Anda di halaman 1dari 2

Nama: Kharin Anwar bin Mohd Ithnin

Nombor IC: 920331-01-6595


Refleksi
Banyak yang saya pelajari ketika menyiapkan kerja kursus ini. Kerja kursus ini
memberi peluang kepada saya untuk mengingat kembali apa yang telah saya pelajari
dalam semester ini.
Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya dapat semasa menyiapkan
kerja kursus ini. Semasa membuat kerja kursus ini, kumpulan saya ditugaskan untuk
menjadikan muzik sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran. Kami perlu mengubah
lirik beberapa buah lagu untuk dijadikan bahan mengajar. Perkara ini memberikan
pengalaman berharga dan baru kepada kami kerana sebelum ini kami tidak pernah
mengubah lirik lagu. Kawan-kawan lain juga memberikan kerjasama yang baik ketika
sesi merakam video.
Saya telah mendapat gambaran akan situasi yang akan saya hadapi kelak
sebagai bakal guru melalui kerja kursus ini. Guru memainkan peranan yang penting
dalam proses murid-murid untuk belajar menulis. Guru perlu melihat perkembangan
tulisan murid-murid sejak dari prasekolah lagi supaya murid-murid mempunyai tulisan
yang cantik dan kemas. Aktiviti-aktiviti pratulisan perlu dilakukan sejak prasekolah lagi.
Guru juga perlu mengesan dengan segera jika terdapat murid yang mempunyai tulisan
yang kurang cantik dan kemas supaya murid tersebut dapat memperbaiki teknik tulisan
mereka. Jadi, melalui kerja kursus ini, saya telah mencari maklumat tentang aktiviti
pratulisan dan pemulihan tulisan. Kini baru saya sedar akan kepentingan tulisan pada
seseorang individu.
Kesimpulannya, kerja kursus ini dapat mengeratkan hubungan saya bersama ahli
kumpulan. Kerja kursus ini juga memberi ilmu baru kepada saya khususnya ilmu
mengubah lagu dan aktiviti pratulisan. Saya berharap agar saya dapat melakukan lagi
kerja kursus seperti ini pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai