Anda di halaman 1dari 27

BMM 3163

GENRE KESUSASTERAAN
MELAYU DALAM BM
catatan:
PARIDAH BINTI MAMAT
JPM, IPGM KAMPUS KENT
JUN NOVEMBER 2014
Sinopsis
Kursus ini menghuraikan sastera dalam pengisian
kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah, pendekatan
pemahaman teks sastera sekolah rendah, teknik dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera, sastera
bandingan, sastera kanak-kanak dan remaja, dan
apresiasi teks sastera sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran
Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks
kesusasteraan Melayu sekolah rendah;
Menterjemah kandungan kurikulum bahasa Melayu
(sastera) sekolah rendah;
Mengaplikasi pendekatan pemahaman teks sastera
sekolah rendah;
Melaksana teknik dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sastera sekolah rendah; sastera
bandingan; sastera kanak-kanak dan remaja;
Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah.
Objektif Sukatan Pelajaran BM SR
i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta
menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi
formal;

ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam
pelbagai situasi;

iii.Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu
perkara;

iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan
menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina
budaya pembelajaran berterusan;


sambungan
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan
berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses
penulisan yang sesuai dan betul, Contohnya menulis puisi

viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,
tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis; -bertutur dalam simulasi/ lakonan,
drama/bercerita membaca cerita menulis puisi/ cerita pendek

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera
dan karya berunsur ilmu; - keindahan bahasa dalam puisi/ lagu
dan

x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

Sastera & Kurikulum BM SR
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan
menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina
budaya pembelajaran berterusan;

vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan
menulis;

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan
berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses
penulisan yang sesuai dan betul;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya
sastera dan karya berunsur ilmu; dan


Sastera dan ilmu dalam Sukatan
Pelajaran

Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin .
Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain
yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu
bahasa dan kemahiran bahasa.
Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh
dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran. (pengertahuan tentang kancer dalam novel
Jangan Ambil Nyawaku, sejarah perang dunia ke 2 dan
kesannya dalam novel Salina.

Sastera dan Nilai dalam
Sukatan Pelajaran
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu
adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki
akhlak mulia. Teladan dalam karya sastera contoh cerpen
pensel sebatang dan cerpen Beruk
Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan
membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan
berperibadi mulia. contoh lagu Budi Bahasa Budaya Kita
Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah
negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung
dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada
pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan
keperluan globalisasi.

Sastera dan kewarganegaraan
Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan
pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air.
Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk
melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan
komitmen individu terhadap bangsa dan negara.
Unsur patriotisme dalam sajak Bunga Popi, dalam novel
Pulanglah Perantau.

Peraturan sosio budaya dan sastera
Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu
meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa , dan
peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.
Kesantunan berbahasa sistem panggilan
- bahasa kecil
- kiasan contoh berbadan dua
Laras bahasa sastera. Penggunaan unsur bahasa sastera,
personifikasi, simili, hiperbola, bombastik, inversi, imejan
dan sebagainya.
Peribahasa . Kehalusan budi dan indah.

Sastera dan Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran berfikir cerita orang tua dan sirih
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Kemahiran belajar cara belajar mencatat nota
Kajian masa depan -
Kecerdasan pelbagai (verbal-linguistik, logikmatematik,
muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal,
intrapersonal, dan naturalis)
Pembelajaran konstruktivisme
Pembelajaran kontekstual
Pendekatan pemahaman teks
Kaedah Struktural
Kaedah Mengalami Menghayati
Kaedah Berfokus
Kaedah Global
Kaedah struktural
Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan
struktur dan fungsi.
Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen
yang membina objek.
Kaedah struktural-samb
Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen
yang membangun karya sastera.

Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan
melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang
sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih,
watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar
budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada
sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera
dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu,
tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik
penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, anti-
kronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu
persoalan, tema, pengajaran dan nilai.

Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak
terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu
unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.
Kaedah Mengalami Menghayati
Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya
sastera.
Mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan
menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera.
Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara
mendeklamasinya.
Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan,
drama atau improvisasi.
Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti
berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu
seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian.
Kaedah Berfokus
Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera
secara terperinci.
Kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk
dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh
dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak
dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan.
Pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu
fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus
utama dan pelbagai fokus sampingan.
Kaedah Global
Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti
simulasi khasnya berdrama.
Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi
kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan
(permainan) kanak-kanak.
Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.
Contoh pelaksanaan
Pelaksanaan Kaedah Global
1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan
oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik
dalam karya sastera.
3. Dalam suasana informal guru meminta murid-murid berlakon
dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
lakonan berasaskan gambar
lakonan berasaskan skrip
lakonan guna topeng
lakonan guna cerita berlagu
Teknik dan Aktiviti P&P
Pantomin, Mestamu
Deklamasi
Khat
Pemaduan seni
Adaptasi
Kerusi panas
Teater pembaca
Teater bercerita
Improvisasi
Boneka

Sastera bandingan
Interteks/ Parodi
Kajian perbandingan karya karya sastera; Antara
penulis dalam negara atau luar negara,
Cth; Bagaimana Siti Zainon Ismail (Malaysia) dan Angela
Carter (Barat) menggarap isu-isu wanita dalam karya
mereka.
Konsep interteks
Kajian hubungan antara dua kesusastraan atau lebih
(Wellek dan Warren, 1990 :49).
Secara luas interteks diertikan sebagai jaringan hubungan
antara satu teks dengan teks yang lain.
Penelitian dilakukan dengan cara melakukan hubungan-
hubungan bermakna di antara dua teks atau lebih.
Hubungan yang dimaksudkan tidak semata-mata sebagai
persamaan, melainkan juga sebaliknya sebagai
pertentangan.

Secara praktikalnya aktiviti interteks terjadi melalui dua
cara :
(a) membaca dua teks atau lebih secara
serentak pada masa yang sama,
(b) hanya membaca sebuah teks tetapi
dilatarbelakangi oleh teks-teks yang lain yang
sudah pernah dibaca sebelumnya.
Julia Kristeva (dalam Culler, 1977:139) menegaskan
bahwa setiap teks itu merupakan penyerapan atau
transformasi teks-teks lain.
masuknya teks ke dalam teks lain adalah perkara biasa
terjadi dalam karya sastra, sebab pada hakikatnya suatu
teks merupakan bentuk serapan dan transformasi dari
sejumlah teks lain, sehingga terlihat sebagai suatu mozik
(Ali Imron: 2005:80).

cth
Beberapa sajak Chairil Anwar(Dalam Matamu)
mempunyai hubungan intertekstual dengan sajak-sajak
Amir Hamzah (Berdiri Aku). Hubungan intertekstual itu
menunjukan adanya persamaan dan pertentangannya
dalam hal konsep estetik dan pandangan hidup yang
berlawanan
Zaman penjajahan dan pasca merdeka di Malaysia
Sastera kanak-kanak
Karya sastera prosa dan puisi, samada secara lisan atau
bertulis yang digubah khusus untuk kanak-kanak.

Sastera kanak-kanak dari perspektif
pendidikan?
Penerbitan sastera kanak-kanak dan remaja memainkan
peranan besar bagi membangunkan masyarakat yang
gemar membaca.
Nilai-nilai murni dan pengajaran dalam karya sastera
kanak-kanak dapat membentuk sikap dan sahsiah kanak-
kanak.
Anak Sunda bermata kuyu
Orang Daik pulang ke Daik
Sematkan diminda Sastera Melayu
Belajar yang baik ambil yang baik

Anda mungkin juga menyukai