaman 1dari 5

KONSEP ASAS PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan prasekolah.


Ibu bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke
prasekolah. Oleh itu adalah wajar jika ibu bapa meneruskan penglibatan mereka untuk
sama-sama mendidik anak-anak di prasekolah. Penglibatan ibubapa dalam pendidikan
mempunyai kesan yang positif kepada anak-anak. Anak-anak akan merasakan
pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan
berterusan sehingga di rumah.


Guru pula akan dapat mengembangkan peranan professional mereka sebagai
pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula
boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu
pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru.
Pendek kata, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan bahasa, sosial dan
akademik anak-anak mereka.


Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka
boleh diwujudkan melalui konsep keibubapaan berkesan atau effective parenting.
Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya
ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu
bapa, keluarga, masyarakat dan negara.


Kajian oleh Rutter et al. (1970) melihat peningkatan hubungan di antara faktor-
faktor yang berkaitan dengan keluarga terhadap pencapaian literasi kanak-kanak. Ini
menunjukkan penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam menentukan
pencapaian kanak-kanak di sekolah.
Ibu bapa merupakan sebaik-baik contoh kepada anak-anak. Mereka perlu
sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik
agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan
kewujudkan satu generasi yang sihat, dinamik, produktif serta mempunyai nilai-nilai
hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran
positif.
Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -
kanak, strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat
mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang dicita-
citakan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang
kanak-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua, iaitu faktor persekitaran luar dan
faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si
anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosio-ekonomi, budaya
serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya, peralatan di
rumah atau di sekolah dan media massa.
Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan, taraf pemakanan
pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar, pengamatan terhadap diri sendiri
(sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ), dan ciri-ciri serta bakat semula
jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya. Setiap komponen
yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku
seseorang kanak-kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa.
Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri-ciri kekuatan yang ada pada anak
mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada
seseorang kanak-kanak itu boleh diatasi atau sekurang-kurangnya diperbaiki dengan
menggunakan strategi-strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh
dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak
itu meningkatkan potensinya.
Setiap pengalaman yang memberinya kepuasan dan kejayaan akan
menambahkan lagi perasaan yakin pada diri sendiri dan ini pula akan memberinya lebih
kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baru yang bakal menguji daya
inteleknya. Keupayaan intelek (intellectual capacity) seseorang itu adalah kurniaan
Tuhan yang tiada siapa boleh memahami. Kebiasaannya, kita hanya boleh menilai
kebolehan atau prestasi seseorang itu pada sesuatu ketika sahaja

Kebaikan kepada kanak-kanak
Kanak-kanak dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu peranan sebagai
guru.
Kanak-kanak dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa
berkenaan dengan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa
datang daripada pelbagai pekerjaan.
Kanak-kanak dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan
aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah
kecil.
Kebaikan Kepada Ibu bapa
Ibu bapa dapat melihat tingkah laku anak di prasekolah.
Ibu bapa berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah
tingkah laku anak-anak.
Ibu bapa dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak
mereka selama berada di sekolah.
Ibu bapa lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-anak.
Ibu bapa boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan.
Ibu bapa dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru.











PENGLIBATAN ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya ketika di rumah sangat
penting dan kajian membuktikan ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan
seseorang anak.
Kajian peringkat antarabangsa Program Pentaksiran Murid Antarabangsa 2009 yang
dilakukan oleh Pertubuhan untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan menunjukkan
bahawa cara bagaimana penglibatan ibu bapa menggunakan masa bersama anak di
rumah mempengaruhi kejayaannya.
Hal ini disokong oleh statistik bahawa 52 peratus masa murid dihabiskan di rumah dan
di dalam komuniti berbanding hanya 15 peratus masanya berada di sekolah.
Data ini diperoleh daripada sampel jadual waktu murid 2011 Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk kegunaan masa murid berumur tujuh hingga 16 tahun berdasarkan 42
minggu di sekolah dengan purata 5.5 jam di sekolah setiap hari, dua jam masa
kokurikulum wajib seminggu dan masa tidur lapan jam sehari.
Justeru, salah satu inisiatif dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah
penglibatan ibu bapa, komuniti serta sektor swasta dalam pendidikan dan ia akan
dilaksanakan pada Hari Terbuka GTP pada 24 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC).
Melalui penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak akan memberi faedah kepada
kedua-dua pihak. Anak akan mencapai keputusan akademik yang lebih cemerlang serta
mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi di samping rekod kehadiran ke
sekolah yang lebih baik.
Ibu bapa pula mendapat manfaat dari segi mengakses sumber berkaitan keibubapaan
dan memperoleh pengetahuan mengenai sistem serta prosedur sekolah untuk
mendapatkan program bantu sekiranya diperlukan.
Apa yang lebih penting adalah mewujudkan suasana pembelajaran di rumah seperti
menyediakan ruang atau sudut untuk anak belajar dan memastikan anak mempunyai
serta mematuhi jadual ulang kaji.
Sediakan juga buku rujukan walaupun yang terpakai kerana ia akan membantu anak-
anak membuat penyelidikan bagi memahami sesuatu perkara.
Jika boleh, ibu bapa perlu menemani anak semasa dia sedang belajar kerana kehadiran
anda mengukuhkan perasaan dan mengekalkan tumpuannya. Pastikan bunyi televisyen
atau radio direndahkan untuk mengurangkan gangguan.
Adalah lebih jika perkara ini dipupuk sejak anak kecil lagi iaitu dengan membacakan
buku kepadanya kerana ia merupakan satu aktiviti yang dapat merangsang minat
terhadap membaca, menyemai kecintaan terhadap buku dan ilmu.
Pada masa yang sama, ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak dan
perbualan merupakan interaksi yang asas untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu
secara sepakat.
Berbincang dengan anak mengenai pelajaran dapat mengetahui perkembangan
pencapaiannya, mengatasi keraguannya, membimbingnya merangka tindakan dan
mententeramkan kerisauannya. Melalui perbincangan juga akan menghasilkan suatu
pandangan bersama tentang sasaran anak dalam pelajaran di samping membantunya
mencapai cita-cita.
Maka, bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak, mulai 2013,
Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) akan diwujudkan dalam Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG).


Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_01/Penglibatan-
ibu-bapa-penting#ixzz3ES9gmePn
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai