Anda di halaman 1dari 7

Tahun : Tahun 1 Aman

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Kolaj
Tema : Alam Benda
Tajuk : Ikan Peliharaanku
Masa : 60 minit
Media : Alat : Pensel, gam dan gunting
Bahan : kertas lukisan dan kertas warna
Bahan Bantu Mengajar : i. Klip video cara membuat kolaj
ii. Persembahan multimedia pengertian kolaj dan
bahan yang diperlukan untuk membuat kolaj.
iii.Contoh lukisan ikan menggunakan teknik kolaj.

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif

STANDARD KANDUNGAN :

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni warna dan rupa)
2. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam
penghasilan karya
3. Apresiasi terhadap karya seni.

STANDARD PEMBELAJARAN :

1.1 Persepsi Estetik
1.1 Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual
yang terdapat pada karya seni
1.1.1 unsur seni
1.1.1.1 Garisan- lurus dan melengkung (untuk lakaran)
1.1.1.2 Rupa organik & geometri
1.1.1.3 Warna premier,sekunder, tertier

1.2 Aplikasi Seni
1.2 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media
1.2.1.1 Alat-gunting
1.2.1.2 Bahan kertas lukisan, kertas warna
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan
karya
1.2.2.1 Teknik kolaj


1.3 Ekspresi Kreatif
1.3 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni( garisan, warna dan rupa) dalam penghasilan
karya
1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual


1.4 Apresiasi Seni
1.4 Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan.
1.4.1 Mempamer hasil karya yang dihasilkan
1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan











STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik

Guru menayangkan klip video tentang cara-cara
membuat lukisan ikan peliharaan menggunakan
teknik kolaj.

Murid melihat klip video dengan penuh perhatian.

Murid dapat mengenalpasti objek yang
ditayangkan

Aplikasi Seni
Guru memberi penerangan sambil memaparkan
persembahan multimedia tentang pengertian
kolaj.

Guru memberitahu murid bahawa mereka perlu
menghasilkan lukisan ikan perliharaan dengan
menggunakan teknik kolaj.

Bersoal jawab dengan murid mengenai
kefahaman mereka tentang konsep kolaj.


Ekspresi Kreatif
Guru menunjukkan contoh lukisan ikan
menggunakan teknik kolaj yang telah guru
sediakan.

Murid menghasilkan kolaj ikan dengan bimbingan
guru berdasarkan langkah-langkah berikut.














Langkah 1

Melukis lakaran ikan di atas kertas lukisan.




Langkah 2

Gunting atau koyak kertas warna menjadi
cebisan kecil.





Langkah 3

Tampal cebisan kertas pada motif ikan yang
dilakar.

Ulangi langkah tampalan sehingga memenuhi
semua ruang motif ikan.


Apresiasi Seni

Murid menghantar hasil karya mereka.

Murid mempamerkan hasil karya seni kolaj dan
menceritakan hasil karya seni sendiri.

Guru membuat rumusan dan menanya dua
soalan untuk menguji minda iaitu :
1) Apakah maksud kolaj?
2) Cara-cara membuat teknik kolaj?

Anda mungkin juga menyukai