Anda di halaman 1dari 20

TEKANAN UDARA

Menyatakan bahawa molekul gas adalah


sentiasa bergerak bebas (moving freely)
dan sentiasa berlanggar (colliding)
terhadap dinding bekasnya (container).
Kekerapan perlanggaran antara molekul
udara terhadap dinding bekasnya akan
menghasilkan daya yang menolak
terhadap dinding bekas tersebut.
Daya ini dipanggil tekanan udara (air
pressure).
TEORI KINETIK GAS
Tekanan yang dihasilkan
oleh pelanggaran zarah-
zarah udara ke atas
permukaan luar dan
permukaan dalam sesuatu
objek.
TEKANAN UDARA
Eksperimen yang
menunjukkan bahawa udara
mempunyai tekanan
Eksperimen 1
Sebiji gelas diisi dengan air sehingga
ia penuh.
Permukaan gelas tersebut
kemudiannya ditutup dengan sekeping
kad.
Semasa memegang kad, kaca terbalik
dengan cepat.
Apabila tangan yang memegang kad
ditarik, air tidak mengalir keluar dari
gelas.
Ini adalah kerana tekanan udara yang
dikenakan ke atas kad adalah cukup
kuat untuk menyokong berat air yang
terdapat di dalam gelas tersebut

Eksperimen 2
Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan
sehingga air mendidih.
Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat
dan seterusnya air sejuk dicurahkan ke atas
tin tersebut.
Apabila air mula mendidih, molekul stim
menolak molekul udara keluar dari tin
tersebut.
Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan
dicurahkan dengan air sejuk, stim di dalam
tin akan memeluwap / terkondensasi
(condenses) menjadi air.
Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin
menjadi lebih rendah daripada tekanan
udara di luar tin.
Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh
tekanan udara di luar tin sehingga ia menjadi
kemek (dented).

FAKTOR-FAKTOR TEKANAN
UDARA
1) Isipadu
1) Isipadu

Jika udara dimampatkan lagi dengan
mengurangkan isipadu bekas, zarah udara
akan melanggar dinding bekas dengan lebih
kerap. Ini menyebabkan tekanan
bertambah

Isipadu berkurang, Tekanan bertambah
2) Suhu udara

Jika udara dipanaskan, zarah-zarah udara
dalam bekas akan memperolehi lebih
banyak tenaga dan akan melanggar dinding
bekas dengan lebih kerap. Ini
menyebabkan tekanan bertambah

Suhu meningkat, Tekanan meningkat
APLIKASI PRINSIP TEKANAN
UDARA
Penyedut Minuman (straw)
Apabila udara disedut,
kawasan dalam
penyedut akan
menghasilkan kawasan
tekanan rendah.
Tekanan udara yang
lebih tinggi di luar akan
menolak air masuk ke
dalam penyedut
minuman
Picagari
Apabila omboh
ditarik ke atas,
kawasan dengan
tekanan rendah
terbentuk dalam
picagari. Tekanan
udara yang lebih
tinggi di luar
menolakair masuk ke
dalam picagari.
Apabila omboh ditolak ke dalam
silinder, udara dipancut keluar
dengan laju. Satu kawasan tekanan
rendah terbentuk di sekeliling
muncung silinder. Keadaan ini
menyebabkan tekanan udara yang
lebih tinggi di dalam tin memaksa
racun serangga masuk ke dalam
tiub logam. Kemudian, racun
serangga dipecahkan kepada titisan
kecil oleh udara yang dipancut
keluar dengan laju dari silinder.
Sifon
Apabila air mengalir
dari hujung bawah
salur, kawasan
tekanan rendah
terbentuk di dalam
salur. Tekanan udara
yang lebih tinggi di
luar menolak air
masuk ke sifon.
Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa
udara yang ada di dalamnya
keluar, kemudian membentuk
keadaan bertekanan rendah.
Mangkuk getah melekat pada
permukaan singki apabila
tekanan yang lebih tinggi di
luar menekan ke atasnya.
Tekanan yang lebih tinggi di
dalam paip menolak kotoran
yang tersumbat apabila pam
sedutan ditarik ke atas.
Tin dengan dua lubang
Susu dipaksa keluar
di salah satu lubang
oleh tindakan
tekanan udara yang
menolak udara ke
dalam lubang yang
bertentangan
Sinki tersumbat
Mangkuk getah ditekan
pada lubang sinki.
Mangkuk getah memaksa
udara masuk ke dalam
saluran paip.
Tekanan udara
menyebabkan kekotoran
longgar dan membenarkan
air mengalir semula
Susu pekat tidak boleh dituang keluar dari tin
jika hanya satu lubang dibuat di atas tin kerana
tekanan atmosfera bertindak pada susu melalui
lubang dan menghalang susu dari keluar.
Susu mengalir dengan keluar dengan mudah
jikan dua lubang dibuat pada tin.
Ini kerana membolehkan udara masuk dari satu
lubang dan menolak susu keluar melalui satu
lubang yang lain.
Menuang susu pekat dalam tin