Anda di halaman 1dari 2

Mencari Tarikh Lailatul Qadr

1 August, 2012 in Islam, maklumat | Tags: bila lailatul qadr, jangkaan lailatul qadr, Lailatul Qadr, matrix lailatul
qadr, puasa, Ramadhan
Hadith Rasulullah s.a.w.:
Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mendirikan malam lailatul
Qadr kerana iman dan mengharapkan pahala Allah maka ia diampuni dosanya yang telah lampau
Hadith Sahih Bukhari
Dari Anas, ia berkata: Ubadah bin Shamit memberi khabar kepadaku bahawasanya pada suatu hari Rasulullah
s.a.w. keluar untuk memberitahukan tentang bila berlakunya Lailatul Qadr. Kebetulan Baginda bertemu dua
orang muslim yang saling berbantah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda Saya keluar untuk mengkhabarkan
tentang terjadinya Lailatul Qadr. Kebetulan saya melihat dua orang sedang berbantahan, maka saya terjadi
lupa. Mudah-mudahan kelupaan tersebut berguna untuk anda sekalian. Carilah Lailatul Qadr tersebut pada
hari ketujuh, kesembilan dan kelima (yakni 27, 29, 25 Ramadan).

Hadith Sahih Bukhari
Dalam banyak kitab-kitab terdapat beberapa jangkaan yang dibuat berhubung tarikh bilanya berlaku Lailatul
Qadr. Untuk memudahkan para pembaca, berikut disiarkan gambarajah yang boleh digunakan sebagai
panduan. Semoga berguna hendaknya.










nota: gambarajah ini telah dipetik dari pelbagai laman lain dan diubahsuaikan grafiknya sahaja.
Dengan mengambil kira 1 Ramadhan di Malaysia pada tahun ini (2012/1433H) jatuh pada hari Sabtu maka
malam 21 atau malam 23 menjadi jangkaan sebahagian ulama. Manakala bagi sesetengah tempat yang mula
berpuasa pada hari Jumaat lagi maka wajarlah malam 27 atau malam 29 diperbanyakkan amalan. Namun,
sayugianyalah kita pertingkatkan amalan sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan.

Kiriman ini pernah disiarkan sebelum ini (sini), disiar ulang untuk manfaat bersama.

Anda mungkin juga menyukai