Anda di halaman 1dari 7

SEJAK dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada

kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas.

Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan
mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah
serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia.

Kematian dua wanita, Chin Wai Fun, 38, yang koma 18 jam akibat terhantuk pada
benda keras ketika bergelut dengan peragut beg tangannya di Brickfields dan
seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau Chong See Cheng, 37, pada 14 Jun
2004 menyedarkan masyarakat bahawa jenayah ragut bukan lagi isu remeh
sebaliknya jenayah yang harus diberi perhatian serius khususnya oleh kaum wanita.

Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut? Pada hal
selama ini mereka langsung tidak pernah terfikir bahawa ragut boleh mengancam
nyawa.

Fenomena ini telah membawa satu lagi amaran kepada wanita supaya lebih berhati-
hati dalam kehidupan seharian mereka terutama kala berada di khalayak.

Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan
kesalahan kepada wanita kerana leka dan tidak peka kepada jenayah yang akan
mereka hadapi.

Menurut mereka peragut terpanggil melakukan jenayah kerana didorong oleh
penampilan mangsa yang membawa beg tangan dengan penuh gaya tanpa
memikirkan keselamatan atau memakai barang kemas yang tidak sepatutnya
semasa berada di tempat awam.

Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan
Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, kejadian maut yang berlaku
membabitkan ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya mengambil
langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian seumpama itu.

Menurut Mahmood, jenayah itu kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain
seperti rogol dan pembunuhan kejam yang dilakukan kepada wanita.

``Sudah sampai masanya wanita memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan
mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar rumah terutama di tempat
awam,'' katanya.

Menurutnya daripada sudut psikologi, wanita perlu peka dan menanamkan dalam
jiwa mereka bahawa kes ragut kini adalah serius dan kemungkinan akan berlaku
kepada diri mereka pada bila-bila masa. Selama ini wanita terkenal dengan sikap
mengambil mudah dan berperasaan tidak apa.

Keselamatan

``Wanita patut memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkah-langkah
keselamatan sewajarnya. Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta,
pastikan anda telah bersedia untuk melakukan se-suatu apabila diserang,'' ujarnya.

Pada masa yang sama, mereka harus peka kepada keadaan keliling serta
mengawasi orang-orang yang mencurigakan di samping berusaha mendapatkan
maklumat tentang cara-cara mengendong beg yang betul, cara berjalan dan elakkan
daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu.

``Contohnya apabila berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang
atau dikendong berada pada sebelah kiri. Ini bagi menghalang peragut daripada
menghampiri dengan mudah untuk merentap beg tangan yang sedang disandang
atau dipegang itu,'' nasihatnya.

Jelas Profesor Mahmood, wanita juga perlu membina kesedaran untuk sentiasa
berhati-hati tidak kira masa dan tempat. Bagi mereka yang pernah mengalaminya,
hendaklah berhati-hati supaya kejadian itu tidak akan berulang.

Ditanya sama ada wanita sendiri yang menjadi pendorong kepada peragut,
Mahmood berkata semuanya bergantung kepada penampilan individu itu sendiri dan
sejauh mana mereka membuat persiapan untuk menghadapi risiko sedemikian
apabila berada di luar rumah.

Sehubungan itu, beliau turut bersetuju wanita mempelajari seni mempertahankan diri
untuk berdepan dengan peragut sekiranya mengalaminya.

``Dalam hubungan ini, wanita terbabit perlu bijak membuat keputusan pada saat itu
sama ada hendak melepaskan beg yang diragut atau mempertahankan beg tersebut
bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap mereka,'' tambahnya.

Mahmood turut menasihati wanita supaya tidak membawa dokumen penting dan
wang tunai yang banyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih gemar meragut
beg tangan berbanding barang kemas.

``Seelok-eloknya jangan membawa dokumen penting yang tidak diperlukan setiap
hari di dalam beg tangan memadai dengan keperluan untuk hari itu. Begitu juga
dengan barang kemas, kalau hendak pakai juga biarlah patut padan kecuali jika
berada di tempat yang terjamin selamat,'' tambahnya.

Menurut Mahmood, sudah sampai masanya wanita melancarkan gerakan pre-
mansion untuk mengingatkan kaum wanita akan bahaya ragut terhadap mereka.

``Ini boleh dilakukan melalui kempen di tempat kerja, kawasan perumahan, di surau
dan majlis-majlis rasmi. Wanita yang pernah menjadi mangsa peragut boleh tampil
bercerita tentang pengalaman mereka untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan
sejenis,'' cadangnya.

Seperkara lagi kata Mahmood, masyarakat juga harus lebih prihatin dengan keadaan
sekeliling. Mereka patut tampil memberi bantuan apabila berada di dalam situasi
seperti itu.

``Sekiranya ternampak seakan-akan sesuatu yang buruk akan berlaku di kawasan
anda berada, segeralah bertindak dan berusaha untuk menghalangnya. Jangan
hanya menjadi pemerhati.

``Saya juga berharap undang-undang untuk pesalah kes ragut ini ditimbang semula
dan perketatkan supaya mereka yang mungkin akan melakukan jenayah tersebut
merasa takut dan berfikir banyak kali sebelum melakukannya,'' jelas Mahmood.

wanita Berhati-hatilah kaum wanita daripada peragut.

Seminar

Ditanya sama ada perlu atau tidak diperbanyakkan seminar dan bengkel mencegah
jenayah di kalangan wanita, Mahmood menjelaskan, apa yang ada sekarang sudah
memadai, hanya perlu ditambah nilainya sahaja.

``Apa yang dimaksudkan dengan nilai adalah bengkel yang berunsurkan penampilan
diri dan tata rias diisi juga dengan ceramah daripada pihak keselamatan (polis) atau
mereka yang berkaitan perkara terbabit asalkan ia memberi manfaat,'' katanya.

Mengenai sikap peragut, Mahmood berkata, biasanya peragut adalah mereka yang
yang suka mencuri.

``Mereka hanya inginkan barang daripada mangsa dan tidak ambil kisah yang
perbuatan mereka itu boleh mendatangkan mudarat kepada mangsa,'' jelas
Mahmood.

Seperkara yang perlu diingati oleh wanita adalah bertindak bijak semasa diserang
tetapi jangan melawan untuk keselamatan diri.

``Apabila diragut, elak diri daripada bergelut dan sebaik-baiknya lepaskan beg yang
disentap kerana menjadi resam peragut akan berusaha mendapatkan apa yang
mereka ingini. Jika terus melawan, kemungkinan mangsa akan tercampak atau
berpusing-pusing kerana kekuatan peragut telah berlipat ganda akibat kelajuan
motor yang dipandu,'' ujar Mahmood.

Dalam apa juga keadaan, kata Mahmood, langkah terbaik adalah sentiasa berhati-
hati.



Langkah-langkah untuk Mengatasi Jenayah Ragut.
Pendahuluan
Jenayah ragut semakin berleluasa dan sering dilaporkan media.
Mencetuskan kebimbangan masyarakat.
Kerajaan melakukan pelbagai langkah pencegahan, namun masalah ini masih
wujud.
Terdapat pelbagai langkah untuk menangani gejala ini.
Peribahasa : api dalam sekam. duri dalam daging.

Isi 1
Tingkatkan pengawasan polis di kawasan panas.Contoh, tempat tumpuan umum,
stesen bas,LRT, pusat beli-belah dll.
Rondaan yang lebih kerap. dan berterusan.
Tempatkan polis berpakaian awam.
Menambah bilangan polis bantuan.
Peribahasa : mencegah lebih baik daripada mengubati.

Isi 2
Memasang kameralitar tertutup di tempat awam. Disambungkan dengan balai polis
berhampiran.
Tujuannya untuk mengesan pergerakan peragut.
Dapat menghalang peragut kerana bimbang aktiviti mereka dikesan.
Peribahasa : sediakan payung sebelum hujan.

Isi 3
Kesedaran masyarakat tentang jenayah dipertingkatkan.
Mengelakkan pemakaian barangan kemas yang berlebihan.
Tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.
Menggunakan kad kredit untuk transaksi.
Peribahasa : hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Isi 4

Merancang waktu dan tempat tujuan.
Bergerak dalam kumpulan agar tidak terdedah pada gejala ragut.
Tidak melalui kawasan sunyi.
Mengelakkan waktu puncak dan masa-masa sesak.
Peribahasa : air tenang jangan disangka tiada buaya.


Isi 5

Sentiasa peka dengan persekitaran.
Kaum wanita tidak membawa beg tangan secara sambalewa.
Memastikan barang berharga disimpan di tempat yang selamat,contohnya poket
rahsia.
Hindarkan diri daripada orang-orang yang mencurigakan.
Belajar seni pertahanan diri.
Membawa bahan-bahan pertahanan diri seperti serbu cili, semburan pemedih
mata,dsb.
Peribahasa : sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna.

Isi 6

Badan sukarela turut berperanan menjaga ketenteraman awam,contohnya Jabatan
Pertahanan Awam, RELA,dsb.
Menempatkan anggota di tempat-tempat strategik untuk memantau keadaan.
Menganjurkan ceramah dan kempen antiragut secara lebih kerap.
Peribahasa : beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Kesimpulan.
Jenayah ragut perlu dibendung. Pelbagai langkah dapat diaplikasikan.
Semua pihak perlu memberikan kerjasama untuk mengatasinya.
Jika tidak imej negara akan terjejas dengan teruk.
Keselamatan rakyat perlu diutamakan sejajar dengan semangat 1 Malaysia.
Peribahasa : ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Anda mungkin juga menyukai