Anda di halaman 1dari 13

ABSTRAK

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian
kepada masalah murid Tingkatan 2E yang kurang menguasai aspek-aspek bahasa
yang banyak dalam banyak kerja penulisan mereka. Antara kelemahan yang
menjadi fokus kajian ialah kecelaruan menggunakan awalan di yang seharusnya
berbeza dengan penggunaan kata depan di. Untuk mengatasi masalah ini, saya
menjalankan kajian dengan melakukan beberapa aktiviti yang difikirkan mampu
menanamkan kefahaman yang mendalam dalam jiwa mereka. Saya percaya jika
murid dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul, mereka tidak akan lagi
melakukan kesalahan dalam menuliskan perkataan-perkataan yang melibatkan
kedua-dua aspek bahasa tersebut.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Tingkatan 2E merupakan kelas yang kedua akhir dalam bilangan keseluruhan
tingkatan dua yang terdapat di sekolah ini. Pada kelazimannya, kelas 2E
menempatkan murid-murid yang menunjukkan prestasi yang rendah dalam
pencapaian pembelajaran mereka. Murid-murid kelas ini didapati lemah dalam
penguasaan kemahiran bagi keseluruhan mata pelajaran yang diajarkan kepada
mereka. Pada tahun ini saya dipertanggungjawabkan untuk mengajarkan mata
pelajaran Bahasa Melayu kepada mereka. Pengajaran dan pembelajaran kelas ini
saya mulai dengan membuat pemerhatian terhadap tahap penguasaan aspek-aspek
bahasa yang dikuasai oleh mereka.
Hasil pemerhatian, saya dapati sekumpulan murid Tingkatan 2E kurang menguasai
aspek-aspek bahasa dalam banyak kerja penulisan mereka. Antara kelemahan yang
ketara ialah mereka tidak mahir menggunakan huruf besar pada awal ayat,
penggunaan tanda noktah pada akhir ayat, penggunaan huruf besar untuk golongan
kata nama khas, penggunaan tanda pembuka dan penutup kata bagi ayat cakap
ajuk, penggunaan di yang betul, dan lain-lain.

Saya berpendapat bahawa kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi supaya tidak
menjejaskan peratus penguasaan Bahasa Melayu dalam peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah yang akan datang. Bantuan perlu diberi kepada mereka yang
lemah seawal yang mungkin untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku.

FOKUS KAJIAN

Daripada kelemahan-kelemahan yang dikesan saya memilih satu daripada
kelemahan mereka untuk dijadikan fokus kajian. Saya dapati hampir 29% (10
daripada 35 orang) murid Tingkatan 2E tidak mahir menggunakan awalan di dan
kata depan di dalam penulisan mereka. Mereka didapati tidak dapat membezakan
penulisan perkataan-perkataan yang menggunakan awalan di yang sepatutnya
dirapatkan dengan kata kerja dan penulisan kata depan di yang sepatutnya
dijarakkan sebagai petunjuk arah atau tempat.
Kelemahan ini berpunca daripada sikap murid-murid tersebut yang tidak minat
membaca dalam kehidupan mereka. Selain itu mereka juga didapati tidak mengenali
perbezaan untuk menuliskan perkataan-perkataan yang melibatkan awalan di dan
kata depan di.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran murid menulis awalan di dan kata depan di bagi
Tingkatan 2E menggunakan kaedah Tempat Jauh Kerja Dekat.

Objektif Khusus

Menguasai kemahiran menuliskan awalan di dan kata depan di dalam penulisan
mereka.
Mengenali perbezaan maksud dan cara penggunaan awalan di dan kata depan di
sekurang-kurangnya sepuluh perkataan sehari.
Menuliskan sekurang-kurangnya lima daripada sepuluh perkataan berawalan di dan
kata depan di dengan betul.




4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tingkatan 2E yang telah dikenal pasti memiliki
kelemahan yang sama. Mereka terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang
murid perempuan. Kesemua murid yang disasarkan ini akan duduk dalam satu
kumpulan khas semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
dijalankan supaya pelaksanaan kajian ini berjalan lancar.


5. PELAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan Masalah

Sebelum melanjutkan kajian, saya telah mengutip data yang perlu melalui beberapa
tinjauan terhadap kelemahan mereka. Data-data tersebut saya dapati daripada hasil-
hasil kerja bertulis yang mereka lakukan sewaktu pembelajaran Bahasa Melayu.
Data yang diperoleh sangat berguna untuk mengenal pasti kejayaan kajian ini.
Kutipan data dilakukan melalui:
a. latihan bertulis dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
b. latihan imlak menuliskan perkataan yang menggunakan awalan di dan kata
depan di.
c. ujian pengesanan BETUL dan SALAH.


5.2 Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1:

Saya melaksanakan P&P Bahasa Melayu di Tingkatan 2E seperti biasa mengikut
Rancangan Pelajaran Harian yang sediakan. Apabila semua murid lain diberikan
latihan bertulis sebagai pengukuhan objektif pemelajaran, saya menjalankan aktiviti
kajian tindakan terhadap 10 orang murid kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti.

Dengan menggunakan kad-kad imbasan saya mula memperkenalkan perkataan-
perkataan yang membawa konsep Tempat Jauh dan cara penulisannya
menggunakan kata depan di kepada mereka.

Aktiviti yang bercirikan latih tubi ini mengambil masa selama lima hari. Setelah
diperkenalkan dengan perkataan-perkataan tersebut, mereka diminta menuliskannya
dengan betul pada Helaian Kajian yang disediakan.

Refleksi Aktiviti 1:

Pada hari terakhir aktiviti ini saya mendapati bahawa kesemua murid sasaran kajian
dapat menuliskan perkataan-perkataan yang diperkenalkan dengan betul.

Kesemua perkataan ditulis dengan menjarakkan kata depan di yang membawa
konsep Tempat Jauh.

Saya beranggapan bahawa mereka sudah memahami cara menggunakan kata
depan di bagi perkataan-perkataan yang menunjukkan arah dan tempat.

Aktiviti 2:

Saya menggunakan pendekatan yang sama untuk menjalankan aktiviti ini. Mereka
diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang membawa konsep Kerja Dekat.

Pada kali ini mereka ditekankan tentang cara penulisannya yang menggunakan
awalan di dengan betul. Selama lima hari mereka mengamati penggunaan awalan
di untuk perkataan-perkataan yang membawa konsep Kerja Dekat dan
menuliskannya dalam Helaian Kajian pada setiap kali aktiviti berakhir.

Refleksi Aktiviti 2:

Pada akhir aktiviti ini saya juga mendapati kesemua murid dapat menuliskan
perkataan-perkataan yang membawa konsep Kerja Dekat dengan betul apabila
menggunakan awalan di.

Kesemua murid boleh menuliskan perkataan-perkataan berawalan di dengan tidak
menjarakkannya. Oleh itu saya beranggapan bahawa mereka sudah memahami
bahawa kesemua perkataan kata kerja yang menerima awalan di hendaklah ditulis
secara rapat dan tidak boleh dijarakkan.

Aktiviti 3:

Bagi aktiviti ini, kesemua 10 orang murid diminta menandakan [ ] atau [ ] pada
10 perkataan yang terdapat di dalam Borang Ujian Pengesanan 1.

Setelah itu mereka diminta menuliskan 5 perkataan berawalan di dan 5 perkataan
kata depan di yang disebutkan oleh guru secara rawak di dalam Borang Ujian
Pengesanan 2.

Borang-borang tersebut saya kumpul dan semak pada setiap hari. Setelah disemak
saya memberikan tumpuan dan bimbingan kepada murid-murid yang agak kerap
melakukan kesilapan.


Refleksi Aktiviti 3:

Aktiviti yang dujalankan selama lima hari ini telah menampakkan hasil yang
diharapkan.

Berikut ialah keputusan pencapaian mereka daripada 10 perkataan yang diberi:

Borang Ujian Pengesanan 1

Bil.
Sasaran
Hari 1
Hari 2
Hari 3
Hari 4
Hari 5
1.
Murid A
7
8
7
10
10
2.
Murid B
8
8
9
10
10
3.
Murid C
5
4
7
6
8
4.
Murid D
8
8
7
10
9
5.
Murid E
9
10
10
9
10
6.
Murid F
7
6
7
7
8
7.
Murid G
8
7
7
8
9
8.
Murid H
10
9
9
10
10
9.
Murid I
8
10
9
10
10
10.
Murid J
9
9
9
10
10










Borang Ujian Pengesanan 2

Bil.
Sasaran
Hari 1
Hari 2
Hari 3
Hari 4
Hari 5
1.
Murid A
8
8
8
10
9
2.
Murid B
8
8
9
9
10
3.
Murid C
6
5
6
7
7
4.
Murid D
8
9
8
9
10
5.
Murid E
9
9
10
10
10
6.
Murid F
6
8
7
8
8
7.
Murid G
7
8
8
9
9
8.
Murid H
10
10
9
10
10
9.
Murid I
9
9
10
10
10
10.
Murid J
9
9
10
10
10


5.3 Refleksi Kajian
Setelah menamatkan kajian saya berpuas hati terhadap pencapaian mereka dalam
kesemua Ujian Pengesanan yang dijalankan. Kajian mendapat bahawa kemahiran
menggunakan awalan di dan kata depan di yang diajarkan secara latih tubi dapat
meningkatkan penggunaannya dengan betul.

Kaedah Tempat Jauh Kerja Dekat yang digunakan ini dapat menambahkan
kefahaman murid untuk menuliskan kesemua perkataan yang menggunakan awalan
di dan kata depan di dengan betul. Walaupun berdasarkan pada akhir Ujian
Pengesanan 1 dan Ujian Pengesanan 2 masih terdapat murid yang tidak mencapai
100% betul, namun saya berpendapat bahawa mereka telah mendapat kefahaman
yang betul mengenainya.


6. CADANGAN LANJUTAN

Berpandukan kajian ini saya bercadang untuk meneruskan kajian ini dengan
melakukan penambahan pada perkataan-perkataan yang menggunakan awalan di
yang juga menerima pengimbuhan pada akhir perkataan. Antaranya ialah akhiran
kan dan i.

Saya percaya kajian seterusnya ini akan membuahkan hasil kerana perkataan-
perkataan yang menerima akhiran kan dan i masih membawa maksud yang sama
iaitu dalam golongan kata kerja.

7. KESIMPULAN

Pada keseluruhannya saya amat berpuas hati kerana kajian yang dilakukan ini dapat
meningkatkan kemahiran murid-murid menggunakan awalan di dan kata depan di
dalam penulisan mereka. Saya amat percaya bahawa sebarang kecelaruan yang
berlaku dalam penggunaan bahasa Melayu khususnya mampu diperbetul jika setiap
guru yang mengajarkannya mampu mencari kaedah yang sesuai dan praktikal.

Percayalah bahawa setiap daripada murid kita memiliki kemampuan yang berbeza-
beza. Oleh itu kita hendaklah memiliki kesedaran dan keupayaan dengan
memberikan peluang kepada mereka untuk berjaya seperti rakan-rakan yang lain.
Amin.