Anda di halaman 1dari 58

UNIT 16

1. Ciri-ciri keluarga bahagia ialah:


a. saling berhubungan antara satu sama lain walaupun berada di tempat
yang berasingan.
b. saling bantu-menbantu jika timbul masalah atau kesusahan dalam
kalangan anggota
keluarga.
c. sama-sama menghadapi cabaran, dugaan dan halangan.

2. Semua anggota keluarga yang bertanggungjawab membina keluarga
bahagia. Jika setiap
keluarga menjalankan tugas dan tanggunhjawab masing-masing, wujudlah
sebuah keluarga
yang bahagia.

3. Cara untuk menghadapi segala masalah yang timbul dalam keluarga
ialah:
a) menghadapi masalah, cabaran dan dugaan bersama-sama.
b) anggota keluarga yang tua dan berpengalaman menasihati yang muda.

4. Peranan saya terhadap keluarga ialah:
a) menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar.
b) menolong anggota keluarga yang ditimpa kesusahan.
c) menjaga dan menasihati adik-adik supaya menjadi orang yang berguna.
d) menyokong keputusan yang diambil oleh keluarga.

5. Cara saya mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga ialah:
a) sentiasa berhubung.
b) mengambil berat.
c) saling membantu antara satu sama lain.

6. "Kemesraan sesama anggota keluarga mencerminkan sebuah keluarga
bahagia" kerana
kebahagiaan itu boleh dilihat melalui hubungan yang erat, gurau-senda,
sikap saling
mengambil berat dan tolong-menolong antara satu sama lain. Sikap-sikap
tersebut
itulah cetusan kemesraan yang melambangkan sebuah keluarga yang
bahagia.

7. Pada pendapat saya, punca renggangnya hubungan antara remaja
dengan anggota
keluarga ialah:
a) kesibukan ibu bapa atau anggota keluarga dengan urusan masing-
masing.
b) Perselisilhan faham antara anggota keluarga.
c) sikap anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

8. Kesan jika hubungan antara seorang remaja dengan keluarganya
renggang ialah:
a) remaja akan terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral.
b) remaja tidak menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lain.

9. Hubungan kekeluargaan yang renggang ini boleh dirapatkan dengan
cara:
a) ibu bapa atau anggota keluarga meluangkan masa untuk bersama-sama
keluarga
terutamanya pada masa cuti.
b) berbincang mengatasi masalah yang dihadapi oleh anggota keluarga
bersama-sama.
c) kempen-kempen masyarakatan penyayang yang dijalankan oleh
kerajaan.

10. "Yang tua dihormati, yang muda disayangi" kerana kita mesti
menghormati orang tua
yang lebih berpengalaman dan boleh memberi bimbingan kepada kita.
Sementara itu,
anak-anak atau golongan yang muda perlu diberikan kasih sayang dan
perhatian kerana
mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar.






Unit 15
1. Kepentingan mengekalkan tradisi kekeluargaan ialah:
a) dapat menyatupadukan anggota keluarga
b) megeratkan hubungan antara anggota keluarga
c) tidak pupus ditelan zaman dan terus diwarisi oleh generasi yang akan
datang
d) merupakan jambatan bagi menghubungkan generasi lama dan baharu

2. Perayaan Tung Zhi dalam masyarakat Cina mempunyai pengertian
tersendiri dalam
mengukuhkan institusi keluarga melalui:
a) makanan yang dibuat khas untuk menunjukkan keistimewaan tersebut
merupakan simbol
perpaduan dan kesejahteraan rumah tangga
b) amalan duduk dikeliling meja ketika menikmati hidangan dapat
megeratkan hubungan
kekeluargaan

3. Simbol pokok pisang dalam tradisi masyarakat India ialah
kesinambungan zuriat atau
keturunan dalam sesebuah keluarga. Dalam hal in:
a) anak-anak perlu berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara
b) anak-anak perlu memastikan maruah nama baik dan kehormatan
keluarga terpelihara
sepanjang masa
c) seseorang anak hendaklah memberi sumbangan kepada keluarga,
bangsa dan negara dengan
meneladani orang tua masing-masing

4. Amalan mengekalkan tradisi kekeluargaan diteruskan kerana:
a) menyediakan individu untuk menghadapi cabaran dan perubahan di luar
rumah tangga
b) Institusi kekeluargaan yang kukuh berupaya menangkis sebarang
pengaruh negatif yang
mengancam keruntuhan akhlak dan keruntuhan keluarga
c) berupaya menyambung ke arah pembentukan masyarakat yang
bersepadu

5. Tanggungjawab setiap anggota keluarga bagi memastikan tradisi
kekeluargaan mereka
diteruskan ialah:
a) mengambil berat akan tradisi kekeluargaan
b) menegur anggota keluarga yang mengabaikan tradisi kekeluargaan
c) mengamalkan tradisi kekeluargaan sebagai cara hidup

6. Adat meja makan diamalkan dalam keluarga baba dan nyonya serta
keluarga Cina dengan tujuan untuk:
a) mendisiplinkan anak-anak
b) mengajar anak bersopan-santun ketika makan

7. Aktiviti yang boleh diadakan oleh sesebuah keluarga supaya setiap
orang dapat berkumpul bersama-sama ialah berkelah, melancong dan
meraikan hari istimewa anggota keluarga.
dengan cara :
a) berjimat cermat
b) bertutur dengan sopan
c) berpakaian dengan situasi dan adat
d) membeli barangan perlu sahaja
e) menggunakan tenaga elektrik dan air dengan tidak membazir
f) bersyukur dengan setiap nikmat yang diterima

6. Antara beberapa peraturan yang melarang perlakuan dan pertuturan
yang keterlaluan ialah:
a) tidak boleh berbuat bising di dalam kelas
b) tidak boleh melawan cakap guru
c) tidak boleh menggunakan bahasa yang kasar

7. Rasional peraturan yang dikuatkuasakan ialah:
a) tidak boleh bising - pelajar dapat menumpukan perhatian ketika guru
mengajar
b) melawan cakap guru - guru patut dihormati
c) tidak menggunakan bahasar kasar - pelajar perlulah bersopan dan
berhemah tinggi

8. Beberapa contoh kata-kata hikmat yang menggambarkan nilai
kesederhanaan ialah:
a) Cermat masa banyak, jimat masa sedikit (maksud: janganlah kita terlalu
boros dalam membelanjakan harta ketika kita senang dan beringat-ingat
dalam perbelanjaan ketika kita susah)
b) Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak (maksud:
sombong apabila mendapat sesuatu)
c) Jangan membesarkan kerak nasi (maksud: janganlah membesarkan
perbelanjaan yang membazir)
d) Sedikit- sedikit lama-lama jadi bukit (maksud: jika kita berjimat
mengumpul wang walaupun sedikit, akhirnya akan banyak juga)
e) Ukur baju di badan sendiri (maksud: tiap-tiap perkara yang hendak kita
kerjakan itu biarlah sesuai dengan kemampuan kita)

8. Nasihat saya kepada kawan yang selalu menghabiskan wang
simpanannya untuk membeli pakaian dan kasut yang berjenama ialah:
a) anda perlu berubah sikap
b) pakaian dan kasut yang berjenama boleh dibeli tetapi janganlah
keterlaluan
c) amalkan sikap berjimat cermat
d) pakaian dan kasut yang tidak berjenama tetapi tahan lama juga boleh
digunakan

9. Nasihat saya kepada kawan saya yang tidak dapat mengawal
kemarahannya apabila dia sedang marah, menjerit-jerit dan menengking-
nengking dengan kata-kata kesat ialah:
a) anda perlu berusaha untuk mengawal kemarahan
b) luahkan kemarahan anda dalam sekeping kertas atau tuliskannya di
dalam diari

10. Sebab-sebab untuk membelanjakan baki wang tabungan kelas untuk
semua guru yang mengajar kelas kami ialah:
a) sebagai tanda mengenang jasa mereka
b) sebagai kenang-kenangan terhadap guru yang akan berpindah

11. Sebab-sebab untuk membelanjakan baki wang tabungan kelas untuk
mendermakan wang itu kepada seorang pelajar yang tidak mampu
membayar yuran sekolah ialah:
a) pelajar itu memerlukan bantuan
b) membolehkan pelajar tersebut meneruskan pembelajarannya

UNIT 13
1. Jasa dan pengorbanan ibu bapa ialah:
a) membesarkan anak-anak
b) memberi pendidikan yang sempurna
c) bekerja untuk menyara keluarga

2. Seorang anak dapat menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa
dengan cara:
a) meraikan hari ulang tahun perkahwinan dan hari jadi mereka
b) sentiasa bersama-sama mereka apabila menjelangnya musim perayaan
kebesaran kaum masing-masing

3. Kepentingan sambutan hari istimewa dalam sesebuah keluarga ialah:
a) mempertemukan keluarga yang tinggal berjauhan
b) mengeratkan hubungan kekeluargaan
c) menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa

4. Kasih sayang kepada anggota keluarga perlu ditunjukkan melalui
perbuatan kerana hanya dengan cara tersebut sahaja kasih sayang
tersebut dapat dibuktikan.

5. Sekiranya tidak ada perasaan sayang terhadap anggota keluarga,
perkara- perkara yang akan berlaku ialah anggota keluarga akan:
a) bermasam muka
b) tidak bertegur sapa
c) tidak mesra antara satu sama lain
d) menyimpan dendam sesama sendiri
e) bermusuhan
f) berpecah belah

6. Amalan saling menyayangi sesama anggota keluarga perlu dikekalkan
sehingga ke akhir hayat kerana dapat:
a) melahirkan keluarga bahagia/ceria
b) menghindari anggota keluarga daripada mengalami tekanan dalam
kehidupan

7. Antara sebab sesetengah anggota masyarakat menghantar ibu bapa
mereka ke rumah orang tua ialah:
a) anak-anak sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menjaga
mereka
b) ada orang tua memilih untuk tinggal menetap di orang tua
c) tidak menerima layanan yang baik daripada keluarga dan anak-anak

8. Antara tindakan yang boleh diambil untuk membalas jasa kedua-kedua
ibu bapa ialah:
a) berusaha mencari mencari pekerjaan supaya mampu membayar
kembali pinjaman
b) menggunakan sebahagian daripada pendapatan untuk membiayai
kehidupan ibu dan bapa
c) membantu persekolahan adik-adik (jika ada)
d) menabung sebahagian daripada pendapatan untuk keperluan perubatan
dan keraian ibu bapa

9. Aktiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan lagi kasih sayang dalam
keluarga ialah:
a) mengadakan jamuan kesyukuran
b) membeli hadiah-hadiah
c) melancong atau bercuti bersama-sama
d) beriadah


PANDUAN MENJAWAB KERTAS MORAL SPM

Menjawab kertas 1225/1 memerlukan formula yang tepat. Jadi cikgu
cadangkan pelajar semua pastikan telah menguasai formula tersebut
sebelum menduduki peperiksaan.

Bahagian A: Soalan Struktur


1. Soalan nilai, definisi nilai dan penjelasan nilai


Untuk menjawab soalan ini mesti mahir:
kenalpasti nilai berdasarkan situasi soalan
hafal definisi nilai atau kata kunci
kaitkan definisi dengan situasi soalan
Contoh soalan

Nyatakan/berikan/senaraikan nilai (1 markah untuk 1 nilai)

1. Nyatakan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (1 markah)
2. Berikan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (1
markah)
3. Senaraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (2 markah)
4. Nyatakan tiga nilai patut diamalkan oleh Raj. (3 markah)

Nyatakan/berikan maksud/definisi nilai (2 markah)

1. Nyatakan maksud nilai yang di atas (2 markah)
2. Berikan definisi nilai seperti di 1(a). (2 markah)
3. Tuliskan erti definisi dua nilai di 2(a) (4 markah)
4. Berikan makna nilai yang di nyatakan di atas (2 markah)

Huraikan/jelaskan/terangkan (2/3 markah)

1. Huraikan satu nilai yang diamalkan oleh Anita (2 markah)
Jawab dalam 2 ayat sahaja. (N. W+kk.)
2. Jelaskan satu nilai yang telah diamalkan oleh kerajaan Malaysia (3
markah)
Jawab dalam 3 ayat. (N. W+kk. contoh.)
3. Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja (4 markah)
Jawab 2 ayat untuk setiap nilai. (N1. W+kk(N1). N2. W+kk(N2).)

2. Soalan berdasarkan kandungan akademik tingkatan 4 dan 5



Untuk menjawab soalan jenis ini, pelajar perlu menguasai maklumat
penting daripada buku teks seperti berikut:
Akta
Dasar
Nama-nama pertubuhan
Kesan sesuatu isu/fenomina/masalah
Sebab sesuatu isu/fenomena/masalah
Cara mengatasi sesuatu isu/fenomina/masalah
Contoh soalan

Berikan/senaraikan/nyatakan nama/akta/watak/organisasi dll
1. Berikan satu agensi kerajaan yang melindungi hak pengguna. (1
markah)
2. Senaraikan tiga badan bukan kerajaan yang membela hak pengguna (3
markah)
3. Nyatakan satu organisasi dunia yang melindungi haiwan. (1 markah)
4. Senaraikan dua tokoh sukan negara yang kamu tahu. (2 markah)
5. Nyatakan satu akta yang melarang kita membocorkan maklumat sulit
kerajaan. (1 markah)

Berikan/senaraikan/nyatakan/cadangkan cara/kesan/kepentingan/punca ....
..
1. Cadangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (1 markah)
2. Senaraikan dua kesan pencemaran alam. (2 markah)
3. Nyatakan tiga kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (3
markah)
4. Berikan dua punca pencenaran alam. (2 markah)

Bincangkan/jelaskan/huraikan/terangkan cara/kesan/kepentingan/punca/
.....
1. Bincangkan satu cara mengatasi pencemaran alam. (2 markah)
Cadangan. Contoh.
2. Jelaskan dua kesan pencemaran alam. (4 markah)
Kesan 1. Contoh. Kesan 2. Contoh.
3. Huraikan satu kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. (2
markah)
Kepentingan. Contoh.
4. Terangkan dua punca pencemaran alam. (4 markah)
Punca 1. Contoh. Punca 2. Contoh.


JAUHI KESILAPAN DI BAWAH

Penulisan Nilai

kemampanan alam sekitar
hemat tinggi
telaransi
teloransi
kesederhaan
tanggungjawab
menghargai dan menyayangi alam sekitar
cintai akan negara
cinta kepada negara
mematuhi undang-undang dan peraturan
kasih sayang kepada keluarga
hormat dan taat kepada keluarga
menghormati hak golongan kurang upaya
sikap terbuka
berhemah tinggi
percaya kepada tuhan
melibatkan diri dalam pembangunan negara
mematuhi peraturan & undang2
b/jawab
peka terhdp isu2 a.sekitar
keharmonian ant m"sia dgn a. sekitar
Cuba pelajar sekalian betulkan kesemua kesilapan di atas

Latihan menjawab soalan struktur
Sebelum menjawab:

1. Teliti situasi dengan teliti dan kenal pasti watak (W) dan isu/tindakan (I).
2. Kenal pasti nilai (N) dan kata kunci (kk) nilai berdasarkan isu/tindakan.
3. Baca soalan dan kenal pasti kata tugas.
4. Perhatikan markah soalan (1 markah = 1 ayat, 2 markah = 2 ayat ...dst)
Formula Menjawab soalan nilai:
2 markah = N. W + kk.
3 markah = N. W + kk. Contoh.

Contoh 1: 2 markah = KA + N. Gn + kk + T.

Nicole menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Nicole (2 markah)


W: Nicole
Gn: dia
T: menyelamatkan anak kucing
Nilai: kasih sayang
kk: perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati
yang ikhlas
Ayat 1: Nilai kasih sayang.
Ayat 2: Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan,yang
lahir dari hati yang ikhlas.

Penulisan jawapan:
Nilai kasih sayang. Nicole ada perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir dari yang ikhlas.


Contoh 2: 3 markah
Rakyat Malaysia sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk menaikkan
nama negara di persada dunia melalui pelbagai aktiviti.
Huraikan satu nilai yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia melalui usaha
ini. (3 markah)

KA: Rakyat Malaysia
Gn: kami (Jika KA merujuk pelajar dimana T positif, gunakan kita/kami)
T: berusaha menaikkan nama negara
N: Cinta akan negara
kk: perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan diri


Ayat 1: Nilai cinta akan negara.
Ayat 2: Rakyat Malaysia sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Ayat 3: Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan peringkat
antarabangsa.


Penulisan jawapan:
Nilai cinta akan negara. Rakyat Malaysia ada perasaan sayang dan
bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri. Contohnya kami menyertai dan memenangi pertandingan
peringkat antarabangsa.


Bahagian B: Soalan Esei
Bahagian B mengandungi 3 soalan. Pelajar hanya perlu menjawab 2
soalan sahaja untuk mendapatkan 20 markah. Tetapi jika masih ada masa
..... pelajar digalakkan untuk menjawab baki soalan. Ini kerana pemeriksa
akan mengambil 2 markah terbaik daripada 3 soalan tersebut.


Bagi setiap soalan, pelajar perlu memberikan 3 nilai yang difikirkan paling
tepat. Mengapa perlu 3 nilai? Sebenarnya nilai yang ke tiga adalah sebagai
'back up' jika nilai 1 /nilai 2 salah.....nilai 3 akan bertindak sebagai
penyelamat.


Pelajar juga diingatkan jangan beri lebih daripada 3 nilai. Ini kerana
pemeriksa akan mengabaikan jawapan yang berlebihan bagi sesuatu
soalan.


Cara menjawab
N1. Gn + def(N1). Contoh. Contoh. Seterusnya N2. W + def(N2).
Contoh. Contoh. Akhir sekali N3. W+ def(N3). Contoh. Contoh.
Ingat ye......jawab dalam 1 perenggan sahaja untuk ketiga-tiga nilai.
Formula
Ayat 1 (1 markah): N.
Ayat 2 (2 markah): W+ def.
Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Ayat 4 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi )


Contoh
Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 memberi perlindungan kepada
kanak-kanak daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental.
Kanak-kanak juga dilindungi daripada menjadi buruh. Mereka berhak
mengikuti pendidikan formal di sekolah dan mereka juga berhak mendapat
perhatian istimewa daripada ibu, bapa, anggota keluarga dan juga
penjaga mereka.
Bincangkan nilai-nilai yang perlu menjadi pegangan setiap orang demi
menjamin kehidupan sempurna kanak-kanak.


Ayat 1 (1 markah): N.
Nilai melindungi hak kanak-kanak.

Ayat 2 (2 markah): W+ definisi.
Setiap orang perlu Membela, memberi naungan dan memelihara hak
kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

Ayat 3 (1 markah): Contoh (bagaimana mengamalkan nilai/definisi)
Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat pendidikan formal di
sekolah.

Ayat 4 (1 markah): Contoh(bagaimana mengamalkan nilai/definisi )
Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak daripada penderaan sama ada
secara fizikal atau mental


Cara menulis jawapan:
Nilai melindungi hak kanak-kanak. Setiap orang perlu Membela, memberi
naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang
sempurna. Contohnya memberikan mereka hak untuk mendapat
pendidikan formal di sekolah. Contoh seterusnya melindungi kanak-kanak
daripada penderaan sama ada secara fizikal atau mental

SOALAN ESEI 10 MARKAH

FORMAT MENULIS J AWAPAN BAGI SATU SET NILAI ESEI:

AYAT 1 NILAI XXXX 1 MARKAH
AYAT 2 WATAK + DEFINISI @ 2 KATA KUNCI 2 MARKAH
AYAT 3 WATAK + KATA KUNCI 1 + HOW /TINDAKAN 1 MARKAH
AYAT 4 WATAK + KATA KUNCI 2 + HOW /TINDAKAN 1 MARKAH

JUMLAH MARKAH BAGI 1 SET NILAI 5 MARKAH

ESEI 1

Berikut adalah aturcara sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah
Menengah Kebangsaan Perdana Jaya.

TARIKH JENIS AKTIVITI
15 Ogos Pertandingan Koir Lagu Patriotik
18 Ogos Pertandingan Menghias Kelas dengan tema kemerdekaan
25 Ogos Tontonan Video Bukit Kepong di Pusat Sumber Sekolah
28 Ogos Pertandingan Melukis Gambar Tokoh Pejuang Negara
31 Ogos Perarakan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Huraikan dua nilai yang ingin diterapkan oleh sekolah kepada pelajar melalui aktiviti
yang disediakan. (10 markah)

NILAI CINTA AKAN
NEGARA
HOW / TINDAKAN
AYAT 3-
KATA
KUNCI 1
bangga @ sayang
akan negara
dengan menyertai semua aktiviti
kemerdekaan yang dianjurkan oleh
sekolah
AYAT 4-
KATA
KUNCI 2
Meletakkan
kepentingan negara
melebihi kepentingan
diri
dengan meluangkan masa
untuk mengenali tentang negara dan
tokoh negara



Contoh Soalan dan Skema Jawapan Bengkel Moral SPM 2011
Contoh Soalan dan Skema Jawapan Bengkel Moral
SPM 2011

1 Berikut adalah pernyataan mengenai seorang pelajar bernama
Alex.

Alex
- menghabiskan semua masa lapangnya dengan melayari laman sembang dan juga laman on-line di
siber kafer
- tidak menyiapkan kerja sekolah
- menghabiskan semua wang sakunya di siber kafe
- menggunakan kata-kata kesatsemasa bersembang di laman sembang

(a) Terangkan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Alex.
(i) .......................................................................
(ii) .......................................................................
[4 markah]

(b) Nyatakan dua kebaikan internet.
(i) .....................................................
(ii) .....................................................
[2 markah]

(c) Nyatakan tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
memastikan anak-anak mereka tidak menyalahgunakan internet.
(i) ...................................................................
[1 markah]

(d) Berikan satu akta yang berkaitan dengan undang-undang
siber.
(i) .............................................................
[1 markah]

(e) Berikan dua penyalahgunaan internet yang dilakukan oleh
pengguna yang tidak bermoral.
(i) ..............................................................
(ii) ..............................................................
[2 markah]

2 Berikut ialah perbualan antara dua rakan.

Joshua : Eh, Salmi! Boleh ke saya masuk ke dalam masjid?
Salmi: Jangan la awak risau Joshua. Orang bukan islam pun
boleh masuk ke dalam masjid, asalkan bersopan dan
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

(a) Apakah dua nilai yang berkaitan dengan perbualan dua orang
rakan tersebut?
(i) ..........................................................
(ii) ........................................................
[2 markah]

(b) Berikan tiga peraturan umum di tempat ibadat.
(i) ..........................................................
(ii) ........................................................
(iii) ......................................................
[3 markah]

(c) Nyatakan dua sebab peraturan di tempat ibadat perlu
dipatuhi.
(i) .......................................................
(ii) .....................................................
[2 markah]

(d) Namakan tempat ibadat bagi penganut agama berikut:
(i) Buddha: ................................................
[1 markah]

(ii) Sikh : ....................................................
[1 markah]

(iii) Kristian : ..............................................
[1 markah]

3 Perbualan di bawah berkaitan dengan Penilaian Kesan kepada
Alam sekeliling (EIA-Environmental Impact Assessment).


Pegawai : Maaf, projek pembinaan pusat peranginan ini tidak diluluskan.

Pemaju : Kenapa pula tak lulus?

Pegawai : Pusat peranginan yang encik nak bina ni terletak di lereng bukit.
Mengikut laporan EIA, projek ini tidak sesuai dijalankan. Jika encik
jalankan juga, akan mendatangkan pelbagai masalah.



(a) Nyatakan tiga nilai yang patut diamalkan oleh pemaju.
(i) ............................................................
(ii) ..........................................................
(iii) .........................................................
[3 markah]

(b) Berikan maksud salah satu nilai yang dinyatakan di 3(a).
(i) ...........................................................
[2 markah]

(c) Terangkan dua masalah yang akan timbul jika pemaju masih
meneruskan projek tersebut.
(i) ..........................................................
(ii) .........................................................
[4 markah]

(d) Selain pembinaan pusat peranginan, senaraikan dua aktiviti
atau projek yang tertakluk kepada EIA.
(i) .........................................................
(ii) .........................................................
[2 markah]

4 Berikut ialah catatan diari seorang abang tentang sikap adik
perempuannya.

20 September 2009
Aku rasa kecewa kerana Anisah tidak menerima teguran ibu tentang cara berpakaiannya.
Malah Anisah melawan kata-kata ibu apabila ibu meminta Anisah berpakaian baju kurung
pada pagi Hari Raya. Lebih teruk lagi, Anisah enggan mengikut kami menziarahi rumah
saudara-mara sempena hari raya. Dia lebih selesa duduk seorang diri di rumah......

(a) Terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh Anisah.
(i) ....................................................
(ii) ....................................................
[4 markah]

(b) Berikan dua kebaikan amalan menziarahi saudara-mara.
(i) ....................................................
(ii) ....................................................
[2 markah]

(c) Nyatakan satu tindakan yang wjara dilakukan oleh abang
Anisah terhadap Anisah. Berikan penjelasan anda.
(i) .............................................................
[2 markah]

(d) Tuliskan dua kesan kepada Anisah sekeluarga jika Anisah
masih meneruskan sikapnya itu.
(i) .........................................................
(ii) .........................................................
[2 markah]


5 Berikut ialah lirik lagu Perajurit Tanah Air.

Perajurit Tanah Air

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang,
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi.

Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kita pulang,
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti.

Pencipta dan seni kata: Surya Buana

(a) Berdasarkan lirik lagu di atas, terangkan dua nilai yang
diamalkan oleh perajurit tanah air.
(i) .................................................................
(ii) ................................................................
[4 markah]

(b) Selain berjuang di medan perang, nyatakan tiga cara lain
untuk seseorang itu menunjukkan kesetiaan kepada negara.
(i) ..................................................................
(ii) .................................................................
(iii) ................................................................
[3 markah]

(c) Senaraikan tiga cara untuk menunjukkan penghargaan kepada
perajurit tanah air di negara kita.
(i) ..................................................................
(ii) .................................................................
(iii) ................................................................
[3 markah]

Soalan Esei

1 Rajah berikut berkaitan pengiktirafan yang diberikan kepada
murid di SMK Seri Pandan.

Pengiktirafan:
- Murid paling sopan
- Anugerah cemerlang kokurikulum
- Murid harapan sekolah
- Anugerah olahragawan dan olahragawati

Bincangkan dua nilai yang telah diamalkan oleh pihak sekolah.
Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan
contoh atau huraian yang jelas.
[10 markah]
............................................................................................................
..................................................................................................

2 Grafik berikut menunjukkan situasi di bilik mesyuarat.

Gambar lima orang sedang bermesyuarat.

Nyatakan dua nilai yang perlu diamalkan oleh ahli-ahli mesyuarat
tersebut. Nilai yang anda beri hendaklah disokong dengan
penernagan dan contoh atau huraian yang jelas.
[10 markah]
............................................................................................................
..................................................................................................

SKEMA JAWAPAN/ PERATURAN PEMARKAHAN





No. Nilai M Penerangan/ Contoh M
1(a) Rasional

Bertanggungjawab



Kesederhanaan



Harga diri


Hemah tinggi
1

1



1



1


1

Max 2
-boleh berfikir/ bertindak wajar

-sanggup memikul tugas/
kewajiapan/ sanggup melaksanakan
tugas/ kewajipan

-bersikap tidak keterlaluan/ tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan
orang lain

-memulia maruah diri/ menjaga
maruah diri

-beradab sopan/ berbudi pekerti
mulia
1

1



1



1


1

Max 2

(b) -memperoleh pelbagai maklumat
-cepat mendapat maklumat
-menghubungkan rakan/ saudara
(mana-mana jawapan yang
munasabah)
1
1
1

Max 2

(c) -memantau pergerakan anak
-meletakkan komputer di tempat
1
1
yang senang dilihat
-memasang perisian blocker
(terima jawapan lain yang
munasabah)

1

Max 1

(d) -Akta Tandatangan Digital 1997
-Akta Jenayah Komputer 1997
-Akta Teleperubatan 1997
-Akta Komunikasi dan Multimedia
1998
-Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia 1998
1
1
1
1

1

Max 1

(e)
-melayari laman lucah/ tidak
bermoral
-Menyebar berita palsu/ fitnah
-menggodam/ menceroboh
maklumat orang lain
(Terima jawapan lain yang
munasabah)
1

1
1


Max 2

2(a) Mematuhi peraturan dan
undang-undang
Hemah tinggi
1

1

Rasional
Kebebasan beragama
1
1
Max 2

(b) -menanggalkan kasut
-berpakaian kemas/ sopan
-tidak berbuat bising
-menjaga kebersihan
(Terima jawapan lain yang
munasabah)
1
1
1
1

Max 2

(c) -menjaga sensitiviti antara kaum
-mengelakkan pergaduhan antara
kaum
-mengekalkan keharmonian negara
(Terima jawapan lain yang
munasabah)
1
1

1

Max 2

(d) i. Tokong
ii. Gudwara
iii. Gereja
1
1
1
3m

3(a) -Menyayangi dan
menghargai alam sekitar
1


-keharmonian antara
manusia dengan alam
sekitar
-kemapanan alam sekitar
-peka terhadap isu-isu
alam sekitar
-bertanggungjawab
-rasional
-mematuhi peraturan
dan undang-undang

1


1

1

1

1

Max 2

(b)
Kesedaran tentang perlunya
memelihara dan memulihara alam
sekeliling untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem

Keadaan saling memerlukan
hubungan yang harmonis antara
manusia dengan alam sekeliling
supaya kualiti kehidupan manusia
dan alam sekeliling terpelihara

Pengekalan keseimbangan alam
sekeliling sebagai tanggungjawab
bersama untuk kesejahteraan hidup
2




2






Prihatin terhadap persoalan yang
berkaitan dengan alam sekeliling dan
berusaha menyelesaikannya

Kesanggupan diri seseorang untuk
memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata dan dapat
mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar

Menerima dan mematuhi peraturan
dan undang-undang yang telah
ditentukan tanpa mengira sesiapa
dan di mana seseorang itu berada
2



2



2



2




2



Max 2

(c) -hakisan tanah
H/C: tanah runtuh
1
1

-keselamatan terjejas
H/C: nyawa penghuni terancam

-kemusnahan alam sekitar
H/C: flora dan fauna terjejas


(Terima jawapan lain yang
munasabah)

1
1

1
1



Max 4

(d) -pertanian
-perhutanan
-saliran dan pengairan
-tebus guna tanah
-perikanan
-perumahan
-perindustrian
-pemajuan tempat rekreasi dan
peranginan
-bekalan air
-perlombongan
-petroleum
-penjanaan dan pemancaran kuasa
-kuari
-pengolahan dan pelupusan bahan
1
1
1
1
1
1
1
1

1
1
1
1
1
buangan
-infrastruktur seperti jalan raya,
landasan kereta api, pelabuhan dan
lapangan terbang
1

1


Max 2

4(a) Tanggungjawab terhadap
keluarga




Hormat dan taat kepada
anggota keluarga



Kasih sayang terhadap
keluarga



Mengekalkan tradisi
kekeluargaan

1





1




1




1

-kewajipan individu terhadap
keluarga
-melahirkan keluarga bahagia/
meningkatkan imej/ menjaga maruah
keluarga

-memuliakan setiap anggota keluarga
-berinteraksi/ memberi layanan
bersopan

-cinta/ kasih/ sayang yang mendalam
-cinta/kasih/sayang yang berkekalan

-menerima sesuatu kebiasaan/ adat/
kepercayaan
-menghormati sesuatu kebiasaan/
adat/ kepercayaan
-mengamalkan sesuatu kebiasaan/
adat/ kepercayaan

-beradab sopan
1





1




1




1





Hemah tinggi


Kasih sayang



Rasional


Sikap keterbukaan





1


1



1


1





Max2
-berbudi pekerti mulia

-kepekaan
-cinta yang mendalam
-cinta yang berkekalan

-boleh berfikir
-bertindak wajar

-menerima pandangan/
pembaharuan/ kririkan

*Satu nilai, satu penerangan. Ambil
mana-mana satu kata kunci dan
mesti dilengkapkan dengan watak
dan situasi.






1


1



1


1





Max 2
(b) -mengeratkan hubungan
-mengekalkan hubungan
kekeluargaan
-memupuk sikap saling menghormati
1
1

antara anggota keluarga

(Terima jawapan lain yang
munasabah)
1




Max 2

(c) -menasihati
H/C: mendengar kata ibu

-menyuruh adik meminta maaf
kepada ibu
H/C: berjanji tidak mengulangi
kesalahan

(Terima jawapan lain yang
munasabah)
1
1

1

1



Max 2

(d)
-keluarga tidak harmoni/ bahagia/
renggang
-Anisah akan disisihkan
-amalan tradisi menziarahi saudara-
mara akan dilupakan
(Terima jawapan lain yang
munasabah)
1

1
1


Max 2

5(a) Cinta akan negara




Sanggup berkorban
untuk negara


Taat setia kepada raja
dan negara



Bertanggungjawab




Rasional

1




1



1




1




1

Max 2
-perasaan sayang/ bangga kepada
negara
-meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri

-kerelaan melakukan/ menyerahkan
sesuatu
-tanda kebaktian untuk negara

-kepatuhan yang berkekalan kepada
raja dan negara
-kesetiaan yang berkekalan kepada
raja dan negara

-sanggup memikul tugas/ kewajipan
-sanggup melaksanakan tugas/
kewajipan

-boleh berfikir
-bertindak wajar
1




1



1




1




1

Max 2

(b)
-berkhidmat/ bekerja di negara 1
sendiri
-menjaga rahsia negara
-akur kepada kata pemimpin/
pemerintah
-melibatkan diri dalam pembangunan
negara
(Terima jawapan lain yang
munasabah)

1
1

1


Max 3

(c) -memberi anugerah/pingat
-menamakan jalan/ bangunan
dengan nama perajurit
-memberi ganjaran/kenaikan pangkat
-menyediakan kemudahan/rumah
(Terima jawapan lain yang
munasabah)
1
1

1

1

Max 3
Esei
1 Melindungi hak kanak-
kanak
1 -membela hak kanak-kanak
H/C: menjaga keperluan murid

-memberi naungan kepada kanak-
kanak
H/C: memahami murid wajar diberi
pengiktirafan

1
1

1

1

-memelihara hak kanak-kanak
H/C: memastikan murid yang
cemerlang diberi pengiktirafan



1
1

Bertanggungjawab 1 -sanggup memikul tugas/ kewajipan
H/C: memainkan peranan menjaga
kebajikan murid

-sanggup melaksanakan tugas/
kewajipan
H/C: menjaga kebajikan murid
dengan memberi pengiktirafan

1

1


1

1


Rasional 1







Max 2
-boleh berfikir
H/C: mengambil kira keperluan murid
yang perlu pengiktirafan

-bertindak wajar
H/C: memberi pengiktirafan kepada
murid


1
1


1
1


Max 8

2 Sikap keterbukaan 1 -memberi pandangan/
pembaharuan/ kritikan
H/C: bersedia mengeluarkan
pendapat/ idea

-menerima pandangan/
pembaharuan/ kritikan
H/C: mengakui pendapat orang lain

1

1


1

1
Kebebasan bersuara 1 -bebas berucap dengan batasan
H/C: boleh bercakap dengan syarat....

-mengeluarkan fikiran dengan
batasan
H/C: boleh memberi idea/ pendapat
dengan syarat.....

1
1


1

1

Rasional 1 -boleh berfikir
H/C: mengambil kira kesan kata-kata/
pandangan kepada orang lain

-bertindak wajar
H/C: berkata tanpa menyinggung
perasaan orang lain

1
1


1
1
Toleransi 1 -bertolak ansur
H/C: boleh menerima pandangan
1
orang lain

-sabar
H/C: tidak terburu-buru membantah
pandangan orang lain

-mengawal diri
H/C: menjaga emosi jika cadangan
ditolak

1


1
1


1
1
Hemah tinggi 1 -beradab sopan
H/C: berbudi bahasa apabila
mengeluarkan pendapat

-berbudi pekerti mulia
H/C: bertingkah laku baik sepanjang
mesyuarat

1
1


1
1
Kesederhanaan 1







-bersikap tidak keterlaluan
H/C: bersikap tidak melampau ketika
memberi pandangan

-tidak mengabaikan kepentingan diri
dan orang lain
H/C: mengambil kira perasaan orang
lain yang mendengar
pandangan/pendapat

1
1


1

1



Max 2


Max 8



Skema pemarkahan tamat
Posted by Nur Munirah at 04:37




CONTOH SKRIP JAWAPAN CALON
Posted by PN NORAINI BINTI AMRAN at Saturday, July 04, 2009 Saturday, 4 July 2009
Labels: Contoh skrip jawapan calon
CIKGU YAKIN PELAJAR SEKALIAN JUGA MENGALAMI MASALAH YANG
SAMA.CUBA BANDINGKAN CARA CIKGU MENJAWAB.

Pelajar harus ambil perhatian bahawa penandaan kertas 1225/1 adalah amat teliti. Bagaimana
pun, jika pelajar kurang mahir berbahasa Melayu, jangan bimbang dengan struktur ayat dan
tatabahasa anda; selagi pemeriksa faham maksud pelajar, dan jawapannya adalah betul...
pelajar selamat.







Klik untuk baca soalan


1 a)
Watak: masyarakat
Isu: mengelakkan berlakunya penganiayaan
Nilai: Melindungi hak kanak-kanak , kasih sayang


i. Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Mereka patut Membela,
memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna
untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan.


ii. Masyarakat patut mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka patut ada perasaan cinta yang
mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati untuk mengelakkan berlakunya
penganiayaan.


1 b)

i. Mereka pemimpin masa hadapan
ii. Mereka belum mampu melindungi diri sendiri


c)
Saya akan meminta ibu saya menghantar kanak-kanak tersebut ke rumah perlindungan kanan-
kanak. Ini kerana di sana kanak-kanak tersebut akan mendapat perlindungan dan pembelaan
yang sewajarnya.





Klik untuk baca soalan
2 a)
Watak: Masyarakat
Isu: prihatin terhadap hak mereka sebagai pengguna
Nilai: Melindungi hak pengguna


Masyarakat patut mengamalkan nilai melindungi hak pengguna. Mereka patut membela dan
memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu dan mendapat perkhidmatan dan barangan
berkualiti serta tidak dieksploitasi dengan cara prihatin terhadap hak mereka sebagai pengguna.


2 b)
i. Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP)
ii. Tribunal tuntutan pengguna
iii. Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna

2 c)
Saya akan menganjurkan bengkel pengguna dengan cara memanggil penceramah dari luar. Ini
supaya kami dapat pengetahuan terperinci tentang hak-hak kami sebagai pengguna.





Klik untuk baca soalan

3 a)
i. Kebebasan beragama
ii. Hidup bersama secara aman
iii. Mengekalkan tradisi kekeluargaan


3 b)

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian
hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya


3 c)

Saya akan memakai pakaian tradisi setiap kali menyambut hari perayaan kami. Ini supaya
pakaian tradisi kami akan dapat dikekalkan.


3 d)

i. kaum Cina
ii. kaum Melayu
iii. kaum India








Klik untuk baca soalan
4 a)

i. Nilai cinta akan negara
ii. Nilai sanggup berkorban untuk negara


4 b)

i. Kami adalah rakyat Malaysia yang ikhlas berjuang untuk negara. Kami tidak akan meminta
ganjaran di atas perjuangan kami kerana semuanya adalah untuk negara kami yang tercinta.


ii. Kami sentiasa bersedia berkorban harta, masa ataupun nyawa untuk negara pada bila-bila
masa. Pengorbanan kami ini adalah semata-mata untuk ibu pertiwi yang kami cintai ini.


4 c)

i. Pelajar Malaysia pulang berkhidmat di negara sendiri walaupun mendapat tawaran gaji yang
lumayan daripada negara luar. Ini kerana negara negara sangat memerlukan tenaga pakar
mereka.


ii. Rakyat malaysia mematuhi semua peraturan dan undang-undang negara. Contohnya tidak
menyertai aktiviti subversif.








Klik untuk baca soalan


5 a)
i. YB Wong mempamerkan nilai Berdikari. Beliau boleh dan sanggup melakukan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan
sempurna. Contohnya beliauberusaha sendiri mencari sumber kewangan bagi membina dewan


ii. YB Wong membamerkan nilai Hemah tinggi. Beliau beradap sopan dan berbudi pekerti mulia
ketikamelaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan sempurna. Contohnya beliau terkenal
dengan sikap peramah dan bermesra dengan semua lapisan rakyat.


5 b)

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya


5 c)

i. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
ii. Nilai kemapanan alam sekitar






Klik untuk baca soalan
6 a)
i. Kita patut mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Kita patut prihatin terhadap
persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya dengan menyahut slogan di
atas. Contohnya melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui mengenai aktiviti
pemburuan haram.
ii. Kita patut mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam
sekitar. Kita patut memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan ekosistem
dengan berusaha memelihara hidupan liar di seluruh dunia. Contohnya tidak terlibat dalam
urusan jual beli haiwan yang dilindungi kerajaan.

6 b)

Jabatan alam Sekitar mengadakan banyak kempen mendidik masyarakat dalam usaha
mengekalkan keseimbangan alam sekitar. Contohnya mengadakan Program Kesedaran
Pemuliharaan Asia (ACAP)


6 c) 2 jenis hidupan liar yang yang diberi perlindungan di negara kita:

i. Harimau
ii. Orang utan






Klik untuk baca soalan
7 a)
i. Jiran tetangga ingin diterapkan nilai kasih sayang. Mereka diharapkan ada perasaan cinta
yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati menerusi kempen budi bahasa
budaya kita. contohnya sayang menyayangi dan bertegur sapa ketika berjumpa.


ii. Bangsa Malaysia ingin diterapkan nilai Hemah tinggi. Mereka diharapkan beradap sopan dan
berbudi pekerti mulia menerusi kempen budi bahasa budaya kita. contohnya bertimbang rasa
dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

7 b)
i - Saya akan berbudi bahasa dengan semua guru saya. Contohnya saya akan mengucap
selamat kepada guru ketika bertemu dengan mereka.

ii - Saya akan membantu rakan saya. Contohnya membimbing rakan yang kurang faham dalam
sesuatu topik pelajaran.





Klik untuk baca soalan
8 a)

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain


8 b)
i - Mengemas tempat tidur sendiri. Tanpa menunggu arahan, pelatih mengemas tempat tidur
masing-masing sebaik bangun tidur sebelum meneruskan aktiviti latihan tanpa mengharapkan
bantuan.



ii - Membasuh pakaian sendiri. Tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pelatih telah membasuh
pakaian masing-masing, menjemurnya dan akhirnya melipat pakaian mereka sendiri.


8 c)
Pelatih Program Khidmat Negara mempamerkan nilai saling membantu dan
bekerjasama. Mereka ada usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada
peringkat individu, komuniti atau negara ketikamenyumbang tenaga membantu mangsa
Tsunami.





Klik untuk baca soalan
1.
Anggota masyarakat perlu mengamalkan nilai Amanah. Mereka perlu mengamalkan sikap
bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
untuk membenteras gejala negatif. Contohnya pengarah syarikat tidak menerima rasuah. Ini
supaya syarikatnya terus diperayai oleh pelanggan lain.
Seterusnya masyarakat perlu mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-
undang.Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah
ditentukan untukmembenteras gejala negatif. Contohnya petugas mahkamah tidak melesapkan
bukti mahkamah. Ini supaya keadilan dapat dipelihara dan negara kita dihormati negara luar.
Akhir sekali masyarakat perlumengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka perlu sanggup
untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan untuk membenteras gejala
negatif. Contohnya pegawai BPR siasat pemalsuan mykad. Ini supaya hak rakyat Malaysia
tidak dirampas oleh pendatang haram.








Klik untuk baca soalan




3.
Melalui pernyataan di atas, dapat dikesan majikan mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan
undang-undang. Mereka menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah
ditentukan denganmematuhi Akta Kerja 1955. Contohnya mewajibkan semua pekerja diberikan
gaji yang setimpal dengan jawatan tanpa diskriminasi. Ini supaya majikan tidak dikenakan
tindakan undang-undang. Seterusnyamajikan mengamalkan nilai menghormati hak golongan
kurang berupaya. Majikan memberi layanan bersopan supaya pekerja cacat tidak berasa
tersisih sebagai insan ciptaan Tuhan dengan cara memberi pengiktirafan kepada
mereka. Contohnya majikan menyediakan kemudahan khas untuk memudahkan pergerakan
pekerja cacat di tempat kerja. Ini supaya mereka selesa ketika bekerja. Akhir
sekali majikanmengamalkan nilai melindungi hak pekerja. Mereka menghormati, menghargai
dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan pekerja dengan cara berkongsi
keuntungan. Contohnya pekerja diberi bonus mengikut keuntungan yang diperolehi mengikut
tahun kewangan tertentu. Ini supaya pekerja lebih gembira dan bersemangat untuk bekerja
dengan lebih tekun.








Klik untuk baca soalan
1 a)
i. Peniaga sepatutnya mengamalkan nilai amanah. Mereka sepatutnya bersikap
bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan pengguna
ketika mengadakan jualan murah. contohnya peniaga tidak menipu pengguna.

ii. Peniaga sepatutnya mengamalkan nilai melindungi hak
pengguna. Mereka sepatutnya membela dan memelihara hak untuk menjadi pengguna berilmu
dan mendapat perkhidmatan dan barangan berkualiti serta tidak dieksploitasi
ketika mengadakan jualan penghabisan stok. Contohnya mereka tidak menipu pengguna.




1 b)

i. Akta kawalan harga
ii. Akta timbang dan sukat










Klik untuk baca soalan

1 c)

i. Menguatkuasakan undang-undang terhadap aktiviti cetak rompak. Contohnya merampas
video cetak rompak daripada penjual dan menghantar mereka ke muka pengadilan.


ii. Meneliti tarikh luput makanan dalam tin sebelum membelinya. Ini supaya pengguna tidak
menjadi mangsa penipuan peniaga.


2 a)
i. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluarga mengamalkan nilai hormat dan taat
kepada anggota keluarga. Mereka memuliakan, berinteraksi dan memberi layanan sopan untuk
melahirkan keluarga harmonis dengan cara sentiasa berusaha menghindarkan konflik.


ii. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluarga mengamalkan nilai mengekalkan
tradisi kekeluargaan. Mereka menerima dan menghormati adat dan kepercayaan yang diwarisi
turun temurun dengan cara mengamalkan amalan tradisi keluarga sebagai cara hidup.


iii. Asas pembentukan keluarga bahagia ialah ahli keluarga mengamalkan nilai kasih sayang
terhadap keluarga. Mereka ada perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan
berkekalan dengan caramengamalkan budaya penyayang sebagai pegangan hidup
berkeluarga.




Klik untuk baca soalan
3 a)
i. Setiap individu sepatutnya mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam
sekitar. Kita sepatutnyaprihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya dengan cara melindungi laut dan sungai daripada pencemaran toksik.



ii. Setiap individu sepatutnya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam
sekitar. Kitasepatutnya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan
ekosistem dengan caramemelihara keaslian bumi.
3 b)

i. pencemaran aalam sekitar
ii. kepupusan flora dan fauna
iii. kesihatan manusia terjejas


3 c)

i. kitar semula untuk mengelakkan pembaziran sumber alam.
ii. Tidak melakukan pembakaran terbuka
iii. Melapor kepada pihak berkuasa jika mengetahui ada penerokaan hutan secara haram.