Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN CETAKAN SUTERA SARING


Secara ringkasnya cetakan sutera saring ini dipanggil sebagai cetakan Silkscreen.
Selain itu cetakan sutera saring ini juga dikenali sebagai Serigraphy. Nama ini
diberikan dari bahasa Latin iaitu seri yang membawa maksud (silk) dan perkataan
dari Greek iaitu graphosyang membawa maksud melukis atau menulis. Di zaman
dahulu penggunaan sutera asli (silk) itu adalah sebagai bahan utama untuk dijadikan
cetakan. Namun demikian setelah masa berubah dengan kemajuan masa kini, maka
ianya telah ditukarkan dengan penggunaan bahan sintetik. Penggunaan bahan ini juga
mudah dan mempunyai ketahanan dalam menghasilkan sesuatu karya.






2.0 PENYEDIAAN DALAM MEMBENTUK CETAKAN SUTERA SARING
Dalam penyediaan stensil imej untuk kerja-kerja silkscreen, imej mestilah berwarna
hitam atau putih (Black and White) samada untuk latar atau imej itu sendiri. Jika
menggunakan komputer, anda digalakkan untuk mencetak imej ke atas plastik lutsinar
(transparency) atau tracing paper bagi memudahkan proses pencetakan dilakukan.
Namun begitu kita juga boleh mencetak imej pada permukaan kertas biasa, tetapi
sebelum imej itu diekspose. Kita hendaklah menyapukan sedikit minyak pada
permukaan kertas supaya imej mudah untuk dilihat. Untuk mengedit imej kita
dicadangkan menggunakan perisian komputer seperti Adobe Illustrator atau
Photoshop. Untuk melukis imej itu sendiri secara manual pun boleh. Ia adalah dengan
melukis di atas kertas putih, dan kemudian menekapkan lukisan tersebut di atas tracing
paper menggunakan marker hitam atau terus melukis di atas tracing paper.




3.0 PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN
Bahan-bahan seperti Blok Silkscreen dan Lightbox adalah peralatan utama dalam
proses kerja cetakan sutera saring ini kerana Lightbox ini digunakan untuk
mengekspose gambar. Jika tiada lightbox, kita boleh membuatnya secara sendiri
dengan penggunakan bahan-bahan seperti kayu, papan nipis atau papan, paku,
penukul, staple gun, marker, playar longnose, gunting, skrew, skrew driver, musking
tape, pembaris, lampu kalimantang, gergaji, kayu cermin lutsinar dan pisau. Kita boleh
membuat sendiri Light Box (DIY) dengan menggunakan lampu kalimantang sebagai
sumber cahaya selain menggunakan cahaya matahari. Bagi alatan mencetak pula kita
perlukan Media Cetakan Silkscreen Dakwat minyak (oil base) atau air (water base),
sekuji, scoop coater (pilihan), tape lutsinar, camca, spray gun atau spray, bekas plastik,
photo emulsion, sensitizer dan hardener.




4.0 Proses Menyedia Photo Emulsion
Dalam proses menyediakan Photo Emulsion kita perlu menyediakan 3 bahan asas.
Antara bahan-bahan tersebut ialah Photo Emulsion (berfungsi sebagai merakam imej
seperti filem), Sensitizer (fungsi pelengkap kepada Photo Emulsion) dan -Hardener
(fungsi untuk imej bertahan lama dan menutup mana-mana silkscreen yang tidak /
kurang terkena Photo Emulsion)
Dalam proses penjagaan Photo Emulsion ini, kita harus memastikan ianya tidak
terkena cahaya secara terus untuk lebih tahan lama. Jika bekas photo emulsion telah
dibuka ia boleh bertahan sehingga 6 bulan dan jika dicampur sensitizer tahan
sekurang-kurangnya 3 bulan.





5.0 Proses Coating Silkscreen
Proses coating hendaklah dilakukan didalam bilik yang mempunyai kapasiti cahaya
yang minima. Pastikan kain Silkscreen anda bersih. kita boleh menggunakan sekuji
alatan khas (scoop coater) untuk meyapu/meratakan photo emulsion yang telah
disediakan. Sapukan secara rata keatas permukaan silkscreen. Anda boleh
menyapunya di bahagian hadapan sahaja ataupun di kedua-dua belah silkscreen.
Setelah selesai, blok silkscreen tersebut hendaklah dikeringkan (pastikan ianya benar-
benar kering) atau di tempat yang tidak bercahaya atau kadar cahaya yang rendah.
Elakkan meletakkan blk silkscreen di tempat yang terlalu banyak cahaya, kerana ia
akan menjadikan blok yang telah di coating rosak. Pastikan bahagian hadapan
mengadap ke bawah (imej mengadap ke bawah) dan tidak menyentuh permukaan lain
semasa proses pengeringan.




6.0 Proses Mengekspose Imej
Proses mengekspose ini haruslah menggunakan Lightbox mengikut masa yang telah
ditetapkan. Namun begitu jangka waktu penetapan dedahan cahaya ke atas sesuatu
imej juga boleh berbeza hasil keputusannya, bergantung kepada jenis Photo Emulsion,
cara bancuhan dan campuran, Jenis lampu yang digunakan, Imej (kejelasan).
Segalanya harus dilakukan secara berhati-hati agar tiada sebarang kesilapan.
7.0 Proses Menanggal Photo Emulsion
Setelah tamat tempoh mengekspose, barulah kita boleh menanggalkan photo emulsion
selepas diekspose untuk menampakkan imej yang terhasil. Mula-mula ratakan air
dahulu ke atas permukaan silkscreen selama 30 saat 1 minit atau sehingga nampak
imej. Kemudian halakan air samada menggunakan spraygun atau paip biasa.
Kemudian biarkan ianya terkena cahaya matahari selama beberapa minit kemudian
barulah imej itu sedia dicetak keatas permukaan yang di ingini seperti pada Tshirt atau
kertas.
Untuk mencuci block dari photo emulsion ini, kita boleh memadamkannya dengan
menggunakan photo emulsion remover.
8.0 Proses Mencetak
Proses mencetak haruslah dilakukan secara berhati-hati tetapi cepat. Supaya imej
yang terhasil akan tepat. Proses meratakan warna di dalam blok haruslah
menggunakan sekuji.

9.0 Proses Menanggalkan Warna
Jangan biarkan warna berada terlalu lama di atas silkscreen kerana warna boleh
mengeras dan akan menutupi bahagian silkscreen anda. Kita harus terus membasuh
blok silkscreen setelah selesai kerja-kerja yang telah dilakukan, begitu juga dengan
sekuji serta alatan yang berkaitan. Jemur dan biarkan blok anda kering.

Anda mungkin juga menyukai