Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHAN WA,

UJIAN BULANAN MAC 2014


PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN
Tingkatan Satu
Satu Jam

BAHAGIAN A
SOALAN OBJEKTIF

Jawab semua soalan di bahagian ini dengan memilih jawapan yang paling tepat. (60 markah)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan identiti diri?
A. Kekuatan dan kelemahan diri seseorang
B. Kemahiran yang dipelajari sepanjang hayat
C. Persamaan potensi yang dimiliki oleh setiap individu
D. Gambaran keseluruhan individu dan matlamat yang ingin dicapai

2. Identiti diri dapat dibina dengan mengembangkan __________________________.
A. potensi diri C. motivasi diri
B. peribadi diri D. perwatakan diri

3. Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor penting bagi seseorang untuk mencapai
matlamat hidup?
l Mempunyai identiti diri
ll Mementingkan diri sendiri
lll Berusaha mengembangkan potensi diri
lV Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri
A. l, ll dan lll C. l, lll dan lV
B. l, ll dan lV D. ll, lll dan lV

4. Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara seseorang dapat mengembangkan potensi
dirinya?
l Bakat yang terpendam
ll Latihan yang berterusan
lll Pendidikan yang di pupuk
lV Kemahiran yang dipelajari
A. l, ll dan lll C. l, lll dan lV
B. l, ll dan lV D. ll, lll dan lV

5. Apakah faedahnya pada diri sendiri jika seseorang itu mengembangkan potensi dirinya?
A. Mengembirakan hati keluarga
B. Berjasa kepada bangsa dan Negara
C. Menjadi pewaris negara yang berguna
D. Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri

6. Antara yang berikut, yang manakah ciri yang berkaitan dengan aspek intelek?
l Mengarang esei
ll Menghafal teks
lll Ingatan yang baik
lV Bersikap penyayang
A. l, ll dan lll C. l, lll dan lV
B. l, ll dan lV D. ll, lll dan lV

7. Antara yang berikut, yang manakah ciri yang berkaitan dengan aspek rohani?
l Bersembayang
ll Berakhlak mulia
lll Betindak pantas dan tangkas
lV Bersyukur dengan pemberian Tuhan
A. l, ll dan lll C. l, lll dan lV
B. l, ll dan lV D. ll, lll dan lV

8. Antara yang berikut, yang manakah ciri yang berkaitan dengan aspek jasmani?
l Beriadah
ll Bersenam setiap hari
lll Menyertai acara lompat jauh
lV Menghadiri upacara keagamaan
A. l, ll dan lll C. l, lll dan lV
B. l, ll dan lV D. ll, lll dan lV

9. Antara yang berikut, yang manakah ciri yang berkaitan dengan aspek emosi?
l Bersabar dengan karenah rakan
ll Menyayangi anggota keluarga
lll Berceramah tentang penyalahgunaan dadah
lV Mengawal diri bagi mengelakkan pergaduhan
A. l, ll dan lll C. l, lll dan lV
B. l, ll dan lV D. ll, lll dan lV

10. Antara yang berikut, yang manakah merupakan usaha yang boleh dilakukan oleh seseorang
individu untuk mencapai cita-citanya?
l Belajar bersungguh-sungguh
ll Tidak pasti dan menukar cita-cita
lll Yakin tentang kebolehan dan potensi diri
lV Menunjukkan minat dalam bidang yang dicita-citakan
A. l, ll dan lll C. l, lll dan lV
B. l, ll dan lV D. ll, lll dan lV

11. Potensi diri merujuk kepada __________________________
A. minat, kemahiran dan intelek
B. latihan, kemahiran dan ilmu
C. bakat, kebolehan dan kekuatan diri
D. bakat, identiti diri dan usaha berterusan

12. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan diri?
l Meluahkan perasaan
ll Mencatat peristiwa penting
lll Menunjukkan keyakinan diri
lV Mengenal pasti matlamat dan potensi diri
A. l, ll dan lll C. l, lll dan lV
B. l, ll dan lV D. ll, lll dan lV

13. Maklumat berikut berkaitan dengan potensi diri Encik David.

Potensi Diri Encik David
Kreatif
Meminati seni lukis
Mahir dalam matematik dan komputer

Apakah pekerjaan yang sesuai untuk Encik David?
A. Doktor C. Perajurit
B. Arkitek D. Angkasawan

14. Apakah peranan rakan sebaya?
A. Berkongsi kemewahan
B. Saling mengambil kesempatan
C. Memberi nasihat yang membina
D. Mendorong melakukan vandalisme

15. Seseorang yang mempunyai identiti diri yang _________________ akan yakin terhadap
kebolehannya.
A. rohani C. positif
B. jasmani D. negatif

16. Pelajar yang ingin membina identiti diri akan berusaha.
A. mengumpul harta yang banyak
B. mengurangkan perbelanjaan harian
C. meningkatkan daya pengeluaran
D. mengembangkan potensi diri

17. Individu yang berjaya memiliki potensi diri merangkumi aspek intelek, jasmani, emosi, dan
rohani. Aspek intelek ialah..
A. daya fikir yang meliputi ciri-ciri kemahiran asas
B. perkembangan tubuh badan yang sihat
C. pembentukan akhlak yang mulia
D. tingkah laku yang terkawal

18. Mengapakah potensi diri penting kepada setiap individu?
A. menggunakan akal dan kebolehan diri untuk mencapai kejayaan
B. agar kita dapat mengatasi orang lain
C. supaya dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna
D. supaya disanjung dan dihormati


19. Bagaimanakah cara untuk memupuk potensi jasmani?
A. bersyukur pemberian Pencipta
B. berfikir secara kreatif
C. menjaga kesihatan badan
D. bersikap tenang

20. Bagaimanakah cara kamu dapat mengasah bakat yang ada pada diri kamu?
A. meniru orang lain
B. membuat banyak latihan
C. selalu berfikiran negatif
D. menjaga perlakuan dan perwatakan

21. Pelajar yang berfikiran positif akan
A. mudah berputus asa
B. sering melakukan kesilapan
C. mengasah potensi dirinya
D. banyak bergantung pada sokongan orang lain

22. Yang berikut adalah aspek emosi, kecuali
A. berkasih sayang
B. mementingkan diri
C. bersemangat kekitaan
D. mampu mengawal perasaan

23. Orang yang mempunyai identiti diri yang negatif tidak dapat menetapkan _____________
hidupnya sendiri.
A. gambaran
B. matlamat
C. keterampilan
D. keyakinan

24. Untuk menjadi seorang jurutera mekanikal, bidang yang harus kamu kuasai ialah
l. Sejarah
ll. Matematik
lll. Teknologi
lV. Sains
A. l dan ll C. lll dan lV
B. ll dan lll D. ll, lll dan lV

25.





Apakah X dan Y

X Y
A Kreatif Inovatif
B Rohani Agama
C Emosi Budaya
D Rohani Emosi
KESEIMBANGAN DIRI
INTELEK X Y JASMANI
26. Mengapakah kita perlu membuat refleksi untuk membaiki diri?
A. Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri
B. Dapat bersaing dengan orang lain secara sihat
C. Untuk mendapatkan kepercayaan daripada rakan-rakan
D. Untuk mengelakkan perselisihan faham dengan ahli keluarga

27. Kita perlu bijak untuk memilih rakan sebaya kerana mereka
A. mempunyai banyak perangai
B. terdiri daripada pelbagai taraf
C. boleh mempengaruhi nilai hidup kita
D. boleh menjadikan kita terkenal
28. Sekiranya anda diajak oleh rakan yang mahu melakukan perbuatan negatif, anda akan
A. melarikan diri supaya dia tidak nampak anda lagi
B. menolak ajakan tersebut dan menasihatinya agar tidak berbuat demikian
C. meminta pertolongan guru untuk menolak ajakan tersebut
D. berjanji dengannya untuk mengikutnya pada hari yang lain

29. Satu contoh tindakan positif yang sesuai dilakukan apabila anda cuba menyelesaikan dilema
ialah
A. menimbangkan kesan baik dan kesan buruk
B. mengutamakan keuntungan peribadi atas tindakan yang diambil
C. mengutamakan keuntungan diri sendiri
D. memastikan diri sendiri tidak kerugian


Remaja harus tahu membuat tindakan yang
rasional demi kebaikan diri sendiri

30. Apakah contoh tindakan yang rasional?
l. Belajar dengan cara yang betul
ll. Membuat amal ibadat mengikut ajaran agama
lll. Berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan
lV. Mengikuti program kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah
A. l dan lV
B. ll dan lll
C. l, ll dan lll
D. l, ll, lll dan lV


BAHAGIAN B

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai dari kotak di bawah. (15 markah)


koperatif Dilema perbezaan sebaya Keputusan

asertif kaunseling bijak rasional konflik

berani takut win-win konflik koperatif


31. Rakan ______________ boleh mempengaruhi nilai emosi seseorang.

32. Kita perlu ______________ membuat pilihan apabila berhadapan dengan situasi yang
mengelirukan.

33. Perselisihan atau pertentangan yang berlaku antara individu dikenal sebagai ___________

34. Bersikap ______________ bermaksud perlakuan menolak sesuatu sikap yang negatif.

35. Kita haruslah bersikap ______________ dalam membuat sesuatu keputusan.

36. Konflik dikatakan wujud kerana _______________ idea, kepentingan dan prinsip.

37. ________________ yang dibuat perlu difikir dengan semasak-masaknya agar tidak dikesali di
kemudian hari.

38. Win-win ialah situasi dua pihak menyelesaikan sesuatu konflik secara ____________

39. ________________ ialah situasi dimana seseorang mengalami kebingungan.

40. Guru ___________ dapat memantu sekiranya pelajar menghadapi masalah di sekolah.

41. Seseorang remaja harus _____________ menolak cabaran tidak sihat untuk dirinya.

42. Anda tidak harus ___________ akan kehilangan rakan yang tidak baik demi menjaga aruah
diri.

43. Maksud penyelesaian __________ ialah satu situasi dua pihak menyelesaikan sesuatu
__________ (44) secara __________ . (45)





Bahagian C

Tulis Benar ATAU Salah pada pernyataan di bawah ini. (15 markah)

46. Keluarga Encik Vadiveloo sentiasa bertolak ansur dan bermaaf-maafan apabila berlaku
kesilapan. _____________

47. Zamani tidak mengendahkan panggilan neneknya untuk mengambil minuman untuknya.
_____________

48. Kamal membantu ibunya menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya. _____________

49. Saroja menemani ibunya yang terlantar di hospital kerana sakit. ______________

50. Rahayu membawa suaminya tinggal berasingan daripada keluarganya. _____________

51. Pelajar merokok di dalam tandas sekolah. _______________

52. Ponteng kelas kerana bosan dengan mata pelajaran tersebut. _____________

53. Ali dan Azman pergi ke perpustakaan untuk membaca buku. ______________

54. Roslina mendengar nasihat ibu bapanya sebelum melakukan sesuatu tindakan. __________

55. Azlin sentiasa berbincang dengan rakan mengenai tugasan sekolah. ____________

56. Linda membantu guru mengangkat buku ke bilik guru. ______________

57. Lyn melayari laman web yang positif untuk mencari maklumat kerja kursus. ___________

58. Badrul tidak mengawal perasaan apabila marah. ____________

59. Segelintir pelajar suka menconteng dinding sekolah dan dinding pagar sekolah. __________

60. Azman dan adiknya menunjukkan tingkah laku yang baik pada tetamu yang dating ke rumah.
____________


Bahagian D

Lengkapkan rajah di bawah. Tuliskan ciri-ciri rakan sebaya yang baik. (10 markah)
























-------- SELAMAT MAJU JAYA ---------

Disediakan Oleh:
Guru Subjek




(PN. G.PARAMESWARY)
Diperiksa Oleh:
Ketua Panitia Sivik &
Kewarganegaraan


..
(PN. SIOW YUEN TOW
Disahkan oleh:
Ketua Bidang Kemanusiaan



..
(EN. CHEOK KIA KIN)

61
.

62
2.

63
.

64
.

65
.

Ciri- ciri rakan sebaya
yang baik
HELAIAN JAWAPAN
Nama: ________________________________ Tingkatan: 1 ____________

Bahagian A (Objektif) : 60%

1 A B C D 2 A B C D 3 A B C D 4 A B C D

5 A B C D 6 A B C D 7 A B C D 8 A B C D

9 A B C D 10 A B C D 11 A B C D 12 A B C D

13 A B C D 14 A B C D 15 A B C D 16 A B C D

17 A B C D 18 A B C D 19 A B C D 20 A B C D

21 A B C D 22 A B C D 23 A B C D 24 A B C D

25 A B C D 26 A B C D 27 A B C D 28 A B C D

29 A B C D 30 A B C D


Bahagian B (Isi tempat kosong): 15%

31. _________________________ 36. _________________________

32. _________________________ 37. _________________________

33. _________________________ 38. _________________________

34. _________________________ 39. _________________________

35. _________________________ 40. _________________________

41. _________________________ 42. _________________________

43. _________________________ 44. _________________________

45. _________________________



Bahagian C (Benar / Salah): 15%

46. _________________________ 47. _________________________

48. _________________________ 49. _________________________

50. _________________________ 51. _________________________

52. _________________________ 53. _________________________

54. _________________________ 55. _________________________

56. _________________________ 57. _________________________

58. _________________________ 59. _________________________

60. _________________________


Bahagian D (Struktur): 10%

61. __________________________________________________________________________

62. ___________________________________________________________________________

63. ___________________________________________________________________________

64. ___________________________________________________________________________

65. ___________________________________________________________________________

JAWAPAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1
UJIAN BULANAN MAC 2014

1. D 6. A 11. C 16. D 21. C 26. A
2. A 7. B 12. B 17. A 22. B 27. C
3. C 8. A 13. B 18. A 23. B 28. B
4. D 9. B 14. C 19. C 24. D 29. A
5. D 10. C 15. C 20. B 25. D 30. D

31. Sebaya
32. Bijak
33. Konflik
34. Asertif
35. Rasional
36. Perbezaan
37. Keputusan
38. Koperatif
39. Dilema
40. Kaunseling
41. berani
42. takut
43. win-win
44. konflik
45.koperatif

46. Betul
47. Salah
48. Betul
49. Betul
50. Salah
51. Salah
52. Salah
53. Betul
54. Betul
55. Betul
56. Betul
57. Betul
58. Salah
59. Salah
60. Betul

61. Bertanggung jawab
62. Bertolak ansur
63. Bekerjasama
64. Hormat menghormati
65. Ikhlas

(Soalan 61 65 terima jawapan yang sesuai)

Anda mungkin juga menyukai