Anda di halaman 1dari 4

Bahan-bahan ( 3 px )

1 paket besar mee kuning


1 ikat sawi
1/2 kg udang tak kira saiz
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 biji telur saiz A
3 liter air
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
minyak masak, garam dan gula
cili kisar 3 sudu besar
Cara-cara
1. Rebus udang dgn 3 liter air dlm periuk sampai mendidih. tutup api dan biarkan..
2. kisar bawang merah dan bawang putih tumis dalam minyak yang telah di panaskan dlm kuali sehingga garing sedikit
dan naik bau..
3. masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing..
4. campurkan sos cili, sos tomato dan sos tiram bersama secawan air gaul dan masukkan ke dalam tumisan yang telah
garing, gaul rata dan biarkan mendidih.
5. pecahkan sebiji telur dan gaul rata supaya kuah pekat, biarkan mendidih sekali lagi.
6. setelah mendidih tuangkan ke dalam periuk berisi rebusan udang tadi dan letak kembali ke atas api, masukkan
garam dan gula secukup rasa dan biarkan mendidih.
7. didihkan air dan celur sawi, toskan.. jgn buang air rebusan td sebalik nya celurkan pula mi kuning yang telah di cuci
bersih dan toskan.
8. bila kuah dah menggelegak sempurna, boleh hidangkan dengan mi bersama cili potong, hirisan daun bawang,telur
rebus dan bawang grg...
9. selamat mencuba dan selamat menjamu selera...



Bahan-bahan ( 3-4 org )


1kg mee kuning
300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
4 sb lada boh / lada giling
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sudu besar udang kering
*1/2 inci halia
1 sudu besar petis
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
keledek / kentang yang telah direbus dan di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)-tak letak
gula dan garam
taugeh dan sawi
daun bawang, daun sup dan bawang goreng

Cara-cara
1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang dan asingkan.. Air rebusan jangan buang...akak
rebus asing kulit udang...pastu campurkan air udang dan kulit udang. (tak ikut step yang ni yer)
2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul
garing dan naik bau....
3. Masukkan air rebusan udang dan kulit udang.. biar kuah mendidih... Akak masukkan jugak udang
yang belum di kopek kulit dalam 10 ekor..sajer bagi nak bagi lagi manis...Masukkan sos tomato, sos cili
dan petis... Renehkan kuah.
4. Masukkan garam dan gula...bergantung pada citarasa masing-masing... .... Adalah lebih baik kalau
kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
5. Letak keledek/kentang yang telah dilenyek untuk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup
pekat sebab ada letak sos... so depend pada diri masing-masinglah eh...
6. Celur mee, taugeh dan sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi .... tuang kuah dan taburlah
dgn daun sup/bawang dan bawang goreng.....


Bahan-Bahan untuk Kuah Mee Udang

2 kilo ubi keledek kemerahan (direbus sehingga lembut, kulit dibuang dan dilenyek)

1 kilo udang sederhana besar

Bahan-Bahan Tumis Kuah Mee Udang

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

4 sudu besar minyak masak

80-120 gm cili giling

2 sudu besar sos tomato

2 sudu sos cili biasa

Bahan-bahan untuk Membuat Sos Cili

(Dihidangkan bersama Mee Udang)

15 cili kering (direbus sehingga rebus)

10 bawang merah (dikubis)

1 sudu besar Belacan

3 ulas bawang putih (dikupas)

Sayur-Sayuran

(Untuk orang yang suka makan sayur)

Sayur Bayam

Taugeh

Daun Bawang

Cara-Cara untuk Membuat Kuah Mee Udang

(satu kilo mee untuk 10-14 orang dewasa)

1) Udang-udang dibuang kepalanya. Kepala udang ini akan digoreng tanpa minyak sehingga kemerahan.

2) Rebus kepala udang kira-kira 20 minit. Sejukan rebusan dan mengisar rebusan air dengan kepala udang sehingga
menjadi halus.

3) Tapiskan hasil pengisaran itu dan asingkan untuk menjadi kuah mee udang.

Cara-cara untuk Tumis Kuah Mee Udang

1) Masukkan minyak masak dalam periuk yang telah disediakan.

2) Apabila minyak mula panas, masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng sampai naik bau yang harum.

3) Selepas tu, masukkan cili giring, sos cili, dan sos tomato.

4) Masukkan air rebusan kepala udang yang telah kisar dan tapiskan ke dalam periok.

5) Kemudian masukkan ubi keledek yang telah lenyek ke dalam periuk juga. Kacau sampai rata. (Kepekatan kauh
adalah terpulang kepada ubi keledek yang lenyek)

6) Sekira kuahnya terlalu pekat bolehlah tambahkan sedikit air.

7) Masukkan secubit garam.

8) Pastikan kuahnya sentiasa dalam keadaan panas untuk dihidangkan.


Cara-Cara untuk Menyediakan Mee Udang

1) Pertama sekali, rendamkan mee kuning di dalam air yang panas untuk masak separuh. Apabila kuah yang panas
dimasukkan, baru mee ini akan masak secukupnya.

2) Untuk penyediaan di rumah; panaskan air sehingga mendidih. Tutupkan api dapur. Sebelum keluarkan mee dari
bungkusan, tepuk bungkusan mee dalam satu arah supaya mee ini tidak tergumpal.

3) Masukkan mee ke dalam air panas selama 30 saat dengan serta-merta, keluarkan mee itu dengan menggunakkan
penapis dan masukkan dalam besin yang disediakan dengan air sejuk. (ini akan mengelakkan mee tidak akan masak
lagi dalam suhu kepanasan sendiri)

4) Keluarkan mee dari besin selepas suhu kepanasan mee telah berkeadaan biasa. (Ingat! Jangan biarkan mee itu
terlalu lama, kerana mee yang telah menyerap air akan terlalu berkembang)

5) Toskan mee itu dan campurkan sedikit minyak masak supaya mee yang separuh masak tadi berada dalam asala
dan juga tidak akan kering dengan cepat semasa terbiar di atas meja.

6) Oleh sebab hendak menyediakan mee melalui langkah-langkah di atas, adalah untuk memastilan segala bahan
kimia yang digunakan sebagai pengawetan mee boleh dihindarkan demi kesihatan keluarga kita.

Tips: Pelbagai jenis bahan, perencah, sayur, kuah dan sos juga boleh dicampurkan dalam mee udang dengan
mengikut suka hati dan kesesuaian masing-masing.

Cara-Cara untuk Membuat Sos Cili yang Sedap

1) Sediakan cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan, mengisar semua bahan ini sehingga halus untuk
dijadikan sos cili.

2) Menyediakan 6 sudu besar minyak masak ke dalam kuali.

3) Tumiskan sos cili tersebut sehingga harum.

4) Akhirnya, sedia dihidangkan bersama Mee Udang.

Tips: Bahan-bahan makanan yang ditambahkan dalam Mee Udang akan menjadikannya lebih enak dan sedap.

1) Gorengkan Tauhu, Fish Ball atau Fish Cake.

2) Potong ikut saiz mengikut kesukaan anda.

3) Hidangkan bersama dengan bawang goreng, hirisan cili merah, daun bawang, potongan limau nipis, dan separuh
telur rebus.

Anda mungkin juga menyukai