Anda di halaman 1dari 1

KISAH NABI IBRAHIM A.

S DAN BURUNG PIPIT



Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh Raja
Namrud yang kejam dan kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik
mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah
yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan
melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: Wahai
pipit, apa yang engkau mahu lakukan? tanya makhluk Allah yang lain.
Aku mahu membantu Nabi Ibrahim as. Aku mahu padamkan api yang
membakar Nabi Ibrahim, jawab burung pipit.

Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa
air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar
Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia
saja usaha kamu itu, kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung pipit berkenaan: Memang aku tahu ia tidak akan
dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah SWT, kerana
tatkala Allah SWT akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan
untuk membantu Ibrahim as dan agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya
sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.
Burung kecil itu tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk
membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam
paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak
itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi
Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-
kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila
melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun
api yang telah menjadi bara. Burung pipit berasa gembira. Keyakinan burung
pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh
kesyukuran. Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat
Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya
sedikitpun tidak melecur.

Berlainan pula dgn cicak yang bertindak jahat dan menghembus kepada api
yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak
untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak
membawa kesan ke atas api berkenaan).

Adakah anda seperti si burung kecil atau seekor cicak? Renung-renungkan!

Anda mungkin juga menyukai