Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL MINGGU PERTAMA

Nama : Jessie Yeo Chi Wei


Tarikh : 17 July 2014 (Khamis)
Tajuk : Pengurusan Masa dalam P&P

Masalah:
Saya tetap menghadapi masalah pengurusan masa dalam P&P walaupun kali ini
merupakan praktikum fasa 2. Masalah ini telah menyebabkan sesetengah aktiviti-aktiviti
yang dirancang tidak sempat dihabiskan pada masa yang ditetapkan. Selain itu,
terdapat juga masa luang yang lebih semasa P&p.

Analisis:
Saya berpendapat bahawa masalah pengurusan masa dalam P&P adalah
disebabkan oleh kekurangan persediaan saya untuk mengajar. Hal ini kerana kali
terakhir saya mengajar di sekolah adalah pada beberapa bulan yang lalu. Jadi, saya
telah lupa teknik dan taktik untuk mengajar dengan baik.
Selain itu, masalah ni juga wujud apabila terdapat faktor lain yang mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran. Contonya seperti murid terpaksa mengambil
masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk bergerak masuk ke makmal sains dan stadium
semasa waktu PJ.Ini telah menyebabkan saya mengurangkan peruntukkan masa bagi
langkah lain untuk memastikan P&P saya boleh dijalankan berdasarkan RPH yang saya
rancangkan

pengetahuan tentang tahap pemikiran dan pencapaian murid. Saya perlu
merancang RPH sehari sebelum saya mengajar dan sebelum saya berpeluang untuk
berinteraksi dengan murid. Ini telah menyebabkan aktiviti-aktiviti yang saya rancangkan
adalah amat sukar bagi sesetengah murid. Bagi memastikan mereka faham dan jelas
tentang apa yang perlu dibuat, saya terpaksa mengambil masa untuk membimbing
mereka menjalankan aktiviti-aktivit yang dirancangkan. Ini telah menyebabkan RPH
yang dirancangkan tidak dapat dijalankan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kekurangan masalah untuk berkolaborasi dengan guru-guru Sains yang
berpengalaman juga menyumbang kepada masalah ini. Tanpa bimbingan yang wajar,
saya terpaksa merancang RPH ini berdasarkan pengetahuan dan pendangan saya
sendiri.
.
Masalah ini telah menjadi halangan kepada saya dalam sesi P&P kerana saya
tidak dapat menjalankan aktiviti seperti yang dirancangkan. Saya berpendapat bahawa
sekiranya masalah ini berlanjutan, P&P saya akan menjadi bosan dan kurang menarik
bagi murid-murid kerana tidak dapat menjalankan aktiviti yang menarik.

Cadangan Untuk Memperbaiki:
Bagi mengatasi masalah ini, saya akan lebih banyak berkolaborasi dengan guru-
guru berkenaan untuk mendapat nasihat dan bimbingan. Saya juga akan melatih diri
dalam pengagihan masa bagi setiap aktiviti yang dirancangkan. Kemahiran ini juga
dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian untuk menjadikan seorang insan
yang tidak membazir masa. Menurut pakar pengurusan masa Merill E. Douglass
dalam Ambosworkz(2005) menyatakan, cara anda menghabiskan masa
menentukan cara anda menjalani kehidupan dan itulah diri anda sebenarnya.
Justeru, saya akan berusaha untuk membuat penambahbaikan dalam aspek
pengurusan masa ini.
Selain itu, saya juga akan merancang aktiviti P&P berdasarkan kebolehan
dan waktu pengajaran saya supaya murid dapat memahami dan menikmati

keseronokkan belajar di samping P&P saya dapat dijalankan dengan lancar dalam
masa yang ditetapkan.
Tempoh Masa:
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin supaya P&P saya
boleh dijalankan dengan lancar berdasarkan apa yang dirancangkan..
Penilaian Kelayakan:
Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing di
sekolah untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta
pandangan dari rakan sebaya.

Tindakan Susulan:
Semasa membuat rancangan pengajaran harian, saya akan memikirkan objektif-
objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan.

Kesimpulan :
Tuntasnya, saya berpendapat bahawa masalah ini tidak bersifat kekal dan boleh
diatasi.Saya akan berusaha untuk membuat penambahbaikan dalam aspek ini. Namun,
halangan-halangan yang mungkin timbul seperti aktiviti sekolah atau kejadian
kecemasan semenangnya tidak dapat dielekkan. Jadi, saya perlu bertindak mengikut
kesesuaian keadaan.


Disemak oleh Guru/ Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :