Anda di halaman 1dari 8

GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN

2014

GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
1




GARIS PANDUAN
JALAN DAN PERPARITAN

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
2014

JABATAN PERANCANGAN INFRASTRUKTUR
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR



GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN

1.0 TUJUAN
1.1 Garis Panduan Jalan Dan Perparitan 2014 ini
disediakan adalah bertujuan untuk
menyeragamkan kehendak-kehendak DBKL
semasa memproses Pelan Jalan Dan
Perparitan.
1.2 Panduan kepada Jurutera Perunding Pemaju
untuk merekabentuk dan menyediakan Pelan
Jalan Dan Perparitan serta menjadi panduan
kepada kakitangan DBKL untuk memproses
dan meluluskan Pelan Jalan Dan Perparitan.
1.3 Garispanduan ini juga adalah untuk
memperjelaskan maksud yang terkandung
dalam Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974
berhubung dengan kehendak teknikal jalan
dan Perparitan

2.0 SYARAT - SYARAT TEKNIKAL JALAN DAN
PERPARITAN
2.1 Jalan dan parit disempadan tapak
pembangunan hendaklah dibina (jika tiada)
atau menaik taraf jalan dan parit sekiranya
sediada.
2.2 Jalan dan parit hendaklah disambung kepada
jalan dan parit yang sediada.
GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
2014

GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
2
2.3 Rekabentuk rezab jalan hendaklah mematuhi
hairaki kelebaran rezab jalan iaitu 40, 50,
66, 80,100 dan 132.
2.4 Cadangan jalan dan perparitan yang
melibatkan kawasan LLM dan rezab TNB
hendaklah memperolehi persetujuan terlebih
dahulu daripada agensi tersebut.
2.5 Keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) di
siarkaki hendaklah disediakan.
2.6 Penutup sump dan penutup longkang dalam
kawasan siarkaki hendaklah menggunakan
PCC Slab.
2.7 Rekabentuk untuk Rezab Jalan 40 hingga
132 DBKL hendaklah berdasarkan Jadual
2.7.1 dan 2.8.1 seperti berikut:
Jadual 2.7.1 : Dimensi Pelan Keratan Jalan
Rezab Jalan
Lebar
Median
Lebar Jalan
Kawasan Hijau +Siarkaki + Slab
Longkang
(Rujuk Pelan Piawaian JPIF
2014)
40 0
(12192mm)
-
24 0
(7315mm)
JPIF/STD/0023 SYIT 58
DAN 59
50 0
(15240mm)
-
20 0
/28 0
(6100mm-
8534mm)
JPIF/STD/0023 SYIT 60
DAN 61
66 0
(20117mm)
-
40 0
(12192mm)
JPIF/STD/0023 SYIT 62
80 0
(24384mm)
8 0
(2438mm)
2 x 22 0
2 x
(6706mm)
JPIF/STD/0023 SYIT 63
100 0
(30480mm)
15 0
(4572mm)
2 x 24 0
2 x
(7315mm)
JPIF/STD/0023 SYIT 64
132 0
(40233mm)
15 0
(4572mm)
2 x 36 0
2 x
(10972mm)
JPIF/STD/0023 SYIT 65
Jadual 2.8.1: Ketebalan minima Crusher Run dan Premix
hendaklah berdasarkan jadual berikut.
Rezab
Jalan
Lebar Jalan
(carriageway)
Sand
Bedding
(mm)
Crusher
Run
(mm)
Binder
Course
(mm)
Wearing
Course
(mm)
20 14 50 300 40 50
40 24 50 300 50 50
50 20/28 50 300 50 50
66 40 100 450 50 60
80 2 x 22 100 450 50 60
100 2 x 24 100 450 50 60
132 2 x 36 100 450 50 60
2.9 Cul-de-sac hendaklah diturap sepenuhnya
iaitu dari longkang ke longkang. Siarkaki
tidak perlu dicadangkan disini.
2.10 Acceleration lane / Deceleration lane yang
sesuai hendaklah dicadangkan dan
GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
2014

GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
3
dihubungkan dengan jalan sedia ada. Butir-
butir bagi tanda-tanda jalan (Road Marking)
untuk Acceleration lane / Deceleration lane
tersebut hendaklah mengikut piawaian
semasa.
2.11 Kerb di persimpangan dua jalan utama
hendaklah menggunakan horizontal curve
35 kaki radius.
2.12 Aras laras cadangan jalan baru hendaklah
diselaraskan dengan jalan sediada dan
disahkan dengan perkataan The finished
level of the proposed roads and platform
levels proposed are such that it will permit
connection to adjoining existing or future
roads di dalam pelan.
2.13 Garisan sempadan mesti ditunjukkan didalam
setiap gambarajah dan pelan keratan rentas.
2.14 Pelan-pelan keratan rentas / keratan
memanjang untuk kerja-kerja jalan dan
perparitan perlu dikemukakan.
2.15 Semua bebendul konkrit jalan yang
dicadangkan hendaklah menggunakan jenis
extruded kerb dan mengikut piawaian
jabatan ini.
2.16 Catch pit tepi jalan disediakan bersama
Galvanised Steel Grating bersaiz 610mm x
250mm pada sela 6m.
2.17 Outlet pipe hendaklah dibina daripada paip
konkrit 225mm dengan disalut konkrit
100mm disekelilingnya dan di tempatkan
pada sela 6m atau pada tempat-tempat yang
difikirkan bersesuaian dengan cerun 1:40
bersama dengan pemasangan catch pit.
2.18 Bagi cadangan jalan dan perparitan yang
melibatkan LLM / TNB / SYABAS / IWK,
kelulusan/persetujuan daripada pihak
tersebut hendaklah diperolehi oleh
Juruperunding.
2.19 Siarkaki jenis concrete (wire brush / broom
finish) atau seumpama dengannya hendaklah
dicadangkan di dalam semua sekim
pembangunan baru dan butir-butir binaannya
hendaklah dikemukakan.
2.20 Kesemua cadangan sump untuk siarkaki
hendaklah ditutupi dengan menggunakan
Precast Compressed Concrete Slab (PCC
Slab), bersaiz 600mm x 395mm x 2 no
bersama dengan cast-in-situ slab.
2.21 Siarkaki disediakan lubang pemeriksaan
dengan PCC Slab bersaiz 600mm x 395mm
x 1no (minimum) pada sela 6m.
2.22 Kemudahan (OKU) hendaklah disediakan di
atas siarkaki baru mengikut MS 1331 : 2003
(contohnya guiding block, drop kerb dan
lain-lain).
GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
2014

GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
4
2.23 Guardrails / Pagar Keselamatan (Anti Climb
G.I guardrails) yang bersesuaian hendaklah
diadakan dikedua-dua belah jalan yang
dibina di atas tambak (embankment) dan
kawasan yang beza ketinggian melebihi 1
meter.
2.24 Cadangan untuk kerja-kerja didalam rezab
parit / sungai dan lencongan saliran
(sekiranya ada) hendaklah ditunjukkan
didalam pelan dan seterusnya kemukakan
sesalinan pelan perakuan daripada Jabatan
Perancangan Infrastruktur.
2.25 Longkang tepi jalan hendaklah dibina baru di
luar lot mengikut garisan sempadan dan
sistem perparitan yang baru ini hendaklah
dapat dihubungkan dengan baiknya dengan
sistem yang sedia ada.
2.26 Saiz minima cadangan pipe culvert adalah
bergarispusat 900mm dan perlu disahkan
dengan pengiraan Juruperunding.
2.27 Dinding-dinding batu-bata 9(225mm) tebal
hendaklah berada di atas concrete
haunching dan hendaklah diplaster dengan
simen mortar setebal (19mm) tebal. Sila
tunjukkan dalam gambarajah keratan rentas.
2.28 Dinding-dinding batu-bata 9(225mm) tebal
hendaklah dibina kepada ketinggian maksima
36(1050mm) dan ditambah menjadi
13(350mm) bagi ketinggian melebihi
36(1050mm) tetapi tidak melebihi
50(1500mm).
2.29 Longkang tepi jalan hendaklah dicadangkan
dari jenis 12(300mm) Half Round Glaze
Ware(HRGW).
2.30 Tebal konkrit asas longkang hendaklah
sekurang-kurangnya 6(150mm) tebal.
2.31 Semua longkang tepi jalan yang dibina baru
dan yang sedia ada terbuka hendaklah
ditutupkan dengan cast-in-situ slab setebal
4(100mm) (min).
2.32 Cadangan laluan utiliti hendaklah ditunjukkan
dengan jelas dalam pelan tapak dan pelan
keratan dan ianya hendaklah selaras dengan
pelan piawaian jabatan ini (Rujuk nombor
lukisan JPIF/STD/0023 SYIT 60 hingga SYIT
65). Didalam hal ini sebarang laluan utiliti
tidak dibenarkan berada dalam kawasan
laluan jalan(carriageway)
2.33 Pelan berasingan atau `superimposed plan
didalam pelan tapak hendaklah menunjukkan
garisan jalan seperti garisan putus, garisan
berterusan, garisan berhenti, `zebra
crossing, arrow marking, yellow box,
chevron dan seumpamanya termasuk
kedudukan papantanda-papantanda jalan,
kedudukan tiang lampu, lampu isyarat,
GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
2014

GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
5
feeder pillar dan papan tanda nama jalan
hendaklah dikemukakan bersama-sama pelan
jalan dan perparitan serta mematuhi
piawaian jabatan ini/DBKL
2.34 Lokasi kedudukan tiang lampu, lampu
isyarat, feeder pillar dan papan tanda nama
jalan ini hendaklah berada dalam kawasan
yang tidak menjadi halangan kepada
pergerakan pejalan kaki (sebagai panduan
rujuk Nombor Lukisan JPIF/STD/0023 Syit
66)

3.0 SYARAT - SYARAT TEKNIKAL PEMBETUNG
PINTU MASUK
3.1 Dinding batu-bata berukuran 9(225mm)
tebal hendaklah dibina kepada ketinggian
maksima 36(1050mm) dan ditambah
menjadi 13(350mm) bagi ketinggian
melebihi 36(1050mm) tetapi tidak melebihi
50(1500mm).
3.2 Bahagian jalan masuk yang menghubungkan
slab culvert pintu masuk dan jalan sedia ada
hendaklah dibina daripada 3(75mm) premix
diatas 12(300mm) batu crusher run.
3.3 Bahagian teratas slab culvert pintu masuk
hendaklah dibina rata dan separas dengan
bahagian jalan dalam rezab jalan.
3.4 Perunding dikehendaki mengesahkan dan
menyatakan sama ada buir-butir culvert
pintu masuk yang diberikan adalah mewakili
satu atau kesemua culvert pintu masuk atau
tidak. Butir binaan untuk setiap culvert
pintu masuk hendaklah dapat dirujukkan.
3.5 Dinding batu-bata 9(225mm) tebal
hendaklah di atas concrete haunching dan
hendaklah di plaster dengan simen mortar
setebal (19mm) tebal. Sila tunjukkan
dalam gambarajah keratan rentas.
3.6 Tebal minima slab culvert pintu masuk ialah
6(150mm) tebal. Kelebaran slab perlu
setakat melepasi lebar perparitan sahaja.
3.7 Galvanised Steel Grating with hinge sahaja
hendaklah di cadangkan dengan saiz minima
450mm x 610mm dan hendaklah di
tempatkan di tengah-tengah culvert pintu
masuk. Hot-dipped grating tidak
dibenarkan.
3.8 Pelan-pelan keratan rentas / keratan
memanjang untuk kerja-kerja pembentung
pintu masuk perlu dikemukakan.
3.9 Panjang wing-wall hendaklah tidak melebihi
lebar span culvert pintu masuk.
3.10 Panjang culvert pintu masuk hendaklah
dicadangkan di antara 120(3600mm)
hingga 200(6100mm) panjang bagi
GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
2014

GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
6
pembangunan kediaman; dan maksima
30(9144mm) panjang bagi pembangunan
stesen minyak.
3.11 Tebal konkrit asas longkang hendaklah
sekurang-kurangnya 6 (150mm) tebal.
3.12 Garisan sempadan mesti ditunjukkan di
dalam setiap gambarajah keratan rentas.
3.13 Bagi setiap permohonan/pembangunan;
yuran pemeriksaan tapak bagi kerja-kerja
Jalan dan Perparitan hendaklah dibayar
dengan menggunakan Bank Deraf atas nama
`Bendahari Bandaraya berdasarkan jadual
berikut:

Jadual 3.13.1 : Perkiraan yuran pemeriksaan Jalan dan
Perparitan
SAIZ PEMBANGUNAN
(mengikut kategori yang telah
ditetapkan oleh Unit Pusat
Setempat OSC)
YURAN YANG
DIKENAKAN (RM)
KECIL TIADA BAYARAN
SEDERHANA 500
BESAR 2000



4.0 PERMOHONAN KELULUSAN PELAN JALAN
DAN PERPARITAN (TERMASUK PELAN
PEMBENTUNG PINTU MASUK)

4.1 3 set pelan yang lengkap perlu dikemukakan
kejabatan ini yang terdiri dari Pelan Lokasi, Pelan
Tapak, Pelan Keratan Jalan, Pelan Pengurusan
Lalulintas, Pelan Laluan Utiliti termasuk Pelan-pelan
butiran siarkaki, longkang, kerb, scupper drain,
papantanda jalan, papantanda arah dan butiran lain
yang berkaitan jalan dan perparitan
Kesemua pelan-pelan ini hendaklah mematuhi
semua kehendak syarat teknikal jalan dan
perparitan yang dinyatakan pada para 2.0 dan 3.0
termasuk menjelaskan yuran pemeriksaan mengikut
Jadual 3.13.1 diatas.

4.2 Senaskah perkiraan rekabentuk perparitan dan yang
berkaitan dengan cadangan jalan dan perparitan
hendaklah dikemukakan bersama semasa membuat
permohonan

4.3 Borang JPIF 1 dan 3 yang telah lengkap diisi dan
disahkan oleh Jurutera Perunding hendaklah
dikemukakan bersama-sama Pelan Jalan dan
Perparitan

GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
2014

GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
7
5.0 PERMOHONAN KELULUSAN PELAN LAMPU
JALAN

5.1 Pelan cadangan lampu jalan boleh juga
dikemukakan/(superimposed) bersama-sama Pelan
tapak Jalan dan Perparitan(atau pelan yang
berasingan) dan dikemukakan serentak pada satu
masa untuk diluluskan oleh Jabatan ini.

Didalam hal ini semua kehendak syarat teknikal
lampu jalan yang dinyatakan dalam Garispanduan
Lampu Jalan dan Lampu Hiasan Pejalankaki 2014
hendaklah dipatuhi dan ditunjukkan dalam pelan
berkenaan.

































GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
2014

GARIS PANDUAN JALAN DAN PERPARITAN
8



































Slope 1:12
Parit tepi jalan
Tacktiles
Kawasan Pejalan Kaki Bebas Halangan
Kawasan Hijau
Tiang Lampu Jalan Feeder Pillar
Zebra Crossing
Kerb separas dengan
paras jalan
PELAN SUSUNATUR PERSIMPANGAN MENUNJUKKAN
LOKASI PERABUT JALAN DAN TANDA JALAN

Papantanda nama jalan

Anda mungkin juga menyukai